Adik bawak kawan lelaki tumpang rumah. Dah bertahun, lelaki tu taknak keluar. Baju, pinggan semua mak aku basuhkan

Adik aku dah keluar dari rumah mak ayah aku,tapi kawan dia tetap menumpang dah bertahun. Dulu dia bayar RM250 sebulan, sekarang dia dah berhenti kerja jadi biawak hidup. Seluar dalam dia pun mak aku basuh dan lipatkan..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Pertama sekali, aku nak cakap benda ini sudah lama terjadi dan masih berterusan. Kadang – kadang itu sudah sampai tahap tidak tahu nak cakap macam mana lagi. Ceritanya macam ini, adik lelaki saya, beberapa tahun yang lalu pernah bawa balik seorang kawan sekolah dia ke rumah.

Pada mulanya itu, tumpang – tumpang begitu sahaja sebab keluarga dia jauh, di pantai timur. Kadang – kadang datang ke Kuala Lumpur sebab temuduga lah, ada konvokesyen lah, jadi aku okay pada masa itu. Kemudian, apabila dia dapat kerja di Kuala Lumpur dan kebetulan agak dekat dengan pejabat dia, mak aku taw4rkan lah kepada dia untuk tinggal di rumah mak aku ini.

Ikut perjanjian yang aku tahu, dia bayar RM250 sebulan tetapi duit itu mak aku tidak ambil, diberi kepada adik aku untuk perbelanjaan dia. Kemudian sudah lama – lama, dia masih lagi tinggal tetapi sudah mula tunjuk per4ngai.

Tidak basuh pinggan, makan lauk sampai tinggal separuh untuk seisi rumah, kasut bersepah – sepah, dan banyak lagi lah. Tetapi, benda itu tidak begitu ketara sebab ada pembantu rumah dan kebanyakan kekotoran pembantu rumah bersihkan.

Yang menjadi isu sekarang ini, ibu bapa aku sudah pindah rumah, kiranya tidak duduk di pusat bandar lagi.. sudah duduk di kawasan – kawasan pinggir bandar dan adik aku pun sudah menyewa sebab senang nak pergi kerja.

Tetapi, lelaki ini masih lagi ikut ibu bapa aku pindah. Tidak pelik ke? Kawan ko sudah tidak ada, ko masih lagi menumpang dengan keluarga orang. Yang buat aku s4kit hati, per4ngai tidak suka membasuh itu terbawa – bawa sampai ke rumah baru.

Makan maggi tengah – tengah malam, periuk, mangkuk semua tidak reti nak basuh. Baju pun campak sekali dalam satu mesin sampai seluar dalam pun mak aku yang lipatkan. Bilik macam tongkang pecah itu tidak payah cakap lah.

Bahkan aku pun tidak tinggal dengan ibu bapa walaupun rumah kami masih dekat – dekat. Dia dengan suka hati buat mak ayah aku ini macam mak ayah dia sendiri. Yang aku tahu sekarang, dia sudah tidak bekerja.. mana datang duit 250 itu lagi?

Sudah tentu lah dia tidak bayar, sudahnya mak ayah aku menanggung biawak seekor ini. Aku nak tegur lelaki itu lebih – lebih, mak ayah aku tidak pernah cakap apa pun. Aku pernah tanya adik saya, kenapa lelaki ini tidak keluar dari rumah atau sewa sendiri.

Tetapi adik aku pun macam tidak ada jawapan yang konkrit. Sudah lah adik aku merancang nak kahwin tahun depan, dia macam tidak ada rasa apa pun atau inisiatif nak cari rumah sewa sendiri. Weh, mana nak dapat sewa 250, seluar dalam pun orang lipatkan.

Aku tidak faham lah lelaki ini. Terlalu freeloader sampai tidak kisah orang pandang dia slack. Hujung minggu baru ini, aku tidur di rumah mak aku, dalam tandas itu.. penuh barang – barang dia sahaja. Sepenuh – penuh rak dalam tandas itu, barang – barang dia.

Aku tolak sahaja ke tepi semua. Geram pula. Sudahlah dengan sisa – sisa janggut selepas bercukur tidak reti nak bersihkan. Ko orang muda kot, sepatutnya umur – umur macam ini, mestilah nak hidup bebas.. duduk dengan kawan – kawan terutama kalau keluarga ko jauh.

Ini tidak.. duduk menempel dengan ibu bapa orang. Mak aku pergi kedai pun dia sibuk ikut. Sampai suami aku cakap lelaki itu sudah rasmi jadi anak angkat kot. Aku jadi serba salah sebab mak ayah aku tidak ada apa – apa reaksi atau tunjukkan apa – apa tanda yang mereka sebenarnya sudah menyampah dengan lelaki ini.

