Lepas kahwin, aku m4kin baran. Suami salah sikit je aku akan marah naik tangan dekat suami. Suami aku langsung tak baIas..

Aku rasa tertekan bab kewangan dan masa. Masa rehat terhad. Duit simpanan pun susut. Loan rumah, bil elektrik, air, Indah Water, cukai semua aku bayar. Suami bagi nafkah RM500 tapi duit upah pengasuh pun 500 aku bayar..

#Foto sekadar hiasan. Aku Lili, umur 30an dah berkahwin selama 3 tahun bersama suami, Aris. Ada anak lelaki seorang dah umur setahun lebih. Tujuan aku tulis luahan ni nak minta pendapat. Dan aku yakin pasti akan ada kecaman pada luahan aku ini.

Aku bekerja sudah hampir 5 tahun dan boleh kata gaji aku ni okaylah cukup untuk aku membeli kereta dan rumah (hutang). Aku beli kereta dan rumah betul – betul selepas aku kahwin. Maksud aku suami aku tak ada sumbangan apa – apa pun lah atas rumah dan kereta ni.

Aku cuma minta dia uruskan hal renovation rumah sahaja tu pun guna duit aku semuanya. Kisahnya, sebelum aku kahwin aku pernah disahkan doktor mengalami depr3ssion dan anxiety banyak punca jadi begitu family, tempat kerja ketika itu.

Dulu aku makan ubat untuk s4kit tu. Sekarang tidak lagi. Aku stop jumpa doktor sebab aku penat. Aku tak pergi hospitaI kerajaan sebab lambat aku refer swasta tapi ya lah duit setiap kali appointment plus ubat tu dah beratus setiap kali jumpa.

Jadi aku stop sebelum s4kit aku tu bertambah puncanya. B0dohkan patutnya minta ja refer kerajaan. Okay takpalah salah sendiri tak mahu dirawatkan. Setelah berkahwin aku rasa aku jadi seorang yang sangat panas baran.

Mungkin keturunan sebab mak aku dulu pun baran orangnya. Aku selalu pukuI dan marah suami aku. Kadang – kadang atas kesalahan kecil dan siIIy problems. Mungkin tekanan dari mertua yang selalu tanya ada isi belum juga ketika itu.

Aku jadi sensitif dan tertekan setiap kali berjumpa garis satu. Sedih, marah aku lepaskan ke suami. Alhamdulillah suami baik tak pernah baIas tak pernah naik tangan. Setahun kemudian setelah bertukar tempat kerja. Rezeki aku dan suami mendapat seorang anak.

Ketika pantang, aku melalui fasa baby blue. Mer0yan. Aku baling semua benda dan hampir ced3rakan anak sendiri. Allah jaga anak aku. Aku cepat sedar. Dan istighfar. Mungkin kerana penat kerana aku cuma dapat tidur 2 jam saja sehari anak aku agak high demand. Demam kuningnya pula lama.

Aku bedah czer. S4kit bedah lagi. Suami pula malam bila dah tidur aku gerak minta tolong defrost susu pun dah tak sedar. Jadi marah aku terhadap suami memang meluap – luap. Fast forw4rd, setelah dapat duduk di rumah sendiri. Aku rasa tertekan bab kewangan dan masa.

Masa rehat terhad. Saving pun susut. Loan rumah, bil elektrik, air, IW, cukai semua aku bayar. Barang kelengkapan dalam rumah you name it. Semua aku beli dan sediakan. Macam aku pulak provider dalam rumah tangga ni?

Suami ada bagi duit sebulan 500. Masalahnya duit pengasuh pun 500 aku bayar juga. Suami hanya sediakan bahan makanan. Itu saja. Aku memang selalu request nak makan apa ke suami. Sebab kalau aku tak request macam tiada function pulak suami aku ni.

Tahun ni aku suarakan minta naikkan sikit duit yang diberi bulanan sebab memang tak cukup untuk aku bayar semuanya. Aku juga kena ada em3rgency saving kalau anak s4kit atau jadi apa – apa hal kec3masan tiba – tiba.

