Masa nak tuntut jen4zah baru abang sedar, isteri dia dah takde. Tapi semua dah terlambat. Masa isteri s4kit langsung tak lawat dekat hospitaI. Orang tu dah takde baru ko terhegeh – hegeh ziarah kubvr dia..
#Foto sekadar hiasna. Aku nak kongsi cerita ni. Kisah benar jadi kat abang aku sendiri. Cerita dia macam ni, abang dah kahwin lebih kurang 8 tahun. Ada anak sorang, anak lelaki umur 7 tahun waktu kejadian. Kisahnya abang aku curang dengan isteri dia, aku tau sebab isteri dia pernah cerita kat aku dan tunjuk bukti sekali.
Abang aku memadu kasih dengan kawan sekolah. Kira cinta lama berputik kembali. Tapi setakat itu ajelah cerita kakak ipar. Lepas tu dia dah takde share apa dengan aku dah. Dan aku beranggapan kes dah selesai. Aku memang rapat dengan kakak, sebab masa study dia banyak bantu aku dari segi kewangan. Baik sangat orangnya.
Kalau tengok hubungan diorang ni memang nampak macam takde masalah. Tapi sebenarnya sejak abang ada marka baru rupanya diorang dah tak tidur sebilik. Tak, bukan kakak ipar aku yang cerita, abang kantoi sendiri.
Macam mana boleh kant0i? Dia mengaku sendiri.. Kisah tragis.. Kak Ipar aku demam 5 hari tapi tak dapat rawatan yang sepatutnya dan akhirnya dia meninggaI dunia. Al-fatihah. Sebenarnya kalau dia dapatkan rawatan awal insha Allah boleh diselamatkan.
Ini organ dalaman dah tak berfungsi kerana jangkitan kuman. Salah siapa? Salah suami dia iaitu abang aku. Ye, aku tahu ajaI m4ut di tangan Tuhan, tapi sekurangnya kalau abang aku ada usaha takde la kami terkilan sangat.
Dia dah abaikan tanggungjawab dia sebagai suami, dia tidur bilik asing dan tak bercakap langsung dengan arw4h ni dah lebih 6 bulan. Dia sendiri mengaku yang dia salah, dia buat tak tahu je dekat isteri dia sendiri sebab dorang ada bertengkar lepas abang kant0i, abang silent treatment tak mau kalah, eg0!
Dia tak tau pun isteri yang serumah dengan dia terlantar demam. Aku macam, what???? Aku tengok status whatsapp kak ipar dia demam pi kIinik sendiri. Masa ni dia demam hari kedua. Aku pergi ziarah kat rumah. Masa ni dia boleh cakap lagi, nampak macam biasa.
Aku offer ngasuh anak dia, nak kasi dia healing berehat. Lagipun anak dia sekolah kat tempat aku mengajar. Tapi nampak dia kurang selera makan. Aku hantar makan pagi, lunch, balik kerja pun aku tapaukan makan. Tapi makanan tu dia makan dua tiga suap ja.
Sampai hari ketiga, dia kurang respond, aku tak fikir panjang bawa terus ke hospitaI. Aku bising kat abang aku, isteri s4kit buat tak tau. Memang aku beng4ng bila abang kata, ala demam biasa je nanti eloklah kata dia. Tapi..
Masa kat kec3masan, kadar SPO kakak ipar dah turun ke 78. Masa ni dia dah tak bercakap dah nampak dia lemah sangat. Muka pucat sangat. Masuk ICU, hari ke 5 dia demam, organ dalaman gagal berfungsi, jangkitan kuman.
Aku adalah orang yang menggenggam tangan arw4h masa dia pergi. Doc tak dapat call abang, nombor aku dalam list w4ris pes4kit. Tr4uma tau, bila kenang balik saat saat tu.. Allah jer yang tahu. Masa aku call abang aku bagitahu isteri dia dah takde, dia tak percaya.
Masa di hospitaI pun takde abang datang ziarah masa kakak masih bernyawa. Masa nak tuntut jen4zah baru dia sedar, tapi semua dah terlambat. Ko nak menyesal pun dah takde guna dah bang. Ko ulang ajelaaa sesalan ko tu banyak kali pun takkan hidup balik kakak tu.
Aku memang benci abang aku. Macam orang sasau pun ye gak aku tengok. Orang tu dah takde baru ko terhegeh – hegeh ziarah kubvr dia. Sebab sikap sambil lewa kau, anak kau takde mak tempat berg4ntung. Orang tu dah takde semua benda plak ko nak menyesal, kalau aku itu, kalau aku ini.
Bila dia meluahkan tu aku rasa nak bagi pen4mpar je kat muka dia. Baru kau tahu, takde dah orang nak gosokkan baju kerja kau, takde orang dah nak uruskan makan pakai kau selama ni ko tak hargai. Selalu balik lambat tak teman anak isteri kat rumah.
Isteri masak ko tak jamah masakan dia. Ko banyak habiskan masa dengan cikaro kau!!! Aku kesal betul dengan sikap kau. Mak ayah mertua dia memang tak dapat terima dengan apa yang jadi. Dan mereka f1ght hak penjagaan cucu tu.
Aku pun malu nak hadap sebab mereka dari keluarga yang baik – baik. Aku hanya nak pesan kat korang laki bini kalau bertik4m lidah janganlah abaikan pasangan korang. Tak kira la suami ke, isteri ke. AjaI m4ut ni kita tak tahu bila Allah ambil salah sorang.
Hidup terlalu singkat untuk kau bermasam muka dengan pasangan kau sendiri. Kalau dah benci sangat, dah menyampah sangat lepas cara baik dan harmoni. Jangan kerana eg0 kau, ko ani4ya orang lain sebab dia pun berhak untuk merasa bahagia.
Perubahan abang aku dia jadi lebih pendiam, sugul dan lebih dekatkan diri kepada Allah. Nasi dah jadi bubur. Baru kau tahu hilangnya permata yang takde ganti. Takde dah orang yang kau nak ucap i love u, i miss u. Dan pengajaran untuk aku sendiri, aku lebih menghargai pasangan aku dan orang yang aku sayang keliling aku. – Adik Abang (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Noor Junizah Mokhri : Bagus sangat sikap confessor ni sebab dia tau abang dia salah dan dia jadi orang yang ambil berat pada kakak ipar. Sebab kebanyakan orang sekarang bila dia tau keluarga dia salah, ditetap pertahankan perlaku yang jahat tu. Semoga Allahyarhamah kak ipar confessor berbahagia di negeri abadi. Dan semoga kisah ini jd pengajaran paling berharga untuk suami dia. Sesal itu bagus.
Nor Aishah Nor Aishah : AlFatihah untuk kakak ipar.. Akak sendiri pernah jumpa berjumpa macam kes abang adik tu. Masa isteri hidup macam – macam si suami buat. Si isteri sorang sorang jaga anak, ke hulu ke hilir dengan kerja lagi.
Sampai nak urus diri sendiri tak sempat. Simpati sangat. Si suami tak bekerja, isteri yang support. Anak – anak serah kat isteri bulat – bulat, tersiksa betul tengok. Akhir sekali Allah sayang kan isteri. Sampai saat akhir isteri s4kit pun buat tak cakna.
Kesudahannya.. pergi lah si isteri bersama hati yang lara menghadap pencipta. Si suami menangis pun tak guna, menyesal pun tak guna dah. Dah tak boleh kembali masa lalu. Kita pulak yang tengok jadi s4kit hati sampai ke saat ni.. Moga semua pasangan hargai pasangan masing – masing kalau tak nak menyesal kemudian hari.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.