Kahwin aturan keluarga, selama 27 tahun suami terp4ksa mengandungkan saya. Selama kahwin tak pernah nampak suami ketawa. Tapi hari tu, saya tererempak dengan suami, seronok mesra ketawa dengan perempuan muda sebaya anak kami..
#Foto sekadar hiasan. Perkahwinan kami bukan atas dasar cinta pun. Aturan orang tua. Tapi akhirnya menyemai cinta dalam hati saya. Tapi mungkin sebaliknya bagi dia. 27 tahun dengan 4 orang cahayamata pun tak cukup untuk dia melihat jasa saya.
Orang kata lelaki masuk 5 series ni m4kin hot, m4kin stabil, matang, perfect. Rambut beruban sikit – sikit, berjambang bermisai putih pun masih terserlah kemachoan dia. Tapi dia memang macho pun dengan gaya dia tersendiri.
Character dia yang garang, serius, tak mesra alam tu rupanya hanya dengan saya ja. Kenapa saya buta menilai dia selama ni? Sangkaan saya tu memang sikap dia. Rupanya d3ndam pada keluarga dia dilepaskan pada saya.
Awal – awal kahwin pun dia dah cakap, dia tak suka saya pun. Terp4ksa akur kehendak keluarga katanya. Tapi cakap semua tu lepas kahwin.. Kenapa tak cakap awal – awal sebelum kahwin? Sekurangnya keluarga kami mesti batalkan majlis.
Pun begitu 27 tahun rumahtanga ni bertahan. Awal – awal perkahwinan ramai nasihat saya. Mula kahwin memang macam tu. Nanti hati dia akan berubah. Belajar pik4t dia, belajar masak apa yang dia suka, dan macam – macam nasihat. Semuanya saya ikut sebab semua orang sedia maklum dia tak cintakan saya pun.
Keluarga dia mahupun keluarga saya, hanya nasihat saya agar bersabar, doa. Nanti ada anak dia akan berubah. Lama – lama hati dia akan lembut hati. Saya pun bersabar selama ini. Tapi rupanya tak pernah sekali pun dia menyintai saya sebagaimana saya menyanjungi dia.
Bahkan walaupun anak 4 orang, dia tetap sama. Sikap dia dengan anak pun macam tu jugak.Cuma dia ambil berat bab pendidikan anak – anak. Mungkin kerana dia seorang pensyarah. Jadi pendidikan sangat penting bagi dia.
Hingga dia pastikan anak – anak kami semua jejak kaki ke menara gading. Lama – lama, kami pun dah terbiasa dengan sikap sang ayah yang sebegitu. Asalkan dia bertangungjawab pada kami dan ada depan mata kami.
Dari anak empat hingga cucu seorang. Anak sulung baru setahun lebih kahwin dan ada sorang anak, tapi sikap dia sama ja. Dengan cucu jugak tak berapa mesra. Tak seperti lelaki – lelaki lain. Tak dapat saya baca apa dalam hati dia.
Dia sperti terasing dalam keluarga ni. Hanya buat hal dia saja. Cakap bila perlu. Anak cucu memang tak rapat pun dengan dia. Lama – lama saya fikir memang inilah kehidupan. Mungkin tak mampu ubah dia. Tapi saya bahagia ja dengan cara dia macam ni.
Manusia semua tak sama kan. Orang kata give and take. Tipu la kalau sebagai seorang isteri, saya tak impikan suami yang romantik. Tanya sepatah dua. Dah makan ke.. Sihat ke.. Itu ja romantik yang saya harap dari dia. Tapi ye la. Dengan anak – anak pun dia tak pernah tanya, apatah lagi saya isteri yang tak diingini dia.
Lama – lama saya pun dah terbiasa dengan semua ni. Cuma saya tak pernah terfikir dia akan ada perempuan lain. Saya fikir sampai m4ti pun mungkin macam ni ja kot sikap dia. Dah bercucu – cucu bagai, mana mungkin time ni dia nak cari pasangan. Kalau nak, dari awal – awal dulu lagi.
