Aku merayu suami jangan tinggalkan aku. Dia tarik aku pergi cermin. Dia suruh cermin diri aku yang hod0h. Hilang maruah aku

Lama suami aku tak balik, sehinggalah dia balik rumah bawak perempuan tu. Suami balik nak ambik barang – barang dia. Perempuan tu berdiri cekak pinggang. , “Lepas kena cerai ni, kau nak duduk di mana?” Autom4tik tangan aku naik..

#Foto sekadar hiasan. Hi semua. Aku nak kongsikan kisah aku dalam berumahtangga. Aku berkahwin dua kali. Perkahwinan pertama bersama abah Khadija (nama anak aku), aku dikurniakan seorang cahaya mata, perempuan. Khadija. Perkahwinan kedua hingga kini bersama dengan Waleed.

Aku kenal abah Khadija masa tahun akhir dekat universiti. Bagaimana kenal? Macam drama ya, beg duit aku tercicir, dia jumpa dan beri balik kepada aku. Aku lihat duit dalam itu tidak terusik. Aku rasa dia orang yang jujur. Kami bertukar nombor telefon dan terus bercinta.

Tapi abah Khadija tak suka kawan – kawan aku sebab dia rasa dipersendakan dan dipandang rendah. Aku tak rasa begitu, tetapi kerana aku sangat sayangkan dia, aku pun jauhkan diri daripada kawan – kawan. Abah Khadija tinggal di kawasan setinggan sedangkan kawan – kawan aku pula sama seperti keluarga aku, pendapatan sederhana, hidup selesa, mampu memberi elaun RM600 sebulan kepada anak – anak.

Zaman itu RM600 ini umpama nilai gaji bulanan ya. Habis belajar, abah Khadija ajak aku kahwin. Ibu bapa aku tak setuju. Drama juga masa itu. Aku pula baru bekerja enam bulan, terus buat pinjaman untuk kahwin.

Kononnya itu duit daripada abah Khadija. Huru – hara juga keluarga aku dengan keluarga dia. Dah kahwin, sebab ibu bapa tidak setuju, aku seakan merajuk. Aku jauhkan diri daripada keluarga. Kami menyewa flat di Setiawangsa.

Sewa dengan kawan dia sebab nak jimat. Aku yang rambut blonde kepok – kepok ni, lepas dah kahwin tak kisah ya turun naik bas pergi kerja. Makan mana yang ada sahaja. Pergi kerja bawa bekal. Dulu di rumah aku ada dua orang pembantu rumah.

Masa belajar, elaun bulanan RM600, belum masuk pinjaman pendidikan. Bayangkan, aku tak tahu memasak? Memang taklah tapi aku belajar masak. Setiap hari aku buat bekal. Nasi goreng mentah lah, hangit lah, macam – macam. Kami hadap berdua sampai aku jadi pandai masak.

Ada masa tak cukup duit, kami kumpul syiling yang ada di lantai semata – mata nak buat tambang pergi kerja esok. Aku teringat masa aku teringin nak makan durian, masa tu aku mengandung. Kami pinjam motosikal rakan serumah kami, kemudian pergi Chow Kit beli durian.

Aku tampung durian atas paha. Beli banyak juga masa itu. Bila abah Khadija langgar Iubang, aduh… tajam duri durian itu tusuk ke paha. S4kit. Kenangan. Pernah aku demam teruk, teruk sangat. Nak makan pun tak lalu. Nak pergi kIinik pula takde duit.

Aku dengar abah Khadija telefon bapanya nak pinjam duit, tetapi bapanya jawab dia pun sama tiada duit. Aku ingat lagi masa itu dia baring sebeIah aku, tuam kepala dengan tuala basah. Menangis dia sebab rasa tak berguna. Kenangan.

Makan roti tamat tempoh? Itu biasa sangat. Aku ingat lagi masa balik rumah ibu bapa aku. Baju aku koyak dan lusuh. Ibu aku perhati sahaja tetapi tidak cakap apa – apa. Masa aku nak balik, ibu cakap dia ada banyak baju tidak muat, nak buang sayang. Ambillah. Sampai rumah menangis aku, kenapa macam ni pula hidup aku.

