Anak perempuan saya umur 6 tahun dan masih belum mampu membaca. Keluarga mertua macam tak boleh terima bila tau cucu mereka masih tak boleh membaca. Diorang membanding – bandingkan anak saya dengan cucu yang lain. Saya pulun mengajar anak saya sampai satu tahap r0tan terbeIah dua…
#Foto sekadar hiasan. Kisah 1 : Assalamualaikum kepada semua pembaca. Ini bukan berkait sangat pasal hal rumahtangga, cuma ada sikit – sikit je. Tapi saya nak dapatkan pendapat semua. Anak perempuan saya umur 6 tahun, sekarang bersekolah.. Ya, isu ini berkaitan dengan anak saya ini. Anak saya masih belum mampu membaca. Setakat mengeja dua suku kata dia boleh. Selebihnya dia tak boleh.
Benda ini dibangkitkan oleh keluarga mertua yang macam tak boleh terima bila tau cucu mereka masih tak boleh membaca. Dik4ta pada saya, risau anak ketinggalan. Dan seolah – olah marah pada saya yang saya ni macam tak ajar anak saya di rumah (saya surirumah sepenuhnya). Dan membanding – bandingkan perkembangan anak saya dengan anak – anak mereka dan cucu yang lain.
Hal ini buatkan saya berkecil hati. Jadi saya pulun mengajar anak saya sampai menangis – nangis anak. Bila dia cakap dia tak boleh saya meng4muk dan men3ngking dia sampai satu tahap r0tan terbeIah dua sebab saya sebat lantai dan tapak kaki dia. Sebab terngiang – ngiang dalam kepala saya apa yang dik4takan oleh mereka. Bila dah sedar balik saya akan rasa bersalah ya amat sangat.
Saya dah cuba macam – macam cara, tapi masih anak saya tak boleh membaca. Tetapi alhamdulillah mengaji anak saya boleh, dah nak masuk iqra 4 walau perlahan. Itu yang buatkan saya lembut hati dan kurang menekan dia sekarang.
Bantu saya. Betul ke umur 6 tahun tak pandai membaca anak saya akan ketinggalan? Cara macam mana saya nak ajar? Ada yang cadangkan fonik, saya nak ke kelas fonik mahal, saya tak mampu. Saya cuba ajar fonik melalui yang saya tengok di youtube, tapi lagi buatkan anak pening. Bantu saya.
Komen Warganet :
Roslina Razab : Sis jangan str3ss, saya dah aIaminya tahun lepas. Anak perempuan saya umur 6 tahun tapi belum menguasai membaca ayat dan sesetengah perkataan. Saya ni dah la cikgu BM, macam – macam saya dengar orang cakap, masa tu memang saya sangat str3ss tapi saya tidak mem4ksa anak semasa di rumah. Sebab mengenangkan dia di sekolah dari pukuI 8 pagi sampai 6 petang. Masa hujung tahun lagi str3ss rasa sebab anak masih belum menguasai sepenuhnya.
Elok je masuk darjah 1 tahun, alhamdulillah anak dapat membaca lancar. Nanti anak sis masuk sekolah, insyaallah cikgu – cikgu di sekolah rendah memang mainkan peranan sangat baik. Mereka akan ajar anak – anak sampai dapat menguasai kemahiran membaca. Tahap penguasaan setiap anak memang tak sama. Jadi pekakkan telinga dengan kata – kata orang sekeIiling, yang penting kita ajar anak kita tanpa anak rasa str3ss dan kita pon tak str3ss. Pengalaman saya yang sudah merasainya..
Zanariah Mesri : Anak baru 6 tahun sis, slow – slow ye. Kesian anak, dari sis marah – marah, pukuI – pukuI, saya takut nanti anak sis jadi takut nak belajar.. Wujudkan suasana belajar tu seronok, inshaallah anak pun seronok belajar.
Aqil Safwan : Jangan push sangat anak, kita dulu pun umur 6 tahun duk main melompat – lompat lagi tak ada pun nak kena tekan boleh baca atau tak.. Masa sekarang anak kita umur 5, 6 tahun dan kena hadap kerja sekolah dan buku berIambak – Iambak. Tekanan dari ibubapa untuk cepat membaca dan belajar, relaks la. Biarlah mereka melalui umur – umur mereka mengikut peringkat, macam kita dulu la. Elok je boleh membaca bila sampai masanya, jadi jangan bebankan anak – anak dengan tekanan dari kita. Insyallah bila anak dah masuk sekolah rendah dari situ pembacaan mereka akan lebih lancar, beri mereka masa untuk belajar, kita pun dalam masa yang sama beri sokongan anak kita.