Tapi saya lupa seperkara, ujian lelaki bermula apabila berubah fasa. Dan ujian untuk saya jugak. Mungkin umur macam ni, nafsu dan keinginan dia lain kot. Satu hari waktu lunch, saya ke sebuah mall. Niat nak belikan baju untuk cucu.
Mujur saya berseorangan masa tu.. Selalu ada jugak kawan – kawan meneman. Tiba mata saya terpandang susuk sang suami di sebuah kedai pakaian berjenama. Sedang memilih baju jugak. Saya berkira – kira nak pergi tegur dia.
Baru nak menapak, dia bawak baju tu letak pada badan seorang perempuan. Seorang perempuan yang sangat – sangat muda.. Mungkin baya anak kedua kami. Saya akui budak tu sangat cantik. Macam mix. Senyuman manis. Free hair. Ada dua dimples.
Melihat kemesraan mereka, saya terkedu dan terpana. Macam – macam perasaan masa tu.. Lama saya melihat gelagat pasangan dua sejoli tu. Suami tanpa segan silu memeluk pingang dia. Perempuan tu pun membaIas peIukan. Mungkin berterima kasih suami belikan dia baju kot.
Suami membayar pakaian – pakaian dia. Lepas tu berjalan ke kedai – kedai lain. Si perempuan tak lepas tangan berpaut pada lengan suami. Sangat manja. Suami saya nampak sangat ceria, tersenyum bahagia. Nampak suami berborak – borak dengan dia. Dua – dua saling ketawa. Entah apa yang lucu kan.
Lupa saya, kehidupan saya yang lucu sekarang ni. Kemudian berdua tu masuk ke sebuah restoren. Bagai disi4t – si4t hati saya melihat kemesraan dua insan tu. Cemburu?? Sumpah saya cemburu. Dengan saya sekali pun tak pernah macam ni.
Tapi lagi memaIukan, kenapa budak muda baya – baya anak kita? Kalau dia dengan bekas kekasih dia pun mungkin hati saya tak s4kit macam ni. Oh ya, lupa saya apa istilah pucuk muda bergetah. Tak mungkin saya mampu jadi bergetah dengan umur macam ni.
Apatah lagi dah nenek pun saya ni.. Jauh nak dibanding dengan anak d4ra. Tapi beza dengan suami. Orangnya nampak muda ja. Badannya kecik dan tegap. Mungkin saya yang tak perasan berapa banyak perempuan tertarik dengan dia.
Kalau dia hitamkan rambut dan cukur misai dia, mungkin nampak macam 20-an kot. Orang lelaki m4kin tua m4kin handsome. Apatah lagi suami jenis jaga penampilan dan kesihatan. Selama ni, mungkin dengan saya ja dia sangat pendiam.
Tapi hakik4tnya mungkin dia sweet talker. Sampai berjaya pik4t budak muda. Saya cuba kekal tenang. Bukan style saya nak meng4muk tak tentu hala. Belum masanya jugak untuk saya confront dia. Saya ambil masa perhati sikap dia.
Sama macam biasa, balik kerja kadang – kadang 7 malam kadang – kadang8 malam. Biasanya sebelum pukuI 10 dia ada di rumah. Sebab dia kan jenis jaga kesihatan, jaga tidur. Tidur pukuI 11 dah lewat untuk dia. Sebab suami jenis bangun awal pagi dan terus pergi joging.
So saya terfikir, biasanya budak – budak muda ni selalu nak kan perhatian. Maksud saya nak bertext call bagai. Tapi suami tak berapa tengok phone sangat. Tengok sekejap ja. Banyaknya dia tengok laptop. Mungkin jugak dia sibuk siapkan kerja – kerja pengajaran dia untuk kelas esok.
Ye la dah time kerja dia sibuk bercinta. Balik rumah la kot pulun nak siapkan kerja. Ataupun lakonan dia semata – mata. Ya la, dari whatsapp web pun boleh mesej kan. Must4hil budak tu boleh sabar tanpa perhatian dia. Dan lagi must4hil kalau suami ada niat tak nak anak isteri tahu belang dia. Setahu saya, suami bukan peduli perasaan kami.
