Abah janji nak bagi aku rumah harga 400k. Tiba-tiba satu hari ada orang datang nak tengok rumah. Abah nak jual rumah aku 1 Juta

Aku dan suami dah habis berpuluh ribu utuk rumah tu sebab abah dah janji nak bagi aku duduk. Saat sarat mengandung aku kena keluar, cari rumah baru. Baru ni aku dapat tahu, abah nak bagi rumah bernilai 2 juta untuk kakak aku..

#Foto sekadar hiasan. Terima kasih admin sudi siarkan luahan ini. Sekadar ingin meluahkan dan memohon nasihat agar dapat ditenangkan hati dan dipelihara dari sifat – sifat tak baik. Sedikit pengenalan. Nama aku Lula (bukan nama sebenar), berusia 35 tahun, sudah berkahwin dan ada 3 orang anak. Hasil pendapatan suami isteri dalam 12k sebulan.

Ingin meluahkan berkenaan keluarga aku. Abah merupakan seorang yang agak berada. Bisnes selama hampir 3 dekad yang menjadi, puluhan staf. Sekitar tahun 2012 – 2016 abah ada membeli beberapa buah rumah. Total ada 4 buah semuanya.

Aku berkahwin 7 tahun yang lalu. Jodoh aku agak lambat jadi aku sudah bekerja agak lama sebelum berkahwin. Sebelum berkahwin dengan gaji 5k sebulan. Banyak kali aku ingin membeli rumah tetapi abah dan ibu melarang.

Kata mereka buat apa beli rumah, rumah kan dah banyak. Setiap kali aku kata nak beli rumah mesti akan dicantas pantas oleh mereka. Beberapa bulan sebelum kahwin, aku dan suami mula mencari dan survey rumah. Pada waktu itu abah memujuk aku untuk duduk di salah sebuah rumah abah. Rumah teres corner lot di tengah bandar, valuenye sekitar 1 juta.

Abah meyakinkan aku bahawa dia akan menjual kepada aku rumah itu dengan harga anak beranak sekitar 400k. Suami aku pada mulanya menolak, tapi aku memujuk beliau dan beliau setuju. Maka kami pun berhabis wang untuk rumah itu kerana plan kami memang ingin membeli rumah itu nanti.

Kami cat rumah, touchup sana sini, buat kitchen kabinet, dan macam – macam lagi. Total dalam 50k. Setelah tinggal di situ beberapa kali juga aku bertanya abah, bila nak mula urusan jual beli dan pindah nama. Abah seperti enggan berbincang mengenai itu dan asyik berkata, duduk jelah dulu.

Sewaktu aku pregnant yang ke 2, aku dapat tahu dari ibu, suruh siap – siap, ada orang nak view rumah. Aku terk3jut. Aku tanya abah. Rupa – rupanya abah mahu jual rumah itu. Lalu aku tanya abah, “bukan nak jual kat saya ke?” Abah kata, “boleh, abah jual 1.1mil.”

Aku terk3jut. Sebab sebelum ni abah kata nak jual 400k? Maka berdrama air mata lah aku sambil mencari rumah sana sini bersama suami. Dalam masa sebulan rumah itu diiklankan sudah ada buyer. Mana taknya, rumah itu memang sangat rapi dan terjaga elok, dihias cantik.

Maka kami pun belilah rumah lain dengan harga 400k, rumah atas langit orang kata. Sewaktu tengah boyot ke sana sini sign s&p etc. Sambil tu suami pack barang kami yang agak banyak. Aku ada juga tolong semampu aku.

3 tahun berlalu dan aku mula redha. Nak buat macam mana, memang bukan harta aku. Aku cuba menenangkan hati. Dalam masa tiga tahun ini juga abah ada menjual lagi 2 rumah yang lain. Jadi tinggal 1 rumah sahaja. Tapi apa yang trigger aku sekarang ni tiba – tiba aku dapat tahu yang rumah abah yang bernilai 2 juta abah ingin tukar nama kepada nama kakak aku yang belum berkahwin.

Rumah itu merupakan rumah yang abah ibu juga duduk di situ. Kata abah takut dah kalau apa – apa terjadi, abah tak mampu nak bayar loan rumah tu. Rumah itu masih ada loan berbaki 1mil. Jadi abah nak jual rumah itu kepada kakak pada harga 400k, dan abah akan topup 600k duit muka.

Aku terk3jut. Ibu aku kata mereka paling selesa duduk dengan kakak. Dan memang kebiasaannya anak yang duduk dan jaga mak ayah akan dapat rumah yang mak ayah duduk. Tak tahulah kenapa tapi duk terbayang rumah yang aku duduki yang telah terjual sebelum ini.

Teringat – ingat kos yang kami berhabis. Teringat – ingat saat aku sedang mengandung ke sana sini survey rumah, kemas rumah, pindah keluar barang. Ya Allah sejukkan lah hati ini. Ya Allah jauh kan lah diri ini dari berharapkan harta abah. Ya Allah tenangkan lah hati ini.

Rasa bersalah sangat sebab ada rasa terkilan. Tamak ke diri ini? Entahlah. Aku pun tak tahu nak describe apa yang aku rasa sekarang ini. – Lula (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Hanim Norlaila Mamat : Bismillah.. let go je Sis. alhamdulillah, sis dah ada tempat tinggal, ada suami yang bertanggungjawab dan mampu tanpa berg4ntung kat pak mentua (pride untuk dia), ada anak, ada rumah. Pejam mata, buat tak tahu pasal harta dorang.

Tak pe lah siapa – siapa pun dilebihkan. Padan la dengan kesediaan dia yang akan lebih sikit tanggungjawab untuk jaga makayah. Dengan keadaan dia tak ada pasangan. Biarlah nampak lebih pada dia. Sis tak kurang apa – apa pun. Faham perasaan terkilan tu. Rasalah sekejap, lepas tu lepaskan. Hidup happy – happy saja untuk sis.. aamiin..

Yati Rahman : Terkilan tak apa.. kita manusia memang ada perasaan. Ini ujian awak di dunia, awak dah redha maknanya dah berjaya ujian ni. Penulisan awak pun tak nampak marah pada mereka cuma sedih.. percayalah Allah akan baIas yang baik – baik untuk awak dan suami.. tetaplah hormat mak dan ayah. Kita pun tak tahu kesusahan mereka macam mana ketika mereka jual rumah tu.. barakallahufikum awak anak yang baik.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.