Belum lagi cerita naik bas tidak cukup tambang. Pemandu bas itu perasan dan dia turunkan kami di tengah jalan. Jauh juga menapak masa itu. Bayangkan, dua jam kami berjalan kaki nak sampai ke rumah. Masa mula kahwin, abah Khadija suka dukung aku.

Satu hari nak dukung aku yang tengah mengandung, tangan dia boleh terlepas. Terus dia tampung dengan tangan dia supaya aku tidak jatuh ke lantai. Tangan dia terkena bucu meja. Koyak. Mengalir d4rah banyak sangat. Kena jahit juga.

Selalu kalau aku usap parut itu, dia akan usik cakap, “Ini bukti, sanggup m4ti untuk awak.” Mengekek aku ketawa bahagia masa itu. Kenangan. Semuanya berubah bila satu hari abah Khadija dapat taw4ran jadi eksekutif di sebuah syarik4t multinasional.

Aku la orang paling gembira masa itu. Dah berangan nak makan sedap, boleh beli kereta, boleh sewa rumah sendiri. Aku memang puji abah Khadija. Dia memang rajin dan bersemangat tentang kerjanya. Selalu balik lambat.

Aku pun tiada benda nak komplen sebab kehidupan m4kin selesa masa itu. Tapi sampai satu masa, dia jadi pendiam. Tiap hari balik lewat. Sampai aku kena naik teksi balik hampir setiap hari. Pergi kerja pun dia tak mahu hantar. Nasib baik pengasuh anak duduk tingkat bawah sahaja.

Lepas hantar anak, aku pergi ke hentian bas tunggu bas. Masa ini kami mula kerap berg4duh. Tiap hari aku salahkan diri. Mesti sebab aku ada anak awal sangat, mesti sebab pagi tadi aku tak ucap selamat pagi dengan lembut, mesti sebab semalam aku tidak senyum.

Suami aku berubah sebab salah aku ini. Tertanya – tanya kenapa dia tiba – tiba berhenti bercakap dengan aku. Siksanya layanan senyap macam ni. Hari itu dia tidak balik lagi, anak aku tidur. Aku buka komputer. Tergerak hati nak buka emel kerja dia.

Semua ok tapi ada satu emel itu subjek: Pangkor. Aku buka. Nak terputus nafas aku lihat gambar dia berpeIuk dengan seorang perempuan. Video dia bergurau manja dengan perempuan itu, video perempuan itu suap dia makan, gambar mereka bercuti

Selfie dalam bilik air. Perempuan itu berdiri dekat depan sambil pegang telefon, abah Khadija peIuk perempuan tu dari belakang. Banyak sangat gambar tidak senonoh mereka berdua. Aku sampai tak boleh menangis masa itu.

Bila aku menangis? Esoknya… masa aku tahu semuanya sudah terlambat. Aku dah tak berjaya menyelamatkan keluarga aku. Tapi siapa perempuan ini? Mana aku nak cari? Sampai satu hari, aku dapat WhatsApp dari kawan sekerja aku.

Dia tanya aku dah pindah dekat Cheras ke, sebab nampak kereta abah Khadija setiap hari parkir di situ. Duduk blok mana? Masa ini aku memang cari balik kawan – kawan zaman jahiIiah aku. Mereka inilah yang banyak membantu aku.

Akhirnya, aku dapat tahu perempuan itu budak praktikal di tempat kerja suami. Umurnya baru 19 tahun masa itu. Bila abah Khadija balik rumah, aku bersemuka dengannya. Dia jawab tidak mungkin dia nak meIukakan hati perempuan itu.

Aku suruh dia memilih antara aku dan Khadija atau betina itu. Sebab aku panggil teman wanitanya itu “betina,” aku teruk kena beIasah malam itu di hadapan Khadija. Bukan sekali dua, tetapi banyak kali dia naik tangan. Lepas itu, dia hilang lama.

Bila dia balik, aku merayu supaya dia jangan tinggalkan aku. Paling tidak boleh lupa, aku melutut minta supaya jangan tinggalkan aku. Apa yang dia buat? Dia rentap rambut aku, kemudian seret aku ke depan cermin. Dia berkata, “Kau tengok muka kau yang hod0h ni… Kau ni b0doh tahu tak?”