Ke suami pun nak enjoy ja dengan budak tu.. Entahlah.. Buntu saya rasa dengan pelbagai soalan dan andaian. Dua bulan saya kumpul bukti hasil detective yang saya upah. Seperti yang saya sangka, budak tu memang student dia. Baru semester dua.
Saya ingat dah sem – sem last ke atau dah habis belajar. Rupanya muda dari anak ketiga kami. Dengan bantuan detective, saya ada semua maklumat pasal budak tu. Tapi sebelum saya confront suami, saya nak jumpa budak tu dulu.
Tapi budak sekarang tak macam orang dulu – dulu kan. Berani budak sekarang luar biasa. Kalau umur – umur saya macam ni, dah takut dah kalau bercinta dengan suami orang. Lagi takut kalau isteri tu datang bersemuka. Tapi budak tu langsung tak takut.
Lain macam citarasa suami saya. Mungkin dia suka yang bold macam budak ni. Bukan yang cold macam saya. Saya tanya apa hubungan awak dengan suami saya. Dia cakap tu lecturer dia. Saya kata betul ke sekadar lecturer. Dia diam.
Saya tanya awak tahu ke dia ada anak isteri. Ada cucu. Dia kata tahu. Suami cerita semua dia kata. Saya tanya habis kenapa nak orang tua baya – baya bapak awak. Sedangkan ramai anak – anak muda baya awak. Awak pun cantik manis ja. Cari la yang padan saya kata.
Dengan biadapnya dia jawab, “pergi la tanya suami awak, dia yang nak saya. Kenapa tanya saya.. Sebelum ser4ng – ser4ng orang, tanya diri sendiri dulu. Kalau awak tak de kelemahan, suami awak tak cari orang lain.” ‘awak’ ye dia pangil saya.
Saya ok ja dia nak pangil saya aunty atau makcik. Lebih sopan dan beradap. Tapi ni dah macam saya pulak yang ganggu rumahtangga orang sekarang ni. Lagi satu, saya bukan ser4ng dia ye.. Saya tanya baik – baik ja.. Sebab saya nak tahu kenapa. Saya nak dengar budak tu cakap apa.
Tapi saya cuma angguk sayu ja. Memang saya banyak kelemahan. Saya tanya dia, suami ada cerita kelemahan saya ke.Dia dengan sinisnya jawab banyak ja. Saya tanya awak pernah tidur dengan dia ke. Walaupun saya tahu jawapan. Tapi saja nak dengar dari mulut dia.
Dia soal saya balik kenapa saya nak tahu semua tu. Katanya tu urusan mereka. Cumanya dia kata, saya kena sedar diri kalau saya tak mampu layan suami saya. Ikutkan nak ja saya Iempang dia. Tapi bukan salah budak tu ja kan.
Apa yang suami cerita kat dia pun tak tahu la. Lelaki bukan akan cerita perkara sebenar. Yang halal dia tak nak. H4ram jugak yang sedap kan. Tak sanggup lagi saya nak tanya apa – apa. Bimbang hati sendiri yang terIuka. Lagipun tepuk sebeIah tangan tak bunyi kan.
Dah tiba masa saya bersemuka dengan suami. Tapi belum sempat saya jumpa suami, suami lagi laju ser4ng saya kat tempat kerja. Entah apa budak tu cerita. Saya kata nanti kita bincang kat rumah. Tapi suami macam kena rasuk s3tan.
Malu dengan kawan – kawan, saya p4ksa suami masuk office saya. Sebab suami marah – marah dekat parking. Saya pun baru sangat sampai pejabat masa tu. Beriya suami backup budak tu. Kata saya ni ugvt budak tu la, takut kan dia la.
Saya kata abang tak malu ke berkelakuan macam ni. Dengan usia abang macam ni. Malu kat anak – anak. Dia kata saya yang tak tahu malu. Saya bersikap macam low class pergi ser4ng budak tu. Tak berani nak tanya dia sendiri.
Saya kata bukan tak berani.. Memang saya nak tanya abang.. Tapi saya nak dengar dari budak tu jugak. Macam – macam la suami marah. Sebijik macam kena rasuk sy4itan. Terpekik terlolong. Sangat protective pada budak tu.. Memang betul – betul sayang ni.
