Mak mertua ingat saya kikis duit suami. Dia p4ksa suami ceraikan saya. Suami suruh saya failkan cerai, supaya dapat jimat nafkah 1.5k

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Suami depr3ss sebab banyak hutang dari keluarga mertua, dia yang kena bayar. Bila bawak berubat, Ustaz kata kena sih1r. Mak mertua rakam dan hantar dekat suami, fitnah saya sih1r suami..

#Foto sekadar hiasan / AI. Saya dengan suami sekarang PJJ. Kami ada 2 orang anak keduanya duduk bersama saya. Suami sekarang memang ada masalah tekanan yang sangat teruk sampai tahap pernah cuba nak ced3rakan diri. Saya memang terlalu risau keadaan dia.

Saya syak dia ade depr3ssion bila tanye hal ni dan tentang keadaan dia pada kawan – kawan saya yang juga doktor psiki4tri memang dia ada ciri – ciri tu. Dah berbuih ajak suami saya dapatkan rawatan ke hospitaI tapi macam biasalah stigma s4kit mental tu siapa yang nak terima jadi memang dia takkan pergi walaupun dah puas saya pujuk.

Saya dah cuba yakinkan mertua keadaan suami mungkin mertua boleh tolong nasihatkan namun mertua marah saya pulak sebab tuduh suami s4kit mental katanya. Kira saya ni isteri yang jahat la sebab tuduh suami macam tu. Padahal saya ni cuma nak tolong dapatkan bantuan yang tepat untuk suami sendiri.

Mertua suruh bawak jumpa ustaz. Dah bawa jumpa ustaz kata orang dengki pastu sih1r. Ustaz tu pula bagi hint macam orang terdekat yang sih1r. Mertua pun apa lagi, asyik duk perli saya yang sih1r suami sendiri sebab tu suruh jumpa doktor psiki4tri.

Saya baca message mertua memang tuduh saya yang sih1r suami, dia suruh suami ceraikan saya. Punca depr3ssion pun sebab ape? Masalah hutang. Hutang sebab apa? Sebab keluarga suami. Bayangkan gaji suami saya dah 21k sebulan pun masih lagi tak cukup. Sebab tanggung hutang keluarga dia saja sebulan dah dekat 12k.

Rumah mak ayah dan family dia duduk: RM2,275.00.

Kereta mak dan ayah dia: RM1,276.00.

Kereta suami sendiri tapi adik perempuan guna: RM1,180.00

Personal loan buat untuk family sebab dulu family guna nak buka bisnes last – last bisnes lingkup macam tu je. Suami duk tanggung hutang tu sampai sekarang : RM7,211.00.

Total tanggung family: RM11,942.00

Baki gaji bulanan: RM9,058.00

Bagi dekat saya sebulan RM1,500.00 itu pun cuma boleh lepas nak bayar sekolah anak je dengan taska. Sekolah anak pertama: RM940.00 sekali transit petang. (Jangan tanya kenapa cari sekolah mahal sebab dulu kami fikir kami ni mampu, sebab ada anak seorang je masa tu. Tak sangka akan ada anak kedua. Sekolah dia ni pulak dah ambik deposit sampai 4 bulan masa pendaftaran. Jadi kalau kami tukar sekolah lain kami rugi RM3,760.00 kat sini)

Taska anak kedua: RM550.00 sebulan.

Dari baki gaji suami saya, cuma RM1,500 dia bayar keperluan sekolah anak. Yang lain – lain untuk saya, nafkah saya ke ape semua makan minum memang takde. Saya tahu memang dia tak mampu. Saya tahap redha jelah sebab saya pun kerja, gaji saya cukup – cukup makan bayar semua keperluan saya sendiri. Saving memang takde dah tapi saya ni masih sabar dan cuba faham keadaan suami.

Balance gaji suami RM7,858.00 itu lah dia guna bayar sewa rumah, isi minyak kereta, bayar bil telefon dan lain – lain keperluan lain yang terdesak dan perlu. Suami kerja di timur tengah jadi sebenarnya cost living sangatlah tinggi. 7k tu kategori miskin sebenarnya dekat sana.

