Sekarang anak ketiga, dia tak pergi kerja sebulan terus. Gaji takde kena p0tong sebab semua MC, AL dia dah habis. Aku nak bersalin dah ni, se sen dia tak bagi. Tak pergi kerja, dia main game, makan, tidur..
#Foto sekadar hiasan. Nama aku Ally. Berumur awal 30 an. Dah kahwin beberapa tahun masih mentah lagi perkahwinan. Alhamdulillah, anak dikurniakan sepasang sudah. Sekarang tengah menunggu anak yang tak dirancang, dijangka bersalin awal tahun depan.
Cerita dia kat sini. Aku str3ss. Tapi taktahu nak luah dekat siapa. Aku nak minta tips kot – kot ada sesiapa pernah alami masalah seperti aku. Kenal suami di syarik4t bekerja yang sama dulu. Alhamdulillah masa kenal dia tu, rajin orangnya. Kuat bersukan. Kerja elok. Peribadi elok. Solat memang tiptop. Tidak mer0kok. Soft spoken.
Rupa sangat elok. Memang jadi idaman para gadis dan lelaki kurang lurus. Datang dari family agak bagus, keluarga mereka besar dan rapat – rapat semua. Kesayangan mak ayah kakak adik dia. Aku pula biasa saja, memang rupa dahla biasa, datang pula dari family br0ken.
Jadinya aku punya skill hidup berkeluarga besar memang sangat teruk. Tak pandai nak beramah dengan saud4ra mara suami walaupun hakik4tnya kalau bukan dengan keluarga dia, aku sangat ramah. Pak guard tak dikenali ke atau aunty mana – mana ke semua aku tegur dan boleh diajak bersembang, cuma bab family ni aku tak biasa sebab family aku jenis dari atuk nenek lagi dah broken.
Aku jadi segan dan banyak diam kalau balik kampung dia. Aku memang jenis kalau marah, kuat lah marah tu tapi cepat sejuk juga. Suami pula jenis penyabar. Dia take things slow and relaks je. Dia penyayang sangat dekat anak – anak. Jaga anak elok je, lepas g4duh beberapa kali, memang dia lah yang tolong mandikan anak, kadang – kadang masak untuk anak, basuh ber4k anak. Bawak anak berjalan main dekat luar.
Kalau balik kampung, semua kerja rumah dia buat untuk tolong mak ayah yang dah tua. Peribadi dia pun baik sangat. Selalu husnudzon senang cite memang orang baik. Nampak macam okay je kan story kitorang. Kami kenal dalam beberapa bulan je. Dalam tahun sama terus kahwin. Tak sempat nak kenal setahun pun.
Sepanjang berkawan aku memang jenis bukan “paw” duit lelaki. Kalau kami keluar, semua bayar sendiri – sendiri atau tong – tong. Aku tak suka susahkan orang, memang karakter aku begitu sebab sejak usia 13 lepas mak ayah pisah aku kerja partime untuk tanggung yuran sekolah, belanja makan aku, masuk universiti pun pergi sendiri, kerja partime lagi setiap weekend untuk tanggung hidup sendiri.
Sebab macam aku cakap family aku orang susah dan mak ayah aku rasa mungkin aku ni boleh berdikari sendiri jadi hidup aku dibiar sorang sejak form 1. So far so good life lepas kahwin. Sampaila aku pregnant anak pertama.
Aku perasan walaupun dia berduit, dia memang hanya bayar sewa rumah je. Api air aku bayar sebab dulu aku fikir takpela tong – tong. Kami kerja bidang profesional ya. Awal – awal kahwin memang barang dapur dia beli, tapi kalau aku tak remind untuk beli dia akan buat buat lupa beli dan end aku yang beli semua barang dapur sebab aku tak berkira dulu. Fikir sama – sama nak makan kan?