Saya tanya, kalau saya yang buat macam ni.. Abang ok ke? Saya keluar dengan laki lain tak kira sapa la. Abang boleh terima ke? Dia kata ingat aku heran pasal kau ke. Kau tidur dengan sapa pun aku tak peduli la. Ni kan nak heran kau keluar dengan sapa.
Tergamak betul abang cakap macam ni kan. Saya tanya, abang langsung tak pernah sayang saya ke? Dia kata tak. Saya tanya habis anak kita empat orang tu. Dia kata tu sebab kesian kat saya ja.. Sebab keluarga saya merayu – rayu kat dia untuk jaga saya. Masa tu suami saya jarang balik rumah.
Mak saya takut orang tuduh saya mandul. Style zaman dulu, sebab saya tak mengandung. Orang asyik tanya ja. Dan katanya dia patuh pada cakap mak dia. Sebab tu dia stay ja sampai sekarang. Saya angguk lemah. Memang awal – awal dulu mak saya susah hati tengok per4ngai menantu dia sorang ni.
Zaman dulu, orang takut cerai berai ni. Takut rosak kehidupan anak perempuan. Tapi sekarang pun apa bezanya. Tetap rosak jugak hidup saya. Dulu – dulu orang tua fikir, kalau dah ada anak, hati lelaki akan berubah. Tapi tak mungkin untuk suami saya yang keras hati ni.
Anak pun dia tak pernah sayang mungkin. Suami kata tanya diri sendiri la, empat anak tu dia ke yang nak. Cara dia mention seolah – olah saya yang mer0gol dia pulak. Dia kata dulu dia rasa nak bercerai.. Saya dah mengandung anak pertama. Tak sampai hati katanya.
Lepas tu dia fikir tunggu anak besar sikit. Sedar – sedar dah dua, tiga, empat anak dah. Dia kata tu la benda paling menyesal dengan saya. Nasib baik saya tak boleh beranak lagi dia kata. Kalau tak, saya sengaja akan ik4t dia dengan alasan anak berdozen. H1nanya saya di mata dia kan.
Dia ungkit selama ni ada ke dia sentuh saya? Saya yang mulakan dia kata. Dia bukan nak pun semua tu dengan saya. Tapi fikir tangungjwab dia sebagai suami, sebab tu dia tak menolak katanya. Untuk pertama kali saya rasa maruah saya dipijak – pijak. Rasa jijik dengan diri sendiri. Seperti saya ni seorang peIacur pulak.
Memang betul saya akui, saya yang mulakan. Adakah kerana saya seorang perempuan saya tak berhak mulakan? Sedangkan dia suami saya yang halal. Dan saya jugak punyai keinginan itu kerana saya seorang manusia biasa. Tapi akhirnya semua tu nampak salah saya kan.
Saya tanya dia, selama 27 tahun ni, adakah hari – hari saya mintak? Abang ingat tak bila last time kita bersama? Tahun bila? Mungkin tak sampai 50 kali pun kami berhubung badan selama ni. Dia sendiri pun tahu, sangat – sangat jarang.
Sem4kin anak – anak kian membesar, semua tu dah m4kin tak de pun. Cuma asal bersama ja lekat. Rezeki Allah bagi. Tapi tergamak dia kata saya sengaja nak ik4t dia. Tapi tak pe la. Dia memang pendam banyak benda selama ni.
Saya berterima kasih kat dia, sekurangnya hari ni dia berjujur tentang perasaan dia. Selama ni bukan saya tak pernah tanya. Tapi dia hanya diam diam dan diam!!! Sekali pun tak pernah cakap apa – apa. Sampai saya fikir, mungkin dia sayang ja kat saya.
Kalau tak mana mungkin sampai bercucu dia setia dengan saya. Mungkin dia jenis tak tunjuk kasih sayang. Tapi hari ni saya dah dapat jawapan. Jawapan dia, sebab dia hanya kesian kat saya ja dan patuh pada kata – kata mak dia. Sebab tu dia diam dan hidup terp4ksa selama ni dengan saya.
