Aku bagi cincin tanda tapi sebenarnya aku kahwin dengan wanita lain. Akhirnya dia sumpah aku, sampai isteri kena baIa

Aku masih ingat doa dari seseorang yang aku pernah s4kitkan hati. “I doakan suatu hari nanti Allah datangkan kekecewaan dekat u, dan kekecewaan tu datang dari isteri u sendiri!” Aku kena kifarah tapi isteri aku..

#Foto sekadar hiasan. Aku Z. Lelaki awal 30 an. Masa muda dulu biasa la zaman nakal belum habis. Tukar – tukar girlfriend. Tapi aku ni kalau tengok dari luar tak nampak jahat pun. Sebab aku memang suka buat baik dengan orang. Dengan kawan – kawan baik, dengan family pun aku ok je, cuma satu je kelemahan aku iaitu perempuan.

Rupa ada, pelajaran ada, graduated from one of university at New Zealand, background family hebat – hebat, arw4h mak ayah aku professor, kakak dan abang doktor. Aku sekarang pun dah jadi engineer berjaya. Memang mana – mana perempuan kenal aku takde lagi la yang reject dari dulu.

Sekarang aku dah kahwin sejak 2 tahun lepas. Isteri aku pun sama engineer macam aku. Salah satu sebab aku pilih dia sebab dia educated, ada master, anak orang senang. Tapi ada satu benda yang sampai sekarang buat aku tak tenang. Aku masih ingat doa dari seseorang yang aku pernah s4kitkan hati.

“I doakan suatu hari nanti Allah datangkan kekecewaan dekat u, dan kekecewaan tu datang dari wife u sendiri”. Dan dia ada cakap “i tak maafkan u”. Tu doa dari ex gf aku yang terakhir sebelum aku kahwin dengan wife aku sekarang.

Aku ada ramai ex, mostly memang kami putus sebab aku tak serious. Aku cepat bosan dan senang curang. Biasa la d4rah muda. Berapa ramai ex gf aku dah aku s4kitkan hati, berapa ramai yang dah doakan tak baik kat aku, tapi ex yang terakhir ni yang paling terkesan sebab aku rasa dengan dia aku paling jahat kot. Dan dia sangat ikhlas dengan aku masatu.

3 tahun lepas aku umur masuk 30, aku rasa nak settle down, dah malas nak mainkan anak orang. Aku masuk company baru masatu, aku terjumpa sorang junior aku, N. Budak baru lepas grad, dia protege aku, cantik muda. Sekarang dia lah isteri aku sekarang. N ni dreamgirl aku.

Ada criteria yang aku cari. Tapi N ni macam conservative sikit. Budak baik, lepasan uni Islamik. Aku ada dengar kakak office cakap budak tu single lagi tu, tapi dia cakap dia tak minat bercinta. Aku dengar macam tu aku pun takde la nak ajak bercinta. Aku minat dari jauh jela.

Dalam masa sama aku kenal sorang ni K. Sebaya dengan aku 30 masatu. Tapi cantik tak macam 30 tahun pun. Macam baru 25. Bekerjaya, stable career, independent, cantik. Aku tanya kenapa single lagi dia kata dia pernah hampir nak tunang tapi putus sebab ex dia curang. Lepas tu lama dia tr4uma.

Aku cakap kat dia aku nak kenal secara serious. Taktau la apa aku fikir masatu, aku just rasa lonely dan nak peneman. Dalam hati aku, aku still aiim N budak kat office aku tu. Si K ni terima aku, dia kata dia dah tak sanggup nak tr4uma lagi,  kalini kalau nak kenal betul – betul, jumpa jela mak ayah dia.

Baru kenal beberapa bulan masatu, aku jumpa jela mak ayah  dia sebab nak dapatkan kepercayaan dia. N yang aku minat ni ada hari dia busy sebab ada master class lepas office hour, so dia memang takde masa nak melayan aku keluar ke dating – dating ke. Jadinya K ni lah aku guna jadi peneman.

Aku sanggup jemput dia depan rumah, mintak izin mak ayah dia. Asalkan masa aku terisi. Mak ayah K ni memang nampak happy since anak dia kenal aku. Since K ni memang kenal untuk serious, aku terp4ksa la jual ayat ajak kahwin, sembang pasal masa depan.

K ni dah stable, jadi nampak la dia ada plan nak buat majlis, kalau kitorang keluar pun dia kadang – kadang sanggup bayarkan. Jenis yang matang dan tak berkira. Perempuan umur macam ni understanding, dia jarang check aku sangat.

Jadi aku ada la masa try N. Ajak lunch sama, kadang – kadang kalau dia takde class aku ajak dinner. N ni m4kin lama macam m4kin melayan. Tapi dia muda lagi so dia ada cakap tak ready nak kahwin. Relationship aku dengan K masatu dah setahun, K ni aku gunakan jadi peneman aku sementara aku kenal N.

K memang baik cantik tapi aku takde hati dengan dia. K pulak dah tak muda, jadi dia ada tanya pasal kahwin. Aku tangguh – tangguh. Ada issue kerja la, str3ss sebab mak tak sihat la. Arw4h mak aku masatu memang tak sihat.

K ni la yang ambik berat. Kalau aku balik kampung, tak pernah miss kirim buah tangan kat mak aku. Mak ayah K ada bagi hints pasal kahwin, aku tak tau macam mana nak cakap. Aku fikir takpelah, bagi jela cincin tanda kat K.

