
Aku beng4ng sangat sebab adik ipar baru je pakai Myvi. Tak sampai setahun, nak tukar Civic. Nama dia tak lepas loan, banyak hutang bank, banyak surat saman tak bayar. Dia gunakan mak mertua p4ksa suami aku. Suami aku menangis cerita..
#Foto sekadar hiasan / AI. Aduhai, beng4ng betul aku dengan keluarga lelaki aku ini la. Rasa nak hempuk je dengan komputer pejabat aku ini. Dapat adik ipar (A). Dapat pula mak mertua pun asyik nak menangkan si A itu sahaja. Adik ipar aku ini (perempuan) memang perasan hidup macam orang kaya.
Aku akui la dia memang gaji besar. Tetapi masalahnya gaya hidup mengalahkan orang gaji lima enam ribu.. Nak pakai kereta besar. Kad kredit empat lima keping. Pakai baju berjenama. Seluar berjenama. Kasut berjenama. Senang cakap semua berjenama la. Tak main la jenama cikai – cikai ini.
Aku beng4ng sangat ni sebab dia baru sahaja pakai kereta Myvi. Tak sampai setahun. Dah tu nak tukar kereta pula. Nak tukar bukan calang – calang kereta. Nak pakai Civic. Civic weiiiiiiiiiiiiiiii bukan yang cikai – cikai ye, saga ke. Ni CIVIC weh. Honda!
Masalah sekarang kau nak tukar Civic ke, Mercedes ke, Jaguar ke, kau nak pakai Lamborghini pun aku tak heran. Tetapi yang buat aku s4kit hati ini. Dia nak suruh lelaki aku buat pinjaman beli kereta idaman hati dia tu. Beng4ng tak korang kalau ada dekat tempat aku????
Aku dengan lelaki aku sekarang duduk dengan mertua. Jadi sekarang dalam proses nak beli rumah sendiri la. Tetapi mak mertua aku tak fikir semua itu. Yang dia tahu. Apa kehendak anak emas dia nan seorang ni nak. Mesti kena tunaikan.
Jadi sekarang ini mak mertua aku asyik telefon – telefon suami aku desak suruh buat pinjaman itu. Dapat juga pinjaman kereta itu… Sekarang ini kereta Myvi kau itu ada masalah ke wei?? Bukan ada masalah pun. Cuma dia dah terasa beban nak tanggung minyak. Dah itu kenapa dulu – dulu kau pergi beli???
“Oooh sebab (A) beli kereta itu untuk keluarga. Yela. Sejak kau kahwin. Dia beli la kereta besar. Senang nak jalan – jalan satu keluarga…” kata mak mertua aku. Kepala hotak la.. Untuk pengetahuan korang. Sekali pun aku tak pernah naik kereta Myvi dia sebab dia tak pernah taw4rkan.
Jadi sekarang pandai pula kau cakap kau beli sebab abang kau kahwin dengan aku??? . Eeeeeeee beng4ng betul la… Bila lelaki aku cakap TAK BOLEH buat pinjaman. Yela sebab lelaki aku dah buat pinjaman nak beli rumah sendiri. Dan lelaki aku ada lagi pinjaman belajar dia tak selesai.
Lepas itu pinjaman peribadi kahwin lagi tak habis. Mak mertua aku cakap “Itu la. Siapa suruh kau buat pinjaman beli rumah pakai satu nama sahaja?? Apa guna bini kau itu. Kalau kau buat pinjaman pakai dua nama. Kan dah senang nak buat pinjaman untuk adik kau??”
WTF????? Weiii mak mertua ku tersayang. Mak oo mak. Mak ini kan kerja kerajaan. Mak ini kan pandai. (Sebab kalau mak tak pandai. Mak takkan kerja pejabat. Bahagian kewangan lagi…) Lelaki aku itu buat pinjaman pakai nama dia sebab lelaki aku itu nak guna nama aku untuk pinjaman lain. Ada akal ke tak ini????
