Abah bagi mak gelang tapi lepas tu abah kata dia nak kahwin lagi satu. Aku ingat lagi abah kata isteri perlu patuh cakap suami, suami nak kahwin lain pun ikut je. Tak boleh bantah. Kami terk3jut abah kahwin dengan calon isteri untuk Atok…
#Foto sekadar hiasan. Kisah ni kisah mak dan abah aku yang complicated. Kisah mak aku yang kuat, tabah dan serba boleh. Kisah abah aku yang susah untuk difahami. Dan kisah aku anak yang tersepit di tengah – tengah.
Mak aku kata, “abah kau ni dari awal kahwin dengan mak lagi dah pasang niat nak kahwin lain”. Mungkin sebab perkahwinan aturan keluarga. Mak aku kata, “abah kau ni nak anak lelaki” tapi Allah takdirkan anaknya semua perempuan.
Mak aku kata, “abah kau ni nak bini ustazah” sedang mak aku ni biasa je orangnya. Mak aku kata, “abah kau tak suka duduk rumah ni agaknya sebab itu asal balik je muka masam, marah – marah”. Mungkin sebab tu abah selalu kawan dengan ramai perempuan, gurau – gurau, nak pasang lagi satu.
Mungkin sebab tu setiap bulan mesti kena berg4duh dulu baru dapat duit belanja bulanan. Mungkin sebab tu abah jarang nak jalan dengan anak – anak dia sekarang. Mungkin sebab tu mak dan abah bercerai. Sebab abah dah dapat apa yang dia nak.
Kahwin dengan perempuan bertudung labuh. Yang selalu mesej dan call abah setiap hari masa abah masih dengan mak untuk kahwin dengan dia. Cepatkan benda yang baik katanya.. Mak aku, serba boleh orangnya, memasak, mengemas, menjahit, mesin rumput, meracun, simen lantai, pasang tile, betulkan lampu, tukar paip air, tebas pokok, bertukang, bawa kereta, motor, jip, van, meniaga, mengasuh, bercucuk tanam, menternak lembu, kambing, kau cakap je mak aku buat.
Susah senang mak aku dengan abah, jaga anak – anak, masak untuk keluarga, bangun pagi – pagi, tidur lewat malam, ternak lembu, kambing, tolong buat kandang, beli perabot rumah, repair rumah guna duit sendiri. Aku ingat lagi aku pernah tidur dengan habuk siling bertaburan bila kucing main kejar – kejar atas siling rumah.
Kayu siling terjuntai, ik4t kain atas siling nak elak habuk. Aku ingat lagi pernah tadah besen keliling rumah sebab air hujan bocor dari siling dapur, ruang tamu, bilik. Aku ingat lagi kecik – kecik dulu tidur sekali dengan adik beradik, kipas diri sendiri guna bantal kecik sebab kipas tak rasa sangat. Panas.
Aku ingat lagi abah aku selalu mem4ki hamun, mencarut bila terlalu marah dulu. Aku ingat lagi adik beradik dengan mak aku dulu pernah gurau nak pasang kamera tersembunyi sebab nak rakam per4ngai sebenar abah bila dengan kami.
Sebab abah pandai bergurau dengan orang, gelak besar, orang puji selalu. Orang lain tak tahu yang abah ni sebenarnya panas baran. Aku ingat lagi perasaan nak minta duit gaji setiap bulan tu ibarat macam nak minta peruntukan dari orang atasan.
Macam nak kena tulis surat bagi senarai keperluan tiap – tiap bulan. Aku ingat lagi abah pernah bagi mak gelang tapi lepas tu abah kata nak kahwin dengan sorang perempuan ni tapi tak jadi. Aku ingat lagi abah kata isteri perlu patuh cakap suami, suami nak kahwin lain pun ikut je. Tak boleh bantah.
Aku ingat lagi mak yang dah lali dengan per4ngai abah sampai boleh jumpa dengan kawan – kawan perempuan abah, borak – borak, gelak – gelak malah sampai sekarang pun ada yang mak masih contact. Tak marah pun tapi layan macam kawan biasa je.
Aku ingat lagi abah memang ramai kawan perempuan sejak aku sekolah rendah lagi. Cuma masa tu aku tak faham lagi. Bila aku faham, aku memang dah tahu abah nak kahwin lagi dan aku pun dah tak kisah. Tapi sayang abah pilih perempuan yang mak tak suka.
