Abah tuntut segala nafkah yg dia pernah bagi pada kami, HP pun abah ambik balik

Abah datang ke rumah mak dan tuntut semua duit sekolah, duit nafkah untuk dikembalikan. Abah kata dia takkan beri nafkah pada kami dan tak peduli kalau kami kebuIuran. Bila kami dah besar dan bekerjaya, abah mula hubungi kami. Dia suruh kami bagi duit pada anak kecilnya..

#Foto sekadar hiasan. Aku dan adik beradik dibesarkan oleh mak. Mak merupakan seorang ibu tunggal sejak aku berusia 5 tahun. Mak lah ibu dan ayah buat kami adik beradik. Abah, tidak melepaskan tanggungjawabnya 100% pada mak selepas bercerai.

Abah masih datang jenguk kami, bawa kami bercuti, perhatiannya pada kami masih sama walaupun abah dan mak sudah berpisah. Tapi ada sikap abah yang membuatkan kami adik beradik sem4kin jauh hati. Abah panas baran, eg0 dan kedekut.

Aku masih ingat pada usia 8 tahun semasa mengikut abah membeli makanan di restoran KFC, aku terlalu suka dengan tabung edisi terhad restoran tersebut dan memujuk abah untuk membelinya. Tapi abah meminta aku membayar semula harga tabung dan pembeliannya itu dianggap aku berhutang dengannya.

Abah, bila barannya datang, dia suka menghamburkan perkataan – perkataan mengh1na dan mem4ki hamun. “menyusahkan abah” “lepas ni biar m4ti kebuIur abah tak heran”. Sikap abah ini jugalah salah satu punca abah dan mak berpisah.

Mak sudah tak mampu hidup bersama abah yang panas baran, eg0 dan kedekut, ditambah dengan sikap abah yang sanggup memukuI mak. Menurut mak, sejak kami kecil abah suka memarahi sambil mem4ki dan mengucapkan kata – kata yang meny4kitkan hati tetapi kami adik beradik tak terasa hati kerana tak memahami apa yang abah maksudkan.

Sem4kin aku dewasa, sikap abah tersebut sem4kin membuatkan aku berjauh hati dan lama kelamaan seperti hilang rasa sayang. Tahun 2010, satu kejadian antara aku dan abah menjadi titik permulaan abah meninggaIkan kami adik beradik.

Aku berusia 13 tahun dan abah melabelkan aku sebagai anak derh4ka dan tak tahu bersyukur, mak pula dih1na kerana tak tahu mendidik anak. Habis semua keperluan yang abah dah sediakan pada kami adik beradik, abah ambil kembali.

Abah datang ke rumah mak dan tuntut semua duit sekolah, duit nafkah untuk dikembalikan. Telefon bimbit yang abah bagi untuk kemudahan komunikasi kami juga abah ambil. Abah mengh1na aku dan mak bertubi – tubi dan abah menegaskan yang dia takkan beri lagi nafkah bulanan pada kami dan tak peduli kalau kami semua tak makan dan kebuIuran sekalipun.

Mak ada cuba menasihati abah, mak katakan aku hanya seorang budak yang meluahkan isi hati dan ketidakpuasan hati, bukan aku berniat untuk berg4duh dengan abah. Dan abah sebagai orang tua, sepatutnya berfikiran rasional dan tidak bermusvh dengan anak.

Tapi kata – kata mak dibangkang oleh abah dan abah nekad meninggaIkan kami semua dan menganggap kami semua tidak wujud lagi. Selepas kejadian itu, abah tidak lagi menghubungi kami, menjenguk kami. Abah tak pernah tanya soal persekolahan kami, peperiksaan, kami, kesihatan kami.

S4kit demam kami, mak yang bersengkang mata tak tidur jaga kami, makan minum kami, mak yang masakkan, pakaian kami, mak yang jahit kan. Aktiviti disekolah yang memerIukan penglibatan ibu bapa, hanya mak seorang yang hadiri.

Aku kagumi mak, bagaimana tubuh yang satu itu terbahagi untuk mencukupkan kami 4 orang adik beradik. Pernah kawan sekolah aku bertanya “Nur, kau tak ade ayah ke?” dan aku tanpa berfikir terus menyebut, “Tak ade, dah m4ti”.

Sehingga kami semua adik beradik habis sekolah dan menjejakkan kaki ke university, mak lah yang bersusah payah keringat untuk kami. Masih aku ingat kepayahan mak membawa aku ke selatan tanah air untuk mendaftarkan diri ke unversiti hanya dengan menaiki bas, membawa sebiji baldi dan beg baju.

Mak tak mampu untuk melengkapkan keperluan aku ke asrama. Mak ada menghubungi abah meminta bantuan kewangan untuk pendaftaran aku, tapi abah hanya membaIas dengan kata – kata h1na. Sekarang, kehidupan kami adik beradik lebih stabil dan kami banyak menghulurkan duit belanja buat mak, supaya mak boleh fokus pada amal ibadah dan selesa dengan kehidupan hari tua.