Karang aku lebih – lebih pula, tiba – tiba makan diri. Aku tidak tahu macam mana nak mulakan perbualan. PerIukah aku terus terang? Sebab dulu lelaki ini pernah bawa kawan dia tinggal di rumah mak aku 3 – 4 hari. Budak perempuan. (ko tengok?! Dia pula siap bawa kawan!)

Budak ini pun tidak senonoh juga, pakai berus gigi anak aku, ambil sik4t arw4h nenek aku, letak dalam beg dia buat harta, cakap di telefon sampai pagi buta. Dia berkongsi bilik dengan pembantu rumah pada masa itu.

Pembantu rumah yang ceritakan kepada aku, sebab dia tidak boleh tidur. Apabila aku cakap kepada mak aku pasal perempuan ini, mak aku kata aku cemburu. Cemburu buta.. takut perempuan itu flirt dengan suami aku. Helo?? Niat aku sudah disalah erti pula.

Hari itu ada lah sepupu aku cakap, mak ayah aku ini sudah termakan sesuatu ke? Sebab mengenali mereka, mereka memang jenis tegas tapi apabila berurusan dengan lelaki ini, mereka boleh rileks. Kalau aku beli apa – apa katakan seperti KFC ke apa, aku letak atas meja, dia ambil sahaja tanpa segan silu dan makan tapi kalau dia beli, sorok – sorok makan dalam bilik.

Tahu – tahu ada sampah sahaja. Tak pernah pula itu taw4rkan kepada anak – anak aku makan ke apa. Aku beli ko makan. Nak suruh adik yang cakap sendiri, entah – entah dia pernah cakap kot tapi budak lelaki ni masih kulit tebal.

Sebab pernah tanya adik dulu, kenapa lelaki ini tak duduk sendiri walaupun selepas adik aku keluar rumah, dia cakap, budak tu kata ibu bapa aku yang taw4rkan untuk dia tinggal jadi dia cuma kata ya sahaja. Besar kemungkinan ibu bapa aku cuma mahu berbaik untuk tak nampak macam menghalau kot tapi dia masih tidak faham bahasa dan kata ya untuk tinggal.

Dia bukan sebatang kara di Kuala Lumpur ini, kakak dia ada sahaja duduk Kuala Lumpur. Kakak dia sudah kahwin ada anak seorang. Kenapa dia tak tinggal dengan kakak dia pun, masih misteri. Tapi mengenangkan per4ngai kakak dia yang ala – ala dia juga, aku macam tak  hairan lah kot.

Kakak dia pernah tinggalkan anak dia yang umur 2 tahun lebih waktu itu, di rumah aku dengan alasan dia ada kerja hari itu. Pada hujung minggu. Kami jaga budak itu sampai tengah malam baru dia datang ambil. Aku agak musykil sebab ko patut sedar, adik ko pun menumpang, ko tumpangkan lagi anak ko pula.

Tidak ada courtesy nak turun kereta salam ke kami, ucap terima kasih ke apa. Ambil dan terus pergi. Sudah dua kali dia suruh jaga anak dia setakat ini. Aku syak ini per4ngai keturunan. Mak ayah aku, nak kata senang sangat itu, tidaklah tapi Alhamdulillah lah.

Mereka sudah pencen, kedua – duanya dahulu pegawai kerajaan. Cuma aku tidak suka lah ada orang luar mengambil kesempatan kepada mak ayah aku sampai ke tahap ini. Makan percuma, dobi percuma, tidur percuma, internet percuma.

Macam mana ya nak beritahu kepada ibu bapa aku ini, supaya mereka buka mata sedikit yang lelaki ini hanya biawak sahaja di rumah mereka. Sebab aku nampak ibu bapa aku macam terlalu rileks untuk benda ini.. tetapi aku dengan kakak aku memang sudah rimas tengok dia ada di sana.

Komen W4rganet :

Rindu Sang Bulan : Ko patut suruh adik ko yang setelkan masalah ni. Penyebab asal mamat tu boleh ada kat rumah family ko sebab dia kawan adik ko. Jadi, adik ko la yang kena take the burden untuk pastikan kawan dia ber4mbus.

Rasanya adik ko je yang boleh buat kawan dia ni kuar selamanya. Tak  kira nak cakap cara baik ke, nak sindir ke, nak tarbiah ke, yang penting kawan dia keluar. Tapi kenapa adik ko macam lepas tangan je dengan mamat ni? patutnya adik ko la yang sound kawan dia sendiri. Takkan dia tak nampak kakak – kakak dia tak selesa, kawan dia dah buat mac m rumah sendiri.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.