Suriati Abd Aziz : Dah kenal huruf dan boleh mengeja 2 sukukata kira alhamdulillah. Jangan terlalu mem4ksa anak, nanti anak langsung tak mahu membaca. Ajar anak sambil bermain, biar anak seronok dulu. Anda surirumah beruntung, ajar 3 sesi sehari baca, pagi, tengahari, malam. Tak boleh lama jangan lebih dari dua muka surat. InshaAllah anak akan boleh membaca..
Diana Izz Jr. : Usahalah kalau anak tak boleh gak, mungkin anak ada masalah bab had4m apa yang belajar. Yelah, berapa jam je dia belajar kat tadika, dekat rumah lagi lama dari di tadika. Biar lambat asalkan anak tak putvs asa untuk belajar. Mesti dia pun ada rasa kecewa dalam hati dia sebab tak boleh baca macam kawan yang lain. Ajar dia elok – elok, seIitkan hiburan masa ajar dia. Janganlah duk kasar sangat, nanti dua – dua pun str3ss takkan ke mana jadinye..
Kisah 2 : Hi, assalamualaikum admin. mohon kongsikan cerita saya. Ceritanya begini, semalam saya buat latihan matematik untuk anak darjah 2. Saya akui anak saya memang lambat sikit bab matematik ni. Mungkin yang ajarnya guru besar dan tahun ni je 3 orang cikgu yang berlainan mngajar. Yang pertama pindah, yang kedua pencen dan yang terakhir ni sekarang. Dengan PKP lagi, mungkin dari situ anak saya tak pickup. Ajar tambah tolak pun ada yang salah. Saya kalau ajar memang nak marah je, tangan pun cepat.
Seminggu ni saya ada dengar nasihat dari seorang kawan, mungkin anak saya kena ajar cara lembut. Selepas dari tu saya cuba cara lembut, tak pukuI, tak marah dan anak boleh jawab. Tapi kisah semalam, dia lupa balik apa yang saya ajar. Saya suruh dia buat dulu, ibu nak tengok awak faham ke tak soalan tu. Ayahnya balik kerja, dia pergi tanya ayah dia. Masalahnya dekat sini, ayah dia ajar lagi teruk dari saya mengajar. Entah berapa kali, mungkin berbeIas atau berpuluh kali anak saya kena h4nger, kena k3tuk. Saya tak masuk campur sebab suami saya memang ada baran. Saya puas bersabar, kemudian saya bawak anak yang kecik mandi sebab tak nak dengar bunyi pukuIan suami.
Saya jadi sedih, seteruk – teruk saya, saya masih lagi waras gunakan kekerasan pada anak. Masih lagi boleh kawal, tapi tak suami. Kebetulan anak yang kecik checkup kIinik semalam, jadi ada peluang saya untuk Ieraikan suami dan anak. Masa dalam kereta saya buat biasa – biasa je gurau dengan anak yang kecik, padahal saya rasa sedih sangat dengan kelakuan suami. Suami pulak. dalam setengah jam tu dia baru tersedar yang apa dia buat tu salah. Macam rasa menyesal apa yang dia dah buat pada anak. Malam tadi sebelum tidur, saya tanya anak, “s4kit tak ayah pukuI.” Anak kata, “Takpe ibu. kakak boleh tahan lagi..”
Allahuakhbar, runtun jiwa saya. Malam tadi sepuas – puasnya saya menangis mengenangkan nasib anak. Adakah salah saya sebab tak pandai mengajar anak. Macam – macam saya fikir. Buat pengetahuan semua, saya menumpang di rumah mertua, dalam rumah ni ada 10 orang. Saya duduk dengan anak buah suami 3 orang, anak tiri seorang da aank saya 2 orang. ibu ayah mertua suami.
Boleh dik4takan anak saya ni kerap kena marah. Kadang – kadang tu kena marah benda yang dia tak buat pun tapi dia yang kena marah. Kesian saya tengok, saya jela tempat dia mengadu. Jadi saya cadang nak hantar anak saya ke rumah mak saya di Johor. Biarlah opah dan wan dia yang jaga, biarlah dia berjauhan dari saya, janji saya tak s4kit hati dengar dia kena marah, kena pukuI. Adakah betul tindakan saya ni. Mohon kata – kata semangat dari rakan – rakan. Saya akui saya bukan ibu yang terbaik buat anak saya tapi saya nak yang terbaik untuk anak saya. Apa perlu saya cakap dengan suami sebab suami jenis kalau cakap cepat meIenting, cepat baran.
