Baru ni aku terjumpa semula janda tu dekat sosiaI media. Entah macam mana video dia fyp kat Tiktok aku. Aku cukup kenal suara dan gelak dia. Aku masuk live perempuan tu..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum w4rga alam maya. Tak tahu nak mulakan dari mana sebab benda ni sebenarnya dah bertahun tahun lamanya juga.. Tapi sebab benda ini lah rumahtangga mama dan abah aku runtuh..
Cuma s4kitnya hati bila tengok orang yang runtuhkan rumah tangga mama dan abah aku masih boleh bergelak ketawa sewaktu live bermain game online. Sumpah aku benci dengar gelak ketawa perempuan tu sebab gelak ketawa tu lah yang buat abah aku tangkap cintan.
Oh ye, abah aku bukan pemain game ye. Mereka kerap berjumpa di event – event politik suatu ketika dahulu. Abah dan dia sama – sama bekerja dengan ahli politik yang gah pada suatu masa dulu. Mereka sama – sama kaki karaoke juga.
Beberapa kali juga kawan mama bagitau jumpa mereka di pusat karaoke. Dan sejak dari abah mula kenal dengan dia ni, abah dah mula tak nak bawak aku adik beradik dan mama ke event – event yang abah kena pergi. Ada sekali aku rasa dia perempuan tu sebab ada gambar dia di handphone abah. Kurus tinggi dan cantik.
Ye cantik orang nya. Aku tengok sahaja geraknya. Masa itu usia aku 16 tahun. Perempuan ni pun hidupnya terlalu berahsia. Susah juga mama nak trace dulu. Cuma namanya sahaja yang mama tahu itupun sekadar nama pendek. Lagi pun teknologi dulu tak sama dengan teknologi sekarang.
Banyak duit abah aku habis bagi dia. Dan perempuan ini Miss J ye, abah kata kesian tengok dia besarkan anak sorang – sorang bekas suaminya langsung tak ambil tahu pasal mereka. Dari kasihan jatuhnya sayang. Dan mama pula memang seorang yang penyabar.
Mama ada bagi mereka kahwin dari terus bergelumbang dengan d0sa. Tapi perempuan ni suka main tarik tali. Mama call dia tak jawab. Ajak jumpa semua dia buat tak layan je. Tak lama dari tu mama dan abah bercerai sebab mama dah taw4r hati dengan game mereka.
Suruh kahwin tak nak kahwin tapi kerap berjumpa. Langsung takde rasa bersalah rasa berd0sa. Yang paling aku s4kit hati abah tak habis – habis menangkan dia. Ada yang kata perempuan tu ada guna ilmu juga tapi mama langsung tak nak percaya.
Pada mama itu semuanya propa. Semua ni pada aku hanya lah hawa nafsu. Dua – dua kalah pada hawa nafsu. Sama – sama sukakan keseronokan duniawi. Bila abah dan mama bercerai tak nak pulak mereka kahwin. Tak lama dari tu dapat tahu mereka pun dah putus.
Abah pun dah kahwin lain tapi ada juga cari – cari mama. Mama pula lepas dari itu sem4kin sibukkan diri dengan ilmu agama.. syukur. Oh ye, macam mana aku boleh terjumpa perempuan ni dekat socmed? Aku hanya ada berjumpa sekali dengan dia di suatu event lama dulu, tapi aku dan abang aku cukup kenal suara dan gelak dia sebab kami ada letak voice recorder dalam kereta abah masa tu. Abah ada event masa tu.
Kereta dulu mana lah canggih macam sekarangkan tapi tu jelah yang mampu aku dan abang aku buat untuk dapat kan bukti kecurangan abah. Bertapa galaknya mereka bergelak ketawa dalam kereta padahal kereta tu mama. Tergamak abah bawak perempuan lain naik kereta mama.
Bulan 6 hari tu tak silap aku tiba – tiba aku terdengar gelak dia. Tersentak aku. Ntah macam mana video dia fyp kat TT aku. Aku try tengok sekali.. yesszaaa.. itulah orangnya yang rosak kan rumahtangga mama dan abah. Aku yakin aku tak silap.
Aku tak bagitahu sesiapa even pada abang aku sekali pun. Cukup lah aku sorang yang tahu hal ini. Aku menangis sebab aku rasa s4kit hati tu datang semula. Rasa benci rasa marah semua ada. Ada sekali aku masuk live tersebut, memang galak dia bergelak ketawa dengan kawan – kawan game dan viewer dia.
And mostly kawan game nya lelaki. And now aku pun dah block dia dari TT aku. Aku taknak rasa s4kit tu datang. Aku tengok nama aku tahu itu dia. Aku tak nak ser4ng atau apa. Sebab benda ni pun takde kaitan dah dengan aku.
Cumanya aku harap dia tak buat pada orang lain. Cukup lah hanya dia buat pada abah seorang. Cukuplah rumah tangga abah dan mama h4ncur sebab dia. Jangan ada rumah tangga orang lain yang h4ncur lagi sebab dia.
Percayalah br0ken family ini satu tr4uma yang susah nak hilang. Sesekali dia akan datang kacau mental dan emosi kau. Untuk perempuan itu, tiada apa yang nak diperkatakan lagi. Mulut manis memang tarikan dia. Ntah – ntah selain abah ramai lagi m4ngsanya.
Apa – apa pun aku harap Allah jentik hatinya supaya datang meminta maaf pada mama. Kerana sebagai seorang Islam kita memang perlu tahu, untuk memohon keampunan dari Allah, kita perlu memohon kemaafan dari manusia dahulu.
Kerana dari awal perkenalan dia dengan abah sehingga abah dan mama bercerai tiada satu pun kata maaf keluar dari mulut perempuan tersebut. Moga Allah jentik hatinya untuk memimta maaf pada mama. – Fina (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Hanna : Tak adilnya penulisan. Yang salah tu ketua keluarga awak dik. Kalau orang dalam tak buka pintu, orang luar takleh masuk. Bapak awak yang rosakkan keluarga korang, keputusan dan tindakan di tangan dia sendiri. Bukan tanggungjawab Mak J tu untuk jaga keharmonian keluarga awak.
Shezz Fawaz : Confessor, tak payah kenang lagi pasal makcik gamer tu. Sekarang umur dia dah berapa? kan kesian, dah tua – tua akhirnya jadi gamer yang buat live dalam TT sambil mengharapkan gifts. Lain la kalau dia content creator terkemuka, share ilmu bermanfaat. Hairan la jugak.
Setakat buat live main game pastu beramah mesra dengan lelaki, alahai… bertahun – tahun gitu je hidup dia. Fokus bahagiakan mak confessor ya. Semoga korang murah rezeki dan sihat sekeluarga.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.