Saya pun tahu suami dah kerap berpuasa sebab dia kurang duit. Makanan pun banyak masak sendiri dan panaskan. Untuk pengetahuan, suami ada hutang sebanyak 35k dengan saya sebab dia pernah pindah rumah lain masa kat sana, deposit rumah 20k katanya akan dipulangkan nanti.

10k dia pinjam sebab baiki kereta rosak dan 5k pinjam sebab ayah dia s4kit hari tu perIukan duit segera. Sampai sekarang suami tak mampu bayar sebab saya tahu dia memang tak ada duit lagi. Saya dah bergolok gadai jual barang kemas saya dan sebagainya sebab tahu suami tengah susah, saya tak sampai hati biar suami sendiri hadap kesusahan jadi saya tolong.

Pasal hutang ni semua memang saya tak diberitahu dari awal dan saya terk3jut sungguh masa tahu. Tapi benda tak boleh nak reverse dah apa dah masa tu sebab suami kata semua tanggungan hutang untuk keluarganya tu dibuat sebelum berkahwin dengan saya lagi.

Jadi takkan nak stop nanti mertua nak duduk mana, nak naik kereta apa semua. Saya faham tu keluarga dia jadi takkan saya nak usik lebih – lebih. Sekali lagi, saya kuatkan hati sabar dan terima seadanya. Pada pandangan orang terutamanya keluarga dia, saya nak kahwin dengan suami sebab suami kerja di luar negara dan gaji dia tinggi.

Dulu saya bercinta dengan lelaki lain sebelum suami, satu company dengan suami saya kerja sekarang gaji dia 2x lagi tinggi dari gaji suami saya sekarang. Tapi saya tetap pilih suami sebab masa tu saya nilai suami saya ni solat cukup 5 waktu, kaki masjid yang saya anggap faham agama, taat dan sangat baik pada family (padahal benda ni yang makan diri saya sekarang).

Hakik4tnya orang luar tak tahu pun apa yang sebenarnya terjadi. Orang suka label saya buruk – buruk tapi hakik4tnya adalah sebaliknya yang terjadi. Bukan setakat tak dapat nafkah bulanan, duit saya pulak suami berhutang sekarang ni.

Keluarga suami memang tak suka dan benci saya dari dulu. Bukan saya je, memang mana – mana perempuan yang rapat dengan suami dari dulu akan dapat nasib sama macam saya. Tapi mungkin saya ni kategori sabar sebab dari dulu suami banyak pertahankan saya jadi saya masih bertahan lagi sampai tahap ni. Saya tahu banyak kali dah mertua pergi berubat supaya saya bercerai dengan suami.

Mertua pergi jumpa ustaz lain – lain, kata suami dah kena mandrem dengan saya, tapi ustaz pulak nasihatkan mertua suruh istighfar dan jangan runtvhkan rumahtangga anak sendiri. Macam – macam tohmah saya ni sebab saya anak dia dah tak bagi duit bulan – bulan.

Pastu mertua cari ustaz lain pulak yang akan bagitahu benda yang mertua nak dengar. Dia akan rekod dan hantar kat suami. Saya boleh baca semua sebab saya boleh access whatsapp web suami. Mertua tak sedar pun anak dia macam nak m4ti tanggung segala keperluan utama keluarga dia.

Kereta suami sendiri pun adik perempuan dia yang pakai. Tu pun sekarang kereta tengah rosak memang tak baiki lah jawabnya. Kalau balik Malaysia akan bergerak guna kereta saya. Sedangkan mertua tak sedar pun kewajipan suami untuk diri saya dengan anak – anak? Langsung tak ada nafkah bulanan. Itu pun saya kategori jahat lagi di mata keluarga mertua.

Saya sayangkan suami. Saya terima keadaan dia seadanya. Jahat saya kat mana sebenarnya? Saya berusaha supaya langsung tak pernah susahkan suami apa – apa. Sampai anak – anak pun kata ‘Mama is our hero!’ Tapi suami kecil hati pula bila anak boleh cakap macam tu.

Time ada masalah anak ke, apa – apa masalah saya akan handle sendiri dan banyak keluarga saya yang bantu. Saya pendam sendiri sebab nak bagitahu suami takut suami m4kin tertekan dengar masalah. Orang yang depr3ssion ni fikiran mereka lain dari orang normal. Jadi saya tak berani nak cakap apa – apa dah pada suami.

