Abang heret saya pergi kIinik nak cek saya mengandung atau tak, sedangkan salam lelaki pun saya tak pernah

Kehidupan saya berubah bila ayah meninggaI dunia. Oleh sebab jarak umur yang jauh dengan adik beradik yang lain kami jadi tak rapat. Mereka selalu pukuI saya sejak dari kecil. Mak hanya mampu menangis dan tak mampu halang sebab mak kata kakak dan abang yang beIa dia sekarang. Sehinggalah saya jumpa dengan suami yang saya ingatkan boleh jaga saya tapi….

#Foto sekadar hiasan. Salam admin, tolong hide profile saya. Saya sudah berkahwin hampir 9 tahun, dan kini mempunyai 3 orang anak perempuan. Kisah hidup saya tak sebahagia orang lain. Mak ayah saya orang susah dan saya merupakan anak paling bongsu. Ketika umur saya 10 tahun ayah saya meninggaI dunia. Saya amat rapat dengan ayah saya.

Walaupun kami orang susah tapi ayah saya adalah lelaki yang paling sempurna di mata saya, sekalipun dia tak pernah jentik saya. Selepas ayah saya meninggaI dunia, kehidupan saya berubah 360 darjah. Tak ada manusia yang sayang saya seperti mana ayah saya. Saya ada 3 orang abang dan 2 orang kakak. Perbezaan umur saya antara adik beradik yang akhir adalah 9 tahun. Jadi kami memang tak rapat.

Selepas ayah saya meninggaI, saya kena cari duit sekolah sendiri, mak saya surirumah saja. Dari saya kecil saya kena mengasuh anak – anak buah untuk buat duit sekolah. Bila cuti sekolah pula saya akan buat part keja kedai makan atau kedai baju untuk yuran dan barang sekolah. Dari kecil saya dah cari duit sendiri, bila saya remaja, saya mengaIami tekanan perasan, saya member0ntak. Mak saya tak ada pendapatan, hanya berg4ntung hidup dengan kakak dan abang saya saja sambil mengasuh anak – anak diorang.

Di sekolah saya tak ada kawan rapat, saya pendiam, tak ada sesiapa pun yang tahu masalah saya. Saya balik sekolah terus buat part-time keja kedai makan tapi bila saya balik lewat sikit saya dituduh macam – macam oleh kakak dan abang saya. Dari kecil memang diorang tak sukakan saya. Mereka pernah pukuI saya, kepala kena cukur, semuanya bermula ketika umur saya 12 tahun.

Saya alami tekanan perasan, pernah umur saya 14 tahun saya di heret oleh abg pergi ke klinik untuk cek saya mengandung atau tak, padahal salam dengan lelaki pun saya tak pernah. Mak saya hanya mampu menangis saja tapi tak boleh pertahanankan saya sebab dia cakap abg dan kak sjaa yang bela dia. Saya lalui semua ni sampai saya dewasa. Saya hanya belajar sampai tngkatan 5 saja sebab saya tak mampu sambung belajar walaupun result saya elok.

Alhamdulillah lepas tu saya berkerja, saya cakap dekat mak, nanti bila adik ada duit, mak tak payah kerja mengasuh cucu – cucu dah. Tapi saya diuji lagi, tak sempat saya nak bahagiakan mak saya, Allah ambil mak, satu – satunya manusia yang tolong sapu ubat kat saya bila saya kena pukuI dengan abang dan kakak ipar. Selama ini saya hidup sebab mak sahaja. Jadi saya nekad lepas saya kerja, saya tak nak tengok mak jadi h4mba anak – anak dah, tapi Allah lebih sayangkan dia dah. Selepas mak saya meninggaI saya larikan diri dari situ dan barulah saya rasa bahagia. Jauh dari kakak, abang dan ipar.

Kemudian saya bertemu suami saya yang dari awal kenal, alhamdulillah semua indah. Saya sayang dekat dia sebab saya rasa dialah pengganti ayah saya. Dari kecil memang saya dahagakan kasih sayang. Saya nak orang sayang saya macam mana ayah sayang saya. Alhamdulillah selepas 2 tahun kenal kami kahwin. Tapi ujian datang lagi, suami saya tak seperti apa yang saya nampak. Masa saya mengandung anak sulung dia dah mula tunjuk dirinya yang sebenar.

