Rezeki abah dapat pergi umrah, ketika itulah adik terjumpa HP abah yang dia tinggal di rumah. Aku tak sangka, tak percaya. Abah aku tak macam ni. Patutlah makcik tu berkias suruh panggil dia ‘mak’. Aku sebagai abang sulung tak boleh biarkan abah kahwin lain. Aku mula pasang strategi h4ntu bunian..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua Pembaca tegar confession kat sini. Sebagai pengenalan, aku adalah Abang, usia di awal 30-an. Tergerak di hati nak berkongsi kisah bagaimana aku dan adik – adik bekerjasama dalam menjayakan operasi ‘OPS SAYANG ABAH’, 6 ke 7 tahun lepas.
Dalam usaha ini kami berjaya mencapai Objektif utama iaitu selamatkan Abah dari menambah ‘cawangan ke-2’. Aku lahir dalam keluarga yang boleh dik4takan hampir sempurna, walaupun ada masanya kewangan akan menjadi isu besar, tapi secara keseluruhannya bahagia.
Diamanahkan 4 orang adik di bawah aku, sudah semestinya aku lah ‘Jeneral’ dalam keluarga ini. Abah, sebagai seorang Staff di satu Estet, waktu mudanya hampir keseluruhan boleh dik4takan hanya mencari rezeki untuk Isteri dan anak – anaknya.
Dia tak suka makan di luar. Mengeteh dengan kawan – kawan pun sangat jarang. Dia tiada hobi yang memerIukan dia untuk meninggaIkan keluarga. Rutinnya, pagi keluar bekerja, petang balik ke rumah dan diangkutlah kami semua keluar ke mana – mana untuk ambik angin segar.
Duit pun tak pernah berkira. Jauh sekali suka menggatal. TAPI! semua itu dah mula perlahan – lahan berubah bila Abah mula dinaikkan pangkat kepada Eksekutif. Abah memang Popular dalam kalangan orang bawahannya sebagai seorang yang tidak berkira, agak berduit sekarang sebab gaji lebih besar, senang diajak berbincang dan ramah.
Mungkin sebab itu, ada yang cuba mengambil peluang atas Abah. Timbul watak Janda dalam kisah ini aku namakan sebagai makcik Siti. Makcik Siti ni memang aku cukup kenal sebab dia masa tu orang bawahan Abah. Aku pun berkawan dengan anaknya.
Dia pernah berkahwin dengan warga Indonesia dan dikurniakan 3 orang anak. Menjanda selepas suami pulang ke negara asal. Cerita bermula, bila Abah ditukarkan ke Estet lain di luar negeri. Jadi berpindahlah kami semua ke tempat baru.
Masa dah siap semua barang diangkut ke dalam lori, dan sesi salam peIuk civm, makcik Siti ni sempat pulak pesan pada aku, supaya aku panggil dia dengan panggiIan ‘Mak’ lepas ni kalau ada rezeki jumpa lagi. Aku yang masa tu tak tahu tentang benda ni macam ‘blank’ lah sekejap kan.
Dah kenape pulak nak kena panggil ‘Mak’? Aku yang masa tu naif, cuma fikir, “oh, mungkin dia nak hubungan yang terjalin antara 2 keluarga ni supaya tak putvs lah kot”. Ternyata aku memandang rendah ucapan makcik Siti ni.
Memang ‘Makkk’ betul dia ni. LICIK! Selang beberapa bulan keluarga aku berada di tempat baru, aku mendapat satu perkhabaran yang tak syok mengenai Abah dari kawan aku sendiri. Memang lumrah berada di Estet, berita dan cerita akan cepat tersebar, walau berlainan negeri.
Ada mulut – mulut yang bercakap bahawa Abah sedang menjalin hubungan dengan Makcik Siti. Aku pada mulanya memang acuh tak acuh bila dengar berita tu, sebab aku yakin, yang Abah bukan jenis macam tu. Jadi berita ni aku sekadar kongsi sahaja dengan 2 lagi adik aku.
Rezeki Abah, dia dapat hadiah tajaan dari pihak pengurusan untuk menunaikan Umrah di atas hasil kerjanya yang cemerlang di Estet sebelum ini. Sampai masanya, Abah pun berangkat ke Tanah Suci. Kuasa Allah, adik aku yang tengah, terjumpa telefon Abah yang Abah tinggalkan di Malaysia.