Aku tak pernah ambil tahu pasal gaji dia, bonus dia ke atau kalau mak ayah dia bagi belanja tu aku memang tak ambik tahu. Tapi aku dah start kurang selesa bilamana pampers dan susu anak pun dia tak beli sampaila budak tu dah setahun lebih. Baju anak lagiIa jangan cerita semuanya aku je.
Sebabkan aku ni jenis tak mintak. Aku rasa lagi rancak dia lupa untuk beli barang – barang anak. Barang – barang aku lagiIa aku tak pernah minta apa – apa pun untuk dia beli sebab aku fikir aku pun kerja takpela beli sendiri je. Malas susahkan dia kan.
Tapi lama – lama aku rasa sikap aku ni buat dia naik lemak. Dahlah masa aku pantang anak pertama, zaman pkp dulu. Bayangkan lepas s4kit beranak pertama kali. Lepas kena jahit hidup – hidup tu aku manala nak tahu lepas beranak tak cukup tidur kan.
Kat hospitaI, nurse tak tolong urus baby, anak pertama aku. Aku sendiri bangun dan urus semua pasal baby ber4k cuci baby, nangis nak susu. Masatu susu pun aku takde. Jadi baby asyik nangis kat w4rd aku berjaga malam pujuk dan cuba susukan.
Lepas keluar w4rd, balik je rumah kami, penuh family dia dalam rumah aku. Aku dengan penat, barai tu nak kena layan tetamu. Makcik pakcik anak sed4ra sepupu sepapat dia semua ada melawat. Siap amik baby aku usia sehari dua tu civm – civm pipi, lukis kening pakai celak.
Aku nak menangis dah tapi dia langsung tak pert4hankan aku dan p4ksa aku masuk bilik terus dengan baby dekat luar. Takde siapa heran keadaan aku. Selepas 2 minggu beranak, jahitan aku koyak balik semua sebab asyik mengensot bangun malam nak menyusukan anak.
Dia pula buat keputusan lepas jahit semula, hantar aku pantang dekat kampung dia. Sorang – sorang jela aku dekat sana sebab dia kena kerja kat sini. Aku segan nak susahkan family mentua aku. Jadinya aku buat semua sendiri, anak pulak high demand setiap malam tak nak tidur, menangis.
Aku handle sorang diri, berminggu – minggu tidur 2 jam, kadang – kadang tak tidur. Siang dapat tidurkan anak, jiran – jiran kampung dia pulak datang melawat k3jutkan baby. Kadang – kadang aku tengah susukan anak dalam bilik tiba – tiba datang makcik – makcik mana tah tengok aku susukan anak.
Str3ss aku macam badan aku ni takde aib ke. Kalau aku cerita kat dia, dia suruh sabar je. Sampaila aku start dengar suara – suara bisik suruh aku ced3rakan baby kat lantai. Aku meng4muk macam orang giIa kat dia baru dia balik kampung amik aku. Dia suka tidur je masa aku bangun malam susukan anak. Memang tak tolong la.
Tapi macam aku cakap, dia ni baik. Pujaan family dia. Pujaan family aku juga sebab dia kan softspoken. Rupa helok. Nampak lemah lembut. Jadi, kalau aku cerita dekat orang pun mesti orang suruh aku yang sabar and fikir aku mengada – ngada.
Okay ni cerita anak kedua pulak. Sepanjang pregnant dia tak sediakan apa – apa barang anak. Aku p4ksa la camne pun. Dia akan cakap nanti nanti – nanti dan sampai kesudah tak beli pape untuk anak. Akhirnya aku beli jugak.
Oh ye dua – dua anak aku hire CL 2 minggu, aku yang bayar. Tapi kes ni paling aku s4kit hati sebab lepas beranak, anak aku fresh lagi. Nak dischaj hospitaI tu, dia tanya aku ada duit tak nak bayar bil hospitaI yang RM300 tu. Aku pass jela dompet aku sebab tengah s4kit malas fikir apa.