Sentuh saya sebab kesian kat saya. Bertahan hidup dengan saya sebab kesian kat saya.. Sanggup jadi bapak untuk anak – anak kami pun sebab kesian kat saya. Betul tu abang. Memang kesian hidup saya ni. Terima kasih banyak – banyak atas jasa terbesar abang mengasihani saya selama ni. Saya akan kenang jasa abang sampai bila – bila pun.
Terima kasih sebab bagi saya title isteri, ibu, nenek. Banyak dah tu jasa abang bagi kat saya. Saya tak salahkan suami.. 27 tahun ni entah macam mana dia hidup. Hari ni saya pulak rasa kesian kat dia. Mungkin macam ner4ka bagi dia selama ni.
Dan mungkin dah tiba saat dia nak rasa istilah merdeka sebenar bagi diri dia. Nak tahu tak, selama ni hidup, sekali pun saya tak pernah tengok dia senyum. Tapi first time mungkin saya tengok dia ketawa riang dengan budak tu.
Betul kata budak tu, saya kena tanya diri sendiri. Kelemahan saya apa. Semoga budak tu betul – betul setia dengan suami dan boleh jaga suami dengan baik. Saya nak suami saya bahagia. Dia berhak pilih apa dia nak. Kalau dengan budak tu dia bahagia, saya tumpang gembira untuk dia. Sebab saya sangat – sangat cintakan suami saya.
Saya tanya suami, habis macam mana sekarang kita ni? Dia kata kalau budak tu nak bermadu pun dia memang tak nak. Dia tak nak saya ada kaitan apa – apa pun dengan hidup dia. Sekali lagi saya senyum h4mbar. Apa salah saya smpai macam ni suami bercakap. Seolah – olah benci saya sangat.
Selama ni apa ja saya tak buat untuk ambil hati dia. Puas saya tanya ada apa – apa ke yang saya perlu ubah diri saya? Apa yang saya perlu baiki? Apa pun dia tak pernah cakap. Seolah – olah saya cakap dengan dinding. Atau dia rasa saya ke punca dia tak dapat kahwin dengan bekas kekasih dia tu?.
Sedangkan saya takde kena mengena dengan apa pun yang berlaku dalam hidup dia. Saya pun tahu lepas 4 – 5 bulan dah kahwin. Tapi tak pe la….. Rezeki pinjaman Allah mungkin sampai ni je. Suami cakap, dulu dia bersabar sebab anak kecik – kecik.
Sekarang anak masing – masing dah besar. Jadi dah tiba masa dia fikir kebahagian dia. Dia dah pergi mahkamah buat urusan cerai. Kami tengah tunggu tarikh naik court. Saya belum cakap apa – apa dekat anak – anak. Saya sedang mengumpul kekuatan untuk berterus terang.
Tapi tak mungkin saya akan cakap reason sebenar. Tak akan sesekali saya burukkan ayah mereka. Hubungan dia dan saya mungkin akan terputus. Tapi dengan anak – anak kekal selamanya. Tu d4rah daging dia. Saya tak nak anak – anak benci dia. Semoga saya terus kuat dengan ujian ini. – Zai (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Lisa Fairylah : Puan rasanya hampir sebaya mak saya. Kalau saya jadi anak, saya nak mak saya cerita dekat saya. Kalau saya jadi anak puan saya akan suruh puan cerai dan cari bahagia sendiri yang puan hilang selama ni.
Puan cerita je dekat anak. Saya rasa anak – anak puan akan paham sebab mereka sudah besar dan ada yang dah kahwin boleh memahami perasaan puan.
Siti Zaharah : Wow!! Kak, tolong kuat kak. Just leave him. Akak dah ada anak – anak dan cucu. Nothing to regret. It’s time for you to take care of yourself. Appreciate yourself. Enjoy yourself.. Pergi la holiday.. Umrah ke..
Ahmad Humaizi : Allahuakbar. Sedihnya baca cerita ini. Doa saya semoga Allah bagi kekuatan pada Puan, Allah menggantikan sesuatu yang lain yang lebih baik buat Puan.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.