3 tahun kahwin takde anak, aku h1na, tuduh suami manduI. Aku c4bar dia cari perempuan lain dan ceraikan aku. Lepas 2 tahun..

Aku c4bar suami untuk kahwin lain, cari bini lain dan buktikanlah kalau dia tak manduI. Aku tuntut cerai. Sebelum bercerai, aku hari – hari menyumpah yang dia takkan dapat anak. Aku tak sumpah dalam hati, aku sumpah depan muka dia..

#Foto sekadar hiasan. Lama aku pendam, tak tahu nak luah ke mana. Dah 4 tahun berlalu tapi hati aku tak pernah move on dari kesilapan masa lalu. Aku berkahwin dengan Akmal masa usia kami 26 tahun. Mulanya aku fikir untuk berhenti kerja sebab aku nak jadi suri rumah, jaga anak.

MaIangnya selepas 2 tahun kahwin, zuriat tak kunjung tiba. Jadi aku pun minta izin Akmal untuk berkerja semula. Akmal izinkan. Kerja lah aku di sebuah syarik4t agak besar di Johor. Suami aku, Akmal baik orangnya, Soft spoken, tak pernah marah aku. Kalau g4duh pun mesti dia yang beralah walaupun terang – terang salah aku.

Lepas 3 tahun berkerja, aku m4kin stabil. M4kin lama gaji aku m4kin upgrade. Gaji aku pun m4kin besar, cukup serba serbi tapi tetap tak ada rezeki anak. Rumahtangga aku pun sem4kin dingin. Semenjak aku mula masuk ke alam pekerjaan, memang aku leka.

Aku fikir dah tak ada anak, buat apa gelabah nak urus rumahtangga. Suami aku tu dah tua, pandai – pandailah dia urus diri. Baju, rumah memang aku tak peduli. Akmal buat semua. Waima masak pun dia handle sendiri, kalau aku rajin dan mood baik je aku siapkan dia breakfast. Itu pun sebulan sekali.

Nafkah batin? Akmal minta, aku tepis. Alasan aku penat. Aku start dingin dengan Akmal. Serba tak kena, aku mula berkasar. Aku sedar masa ni aku lupa diri. Sebab? Sebab aku ada gaji besar, kalau misalnya Akmal tu nak tinggalkan aku pun aku boleh hidup.

Tapi Akmal baik, macamana pun layanan aku, dia baik. Walaupun gaji aku lagi besar dari dia, dia bagi je duit nafkah. Puncak bila aku perasan Akmal berubah sebab kami pernah berg4duh pasal anak. Dia sibuk nak ambil anak angkat, tapi aku taknak dan aku dah tersasul cakap dia manduI.

“Kalau i subur, comfirm you yang manduI. Cubalah u bawa exercise ke apa ke. I rasa semua punca dari you”. Ni lah kata – kata aku dan selepas itu aku nampak Akmal sugul. Kami selalu g4duh pasal me time sama – sama.

Memang dah takde haluan kami ni tapi sebenarnya puncanya dari aku saja. Kalau aku cerita semua, comfirm korang s4kit hati. Betapa derh4kanya aku sebagai isteri. Memang aku tak urus langsung kehidupan rumah tangga, semuanya atas kepala Akmal. Aku balik hanya untuk s4kitkan hati dia.

Akmal memang minta perhatian tapi setiap permintaan dia aku baIas dengan sinis. Aku lupa diri, mungkin sebab jawatan dan harta puncanya. Rasa macam tak perlu sesiapa lagi. Sampailah aku c4bar Akmal untuk kahwin lain, cari bini lain dan buktikanlah kalau dia tak manduI.

Sebelumnya memang kami berg4duh lagi tapi bukan tentang anak. Cumanya Akmal ada cakap, “kalau abang cari lain, you jangan menyesal,” dan betul memang Akmal cari lain selepas aku c4bar. Jadi mulalah aku tuntut cerai dan sebelum bercerai, aku hari – hari menyumpah yang dia takkan dapat anak.

Aku tak sumpah dalam hati, aku sumpah depan muka dia. Taktahu sy4itan apa yang merasuk, tapi berkali – kali aku cakap dia manduI, takkan ada anak. Sebenarnya Akmal banyak bertolak ansur tapi aku panas hati tiap kali dia ungkit pasal layanan aku terhadap dia lepas mula berkerja, aku berang sebab dia minta aku berhenti kerja dan fokus pada dia.

Dia dahaga kasih sayang isteri, dia cakap dia mampu sara aku tapi aku h1na dan m4ki dia. Aku cakap gaji dia tak sebesar mana, kalau nak harapkan gaji dia mesti aku cuma tinggal rumah biasa – biasa saja. Tak pakai kereta mewah macam sekarang.

Tapi jujurnya gaji dia memang cukup untuk kami hidup berdua tapi kemewahan yang aku ada buat aku rasa dia suami yang kerdil saja. Bila berg4duh pasal kerja, masa bersama, aku akan drag sekali isu anak. Biasanya orang cakap perempuan yang manduI tapi aku tegaskan bukan aku yang manduI, dia yang manduI.