Macam biasa, teruskan life aku pantang sndiri kalini taknak balik kampung dia. Aku dengan CL je. S4kit ngandung aku, s4kit beranak aku, bayar beranak aku, pantang pun duit aku. Aku taktahu mana pergi duit dia. Rumah kami sewa murah giIa bawah 500.
Dia bayar yuran sekolah anak kongsikan dengan aku tapi tupun aku dah downgrade kan hantar ke pengasuh tong – tong sorang 400. Komitmen kereta motor takde semua habis bayar. Wifi dia bayar tapi 100+ je. Makanan aku banyak support.
Kalau keluar berjalan memang 100% duit aku. Nak kata ada bini lain, takde pulak sentiasa dengan kami. Coway ke apa langsung takde. Kalau makan kat mall tu memang duit aku. Kalau time raya pun, baju raya aku dan anak – anak sekali dia, duit aku juga.
Tapi yang aku sedar lepas kahwin, dia ni boros bab barang gaming dia la, gadget ke atau barang – barang sukan dia tapi sekarang takdela sukan mana pun. Naik badan dah. Jadi beli pun terbiar gitu je. Saving pun dia takde weh. Asb semua tutup akaun dah.
Bayangkan baru ni tv rumah kami rosak. Water dispenser aku pun rosak, dalam masa yang sama PC gaming dia ada problem rosak jugak. Dia lebih prefer repair beratus – ratus kos PC dia dari anta tv pergi repair tau. Kadang – kadang aku wfh sambil jaga anak, jenuh jaga anak dengan kacau mak dia kerja sebab takde tv untuk dorang tengok.
Kalau ada tv tu kadang – kadang bolehla aku amik nafas sikit. Ni dia pentingkan diri dia dari isteri dan anak – anak. Tapi memang selalunya camtu pun sampai aku dah tak heran. Kalau raya pun memang tiap tahun seminggu dekat kampung dia dari puasa lagi.
Tapi bila sampai dekat family aku, nak jumpa pun tak sempat dalam bulan raya haha sedihkan. Kemuncak str3ss aku, bila aku mengandung lagi tanpa rancang anak ketiga ni. Jangan salah faham bukan aku tak syukur dapat anak, aku happy.
Tapi masa aku dapat tahu aku pregnant tu dia outstation luar negara 2 minggu. Dulu kami kerja company sama lain dept and dekat dengan rumah. Tapi sekarang masing – masing dah kerja tempat lain. Aku ni hybrid kerja sambil jaga anak dua orang dekat rumah sendiri.
Masa kena masuk ofis, aku ulang alik kl- rumah jarak 30km hadap jem naik motor je sebab nak jimat. Motor duit aku sendiri juga tau haha. Dia pulak kerja company lain yang jauh dari rumah dalam 60km pergi sahaja. Naik motor juga kadang – kadang je drive.
Kadang – kadang kalau kerja dari rumah, anak aku tak hantar pengasuh sebab aku tak dan nak rushing siap semua anak – anak pagi – pagi, kerja aku ni awal dari common timing. Dia pulak memang kena keluar rumah awal pagi sebab jarak ofis dia jauh. Balik dah senja atau malam.
Anak memang aku urus la dari pagi sampai ke malam. Bila dia balik, cepat – cepat aku pass anak kat dia sebab aku penat kerja sambil urus anak tapi kadang – kadang aku faham dia penat, aku takde la bagi anak kacau dia.
Masa dapat tahu pregnant lagi tu aku nangis la. Tak ready weh. Bukan je badan tak ready, mental tak ready. Aku dahla tengah aim nak climb ladder dekat company baru. Dapat offer interview untuk naik pangkat lagi. Masa aku inform dia aku pregnant eh kemain dia happy sampai nangis – nangis. Aku tak happy.
Aku memang s4kit hati. Sebab dia ni k0ndom pun tak pernah beli sepanjang kahwin aku yang beli k0ndom tu. Ntahla macamana dah rancang elok pun tetap pregnant. Aku anggap Allah nak bagi, jadinya kita plan pun tetap lah Allah isikan. InshaAllah ada hikmahnya. Ambil masa berbulan untuk aku reda.
