Mertua nak ikut aku pergi umrah, kata ada duit simpanan. Sampai masa mertua kata dia takde duit. Menangis aku kena tipu

Kami plan bawa anak 3 orang pergi umrah, tiba – tiba mak pak mertua nak ikut. Dah selesai sampai buat booking, mertua cakap takde duit. Aku menangis, cancel pergi umrah. Mak mertua kata, dia malu dekat jiran sebab dah canang nak pergi umrah..

#Foto sekadar hiasan. Hai semua, ni adalah sambungan pada luahan aku yang lepas >> Aku ada homestay, tapi keluarga mertua mintak duduk free sebulan. Seronok guna benda free, mandi pool. Sorry tak terjawab soalan – soalan korang pasal macam mana buat beli rumah banyak – banyak dan buat homestay dan minta tunjuk ajar.

Honestly aku bukan taknak menulis tapi aku tak ada masa, aku harap sangat korang boleh study sedikit sebanyak dari confession aku dengan cari ilmu daripada individu – individu yang selalu share kat fb pasal macam mana nak beli rumah ke apa ke, banyak sangat sebenarnya, korang follow sorang autom4tic korang akan jumpa yang lain lebih ramai, kalau betul – betul minat, korang mesti jumpa.

Aku bukan taknak share fb aku, dah tersasar dari tujuan asal aku kalau aku share fb aku pada korang, kalau korang tahu siapa aku apa guna aku tulis anonymously kan. Balik pada tujuan asal aku menulis semula selepas setahun, oh ya, 3 unit airbnb aku dah dijadikan sewaan sebab 3 unit tu dari condo yang sama, management condo bertukar dan tak benarkan buat homestay / airbnb dah.

Tak untung tak rugi cuma balik modal je, haha itulah aku tak share kerugian, nampak yang indah – indah je ya korang. Buat lah bisnes apa pun, rugi mesti ada cuma kita sanggup atau tak tanggung kerugian tu. Tak ada bisnes yang akan berjalan smooth like butter okay, cuma kena foresee worst implication, dan apa terjadi kat aku belum worst lagi, cuma kacau plan A aku lah yang nak pay off rumah tu cepat.

Jadi aku buat keputusan beli lelong sahaja, makan modal besar sangat memang kacau cash reserve dan simpanan emas, tapi insya Allah baik – baik je sebab sebelum aku buat semua ni aku fikir dah masak – masak. Sayang sangat – sangat simpanan terp4ksa guna untuk modal rumah lelong, tapi berbaloi, sebab dapat harga yang markdown banyak dari market value, banyak untung boleh buat even sewa per rumah sahaja.

Sorry bukan ini aku nak cerita sebenarnya, back to the real point of aku menulis kat sini, aku harap sangat admin publish confession ni dan thanks kalau admin approve ya. Mana aku nak mula ya. Okay pasal keluarga mertua sekarang duit simpanan betul – betul dah nak habis dan mak mertua desak suami untuk bina rumah atas tanah pusaka diorang yang ada tu, untuk apa? Untuk buat homestay.

Mula – mula aku ingat sebut – sebut aja main – main la kan sebab memang niche kami airbnb tapi macam serius pula bila setiap kali call benda sama yang diulang. Nak cerita panjang sangat sebab tanah pusaka ni tau la satu geran je nama utama satu orang je yang lain taktau lah by mulut ke apa, tapi semua orang tahu hak masing – masing la tanah tu sampai mana.

Tak ada lagi yang buat geran pecah tanah tu. Rasanya ni macam kes lot lidi satu owner nama dalam geran tapi tanah pecah beramai – ramai nama tak ada. Okay mak mertua suruh buat airbnb tu aku refuse sebab kan status tanah, lagi pula dia mention tanah nak bagi kakak sulung suami.

Aku okay je bab tu, tapi guna duit dia lah, masalahnya simpanan kami gabung sebab simpanan kami 100% bisnes jadi dia perIukan persetujuan aku untuk gunakan duit simpanan tu untuk merialisasikan permintaan mak dia tu.

Aku cadangkan untuk dia beli tanah pusaka tu dan pegi lah selesaikan proses penama geran tu, tapi mak bapak mertua aku tak mahu sebab tanah tu memang nak bagi anak sulung. Jadi aku suruh suami fikir betul – betul karang dari tak ada masalah jadi masalah pula dah ada rumah atas tanah, rumah tu bukan kita punya.

Sampai sekarang suami diam je bila mak ayah dia tanya jadi ke nak buat rumah atas tanah tu untuk diorang jalan kan homestay tu. Aku takut nanti diorang buat macam homestay diorang income semua kat diorang yang hulur modal ni nganga je lah.

Aku minta suami beli juga tanah tu separuh sebab tanah tu besar juga dalam 10000sqf, diorang memang taknak jual jugak macam mana pun sebab dah janji nak bagi anak sulung, kami nak beli dengan harga ikut value tanah bukan harga anak beranak supaya diorang pun boleh guna duit tu untuk kelangsungan hidup memandangkan duit pencen pun dah tahap kritikal.

Tak cukup dengan itu mak mertua minta ihsan tambah dapur nak buat dapur basah yang menelan kos aku rasa 30k pun ada kot, aku tak fahamnya kenapa kena buat benda tak penting, aku punya rumah pun takda dapur basah kering ke apa.

