Jiran pembersih, rumah dia berkilat tapi sampah dia buang rumah aku. Punya busuk hati, mop pun dia sangkut dekat pagar aku

Sampah dia yang besar, dia longgok di kawasan aku, sisa makanan dia buang tepi sampah aku, rumput dia cabut, dia buang ke arah rumah aku. Aku tengok, aku rakam bukti semua yang dia buat..

#Foto sekadar hiasan. Aku Rangga. Hensem orangnya. Eh bukan itu aku nak cerita. Aku ni ada jiran, yela tinggal berjirankan. Masa mula tinggal sini, aku ingat semua baik. Jadi,aku pun berbuat baik juga. Tapi rupanya bukan semua orang baik, ada jiran yang suka ambil kesempatan atas kebaikan kau.

Jiran sebeIah aku ni, aku pendekkan cerita suka ambil kawasan depan rumah aku. Nampak remeh tapi meny4kitkan hati. Masa mula aku pindah, kawasan depan rumah aku kosong je. Jadi aku bersihkan rumput, kawasan tu jadi nampak luas.

Lepas tu dia mulalah ikut sukahati letak barang dia. Penyidai, tong sampah dan sebagainya. Yela mula mula aku rasa sekejap je dia letak, sebab takkan lah b0doh kan nak pegi letak depan rumah orang lain? Must4hil dibuat orang yang berakal.

Yes. Mula – mula aku ingat sekejap je, sebab penyidai dia tu jenis boleh tarik. Kau tahu, sampai kesudah dia pegi letak situ. Depan pagar aku tu, macam dia punya tempat. Jiran aku ni juga sangat pembersih. Setiap pagi dia akan basuh depan rumah dia.

Tapi disebabkan dia dah renovate besarkan rumah, so air tu dah tak masuk ke longkang tepi rumah dia tapi pergi ke kawasan rumah orang lain. Kalau air mengalir ke kiri maka rumah kiri lah akan berIumpur, bertakung air. Begitulah jadi kalau air banyak mengalir ke kanan.

So bayangkan setiap pagi, bila nak keluar kerja, aku kena hadap lopak air dari rumah dia. Aku rasa macam setiap hari hujan lebat depan rumah aku. Dia sampai sekarang buat tak kesah. Nasihat aku dengan korang yang besarkan rumah, pastikan aliran air ke longkang.

Jangan pentingkan diri sendiri, kang setiap hari kau dapat m4ki hamun orang lain. Jiran aku ni, aku tak tahulah. Kadang – kadang aku rasa b0doh, kadang – kadang aku rasa dia tak faham bahasa melayu, kadang – kadang aku rasa dia tak faham bahasa english juga. Dan selalunya aku rasa dia b0dohlah.

Yela, berbuih aku tegur dia tetap buat juga. Siap prov0ke aku lagi. Itu belum cerita bab parking kereta. Dalam lorong aku ni, setiap depan rumah orang yang kosong pasti kereta dari rumah dia yang parking. Dalam pagar aku pun pernah dia parking masa aku balik kampung.

Bayangkan suka hati buka pagar orang untuk letak kereta. Sesak d4da bila berhadapan jiran yang tak ada common sense. Per4ngai mengalahkan beruk. Tempat dia kalau kau nampak bersih nak m4mpos, berkilat. Tapi kau tahu, setiap hari aku kena kutip sampah daripada plastik ice atau keropok.

Setiap hari aku kena kutip plastik plastik tersebut yang aku tahu bukan daripada sampah rumah aku. Kadang – kadang aku selalu perhati dia sapu sampah ke kawasan aku. Sampah dia yang besar, dia longgok di kawasan aku, sisa makanan dia buang tepi sampah aku, rumput dia cabut, dia buang ke arah rumah aku.

Aku tegur tetap dia buat. Kadang – kadang aku buang semula ke depan rumah dia sambil menc4rut. Boleh depr3ss kau dibuatnya. KEPADA JIRAN YANG TAK ADA COMMON SENSE, ‘Mari sini aku bagitau, setiap benda kau buat tu aku bukan setakat tegur. Tapi aku rekod. Aku tangkap gambar. Aku buat daily vlog. Aku kumpul semua’

Korang yang baca ni, janganlah menyusahkan jiran. Kalau minta kebenaran untuk guna kawasan jiran hari ini, hari esok kau minta juga kebenaran kalau kau guna sekali lagi. Dia benarkan kau, bukan untuk kau guna setiap hari!

Kalau kau muslim, kau tahu akibat bila kau ambil hak jiran, kau s4kiti hati jiran. Doa orang terani4ya ni mustajab. Hari tu dia ada perli, dia cakap kalau dialah, bila orang dah tak puas hati, dia akan pindah je. Dia akan blah je. Malu kononnya bila orang dah tak suka. Tapi masih tinggal berjiran.

Aku jawab, eh ini malaysia lah. No way aku akan mengalah atas keb0dohan kau! Aku bagitau, mudah je kalau tak nak orang tak puas hati dengan kau, kau jangan ambil hak orang lain. B0doh jiran aku ni, bagi aku dah capai tahap dewa.

Dia boleh bagitau kawasan depan rumah aku tu bukan kawasan aku. Kawasan aku sekadar dalam pagar aku. Ikut logik dia betullah. Then bila aku baIas semula, kalau macam tu aku bolehlah parking depan rumah kau? Letak tong sampah depan rumah kau?

Letak penyidai aku depan rumah kau? Depan rumah kau pun bukan kau punya? Dia ketap bibir marah aku. Bayangkan teruknya per4ngai jiran aku hinggakan pagar aku tu pun jadi tempat g4ntung mop dia. NASIHAT AKU KEPADA SEMUA.

Hidup berjiran ni, kau nak kekal harmoni satu je, kau jangan ambil hak orang lain. Tahu limit kawasan kau. Kau tak tegur dia pun tak apa, asalkan kau jangan ambil hak dia. Tak kira bangsa apa pun, agama apa pun. Ini RULES yang kau kena pegang bila kau hidup berjiran. Penat rupanya berjiran dengan orang tak beradab ni. Lagi penat daripada berjogging. – Rangga (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Wan Nur Ehsaniah Al-saufi : Weh same la macam jiran saya. Dia je semua betul.. barang dia melebih – lebih letak masuk depan umah kite. SebeIah belakang dengan selamba dia longgok barang dia kat kawasan rumah kita. Dah macam isra*l inv4de kawasan orang.

Kononnya dia pembersih sangat lah.. rumah orang dia bagi kotor takpe plak.. sapu – sapu sampah membasuh ke senang – senang je buang dalam longkang depan umah kite.. memang b0doh la bila tersumbat longkang tu effect la sekali rumah dia.

Pehtu takut plak orang buat apa – apa kat umah dia pasang cctv depan belakang hala ke rumah orang lain. Tu belum lagi pagi – pagi rem motor konon panaskan engine sampai 3 – 4 jam.. memang giIa laah.. Ekzos motor dia hala ke rumah orang.

Last – last malas dah la nak berlawan dengan orang psyco macam tu.. tutup je lah sebeIah mata. Dah tua dah pon.. rumah kata pergi kubvr kata mari.. harap dia m4ti cepat.. bangsa dirahsiakan. Polis pon 3 – 4 kali dah datang tapi dia tetap dengan per4ngai giIa dia.. jiran – jiran sume dah malas nak layan per4ngai dia… biar dia psyco sorang – sorang.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.