Aku ada 4 orang anak, salah seorang anak aku autism dan ADHD. Suami kata dia ada je depan mata tapi otak, hati, fikiran dia ada dengan kawan – kawan tikt0k dia. Sembang kosong takde arah tuju, campur laki perempuan..
#Foto sekadar hiasan. Hi korang. Aku tak nak cakap panjang – panjang. Tolong nasihatkan aku boleh? Sumpah aku str3ss yang teramat sangat. Dah berbulan – aku aku macam ni. Sejak dalam Ogos 2023, suami aku main tikt0k.
Dia buat live sembang – sembang dalam tu. Korang pahamkan yang sembang – sembang dalam kotak tu. Jadi dalam sebulan ni, dia start join agensi – agensi semua tu. Aku pun tak berapa paham. Yang aku tau, dia ada setkan goal sebulan berapa jam kena live.
Kami ada 4 orang anak. 8, 6, 3 dan baby. Sorang anak aku mild autism dan ADHD. Aku bekerja. Aku urus semua anak – anak dari pagi sampai ke malam sorang – sorang. Hantar ambil sekolah kafa, sekolah kebangsaan, pengasuh.
Suami aku kerja jauh. 6 pagi keluar rumah, 9 malam baru sampai. Dia kerja jauh. Ok, aku faham. Dah balik malam tu, live lagi sampai tengah malam, lepas tu tidur. Rutin ni berulang – ulang setiap hari selama beberapa bulan ni.
Satu je aku minta, masa dia untuk aku, untuk kami. Ya, dia cakap dia live ni kat rumah. Ada depan mata aku. Tak pergi mana – mana. Dia cakap, kalau dulu dia keluar mancing, aku marah – marah. Sekarang ada depan mata pun aku marah.
Ya, fizikal dia je ada depan aku. Jasad je. Otak, hati, fikiran dia ada dengan kawan – kawan tiktok dia. Ya, aku jeles. Dia sembang dengan kawan – kawan tikt0k dia lagi banyak dari sembang dengan aku dan anak – anak. Apalah guna ada depan mata tapi macam takde. Hal anak – anak tak ambil tahu tambah lagi hal bini.
Dia cakap dia nak try serious jadi official host. Nak belajar cakap. Nak tambah pendapatan. Ok, aku terima dia nak belajar cakap sebab dia jenis selalunya kekok dan diam kalau in public. Tapi yang aku tengok dok sembang – sembang kosong takde arah tuju pun dengan kawan dalam TT tu.
Bersembang entah apa – apa sampai ke tengah malam, campur laki perempuan. Entah la. Sumpah aku benci tengok dia live sembang – sembang macam tu. Bab nak tambah pendapatan, tak perlu pun sebenarnya. Kalau ikut gaji, kami kategori T20. Gaji dia sorang dah 5 angka. Alhamdulillah. Jadi, alasan tu aku tak boleh terima.
Dah banyak kali aku meng4muk, marah yang sangat teruk. Depan anak – anak. Aku hempas – hempas pintu, jerit – jerit. Semua sebab TT. Meng4muk dah, slow talk pun dah. Tapi dia masih sama. Lepas meng4muk, dia slow sikit. Aku dah sejuk, dia buat lagi.
Bab lain dalam rumah tangga dia ok. Bab ni je aku tak boleh tolak ansur. Mental aku teruk. Aku jadi pembenci. Aku derh4ka selalu jerit kat dia. Aku tau. Tapi aku tak boleh control. Suami aku kategori handsome. Sangat handsome di mata aku. Soft spoken pulak tu. Aku pula biasa je.
Aku jadi insecure tengok dia dok live dengan kawan perempuan TT yang s3xy – s3xy, single. Ya, aku tau dia hanya komited nak cukupkan jam. Tapi aku tak boleh tengok dia sembang, bergelak ketawa dengan dorang. Jiwa aku s4kit, mental aku teruk.
Sepatutnya dah ada masa terluang selain kerja, luangkan la masa dengan anak anak, bini. Baru – baru ni ada sorang janda kat TT, satu group dalam agency dia dok luahkan masalah pasal agency dorang tu. Siap nangis – nangis. Suami aku call dia sejam lebih, aku tengok call time.
Ya, suami aku tak delete semua. Sebab bagi dia benda tu takde apa – apa. Tapi bagi aku, dia lurus. B0doh sangat ke tak faham yang perempuan tu suka dia? Dia ada ajak aku join group dia. Memang tak la. Nak bagi anak – anak aku huru hara ke mak bapak asyik layan TT.
Penat sangat dah mental ni. Bayangkan dari bulan 8 tahun lepas seminggu 2 – 3 kali aku meng4muk teruk. Dulu aku bukan jenis pemarah macam ni. Penat sangat. Sampai aku benci diri sendiri sebab selalu meng4muk. Pernah je aku menangis depan dia sampai aku pukuI diri sendiri. Dia diam je.
Lepas aku dah ok, dia live balik macam takde apa – apa. Aku rasa aku ada masalah mental sekarang. Entah la. Satu je ayat dalam hati aku sekarang. Tolong lepaskan aku. Lepaskan aku. Tapi aku hanya mampu ucap dalam hati.
Aku sebatang kara. Kalau cerai, takda hala tuju pula. Kesian anak – anak. Entah. Aku tak bahagia. Korang mesti cakap, syukur la, suami bukan kaki d4dah, bukan kaki pukuI, bukan biawak hidup. Ya, aku syukur. Syukur sangat.
Tapi aku manusia. Aku ada hati, aku bukan tunggul. Aku perIukan suami, bukan housemate. Korang boleh tak rasionalkan aku sebelum aku keluarkan ayat yang boleh menggegarkan arasy Allah kat suami aku? Tolong korang. Please. – Maw4r K0yak (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Norzi Azwin Mat : Allahuakbar, kesiannya sis. Ini dah redflag ni. Kena p4ksa dia stop tt tu, tahap merb4haya dah tu. Ramai pompuan sekarang suka t4rget laki orang dan sanggup menjandakan pompuan lain. Kalau dibiarkan memang akan melarat.
Apa lagi yang dia nak kejar kalau duit bukan masalahnya. Cakap kat dia, duit yang ada tu dah cukup dah untuk korang, tak perlu nak buat side income lagi. Kalau tak memang sis akan kehilangan suami dan kehidupan bahagia sis.
Pompuan tu memang ada hati kat laki sis sebab tu menangis – nangis untuk tarik simpati suami sis. Kemain kan, yang bini menangis, meng4muk ni dia tak peduli, orang luar yang dia layan. Memang redflag, tolonglah cegah sebelum parah. F1ght for ur right, don’t give up too early, seronok pompuan tu nanti senang – senang dapat laki sis dan kesenangan yang selama ni sis kecapi.
Syafiqah Hamid : Awak burn out. Penat badan uruskan segalanya, dengan suami tak peduli emosi. Biasa ramai lelaki jenis macam ni. Kalau isteri luah, dik4tanya mental lemah. Serahkan tugas – tugas sis tu pada suami. Bagi kata dua, kalau nak main tiktok, selesaikan urusan anak.
Nak buat macam mana? Pandai – pandai la fikir.. Tak kesah la upah pembantu ke van sekolah ke. Sis kena keras hati. Kalau anak tak makan, biar je! Kena ajarr. Bila sis banyak tolong, akan naik lemak.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.