Dan aku juga tak suka dengan perempuan yang mak aku tak ‘restui’. Perempuan yang sepatutnya dijodohkan dengan Atok aku. Kelakar betul keluarga aku ni.. Abah aku, agak kompleks orangnya.. Dia tak lah teruk sangat sebenarnya.
Setiap bulan masih bagi duit belanja walaupun susah sikit, selalu tolong kami waktu kami susah, lindungi anak – anak dia, bekerja membanting tulang mencari duit, tolong kemas luar rumah, gurau – gurau dengan kami dulu, kalau marah macam mana pun tak pernah naik tangan dengan mak, jadi imam, selalu zikir, belajar berguru, tahu agama, cita – cita nak belajar kat pondok.
Cuma kadang – kadang cara dia tu lain dari orang yang tahu agama. Dia suka sedekah pada anak yatim, selalu kesian kat orang lain terutamanya janda – janda.. Haha.. Kalau dulu abah aku suka gurau, gelak besar tapi sekarang sejak dah cerai dengan mak dan kahwin dengan perempuan tu aku tengok muka asyik berkerut je, masam tak banyak gelak dah.
Kalau mak telefon minta tolong, dia cakap dia selalu pening, balik rumah berg4duh, nombor mak tak boleh ada kalau tak berg4duh, nak jumpa anak berg4duh, asal keluar rumah perempuan tu mesti nak ikut sekali sebab takut abah jumpa mak. Kesian abah..
Kami fikir mungkin ni baIasan Allah sebab abah selalu tipu mak dulu. Dan sekarang aku.. Aku dah tawar hati dengan lelaki. Sebab lelaki sekarang tak boleh dipercayai. Lelaki yang hanya inginkan kesempurnaan tapi tak mahu menjadi sempurna.
Lelaki yang dambakan kesetiaan tapi lari bila isteri sendiri sudah tak diingini. Lelaki yang ada agendanya sendiri. Lelaki yang hanya berfikir dengan nafsu. Lelaki.. Manisnya itu hanya di mulut tapi pahit di hati. Lelaki yang cepat bosan dengan satu perempuan.
Lelaki yang menggunakan agama demi kepentingan diri sendiri. Lelaki yang terlalu mesra dengan semua perempuan. Lelaki yang tak membantu meringankan beban isteri. Aku takut macam mana kalau aku dah kahwin nanti aku juga akan ditinggalkan? Atau berkahwin dengan lelaki yang panas baran macam abah?
Atau ada suami yang selalu pandang perempuan lain? Aku bagaimana nanti? Aku tak setabah mak yang mampu lagi bersabar. Kalau dulu selalu juga aku menangis sebab mak dan abah selalu berg4duh tapi sekarang aku dah lali. Aku mengeluh je dan tolong back up mak sekali.
Tapi sekarang sejak mak abah bercerai, kami rasa sangat tenang dan damai di rumah. Gelak – gelak dengan adik beradik. Mak pun tak pening. Cuma perlu kerja lebih sikit untuk keluarga. Tapi alhamdulillah adik beradik aku ada yang dah kahwin dan bekerja untuk tolong mak termasuk aku sendiri.
Abah pun dah insaf sikit sekarang walaupun ada juga tipu kami sikit – sikit. Haha.. Ya Allah aku minta tak banyak, cuma pengakhiran yang baik buat aku, abah, mak dan adik beradik. Sekian.. – Aisyah
Komen W4rganet :
Hayati Sazali : Lelaki baik ramai dik cumanya mungkin kurang sikit dari segi paras rupa. Tapi bukanlah maksud aku yang hensem tu semua jahat. Sebab perempuan pun memilih kan. Tapi percayalah, bila ko dapat lelaki yang baik tapi kurang dari segi lain, kebaikan dia tu akan mengatasi segala kekurangan dia. Nak dapat lelaki baik kita sendiri kena sentiasa berubah ke arah kebaikan dan selalu berdoa memohon pd Allah swt. Doa tu kan senj4ta orang mukmin.
Nikolai Tamim : Dik, kalau anda senang dan selesa dengan life sekarang, teruskan. Taknak kawin ke lambat kawin ke itu hak anda. Janji anda tak Ianggar hukvm hakam sebab memang meny4kitkan hati nak hadap per4ngai manusia yang pentingkan diri ni yang akhirnya menjerumuskan kita untuk membuat d0sa dengan mengumpat, mengeji kerana mengenangkan per4ngai diorang ni.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.