Balik dari honeymoon, terk3jut tengok bilik aku berterabur. Aku baca HP suami, adik ipar mengadu aku banyak barang mekap. Dia main ambik je

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Masa majlis kahwin aku dan suami, aku pelik adik ipar perempuan aku asyik jeling, tengok aku dengan muka tak puas hati. Malam tu aku tidur rumah mertua, terk3jut aku dengar bunyi orang g4duh..

#Foto sekadar hiasan / AI. Baiklah, aku kenalkan diri aku, Myra, dan bekas suami aku, Sudin. Aku dari Selatan dan Sudin dari Utara tapi dia menetap di sebuah pulau. Sudin dan aku beza umur hanya 2 tahun. Untuk pengetahuan korang, Sudin anak sulung, ya, dari 2 beradik tapi adik dia adalah kembar sepasang – lelaki dan perempuan.

Dari bertunang sampai lah berkahwin, aku pernah jumpa Sudin hanya sekali dua sahaja, memandangkan kami bekerja. Aku ni anak emas memandangkan aku anak tunggal perempuan dan adik, lelaki seorang, kami dua beradik sahaja. Nak cerita, aku berkahwin dan terus menetap di pulau tersebut.

Nak jadi cerita, Alhamdulillah kenduri kedua belah pihak meriah, memandangkan aku anak perempuan pertama, jadi memang best lah. Masa dekat pulau tu pun meriah walaupun panas, tapi aku perasan juga yang adik si Sudin ni macam jeling – jeling dekat aku. Dan family aku pun ada perasan.

Ha, jaga – jaga sebab nampak macam something sikit pasal adik dia ni, macam lain. Tapi aku tetap sedapkan hati. Baiklah, kenduri dah habis. Lepas tu pagi – pagi, ya Allah, aku terk3jut bunyi orang g4duh. Rupanya adik Sudin g4duh dengan bapak dia.

Okey, family diorang ni br0ken family dari kecil. Jadi entahlah, tapi bahasa digunakan tu agak terlalu biadap bagi aku. Aku macam terk3jut dan rasa wow… Sudin senyap je. Aku tanya, “Apa tu? Kenapa?” Sudin cakap, “Tak ada apa lah, biasa je…”

Hari demi hari pun berlalu, aku dan Sudin pergi honeymoon ke Selatan sambil pulang ke rumah family aku, dan rasanya itu kali pertama Sudin datang sebab sebelum ni hanya datang masa bertunang sahaja, itu pun sekejap. Baru je duduk berbual, tiba – tiba phone Sudin berbunyi – rupanya adik perempuan dia call.

Okey, takpe lah, abaikan. Tapi lama – lama rupanya memang setiap kali keluar, dia akan keep call. Kadang – kadang aku terasa macam… wow, bermadu ke? Owh okey, aku masuk bab yang paling sp0iled. Bila balik dari honeymoon, bilik kena cer0boh masuk. Barang aku beralih dan ada barang hilang.

Nak jadi cerita, aku ternampak mesej Sudin dengan adik dia. Adik dia mengadu aku banyak barang makeup. Katanya, “Kau mampu ke nak jaga? Semua tu mahal…” Sudin jawab, “Biarlah nanti dia beli sendiri lah…” Bulan ganti hari, hari ganti tahun. Aku masih dalam keluarga yang sama.

Memandangkan aku dah bekerjaya dan Sudin masih dengan per4ngai dia, tak endahkan apa – apa. Nak tahu, Sudin ni pak turut. Apa adik dia cakap, semua dia jadi A. Sampailah satu saat aku cakap aku nak pindah. Sudin tak setuju, katanya dia nak duduk dengan family.

Tapi aku cakap aku nak cari rumah yang dekat dengan tempat kerja. Nak jadi cerita, Sudin izinkan tapi dia cakap dia takkan duduk dengan aku. Bermula episod duduk sorang – sorang di rumah sewa. Sedar tak sedar, 3 tahun berlalu dan aku mula sedar yang aku ni cuma orang luar sahaja dalam kehidupan Sudin dan adik – adik dia.

Sebab adik Sudin menyatakan, tanah rumah yang bakal dibina kelak, tidak layak untuk tukar nama Sudin memandangkan aku dan Sudin tiada anak, dan aku hanya orang luar. Sudin masih sama. Tiap kali berg4duh tetap diamkan diri. Tetap dengan rasa, ‘owh, aku bencikan dia dan family dia.’

Aku tak terima family dia yang hidup susah. M4ki seranah semua aku terima. Apa yang tak pernah dik4ta oleh adik Sudin? Sudin tetap diam. Aku balik rumah family pun masih adik Sudin ikut juga. Kali ini, depan family aku, dia mengatur ke mana sahaja nak penuhkan hajat dia berjalan. Tanpa rasa bersalah dan tiada hormat akan family aku.

Sampai lah satu tahap, baju raya aku pun ditentukan oleh adik perempuan Sudin. Aku rasa aku tak ada suara dalam itu. Bahkan Sudin beli kereta pun aku tak tahu. Sudin hanya bagitahu selepas itu. Aku berpindah ke Selatan semula memandangkan pejabat dibuka di sana, tapi aku tetap bagitahu Sudin walau hati aku jauh. Tapi Sudin tak jumpa aku dekat 6 bulan, call pun tidak.

Dan aku ambil keputusan untuk tinggalkan dia. Aku failkan penceraian dan ketahuilah, Sudin merahsiakan dari family dia. Akhirnya aku terp4ksa berterus terang kerana aku dah penat dengan drama queen adik Sudin. Bukan dia tak baik, tapi dia bukan ketua keluarga yang baik. Korang, andai korang duduk di tempat aku, apa korang buat? – Myra (Bukan nama sebenar)

Komen Netizen :

Yusnita Yusof : Yang boleh atur aku, suami dan parent aku (tapi dengan izin suami). Baik adik beradik aku mahu pun keluarga belah suami, mmg tak berani macam – macam dengan aku lepas tahu sikap sebenar aku, ketegasan aku. Aku tunjuk sikap sebenar selepas berlaku kes salahkan aku untuk perkara tak sepatutnya. Selagi orang belum kacau hidup aku, memang orang akan ingat aku jenis yang mudah dibuIi. Bila dah diusik, memang aku tunjuk sikap sebenar aku, baran aku.

Salina Gunawi : Ada saja adik perempuan yang cuba control hidup abangnya walau pun abangnya sudah bekeluarga. Tapi si abang kenalah pandai mengurus keluarganya sendiri. Adik sebegitu selalunya insecure dia ingat dia boleh control hidup semua orang sebab mungkin suaminya pun pernah buat affair. Baguslah you dah berjaya keluar dari keluarga giIa itu.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5162 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.