2 bulan bibik datang, rumah terasa ‘berat’. Suami dingin, anak tak dengar cakap. Sehinggalah kantoi, bibik letak periuk nasi dalam kain

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Suami naik angin, tuduh aku fitnah. Tapi bila aku tunjuk bulu kerinting dalam nasi, kain koyak dalam almari dan bau hanyir yang datang setiap kali waktu Maghrib. Dia mula terdiam, tersedar..

#Foto sekadar hiasan / AI. Aku tak pernah sangka benda macam ni boleh jadi dalam rumah aku sendiri. Bila dengar cerita orang pasal sih1r, gangguan, nasi kangkang semua tu, aku cuma angguk – angguk je, macam tak percaya sangat. Tapi bila kena batang hidung sendiri, baru aku tahu… benda ni bukan gurauan.

Aku ni seorang wanita biasa je. Ada suami kerja kerajaan, dua orang anak yang masih kecil, dan aku pula buat bisnes kecik – kecik dari rumah. Kadang – kadang jual kek, kadang – kadang buat dropship, cukup lah untuk tampung perbelanjaan sendiri dan bantu sikit – sikit urus rumah. Hidup kami okay je, tak mewah tapi cukup.

Sebab aku kerja dari rumah dan anak – anak pun tengah lasak, aku dengan suami ambil keputusan ambil seorang pembantu rumah. Bukan nak berlagak, tapi memang perIukan bantuan. Nama dia Lilis. Orangnya nampak sopan, lembut, tak banyak cakap, kerja pun rajin. Masa mula – mula dia datang, aku lega sangat. Ringan sikit kerja aku.

Tapi… rupanya semua tu tak seindah yang aku bayangkan. Dalam dua bulan pertama, semuanya normal. Lilis buat kerja elok je, anak – anak pun okay. Tapi masuk bulan ketiga, benda pelik mula jadi satu demi satu. Malam – malam, aku selalu dengar bunyi tapak kaki menyeret dari dapur ke bilik tetamu, tempat Lilis tidur.

Bunyi dia perlahan, macam ada orang sengaja seret kaki. Bila aku intai, kosong. Tak ada sesiapa. Mula – mula aku fikir, mungkin tikus. Tapi bila anak aku yang umur lima tahun cakap, “Mama, malam tadi ada kakak rambut panjang duduk tepi katil adik.

Dia tengok je. Muka dia tak ada mata…” Aku terus rasa lain macam. Meremang bulu tengkuk aku. Tapi aku diam. Aku cuba pujuk diri, budak – budak ni kadang – kadang suka berimaginasi. Tapi benda pelik tu m4kin lama m4kin banyak. Suami aku pun tiba – tiba berubah.

Dulu, walaupun penat balik kerja, dia tetap borak dengan aku. Sekarang, dia m4kin diam. Tapi dengan Lilis, bukan main ramah. Aku tengok dia gelak – gelak dengan Lilis masa makan, aku jadi pelik. Pernah sekali, dia senyum sorang – sorang lepas makan, mata dia macam layu, macam orang tak sedar diri.

Anak – anak pun mula tak dengar kata. Rumah tu rasa berat. Aku tak tahu nak gambarkan macam mana, tapi suasana rumah tu dah tak sama. Macam ada ‘sesuatu’ yang duduk sekali dengan kami. Benda yang kita tak nampak, tapi kita tahu dia ada.

Satu malam, masa aku tengah lipat baju dalam bilik, tiba – tiba blackout. Aku tengok rumah jiran – jiran pun sama. Aku cuba tenangkan diri, tapi dalam gelap tu, aku dengar suara perempuan ketawa halus… perlahan sangat, tapi dekat. Dekat betul – betul kat telinga aku.

Aku terus menjerit panggil suami. Lambat betul dia datang, padahal aku dah teriak banyak kali. Masa dia sampai, aku peIuk dia. Tapi kau tahu apa dia cakap? “Alah, gelap sikit je. Lampu phone kan ada.” Dengan nada macam malas layan. Masa tu aku perasan Lilis ada dekat pintu bilik, berdiri sambil senyum.

Senyuman dia… bukan senyuman orang biasa. Aku rasa lain macam sangat. Kemuncaknya, tengah hari tu, aku nampak sendiri dengan mata aku. Lilis tengah siapkan nasi, tapi dia letak periuk nasi tu… celah kangkang dia. Ya Allah, aku hampir pitam masa tu.

Aku jerit, “Woi! Kau buat apa ni?” Dia terk3jut, cepat – cepat tutup kain batik dia, dan masuk balikkan periuk dalam cooker tu. Aku dah tak peduli alasan dia. Dia kata nak ‘cek’ air nasi, tapi aku tahu, ni bukan biasa. Malam tu aku cerita dekat suami.

Mula – mula dia naik angin, tuduh aku fitnah. Tapi bila aku tunjuk bulu kerinting dalam nasi, kain koyak dalam almari, dan bau hanyir yang datang setiap kali waktu Maghrib… dia mula terdiam. Wajah dia berubah. Macam baru sedar dari mimpi.

Esoknya, suami ambil cuti. Kami sepakat hantar Lilis balik ke agensi. Dia tak banyak cakap, tapi aku dapat rasa dia tahu kami dah tahu semuanya. Tak lama lepas tu, aku panggil ustaz untuk bersihkan rumah. Ustaz tu kata rumah aku “berpenghuni”. Ada benda yang Lilis panggil masuk, dan duduk sekali dalam rumah kami.

Lepas seminggu, aku rasa rumah tu ringan. Rasa lapang, rasa tenang. Suami aku pun berubah balik macam dulu. Anak – anak pun m4kin ceria. Macam rumah tu hidup semula. Tapi aku? Aku masih tr4uma. Setiap kali masak nasi, aku terbayang balik peristiwa tu.

Terbayang senyuman Lilis, terbayang periuk nasi yang pernah letak kat tempat paling jijik tu. Aku hampir hilang suami. Hampir hilang anak – anak. Semua sebab kepercayaan, sebab kita sangka semua orang yang nampak baik tu betul – betul baik.

Rupa – rupanya, ada manusia yang sanggup guna cara paling keji demi keinginan sendiri. Sampai sanggup bawa ‘benda’ luar masuk ke dalam rumah orang. Aku tak harap semua orang percaya cerita aku. Tapi kalau kau pernah rasa rumah kau lain macam, anak cakap benda pelik, suami tiba – tiba dingin, tolong jangan pandang ringan. Kadang – kadang, yang jah4namkan rumah tangga kita… bukan dari luar. Tapi dari dalam rumah kita sendiri. – Ina (Bukan nama sebenar)

Komen Netizen :

Heny Kasmawati Harun : Pengalaman aku tinggal kat seberang memang buat aku serik. Macam – macam benda mistik yang aku alami. Mereka jenis mulut manis di depan. Tapi main jahat di belakang. Kuat main sih1r. Paling teruk aku kena dengan pembantu aku.

Padahal punya lah baik aku layan. Dengan orang – orang sekeliling yang dengki. Teruk aku s4kit. Habis duit untuk berubat je. Tidur tak lena. Sampai dalam mimpi aku diugvt bvnvh. Terp4ksa aku balik ke Malaysia balik kalau tak nak nyawa melayang. Sengsara bila kena sih1r. Nauzubillah.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5163 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.