Di sini muncul lagi 2 watak iaitu adik aku, Angah dan Acik. Kami bertiga memang dah lama sebenarnya perhatikan geri Abah terus ambil peluang ni. Aku dan Angah masa tu masing – masing tak tinggal di rumah sebab aku dah kerja, Angah pulak di IPT.
Tapi segala tindak – tanduk Abah, Acik lah yang melaporkan. 2 lagi adik aku masa tu belum cukup akal untuk terima isu berat macam ni. ‘Bagai orang gatal ditawarkan kawin anak d4ra’, Acik terus buka segala rahsia Abah selama ni yang Abah sangka selamat disimpan selamanya dalam telefon. Maka terbongkarlah semua. YA! memang selama ni Abah duduk syok berhubung dengan makcik Siti tu.
Semua isi ‘chat’ mereka bocor kepada kami. Perkara pertama yang terlintas dalam kepala aku masa tu, “tak, Abah bukan macamni.” cuba aku untuk menidakkan realiti, walhal bukti sudah jelas! Setelah kembali berpijak di bumi yang nyata, aku sedar bahawa aku lah yang terp4ksa memikul dan mengetuai misi untuk berhadapan dengan permasalahan ini.
Ini tugas aku sebagai ‘Jeneral’ dalam keluarga. Setiap ‘Pencer0boh’ harus dihapuskan! Perkara ni mesti ditangani tanpa pengetahuan MAMA! Mana mungkin kami akan biarkan air mata Mama jatuh untuk perkara b0doh seperti ni ketika kami bertiga sudah cukup akal dan boleh membantu keluarga.
Dan mana mungkin kami akan biarkan makcik Siti yang tak tahu punca keturunan sama – sama bersenang menggunakan harta Abah sedang kami yang ada bersama jatuh bangun Abah selama ini! Aku ‘tekan’ Butang kec3masan! Menyeru kepada Angah dan Acik, “Abah perIukan kita sekarang”. – Abang (Bukan nama sebenar)
Sambungan… Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca – pembaca setia yang budiman. Pertamanya, aku ingin memohon maaf atas ketidaksiapan jalan cerita yang terg4ntung pada penulisan yang pertama.
Jujur aku akui di sini, untuk mengimbau kembali kisah ini agak berat. Pada penghujung penulisan aku yang pertama, aku tidak mampu lagi untuk mengempang air mata. Tapi alhamdulillah, komen – komen dari pembaca berjaya mengembalikan semula semangat aku untuk bercerita. Terima Kasih!
Sambung kisahnya. Jadi, sebaik saja seruan aku kepada Angah dan Acik untuk menyelamatkan Abah disambut dengan baik, kami tubuhkan 1 group ‘Whatssapp’ bagi tujuan memudahkan perbincangan. Kami bertiga yang masih muda pada masa itu sejujurnya tidak tahu, apakah langkah pertama yang harus diambil.
Ikutkan hati aku yang muda ni, memang nak saja aku bersemuka dengan Abah, bincang, soal sahaja secara langsung. Aku sudah siap untuk bertumbvk dengan Abah andai perbincangan tidak seperti yang dirancang. Maaf, aku agak b0doh ketika itu, masih mentah.
Tapi dihalang oleh Angah dan Acik, kata mereka, itu bukanlah jalan yang rasional. aku akur, cadangan aku tidak diterima pakai. Lagi antara cadangan yang diutarakan seperti, meng’kidnap’ Mama dan 2 orang lagi adik dan dibawa pulang ke kampung tanpa pengetahuan Abah. Lagi tak masuk akal. RUMIT!
Operasi ni mesti dijalankan tanpa pengetahuan orang lain kecuali kami bertiga sahaja. Selang tak berapa lama. aku mendapat nasihat dari kenalan aku yang mana dia sendiri pernah mengalami situasi seperti ini. Oh, dan dari kenalan aku ni jugalah aku dapat tahu khabar angin mengenai Abah sebab kami pernah tinggal dalam 1 estet dan keluarga kami saling kenal.