Tapi yang aku s4kit hati, sebenarnya setiap bulan laki aku ni akan amik MC or EL. memang dari company lama lagi. Padahal dia tak s4kit. Dia bagi alasan s4kit itula sakit inilah. Benda ni dari seminggu sekali dia buat, jadi habit dah.
Kat company lama tu bosses pun kenal aku, aku jadi malu sebab suka petik nama aku s4kit la untuk dia justify tindakan dia ponteng kerja tu. Kat company sekarang lagi rancak dia tak pergi kerja sebab aku fikir dia penat kot. Kan jauh.
Tu la dulu aku dah nasihat kerja jauh ni tak berbaloi dengan offer yang dia dapat. Dia tak nak dengar nasihat aku. Padahal aku dah buat kira – kira. Tapi sebab fikir mental health dia, aku diam jela. Sekarang anak ketiga, dia tak pergi kerja sebulan terus.
Gaji takde kena p0tong sebab semua MC, AL dia dah habis sebab per4ngai suka malas pergi kerja ni dari tahun 2023. Aku yang sarat ngandung ni dari dulu sampai sekarang elok je ulang alik hadap jem kl tu pergi kerja. Dia s4kit kepala sikit terus mc.
Bangun tidur letih sikit terus MC. Anak badan dedau sikit terus EL. Alasan dia penatlah. Itula inilah. Kalau aku atau anak tak sihat, memang jackpot la kat dia bagi alasan anak atau wife tak sihat padahal bukan dia yang jaga aku pun.
Per4ngai tak nak gi kerja dia ulang hari hari dahni. Str3ss aku tengok. Kami pernah pi berubat darussyifa check kot kot orang buat ke apa ke, elok je dia ustaz cakap takde apa. Aku yang histeria adalah. Pergi hospitaI pula, siap full medical check up.
S4kit sikit terus pergi hospitaI check sampai ke mri apa semua elok je jugak. Jadi dia s4kit apa ni?? Aku suruh dia cek psiki4tri dia taknak pulak. Kot lah depr3ss ke apa ke kan? Kalau sampai mood dia malas pergi kerja tu, bukan kerja je malas. Hal rumah pun dia malas.
Urus anak dia malas. Basuh ber4k anak atau buat susu pun dia tak nak buat. Rumah aku yang kemas hari – hari tau. Nak harap dia kemas memang tak bersih la. Masak pun aku. Jaga anak pun aku. Kerja pun aku. Hantar dan amik anak kat pengasuh pun aku.
Dia kalau datang mood malas. Dia makan tidur makan tidur and main game pc je manjang. Malam – malam tidur 4-5 pagi sebab busy tengok reels youtube. Dia tak aktif socmed. Adalah juga kadang – kadang aku intai kot sebenarnya dia chat orang lain tapi so far memang takde. Lifestyle dia yang pemalas ni kot yang buat dia laju naik badan.
Family dia pulak baik je. Cuma dorang ni memang sayangkan suami aku kan. Kalau suami aku ni nampak str3ss ke apa ke mulala mak dia pesan kat aku, jangan buat anak dia str3ss kesian anak dia la apalah.. Suami aku tu dulu kuat bersukan. Sekarang naik badan berkilo – kilo.
Parent in law aku cakap kat aku, bagiIa dia bersukan jangann halang dia keluar bersukan la apalah. Dia ngadu apalah agaknya kan kat parent dia. Padahal tiap bulan ada je laki aku balik 12 malam sebab pergi futsal la bola lah, reunion kawan lah.
Kadang – kadang dia pergi berfutsal angkut aku and anak – anak untuk teman tapi yang letihnya mestilah aku sebab anak aktif berlari sana sini aku jaga sorang. Dia sibuk dengan member. Eh habis aku ni? Aku pun atlet dulu, lepas kawen melepak dengan kawan tak pernah. Bersukan tak pernah. Habis kerja straight balik rumah. Takde pulak family dia peduli. Aku dah start str3ss.