Masa itu aku sudah rasa tidak ada harga diri langsung. Dengan comot menangis, hingus mengalir, muka Iebam kena pen4mpar. H1na sangat. Seterusnya aku berkenalan dengan seorang lelaki bernama Jebat. Bagaimana aku boleh rapat dengan Jebat?

Semuanya bermula masa dalam lif. Jebat bertanya kenapa tangan aku Iebam. Aku tidak menjawab, tetapi selepas itu kami sering bertembung. Dari situ, dia mula ajak aku makan tengah hari. Ada satu hari, selepas lama tidak balik, abah Khadija balik rumah.

Faham tak perasaan teruja itu bila suami balik? Aku masih berharap dia sudah sedar bahawa aku ini isterinya. Tetapi masa itu aku perasan dia datang dengan perempuan itu. Mereka datang untuk mengambil barang abah Khadija.

Dengan cekak pinggang, perempuan itu tanya aku, “Lepas kena cerai ini, kau nak duduk di mana?” Memang tangan aku autom4tik naik dekat muka betina tu. Hasilnya, abah Khadija tolak aku dari belakang dan meIudah aku.

Masa itu aku peIuk kaki dia. Dia tepis dan tolak aku. Masa dia tolak itu, aku terpandang parut di tangan dia. Sedihnya masa itu, terus terimbas kembali dia pernah berkata, “Ini bukti, sanggup m4ti untuk awak.” Dalam masa yang sama, Waleed mula menghubungi aku semula, bertanya khabar.

Masa umur anak aku 6 tahun, aku bercerai dengan bekas suami dan habis je eddah aku kahwin dengan Waleed. Ini jangan salah faham ya. Waleed memang berkenan dengan aku sejak zaman kami belajar cuma aku tak perasan.

Lepas aku berkahwin, kami masih berhubung tetapi tidak rapat seperti masa muda. Sekadar berbaIas ucapan selamat hari raya setahun sekali. Bila dia tahu aku sudah bercerai, kebetulan sehari sebelum aku habis eddah, dia bertanya sama ada aku sudi atau tidak berkahwin dengannya.

Masa itu aku betul – betul hilang minat dalam hidup. Aku fikir, bercinta lama – lama pun akhirnya boleh bercerai juga. Jadi, baiklah aku berkahwin dengan orang yang aku tidak cinta. Apa – apa yang terjadi, aku tidak akan terlalu patah hati.

Tetapi sekarang ini alhamdulillah, aku sudah mula menyayangi dia. Sekarang anak aku dah berumur 9 tahun. Ini aku nak cerita pasal anak aku dan mak mertua aku pulak. Mak mertua aku ni orang kampung, baik sangat.

Seumur hidup mengabadikan diri pada keluarga. Tak pernah keluar bekerja. Kawan dia adik beradik, geng surau dan jiran tetangga terdekat saja. Jenis kalau bertandang rumah anak menantu, masa masuk mata jadi buta, telinga jadi pekak, bila keluar pula mulut jadi bisu. Tak reti drive, tak pandai menulis tapi pandai membaca sikit – sikit.

Dia suka call kami anak menantu. Tiap hari call. Kadang – kadang call tak cakap apa pun, dia diam aku pun diam. Kadang – kadang call saja nak tanya aku dah makan ke belum. Tak dinafikan kadang – kadang aku rasa sedikit rimas sebab aku ni jenis call bila perlu saja.

Tambah lagi ada wasap ni, apa – apa chat saja. Jadi kalau busy macamana pun nanti boleh check wasap. Tidak lah terganggu kerja kita. Semalam mentua call lagi. Aku tak jawab sebab tengah memasak. Kebetulan anak aku sedang tolong aku kemas meja.

Jadi, aku terlepas cakap, ‘opah ni selalu call… tak ada benda penting pun call.’ Anak aku diam kejap kemudian dia jawab, ‘ibu layan kan je lah. Opah sunyi tu. Ada mentua baik tu kira untung lah. Dulu dah pernah dapat mentua tak baik kan? Ni Allah ganti yang baik, ibu layankan je lah.” Sumpah… terdiam aku.

Tiga perkara yang aku belajar: Anak ini memerhati semua perkara. Budak kecil ini bercakap tanpa tapis, terus dari hati. Kita perlu lebih menghargai mertua. Ini je lah kisah aku, kalau korang nak tahu pasal Waleed, nanti aku menulis lagi. Terima kasih

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.