Takkan la sebab anak emas mak itu mak jadi b0doh juga??? Jangan la sebab nak menangkan si A itu. Mak b0dohkan diri sendiri. Lepas itu bila lelaki aku cakap pula TAK MAHU… Mak mertua aku sentuh benda lain pula “Kau itu memang. Dengan adik sendiri pun nak berkira.. Kau itu dua beradik sahaja tau. Susah senang adik kau itu la tempat kau cari nanti…”
Ye la tu mak. Sepanjang aku duduk dengan mak ni, aku tengok waktu susah sahaja nampak muka si A itu dekat rumah. Kalau tak. Ada dia nak datang jenguk mak?? Tak ada kan??? Itu ha. Surat saman dia yang berw4rna – w4rni dekat atas meja itu. Siapa yang tolong langsaikan?? Bukan mak ke???
Pakai kad kredit sampai penuh dompet mampu pula. Bayar saman tak boleh ek??? Mak, kalau si A itu per4ngai elok. Semenggah. Jenis bayar hutang. Aku tak kisah la kalau lelaki aku buat pinjaman untuk dia. Ini tidak. Kad kredit berkepuk – kepuk. Surat saman toksah cerita la.
Itu belum cerita lagi orang bank telefon rumah cari dia. Siapa yang duk lindungi dia selalu? Mak juga kan? Orang macam ini ke patut aku tolong. Silap – silap esok dia tak bayar pinjaman itu. Lelaki aku juga yang terjerut tau. Masa itu mak ingat dia akan tolong kita orang??
Masa itu mak dah menyesal pun tak guna tau!!! Aduhai beng4ngnya aku dengan kerenah A ini. Rasa nak bagi satu kali! Aku baru sahaja kahwin dalam lima tahun. Anak baru seorang. Aku duduk rumah mertua sebab pak mertua aku s4kit k4nser.
Suami aku tak sanggup biarkan mak pak mertua aku sendiri. Bukan la niat aku nak cakap mak mertua aku itu macam itu. Tak bijak! Tetapi kadang – kadang mak mertua aku ini macam tutup mata sahaja dengan kerenah anak dia. Yela lelaki aku dah senaraikan sebab munasabah dia kenapa tak boleh buat pinjaman itu.
Nama lelaki aku dah banyak dekat bank. Pinjaman kahwin. Pinjaman peribadi. Pinjaman rumah kereta dia okay lagi. Kenapa nak tukar… Dia nak beli Civic. Harga ratus ribu tu. Mana la lepas nama lelaki aku. Tetapi mak mertua aku tak percaya.
Dia Iawan balik dengan alasan. ” Kau belum cuba. Mana kau tahu tak boleh. (Mak mertua aku nak suruh lelaki aku cuba juga). “Minyak mahal nak bawa Myvi. Itu sebab nak tukar.” Tang ini. Mak mertua aku salahkan lelaki aku sebab buat pinjaman satu nama.
Kalau pakai nama aku sekali. Mesti boleh… Aduhai.. Tak ke marah aku sampai keluar perkataan b0doh tu?? Tapi tak la cakap depan – depan. Luah dalam hati sahaja. Sebenarnya lelaki aku yang boikot mak dia tetapi dengan aku – aku terseret sekali.
Sebenarnya semalam kita orang balik lambat. Sampai rumah dah lambat. Jadi aku terus la naik mandi. Makan dengan lelaki aku. Sibuk basuh botol anak. Urus anak. Jadi aku langsung la tak bertembung dengan mak mertua aku. Tak pasal – pasal aku pun dapat gelaran menantu derh4ka. Boleh begitu??
Sekarang ini aku tunggu sahaja adik ipar aku telefon. Sebab aku baru tahu pasal gelaran menantu derh4ka ini pagi tadi. Malam tadi adik ipar aku telefon. Dia cakap la. Mak mertua aku baru telefon dia. Mengadu yang kita orang tak bercakap dengan dia. Siap tegur dekat aku lagi itu.
“Kau cakap dengan lelaki kau. Kalau beng4ng dengan aku pun. Jangan seret orang tua…” Aku sebenarnya nak tegur dia dah. Tetapi sebab aku fikir nanti keadaan m4kin teruk. Jadi aku diamkan sahaja la… Jadi selepas adik ipar aku telefon malam tadi. Lelaki aku kena la dengan mak mertua aku, digelarkan anak derh4ka. Berair jugak la mata laki aku masa cerita tu.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.