Bila aku nak meluah per4ngai dia malas kerja tu kat kakak ipar aku, kakak ipar cakap orang lain pun ada masalah. Pastu akan balik ke aku konon – konon aku punca adik dia malas kerja tu. Terus terbantut aku nak meluah. Nak meluah dekat family aku, dorang pun dah banyak masalah dan aku tak nak aibkan laki aku.
Kadang – kadang aku rasa laki aku takde tanggungjawab, dia macam belum ready nak kahwin per4ngainya. Dah kalau berkahwin, ada anak kecik, memang la susah sikit nak keluar bersukan tu sebab takde orang lain nak jaga anak.
Bukannya duk dengan family besar. Nak taknak kena la dia juga jaga anak sebab tu anak dia kan? Tapi dia macam anggap lepas kahwin dengan aku ni la dia susah nak bersukan macam dulu. Sabar jela aku. Lagi beberapa bulan baby ni nak keluar.
Satu sen pun laki aku tak beli barang preparation. Gaji dia kena p0tong adala tinggal gaji kurang dari 1k gara – gara tak masuk kerja langsung. Jadi memang semua bil aku bayar, makan minum aku support (walaupun dari dulu memang aku), barang bby aku beli, bahkan duit makan minum minyak DAN tol dia pun aku support untuk p4ksa dia pergi kerja.
Aku dah tak tahan dah. Rasa macam aku lah suami, aku lah isteri. Kalau dia tak pergi kerja tu, dia dok rumah main hp, main pc. Anak pun dia hantar pengasuh je jaga, bukannya dia nak jaga kalau masa dia malas pergi kerja.
Jenuh dah aku nasihat cara baik, pujuk baik – baik, meng4muk pun ada dah. Tetap sama tak jalan. Kadang – kadang aku rasa taw4r hati tapi aku sayang je dia. Ntahla apa aku patut buat sekarang. Kalaulah suatu hari nanti dia memang kena buang kerja sebab attitude dia tu, memang aku la jadi tunggak utama keluar duit kan.
Dia macam selesa je tak pergi kerja sebab dia takde duit pun, urusan rumah masih jalan, bil – bil dan makan minum anak tetap ada orang handle kan? Aku sebenarnya lepas bersalin anak ketiga ni plan nak berhenti sekejap dan cari kerja lain sebab kerja aku ni dah tak boleh hybrid tak boleh wfh tahun depan. Kena masuk ofis.
Kalau masuk ofis 5.30 pagi wajib keluar rumah dah untuk elak jem sebab aku masuk kerja pukuI 7. Aku kira kos anta 3 anak ke playschool / pengasuh tu tinggi juga. Tapi laki aku ni cam biasala, takde satu urusan anak atau rumah pun dia fikir.
Semua benda dia letak atas bahu aku untuk handle sorang. Aku penat la. Logik ke aku penat ke aku ni kuat complaint. Kadang – kadang aku rasa aku pendam benda ni bertahun buat aku jadi menyampah sangat dah dengan dia and family dia. yang betul semua dia, yang buruk semua aku.
Kadang – kadang aku rasa nak lari, lari dari semua benda ni. sebab aku letih sangat. Oh last sekali, temuudga naik pangkat tu. Bos besar aku yang rekemen nama aku untuk position tu sebab dia tengok potential aku tapi offer tu dah kena tarik semula lepas higher management dapat tahu aku pregnant.
Sebab position tu kena sentiasa ada kat ofis dan aktif ke sana ke sini and dorang nak position tu orang fill sekarang, memandangkan aku pregnant dorang tak jadi amik aku dan auto kawan aku dapat. Memang rezeki kawan aku tu. Dia pun layak di mata aku sebab rajin orangnya. Sorryla panjang. Jangan kecam aku please. Mental tengah rapuh huhuhuhu. – Ally (Bukan nama sebenar)
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.