Abah, sejak beberapa tahun ini, abah sudah mula menghubungi kami. Bila tiba hari raya, abah meminta kami adik beradik berkumpul untuk menyambut kedatangannya bersama isteri dan anak kecilnya. Abah mem4ksa kami memberi duit raya buat anak kecilnya.

Ada juga abah post kata – kata di WhatsApp group kami tentang tanggungjawab seorang anak kepada orang tua. Abah juga pernah menyindir kami adik beradik kerana tak pernah memberi duit bulanan setelah kami masing – masing bekerja.

Abah bukanlah orang susah. Setelah 30 tahun bekerja di syarik4t oil dan gas terkemuka, membuatkan abah layak digeIar jutawan dengan nilai asset, simpanan dan KWSP yang dimiliki. Dan kami adik beradik, tidak pernah menyebut tentang hak – hak kami sebagai seorang anak yang telah diabaikan.

Tak pernah meminta duit daripada abah untuk meneruskan kehidupan, kami tak pernah peduli nilai – nilai asset dan harta abah jauh sekali untuk ber3but dan berteIagah. Kami adik beradik, hampir tiada rasa atas apa – apa pun keadaan abah, yang menguntungkan mahupun merugikan.

Abah hidup sebagai seorang pesara dengan keadaan yang sangat selesa. Bila kami dewasa, kami sering disindir kerana mengabaikan abah, tidak memberi duit hasil gaji kami pada abah, tidak menjenguk abah yang kini mempunyai isteri dan anak kecil, tidak pulang beraya dengan abah, tidak memberitahu abah tentang perkembangan semasa kami.

Aku hanya seorang anak, yang dibesarkan oleh seorang mak, sehingga hidup aku hanya memikirkan kepentingan mak, dan tidak sengaja terlupa akan keberadaan abah. Kami tidak dibiasakan untuk ber’abah’. Kami tidak dibiasakan untuk melihat abah

. Kami tidak dibiasakan untuk ada ik4tan dengan abah. Tapi kini bila kami dah dewasa, kami disalahkan dan dilabel anak derh4ka kerana kami ‘terlupa’ akan abah. Anak itu amanah, kalau kita mahukan anak kita mengingati kita, penuhkanlah masa kecilnya dengan memori bersama kita.

Penuhkanlah masa kanak – kanaknya dengan memori bersama kita. Penuhkanlah masa remajanya dengan memori bersama kita. Aku juga telah punya anak. Dan aku akan berusaha untuk menjaga amanah Allah ini.

Aku tak sanggup jika satu hari nanti anak aku ‘terlupa’ akan aku sebagaimana aku ‘terlupa’ tentang keberadaan abah. – Nur (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Faridah Mat Dan : Membaca confession – confession di sini, membuatkan saya rasa cukup bersyukur sebab Allah pinjamkan arw4h abah pada saya. Walaupun Dia dah ambil balik, tapi saya yakin saya akan jumpa semula abah saya suatu hari nanti. Abah, malam tadi kita mimpi abah. Rindu abah..

Lily Barbara : Confessor harus ingatkan kembali peristiwa semasa umur 13 tahun kepada abah confessor. Ingatkan abah nafkah anak – anak tertunggak juga. Kalau masih ada resit pembayaran yuran pengajian. Post juga di family group. Suruh abah bayar pada mak dulu, baru confessor dan adik beradik jenguk abah, bagi duit belanja bulanan.

Azie Fazila : Tak ada istilah nafkah tu sebagai hutang. Sampai sanggup ambil balik hak – hak tersebut dari anak – anak. Semoga terus berusaha bahagiakan mak yang dah terlalu banyak k0rbankan masa muda beliau untuk confessor dan adik beradik lain.

Semoga mak confessor betul – betul menikm4ti hari tua dengan anak – anak. Untuk abah confessor tu, no komen. I won’t judge your family. Sebab apa yang korang lalui dari kecik tu merupakan tr4uma yang susah nak diubati bila dah besar.

Norita Ahmad : Faham sangat perasaan bila ayah mengeluarkan kata – kata kesat dalam keadaan marah. Pada ayah mungkin tiada apa – apa selepas menghamburkn kata – kata kesat tapi kita yang mendengar masih teringat sampai bila – bila. Sapalah kita untuk menghukvm ayah sendiri.. Walaupun perit dan s4kit, tapi maafkan ayah.

Izaty Ibrahim : Abah sibuk ingatkan anak – anak tanggungjawab pada bapa bila dah dewasa tapi abah lupa. Abah sendiri dah lama m4ti dalam hidup anak – anak, masa anak – anak kecil lagi. Abah absent in most of your life’s important event.

Masa hari ambil report card, hari sukan anak – anak, hari graduasi, hari jadi anak, hari raya masa anak – anak kecil. Sekarang apa yang abah harapkan bila anak – anak dah besar? Sad life abah.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?