Aku taktahu mana dia dapat idea nak extend – extend dapur ni, walhal duduk rumah tu dah dekat 5 tahun dah baru sekarang dengar dapur tak cukup besar, duduk rumah tu berdua je pun, kalau besarkan dapur lagi besar sangat rumah tu jadinya untuk dua orang.

Bukan aku taknak bagi, tapi bagi aku sangat – sangat tak perlu, kalau keperluan tak apa tapi ni dah jadi kehendak. Sekarang ada masalah lagi besar yang jadi, tahun lepas lagi mak ayah mertua kata kalau kami pergi umrah diorang nak ikut, siap mention ada dah simpan duit nak pergi umrah.

Jadi kami pun plan untuk pergi hujung tahun ni, hujung tahun je kami ada cuti nak pergi dan kos agak mahal bila hujung tahun jadi 2 ke 3 kali ganda dari musim bukan cuti sekolah. Nak jadi cerita kami dah survey tiket dan bagitahu tarikh nak pergi.

By the way aku dah pergi beberapa kali dan style aku umrah hotel memang jauh dari masjid nabawi dan di mekah pun tak ambil yang jalan kaki sampai, kena naik shuttle bus dalam 3 ke 10 km dari makkah. Mak ayah mertua request nak yang dekat – dekat supaya senang dan takut tak larat kalau ulang alik naik shuttle bus.

Aku pun okay lah macam tu tapi memang kena ambil pakej, sebab biasa nak book sendiri hotel dekat – dekat tu jadi mahal untuk musim cuti sekolah. Walaupun dah jadi kos kami 5 beranak daripada bawah 20k sekarang dah jadi hampir 50k untuk kami sendiri.

Jadi kami pun bayar lah deposit untuk 7 orang ni lepas dah capai persetujuan, bukan lah nak minta mak ayah mertua duit, kami pun dah dahululan duit kami untuk deposit, baru mak mertua kata pada suami diorang sebenanrnya tak ada duit untuk pergi pun, terkedu aku dengar, maksudnya kami kena tanggung untuk 7 orang.

Aku menangis juga lah sebab sekarang baru nak bagitahu, aku terus terang pada suami kita tak mampu nak bayar untuk 4 dewasa untuk satu masa, harga dewasa dengan kanak – kanak lain, memang overbudget dah sebab plan asal bukan ikut pakej tapi pergi style bagpack.

Menghela nafas panjang aku fikir – fikir cancel je dulu untuk tahun ni, deposit tu biar je burn dulu sebab memang tak akan mampu untuk aku tanggung 7 orang pakej umrah serentak macam ni. Menangis mak mentua dengar kami cancel, dia kata dah bagitahu jiran – jiran family semua tahun ni dia pergi umrah.

Aku daripada sedih memang jadi marah sebab dia tak ada common sense yang kami ni tak mampu dan umrah bukan ibadah wajib, wajib lagi mengumpul untuk kerjakan haji. Disaat duit simpanan pencen diorang pun dah hampir kontang ni aku masih lagi tak faham kenapa kena dahuIukan benda – benda tak penting dan tak wajib.

Aku sedih campur marah sekarang ni, dengan aku sekali ditelan m4ti emak diluah m4ti bapak, sampai bila pun aku nak pergi umrah tak dapat sebab aku memang kena fikir untuk belanja diorang sekali. Mungkin boleh juga pergi tapi aku kena cancel anak – anak 3 orang ni kena duduk malaysia dulu sementara kami pergi berempat.

Takkan nak pergi sorok – sorok pula ni bukan pergi langkawi sehari dua, paling – paling 2 minggu biasa kami stay sana. Aku terfikir dan cadangkan juga kami hantar mak ayah mertua pergi dulu tahun ni tapi diorang taknak, nak pegi juga berempat takut sesat takut jadi apa – apa kat sana diorang tak boleh handle, sedih sangat banyak halangan nak buat itu dan ini.

Even sekarang aku nak pergi jalan – jalan pun suami dipersoal jalan – jalan ada duit pergi umrah sama – sama pakai pakej tak boleh belanja mak ayah. Dilema betul rasanya. Apa pandangan korang dan apa yang korang akan buat kalau kat tempat aku.

By the way family aku dah kerjakan umrah, kami semua memang kumpul sendiri, style abah ibu aku bagpack jugak cuma dah tua – tua ni diorang lebih memilih pakej tapi tak ambil pakej peak season la. Kalau depan aku mak mertua mesti mention seronokkan mak ayah nurfa banyak kali dah pergi umrah haji pun dah, kami ni anak – anak taknak belanja pun pergi.

Aku cuma cakap aku dan abang pun tak pernah belanja mak ayah kami pergi umrah semua duit diorang sendiri pergi, terus diam tak ada mention dah dekat aku, cuma mention pada suami je. Semua tu aku curi dengar atau curi baca conversation whatsapp suami je lah.

Depan – depan aku sekarang diorang lebih hati – hati bercakap tak nak aku tahu. Kesian jadi suami aku dan aku faham sangat – sangat situasi dia. Mak ayah mertua memang tak mengharap langsung lah anak – anak yang lain sebab diorang ada struggle diorang sendiri katanya. Dilema ditanggung kami berdua ni. – Nurfa (Bukan nama sebenar)

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.