Kak ipar tak tahu malu. Aku dah m4ki dan halau dia anak beranak. Hari sabtu lepas, elok je datang. Siap habiskan seperiuk nasi

Mulanya aku sabar. Kain baju dia bertimbun, tak berbasuh. Aku yang basuh. Dah tolong basuh, tak reti nak sidai. Aku juga kena sidai. Dia duduk rumah aku masa tu memang goyang kaki je. Aku terus m4ki kak ipar depan abang aku..

#Foto sekadar hiasan. Abang aku sudah berkahwin selama enam tahun. Masa tahun pertama hingga tahun ketiga, aku selalu juga mendengar emak aku merungut tentang kakak ipar aku ini. Tetapi disebabkan tidak kena batang hidung sendiri (sebab tinggal berasingan), jadi aku setakat mendengar sahaja tanpa ada apa – apa perasaan.

Tetapi selepas emak aku meninggaI dua tahun lepas, barulah aku nampak w4rna sebenar kakak ipar aku ini sebab dia pernah tinggal di rumah keluarga aku selepas emak aku meninggaI. Kononnya hendak tolong uruskan rumah aku lah sebab aku bekerja dan adik aku yang bongsu masa itu hendak menduduki SPM.

Tetapi rupanya bukannya dia yang menguruskan rumah, rumah yang menguruskan dia. Bayangkan, dari pagi sampai ke malam dia terbaring depan televisyen layan cerita kartun. Masa ini anak dia baru dua orang. Anak dia yang sulung itu umur tiga tahun dan yang nombor dua baru lepas pantang.

Anak dia yang sulung itu memang hiperaktif! Rajin benar buat sepah! Aku ini pula pantang tengok rumah bersepah. Aku balik kerja, tengok rumah tunggang langgang. Kakak ipar aku tengah sedap layan kartun dan anak dia pula buat sepah tidak ingat punya.

Aku punya lah berang, lepas itu kakak ipar aku buat tidak peduli sahaja. Dia boleh cakap, “Ish, budak ini. Asyik buat sepah sahaja.” Lepas itu dengan selamba sambung layan kartun. Bukannya dia hendak pergi kemas ke apa.

Mula – mula itu aku macam sabar sahaja lah. Kain baju dia bertimbun – timbun lepas itu tidak basuh. Aku juga yang basuh. Sudah tolong basuh, tidak reti pula hendak sidai. Aku juga yang kena sidai. Dia duduk di rumah aku masa itu memang goyang kaki sahaja lah.

Lepas itu bila aku rasa sudah benar – benar berang, aku terus m4ki depan – depan dia dan abang aku. Memang sampai berg4duh besar lah aku dengan abang aku. Lepas itu aku halau mereka dan aku cakap mereka menyusahkan hidup aku.

Kalau kamu hendak tahu, kakak ipar aku ini kalis m4kian. Berbakul – bakul aku marah dan m4ki dia, dia boleh buat muka tidak peduli sahaja. Macam tiada perasaan. Yang bagusnya, walaupun berkali – kali kena m4ki dengan aku, dia tetap boleh bertegur sapa dengan aku macam tiada apa – apa.

Gaya dia memang macam makcik – makcik zaman dahulu. Solekan dia memang boleh buat orang tercekik lepas itu k0ma. Macam hari Isnin lepas lah. Aku hendak hantar dia balik sahaja pun. Solekan dia punya lah lama. Aku ingat cantik sangat lah dia bersolek. Sekali aku tengok sudah macam opera Cina.

Dengan bedak sekati, kening bergaris hitam sampai ke tepi rambut. Memanjang begitu. Memang ngeri lah aku tengok. Tetapi yang aku kagum pasal dia ini, tahap keyakinan dia tinggi giIa! Memang dia anggap dia cantik habis.

Aku memang tegas dengan kakak ipar sampai saud4ra mara kata aku ini sudah macam kakak ipar dan kakak ipar itu sudah macam adik ipar aku. Kakak ipar memang dengan aku tidak berani hendak meIawan. Contohnya kalau bab pergi membeli beIah. Pernah lah aku pergi membeli beIah barang dapur di Giant dengan dia.

Aku ini jenis berjimat sedikit. Barang yang perlu sahaja aku beli. Yang kakak ipar aku ini pula jenis ikut nafsu. Segala macam benda dia hendak beli. Walaupun pakai duit dia, aku tetap tidak bagi sebab bagi aku, buat apa hendak membazir.

Kalau dia itu banyak duit, aku tidak kisah. Ini abang aku tinggal duit belanja RM200 untuk sebulan, dia hendak habiskan dalam satu hari sahaja. Tetapi dia pandai tahu. Dengan aku memang dia tidak beli apa – apa. Tetapi selepas aku hantar dia balik, dia boleh tahan teksi dan pergi ke Giant balik semata – mata hendak buang duit.

Aku dapat tahu selepas ternampak dia tahan teksi. Mungkin Allah hendak tunjuk. Bila aku bising, dia bagi alasan anak – anak yang hendak pergi Giant itu. Teringin hendak makan KFC lah, apa lah… Kadang – kadang aku ini sudah naik letih hendak mengajar dia.

Selepas aku sudah halau mereka, aku ingat aman lah hidup aku. Tetapi baru – baru ini datang lagi baIa… Abang aku kena outstation dalam empat bulan. Jadi kakak ipar aku ini rajin pula datang rumah aku. Biasanya dia akan datang hari Sabtu, Ahad atau Isnin baru balik.

Walaupun sehari dia lepak di rumah aku, sumpah aku rasa macam seratus tahun! Bila dia datang sahaja rumah aku, aku rasa macam rumah aku dilanda puting beliung. Habis tunggang langgang rumah aku!!! Sekarang ini anak dia sudah tiga orang.

Semua lasak hendak m4ti. Lepas itu rajin menangis. Tetapi yang bagusnya anak – anak dia semua takut dengan aku sebab aku dengan mereka garang sedikit. Hari Sabtu lepas kakak ipar aku dan anak – anak dia datang lepak rumah aku sampai Isnin. Pening kepala aku.

Dah lah anak – anak dia rajin buat sepah. Lepas itu siap lukis mural pula di dinding rumah aku. Memang berang aku. Aku pun marah lah budak – budak itu dengan harapan mak mereka itu terasa. Tetapi dia tetap buat tidak peduli.

Yang paling tidak boleh blah, aku masak nasi satu periuk penuh, sekali dia makan terus habis!!!! Terk3jut aku. Memang kuat makan. Dia kalau makan, anak – anak meraung di sebeIah pun memang dia buat tidak dengar sahaja. Dia tetap makan macam tiada apa – apa yang berlaku. Kagum aku tengok dia.

Biasanya dia akan makan dulu kenyang – kenyang, lepas itu baru lah dia bagi anak – anak dia makan. Itu pun sedikit sahaja. Lepas itu sudah makan, tidak reti pula hendak basuh pinggan. Bila aku bising, baru lah terhegeh – hegeh hendak pergi basuh. Patutlah aku tengok abang aku asyik str3ss sahaja.

Rupanya kakak ipar punya per4ngai sangatlah teruk!! Aku sudah buat keputusan, selepas ini aku hendak letak papan tanda depan rumah. Aku hendak tulis nama dia lepas itu tanda dilarang masuk. Okey tak?? Kalau kamu di tempat aku, apa kamu akan buat?

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.