Nanti fikir lain lah. Aku pun keliru dengan aku sendiri. Kalau buat decision tu selalu impulsive. K nampak happy. Family besar dia pun dah kecoh – kecoh pasal kahwin. Jadi hidup aku har i- hari kalau office hour tu memang banyak spend time dengan N, malam kadang – kadang lepas balik kerja aku ajak K jumpa.

Weekend pun jumpa K sebab aku belum official dengan N. Setiap hari bergayut call dengan K. Sembang pasal future itu ini. Aku enjoy je bila K layan aku baik. Tiba – tiba N ajak aku jumpa. Dia kata dia buat istikharah, dia ready nak kahwin dengan aku tahun depan.

Dia cakap dia start suka aku sebab tiap kali masuk waktu solat, aku solat dan aku pun dah stabil. Aku terus jumpa mak ayah dia, bincang pasal kahwin. Aku bagitahu family aku nak arrange pasal wedding. Family aku tak tahu selama ni aku bercinta dengan K.

Aku selalu cakap general je, tengah berkawan dengan seseorang, bila aku cakap nak kenalkan dengan bakal ni, mak aku cakap, “ni yang mana satu kau nak kenalkan ni, yang pernah kirim telekung kat mak tu ke?” padahal semua tu dari K.

Aku rasa bersalah masatu. Aku cakap kat mak aku, “dengan yang tu takde jodoh. Ni yang lain”. Padahal N takde effort apa – apa selama ni nak ambik hati mak aku. Aku dah pening yang K pun aku dah bagi harapan, yang N pun dah atur bawak jumpa family, aku taktau nak cakap apa kat K.

Confirm dia s4kit giIa – giIa. Dia pernah cakap ni usaha terakhir dia. Kalau tak jadi, dia tak nak kahwin dah. Sebab dia dah pernah tr4uma teruk sebelum ni dengan bekas dia. Aku diamkan diri seminggu. Aku cakap aku str3ss.

Dalam seminggu tu dia cuba ambik hati aku. Delivery makanan ke rumah sewa aku. Dia percaya aku str3ss padahal aku enjoy je dengan N masatu. Dah cari cincin dah. Lepas tu  dia confront aku, “u ada someone else ke? I buat istikharah, i mimpi u dengan perempuan lain.” Terk3jut. Tapi aku deny.

Dipendekkan cerita, aku tinggalkan dia. Aku cakap aku tak boleh teruskan, dan aku masih ingat jelas ayat dia, “i tak maafkan u”. Lepas tu aku block dia. 5 bulan lepas tu aku kahwin dengan N. N tak tahu kewujudan K. Sekarang kami dah nak dekat 2 tahun.

Selepas kahwin, N confess dekat aku, yang dia ada hormon imbalance dari remaja which is dia tak datang bulan dah setahun. Sometimes setahun sekali. Kadang – kadang setahun dua kali. Dia takut nak cakap dengan aku hal tu sebelum kahwin. Sape je tak kecewa masatu, tapi aku redha jela.

Sekarang dah dua tahun kahwin, masih belum ada anak. Tahu lepas buat checkup, isteri aku diagnosed ada PCOS. Due to her condition, dia weight gain drastic. Dan dia ada anx1ety due to hormonal imbalances. Beberapa bulan lepas akak aku bagitahu yang dia mengandung, N menangis teresak – esak sampai dia kata dia tak ready nak balik kampung.

Malu dengan family aku. Padahal family aku ok je, banyak lagi aku kena sabar handle dia punya mood. Kadang – kadang tu fed up jugak. By hook or by crook, ini pilihan aku yang aku rasa terbaik dulu. Aku kena hadap jugak.

Cuma aku teringat doa K, “semoga kekecewaan u datang dari isteri u sendiri”. Baru – baru ni aku pergi masjid, aku bagi sedekah, aku niatkan atas nama K. Sebab aku ada terbaca itu cara kalau ada buat salah dengan orang.

Selain K, ramai jugak aku pernah permainkan sebelum ni. K, aku harap kau dah jumpa jodoh yang terbaik untuk kau. Untuk yang baca, doakan isteri aku pulih dan kami dikurniakan zuriat. Isteri aku tak salah. – Z (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Sakinah Safiyya Hisyam : Selamanya TT akan hidup dengan perasaan bersalah. Pastu semua musibah dalam kehidupannya TT kaitkan dengan kifarah.. nak menyesal pun tak guna dah. Bertaubat kepada Allah, minta maaf pada semua yang pernah dis4kiti.. semoga hidup TT lebih tenang selepas tu.

Intan Niwanamia : Taktau kenapa aku memang berharap doa ex kau termakbul. Dan aku harap kau terima jela dengan hati terbuka bila tiap saat tu terjadi. Semoga kesalahan tu sentiasa bermain – main dalam diri kau. If kau ada anak sekali pon dan benda tu terjadi kepada anak kau, jangan la kau pertikaikan.

Sebab semua ni memang terjadi atas diri kau sendiri. Sebab tu masa muda – muda jangan terlalu hanyut, dah jadi macam ni tiba – tiba cakap isteri tak bersalah, anak tak bersalah. Kifarah tu wujud untuk orang – orang macam kau ni. Get readyy broooo..

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.