Padahal Akmal tak pernah cakap apa pun pasal lambat dapat anak ni. Cuma dia minta izin untuk ambil anak angkat saja dan aku terc4bar. Selepas bercerai dan Akmal kahwin lain, aku block dia di semua media social. Dengan keluarga mentua pun aku tak kuasa nak contact lagi.

Tapi lepas setahun gitu, entah macamana aku ternampak satu update dekat media sosiaI dari circle kawan – kawan Akmal yang hadir ke majlis kesyukuran anaknya. Aku tersentap, dia dah ada anak. Terus aku terflashback semua kata – kata busuk aku pada dia. H1naan aku pada dia.

Tapi aku nak sedapkan hati, aku unblock Akmal. Aku usha family photos dia, dorang rupanya duduk rumah teres yang Akmal beli masa berkahwin dengan aku. Kami pindah lepas aku beli rumah lain dan lagi better dari rumah tu dan lepas pindah Akmal jadikan rumah tu sebagai rumah sewa. Sudahlah kawasan B40 saja.

Aku tersengih macam kerang dan aku rasa dia loser dan isteri barunya b0doh sebab nak hidup dengan lelaki macam tu. Padahal sudut kecik hati aku ni rasa terh1ris – h1ris. Selepas 2 tahun bercerai, aku nikah baru. Aku nikah dengan orang satu office juga.

Karakternya baik, lebih kurang Akmal saja dan masa ni aku pun ada sikit perubahan, tak lagi suka marah – marah, mer0yan macamana aku layan Akmal dulu. Tapi… Dah 5 tahun aku kahwin.. satu zuriat pun belum lekat dirahim aku.

Pernah sekali aku mengandung tapi aku gugur. Tekanan ni buat aku rasa cemburu dengan Akmal sebab dia dah ada sepasang anak. Aku siap buat fake acc untuk add isteri Akmal. Untuk aku tengok kehidupan mereka dan akui betapa s4kitnya hati aku.

Padahal aku lah yang buang Akmal, akulah yang buat dia ters4kiti. Tapi aku pula rasa dis4kiti. Cuma untungnya suami sekarang masih ada sifat Akmal, penyabar, banyak bertolak ansur dan tak pernah tanya pasal zuriat. Itu jelah mampu aku syukuri.

Cuma masa lalu buat aku terkilan, buat aku dih4ntui dengan d0sa. Sebenarnya tak siapa tahu aku sumpah seranah Akmal dan layan dia macam sampah. Malah ahli keluarga pun aku tak cerita, cuma aku bagitahu masa cerai dulu kami tak sehaluan. Itu saja.

Kalaulah orang lain tahu, mesti orang cakap aku termakan doa sendiri. Ni lah kali pertama aku meluah kerana rasa terbeban dengan perbuatan sendiri dan dalam pada masa yang sama aku rasa cemburu tak terkira dengan kehidupan Akmal. Tapi tidaklah cemburu yang buat aku membenci.

Kadang – kadang kalau aku duduk sahaja, aku akan ingat bait – bait kata buruk aku pada dia. Apa lagi lepas bercerai aku m4ki hamun juga bakal isterinya, aku burukkan Akmal begini begitu. Hakik4tnya sekarang ni aku rasa dia lah wanita paling bahagia.

Tolonglah doakan aku untuk lupakan masa lalu dan reda dengan ketentuan Allah. Semoga juga aku ada kekuatan untuk minta maaf pada Akmal dengan perbuatan dan kata – kata h1naan dulu pernah aku hamburkan. Terima kasih semua. – Si derh4ka (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Shayna : Buatlah solat sunat taubat setiap hari. Solat hajat minta Allah lembutkan hati sendiri untuk minta maaf pada orang yang kamu buat salah. Perbaiki diri dan jagalah suami sekarang sebaiknya. All the best

La Tahzan : Selagi masih bernyawa masih ada ruang lagi untuk bertaubat dan memohon maaf kepada yang empunya badan. Pernah dengar ceramah ustaz kata walaupun kita dah jadi isteri yang solehah dengan suami baru tapi kalau tak selesai dengan suami lama dan mintak ampun atas kesalahan kita semasa bersama dengan dia dulu, kita tetap berd0sa. Jadi seeloknya untuk dapat ketenangan jiwa minta lah maaf.

Mel Amalina : Pernah dengar, ustaz apa tah cakap, d0sa seorang isteri dengan bekas suami selagi tak minta ampun, selagi tu la isteri tu berd0sa walaupun isteri tu dah kahwin lain. Mungkin puan patut pergi minta ampun dengan bekas suami.

Mana tau nanti lepas tu, Allah bagi puan rezeki zuriat, hati yang tenang, tak str3ss lagi dan puan pun boleh move on dengan suami puan. In shaa allah, saya doakan puan pun ada peluang untuk ada zuriat puan sendiri lepas ni. aamiin..

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.