“Jupo Ustaz.” cadangnya dalam dialek Kelantan. “Boh (Ayah) kawe rajin keno doh dulu, sapa angkat parey ko anok sediri. Ruponyo keno buatey ore.” Aku yang masa tu rasa macam baru lepas kena tumbvkan kat muka mula sedar.
BETUL! Kenapa aku lupa pada ciri – ciri Kemelayuan aku. Tak salah kalau kita ikhtiar ikut cara ni. Kembali pada kisah keluarga aku di tempat baru. Semasa ketiadaan Abah di rumah untuk menunaikan Umrah, keluarga aku teruk diganggu oleh makhluk halus.
Siapa antara pembaca yang tinggal di estet mesti akan terbiasa dengan kisah – kisah paranormal ni. Dan tidak terkecuali juga keluarga aku. Seingat aku, dari kecil hingga ke besar menjadi budak estet, setiap rumah yang kami huni, pasti akan ‘berkongsi’ tanah dengan dunia ‘mereka’.
‘Mereka’ di sini aku boleh panggil sebagai Bunian. Yup, Bunian. Bukan makhluk – makhkuk hodoh yang menjelma sini sana menimbulkan kekacauan. 7 buah rumah yang pernah kami huni sepanjang 30 tahun lebih Abah berkhidmat, mungkin cuma 1 yang tidak berkongsi tanah dengan mereka.
Dan mereka semua ni kebanyakkannya Bunian Islam. Tak pernah menganggu kami sekeluarga. Bunyi guli, tarik sorong perabut, cakaran di dinding semua tu tak pernah kami alami. Cuma kalau rumah ditinggal lama macam contoh 3 atau 4 hari, Mama perasan beras dalam bekas beras akan berkurang.
Ataupun lantai bilik air akan basah seperti orang berwudhu, bukan basah seperti mandi. Paip bocor? Mana mungkin bocor ketika ketiadaan kami di rumah saja. Sedang kami di rumah elok saja. Pernah juga Angah nampak pantulan di cermin sosok seorang perempuan yang berpakaian ala – ala orang istana pada zaman dahulu cantik bersanggul.
Tapi hanya tersenyum di balik cermin. Cukup dulu cerita mengenai bunian! Jadi berada di rumah baru, dengan ketiadaan Abah, ditambah dengan gangguan lagi, buatkan Mama 4 beranak berada dalam ketakutan. Disoroknya baju sekolah, stokin dan macam – macam lagi.
‘Jiran’ kali ini lain macam sikit gurauannya. KASAR! Ustaz cakap nak ajak adik yang Bongsu main – main dengan ‘dia’. Acik pada masa tu sedang rancak lagi membuat sisatan pada telefon Abah. Banyak yang berjaya Acik rungkaikan.
Antaranya isi – isi kandungan chat Abah dengan makcik Siti tu. Macam orang muda sedang m4buk bercinta. Dengan panggiIan – panggiIan manja. Chat dengan anak makcik Siti yang bongsu pun ada kami jumpa. Abah siap tanya lagi nak hadiah apa untuk harijadi yang akan datang.
Nak di pos kan katanya. Lagi tak guna, dimintanya patung beruang masa tu kalau tak silap. Allahu, kami yang anak – anak baca pun nak luluh hati. Bayangkan kalau Mama yang baca. Lagi teruk kalau Mama dapat tahu dari mulut orang lain.
Jadi rancangan kami pada masa tu adalah untuk sorokkan telefon ini daripada Abah. Dengan menggunakan situasi semasa, iaitu barang disorok bunian! Ya, kami 3 orang kambing hitamkan Bunian yang tidak tahu menahu pun mengenai perkara ini.
Telefon Abah tidak boleh terus menghilang, lesap terus. Pada satu tahap, harus dipulangkan semula agar nampak kejadian ‘sorok’ ini terlihat benar. Nak dirosakkan juga tidak boleh. Akan jadi mencurigakan kerana belum pernah Bunian sebenar merosakkan barang yang disorok.
Hendak dibuang terus kad sim juga seperti tidak bernas, bimbang banyak kenalan kerja Abah yang penting tersimpan di dalam dan mungkin akan menyusahkan Abah. Langkah pertama. Kami pastikan Abah terputvs terus hubungan dengan semua orang dari estet sebelum ini.