Komen Warganet :
Pija Yusof : Sis cuba ajar anak guna objek atau jari tak pun buat kiraan manual garis – garis lepastu nak tolak ke tambah kira dari situ. Kesian dia masih kecik, takut tekanan, memend4m rasa, takut nanti dah besar sikit lain jadinya. Dan satu lagi dia anak perempuan, tak baik guna kekerasan. Kalau ada rezeki lebih cuba pujuk suami sis duduk rumah asing. Hantar anak rumah family sis, akan menyusahkn family kita, yang kedua kesian dekat anak. Dah la bapanya mengajar dengan kekerasan nanti tambah lagi rasa diri dibuang.
Raisya Mikayla Saridan : Kalau saya, saya yang marah suami saya buat gitu. Saya tak suka guna – guna pukuI – pukuI ni. Bak kata bapak saya, lagi pukuI bukan lagi pandai, lagi ced3ra hati dah perasan budak tu sampai besar. Kalau nak ajar gunakan cara lembut, cara objek – objek atau bergambar. Dan lagi satu saya paling tak suka gunakan kekerasan dan kemarahan dekat budak – budak. Saya panas baran jugak tapi kat budak saya susah sikit. Walaupun nampak kasar tapi kalau dengan budak – budak dan kucing hati ni sedih je. Tak sanggup saya. Awak pindahlah atau pun bila anak tu kena tegur marah ke apa, awak boleh tegur mak mertua awak tu
Fazlina Kamarazaman : Allah sayang. meh acik peIuk awak. Saya dulu masa tengah krisis perasaan, memang kerap marah anak. Tapi lama – lama saya nampak perubahan sikap anak yang agak agr3sif. Syukur saya berubah cepat. Suami pon kalau dia terlebih – lebih saya akan tegur dia baik – baik sama ada masa tengah berdua atau kat wasap. Kita nak yang terbaik untuk anak. Tapi sebagai seorang ibu memang akan terasa hati bila anak kena marah dengan orang lain, normal tu.
Waktu umur macam ni kita kena banyak bagi kasih sayang, peIuk, civm dan menghargai, usap rambut anak. Kalau salah sorang kita marah anak, sorang lagi bertindak jadi penyejuk. Bagi tahu kenapa ayah marah. Kemudian bagi tahu kita sayang dia, peIuk dia. Tak payah hantar dia jauh – jauh sis. Kesian dia rindu nanti, lagi akan d3ra em0si dia. Dia akan rasa mak ayah tak sayang dia. Lebih baik awak sekeluarga cari rumah lain. Hidup dengan keluarga kecil awak je. Rasanya akan lebih tenang.
Iena Zalina : Kenapa nak letak anak kat umah neneknya plak, boleh selesaikan masalah ke macam tu? Bila awak buat macam tu maknanya awak tak sayangkan anak awak. Itulah yang anak awak akan fikir sebab dia masih kecil dan dia hanya faham apa yang di nampak dan lalui sahaja. Perasaan marah, sedih dan kecewa anak tu akan berkekalan sampai bila – bila dan apa pun penjelasan awak pada dia, takkan berkesan. Bab mengajar anak plak, awak cuba ajar anak tu sambil berhibur atau dipanggil belajar sambil bermain.
Setakat nak ajar tambah tolak ni awak tak perlu ajar pakai buku, hanya guna dalam perbualan santai je. Saya ajar anak saya macam tu la. Bila dia betul, dapat jawab, saya bagi pujian melambung tinggi pada anak. Jadi sekaligus anak saya jadi happy dan saya pun tak str3ss. Bila anak salah jangan dimarah tapi awak cuba kaedah lain plak. Awak kena cari pendekatan yan sesuai untuk anak, tarik minat mereka untuk suka pada subjek tu.. Saya ni pernah mengajar sekolah menengah untuk subjek matematik, memang ramai yan tak suka subjek ni sebab tak minat bukan sebab susah.
Noraini Samli : Saya bila mengajar anak – anak pun, suara macam haIilintar. Sampai menangis – nangis dua beradik tu. Tapi saya tak pukuI, suara je yang kuat. Lepas habis mngajar, saya main – main lego, gelak ketawa dengan diorang. Jadi, diaorg tak akan simpan perasaan tak puas hati, dend4m, rasa tak disayangi. Kalau sis hantar anak sis ke rumah mak ayah sis, lagi tertekan anak sis tuh. Dia mungkin pikir sis tak sayangkan dia, sanggup pisahkan dia dengan sis dan adiknya. Jangan sampai dia member0ntak dalam diam sis. Biarlah dia ada di depan mata kita, biar kita yang didik dia dengan cara kita.