Tapi sejak semalam suami dah desak saya failkan cerai sebab dia kata saya dah tak boleh tanggung bayaran RM1,500.00 untuk anak – anak lagi. Mungkin pada fikiran dia, kalau kami bercerai dia ada balance RM1,500.00 untuk tampung kehidupan dia yang tak cukup padahal dia tak tahu ke apa yang dia bagi selama ni sebulan tu tak termasuk pun nafkah saya sebagai isteri dan makan minum serta keperluan lain anak – anak. Saya dah banyak habiskan duit saya sendiri selama ni.

Bila saya baca Whatsapp suami dengan mak mertua (saya boleh login whatsapp web suami) rupanya mertua saya yang desak sekali lagi semua ni sebab katanya dah jumpa ustaz lain, kata tekanan yang suami kena ni akan selesai kalau suami ceraikan saya siap fitnah pulak anak kedua saya tu bukan anak suami tapi anak lelaki lain.

Tertekannya saya baca. Gugur banyak kali dah air mata saya. Tanggung seorang diri. Apalah d0sa saya ni. Suami saya memang anak emak, apa je mak cakap selalunya semua mesti ikut. Wahai kaum lelaki dan para suami pembaca kat sini. Apa salah saya sebagai seorang isteri?

Kenapa peng0rbanan selama 6 tahun perkahwinan langsung tiada nilai. Adakah sebab suami sedang depr3ssion dan bert4rung dengan masalahnya mental jadi saya masih perlu sabar dan sabar? Suami seorang ayah dan suami yang baik serta sangat bertanggungjawab. Tak pernah berkasar dengan saya dan anak – anak dan sangat penyayang orangnya.

Tak pernah kami ada isu orang ketiga atau sebagainya. Orang ketiga yang jadi isu ialah keluarga suami sendiri. Saya tahu kalau macam ni saya perlu failkan penceraian tapi saya masih takde kekuatan tu sebab saya tak tahu kesalahan suami apa yang membuatkan saya kena kuat untuk failkan penceraian.

Kalau saya failkan cerai dan nak tuntut semua ni dekat mahkamah? Jangan harap lah perempuan akan menang. Kena berhabis banyak dulu hire lawyer baru mungkin menang. Tu pun belum tentu boleh menang. Dah banyak sangat tengok kawan – kawan terdekat saya berpuluh tahun f1ght nafkah anak.

Last – last give up macam tu je. Suami kerja gaji berpuluh – puluh K tapi bagi dekat anak RM1,200.00 je sebulan untuk 3 orang anak sebab hakim setuju dengan kemampuan suami setakat tu. Tu pun kadang – kadang bayar kadang – kadang tak bayar.

Jadi kalau macam tu, RM1,500.00 tu pun boleh jadi tak mampu kalau hutang tanggung keluarga tu wajib kena bayar dulu. Memang tak dapat apa lah jawabnya saya ni f1ght untuk anak saya. Hari ini tengok mak mertua saya post status whatsapp “ibu takde pengganti, isteri boleh dicari..” lepas semalam suruh suami ceraikan saya.

H4ncur luluh hati saya ni. Saya tahu peng0rbanan seorang ibu itu besar. Saya juga seorang ibu tapi saya tak sangka ada seorang ibu tergamak nak runtvhkan rumah tangga anaknya sendiri. Jadi batu api supaya anaknya bercerai berai. Tapi saya terfikir, takkan sebab keluarga mertua benci saya, saya kena failkan cerai? Sorry karangan saya panjang. Saya takde tempat nak meluah. Nanti orang kata buka aib suami dan mertua sendiri. Saya sangat hargai kalau dapat kata – kata semangat dan doa yang baik-baik untuk saya.

Komen Netizen :

Afiqah Nur : Tak boleh buat apa sis. Suami sis tak tegas from the start. Terlalu menurut kehendak keluarga. Walhal he do have a choice. Kalau betul dia orang yang faham agama, dia patutnya tahu keutamaan nafkah adalah hak isteri dan anak – anak seterusnya baru ibubapa dia. Saya doakan yang terbaik untuk sis. Semoga ada jalan keluar. Istikharah dan buatlah solat hajat minta ditunjukkan yang terbaik.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5162 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.