Caranya tidak sukar, kerana hampir setiap kenalan yang Abah simpan di dalam telefonnya itu kami kenal. Baik dari Pengawal Keselamatan, Taukey Kantin semua kami kenal. Kami buang satu persatu kenalannya di estet lama dari telefon dan kami ‘block’. SELESAI!
Sebelum kepulangan Abah dari Tanah Suci juga, aku berjaya mendapatkan pertolongan dari seorang ustaz, dengan izin Allah. Ustaz ini memerIukan aku supaya membawa beberapa botol air mineral, sedikit beras, garam dan gula untuk dibuat sembahyang hajat.
Memang betul dakwaan kenalan aku. Abah memang telah terkena buatan dari makcik Siti melalui makanan dan minuman. Tambah Ustaz lagi, makcik Siti memang merancang untuk berkahwin dengan Abah dalam masa terdekat.
Sudah berapa banyak makanan dan minuman yang disuap Abah dek kerana perbuatan si makcik Siti itu, wallahualam. Selagi kami bertiga hidup, pasti akan ada sinar. Insyaallah! Siap saja barang – barang tersebut ‘diubatkan’ oleh ustaz, aku terus pulang ke rumah dan mengamanahkan kepada Acik.
Dengan perlaksanaannya, haruslah barang – barang ini dicampurkan dengan barang – barang makanan di rumah dan dibacakan selawat. Seperti beras disekalikan dengan beras di rumah. Begitu juga gula, garam dan air mineral tanpa pengetahuan sesiapa!
Beberapa jam sebelum kepulangan Abah, Acik berjaya menyelesaikan misi yang paling penting ini. Alhamdulillah. Pulang sahaja Abah dari Umrah, sudah tentu selain dari mendengar cerita – cerita dari Mama mengenai gangguan yang berlaku di sepanjang ketiadaaan Abah di sini, Abah mula mencari kehadiran telefonnya.
Ditanya pada Mama dan adik – adik sudah semestinya mereka tidak mengetahui selain dari Acik. Puas dibelek, diselak segenap penjuru rumah, namun Abah tidak dapat menjumpai telefonnya itu. Sehinggakan 2 hari selepas kepulangannya, Abah terp4ksa mendapatkan khidmat seorang yang boleh tengokkan barang yang hilang pada satu malam.
Kami bertiga yang ketika itu agak cuak kerana takut Operasi kami ini terbongkar cepat – cepat memikirkan jalan keluar. Individu yang Abah guna itu hanya tersenyum ketika dia sedang ‘mencari’ telefon Abah. Katanya, telefon masih ada dalam rumah, tempat yang tak disangka.
Sampai di situ sahaja pertolongan yang boleh diberi. Entah ya entah tidak cariannya itu, kami pun tak pasti. Pada keesokkan hari, Acik cepat – cepat sorokkan telefon Abah bawah karpet di bawah meja makan. Dan lewat petang pada hari itu juga, Mama telah menjumpai telefon Abah yang disorok bunian di bawah karpet.
Selepas kejadian itu, kami mengangap Operasi kami berjaya kerana Acik terdengar perbualan antara Abah dan Mama mengenai kenapa kenalan – kenalannya yang dari estet sebelum ini sahaja tidak ada walhal kenalan lain semua masih disimpan di situ.
Pandai pulak bunian ni main telefon. Dan perkara itu kekal ‘MISTERI’ di situ. Macam mana kami tahu yang Abah takkan cuba dapatkan balik contact si S? Abah orang besar di estetnya, si makcik Siti pula hanya pekerja biasa, tidakkah pelik jika seorang orang besar cuba untuk mendapatkan contact pekerja biasa dari orang lain?
Air mukanya juga perlu dijaga. Dan selepas kejadian itu juga, Abah dah tak boleh berenggang lagi dengan Mama. Nak keluar walaupun ke kedai runcit, diminta Mama supaya temankan. Alhamdulillah. Maaf cik bunian, kamu terp4ksa dikambinghitamkan untuk kesejahteraan keluarga aku. – Abang (Bukan nama sebenar)
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.