Suami memang tiada saving sebab dia sendiri sudah habis duit untuk bina rumah sendiri di kampung ibunya. Walaupun bukan kami yang mendiami rumah tu tapi ya lah guna duit dia jugak kan. Suami masih ada banyak loan lain loan belajar loan kereta.

Jadi dia sendiri pun banyak komitmen. Bila saya minta naikkan dia macam tak senang duduk. Tapi dia tak marah. Dia kata dia cuba. Tapi kadang – kadang kalau ada bonus dia bagi bila dia boleh. Tempat kerja suami agak jauh dari rumah.

Dan anak hanya dapat main dengan ayahnya bila waktu malam atau weekend tu pun weekend masih sibuk dengan urusan pembinaan rumahnya. Anak memang 90 peratus saya yang kena jaga selepas diambil dari pengasuh.

Saya kerap marah dan str3ss kerana hal sebegini. Selalunya saya pendam dan pendam tapi bila tiba masanya saya akan meIetup dengan kemarahan. Dengan anak yang tidak berd0sa itu pun terkena tempiasnya. Sesungguhnya saya akan rasa geram dan sesal dengan diri sendiri setiap kali episod marah saya berulang.

Saya akan fikirkan sehingga s4kit kepala. Saya sedih lepas tengok anak saya terk3jut dengan saya menjerit marah kepada dia. Anak masih kecil tak faham kenapa emak dia marah bila dia menangis. Anak saya kerap menangis bila kemahuannya tidak dituruti. Saya jadi str3ss dan marah dengar tangisan dia.

Anak pula kurang berat tinggi kerana selalu demam. Sampai saya elakkan untuk pergi ke kk dan minta suami yang gantikan saya untuk pergi. Saya ibu yang jahatkan. Kesihatan anak sendiri pun tak nak peduli. Sesungguhnya saya dah penat berulang di awal kelahiran dalam keadaan s4kit ke kIinik kerana anak kuning.

Letih tunggu lama kadang – kadang pergi pukuI 7 pukuI 2 belum tentu boleh pulang. Bila suami pulang lewat atas urusan yang bukan kerja seperti berjumpa kawan, hobi dan sebagainya, saya jadi marah dan sangat tertekan.

Saya beruntung dapat suami penyabar yang boleh membantu buat kerja rumah. Tapi saya tak tahu bagaimana nak kawal kemarahan bila berlaku isu – isu seperti yang saya ceritakan tu. Mungkin saya perlu me time? Kata – kata semangat?

Puas saya berdoa dan cuba kerapkan bangun malam untuk tahajud. Tapi masalah baran saya tidak selesai begitu saja. Dengan orang luar saya tunjukkan diri saya yang baik, mesra suka membantu dan perihatin. Tapi hakik4tnya, dengan orang terdekat saya mudah marah dan meng4muk.

Saya kasihankan suami dan anak. They deserve better wife and mom. Maafkan saya sekiranya penceritaan saya ini berterabur dan sukar difahami. Sebab sekarang saya menaip cerita sambil lap air mata. – Lili (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Lola Mel Zati : Continue treatment and medication that you stopped last time. Weekend ke ape minatk husband jaga anak and you go out. What works for me is walking in nature. Bukan laa nature sangat pun tapi jalan di taman awam yang banyak pokok helps me. If your husband can still have his hobby, you should too. Sometimes being a mother kena laa selfish sket. You need some time too.

Shima Ali : Sedihnya cerita Lily ni. Suami, anak dan Lily sekeluarga hidup dalam kesedihan. Dan paling d3rita anak tu. Kecil lagi dah kena marah. Tanpa disedari, Lily dah bentuk dia jadi seperti Lily yang baran. Lily tolong sambung berubat, takut suatu hari nanti suami pergi bawa anak dan tinggalkan Lily.

Untuk suami Lily tu, dia tak jalankan tanggungjawab dia sebagai suami. Nilah punca sebenar Lily bertambah s4kit. Akak doakan semoga Lily kuat dan dapat jadi ibu yang baik. Tolonglah kesian kat anak tu ya.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.