Dia seorang yang panas baran, suka pukuI saya tapi saya tetap sabar. Saya berharap dia akan berubah, siang malam saya berdoa semoga dia berubah tapi tetap sama. Saya ni macam wanita yang lain, kadang – kadang saya berleter, tapi dia tak boleh dengar, saya tegur dia pasai tentang jangan main game depan anak, saya kena pukuI balik. Sayaa hanya minta masa dia ada dekat rumah, tolonglah layan dan luangkan bersama anak – anak. Dia cakap jangan tegur dia, dia benci orang tegur dia. Dia juga dah berapa kali kant0i dengan perempuan lain, tapi dia janji tak buat lagi tapi dia tetap buat, berjanji sampai junjung Quran dia tetap ulangi kesalahan yang sama.

Selepas kahwin dia suruh duduk rumah je tak payah kerja, saya ikut je cakap dia. Saya hanya buat part-time job, jual baju, jual perfume cari pendapatan sendiri sebab duit nafkah kalau saya mintak akan berg4duh, sampai kena pukuI. Saya sabar sampailah dapat anak yang ketiga. Masa saya pregnant anak no 3, saya diuji lagi, saya dituduh oleh kakak ipar saya yang saya kononnya dah bom0hkan anak dia sampai anak dia s4kit. Macam – macam lagi saya dituduh.

Masa tu saya tengah pregnant anak no 3. Saya pergi jumpa diorang, saya bersump4h dengan nama Allah, mak ayah dan anak yang saya tengah mengandung masa tu yang saya tak buat. Sampai saya cakap, saya bersumpah kalau betul saya buat, cacatlah anak yang mengandung ni tapi alhamdulillah anak saya lahir sihat walafiat. Macam – macam ujian dalam hidup saya, dengan suami kaki pukuI, kaki perempuan, dengan adik beradik buang saya. Saya tak ada tempat nak mengadu Saya tak ada kawan rapat yang boleh kongsi masalah saya, saya susah nak percayakan orang lain, bukan semua orang akan faham masalah kita.

Berbalik kepada hal suami saya, dia tetap tak berubah. Suami saya ada sisi baiknya, solat tak tinggal, selalu masak kat anak – anak tapi buruknya dia selalu pukuI saya tentang benda kecil dan suka layan perempuan lain. Bukan sekali tapi dah 5 kali kant0i. Dia sanggup nak turun Kuala Lumpur nak pergi jumpa perempuan tu, perempuan tu plak duduk Sabah, sanggup booking fIight nak jumpa dekat Kuala Lumpur. Keluarga saya menetap dia utara Malaysia, dah banyak kali kant0i, dia akan minta maaf dan saya akan maafkan dia.

Tapi hakikatnya dia tak pernah berubah. Mungkin orang kata saya bod0h sebab saya boleh terus hidup dengan suami saya lagi. Semuanya sebab saya sayangkan anak – anak, saya tak nak diorang rasa macam mana saya rasa masa kecil, tak dapat kasih sayang dari seorang ayah. Betapa susahnya hidup sampai pernah makan nasik berlauk mangga dan garam saja.

Semalam suami saya kant0i lagi dengan perempuan lain dan saya minta cerai. Saya tak akan keluar rumah selagi suami saya tak lafaz taIak, walaupun dah banyak kali dia halau saya. Sampai ada satu masa tu, saya baru lepas bersalin tak sampai seminggu, saya diheret keluar umah oleh suami saya. S4kit jahit bersalin tak sembuh lagi, saya dipukuI lagi, saya tak tau sya1tan mana yang mer4suk dia.

Dia seorang yang rajin solat tapi dia tak pernah ajak saya berjemaah sekali. Kami solat asing – asing, kalau masa dia solat dia kunci pintu bilik, alasan tak nak anak – anak kacau dia nak mengaji. Hingga semalam tahap kesabaran saya dah habis, saya minta cerai, dia cakap tunggu seminggu dibuat keputvsan tapi saya kesiankan anak – anak. Saya tak nak diorang rasa macam saya dulu.

Mungkin org akan kata saya bod0h, tapi seIamat ni saya hanya berserah kepada Allah. Semoga Allah bukakan hatinya, saya hanya fikir, ini ujian untuk aku dan aku kena hadapnya Tapi sampai bila, saya dah tak kuat, sebab tu saya luah dalam ni. Bukan niat nak bukak a1b suami tapi saya amat – amat tertekan sekarang ni. Saya tak ada sesiapa da dekat dunia ni. Kalau saya keluar dari rumah ni, macam mana nasib anak – anak saya, dekat mana saya anak beranak nak berteduh.

Saya tak ada duit, macam mana saya nak bagi anak – anak saya makan. Saya mintak jasa tuan puan dan admin tolong bagi pandangan positif untuk saya sebab saya aIami tekanan yang amat kuat sekarang. Kalau tak fikir Allah dan anak – anak dah lama saya bunvh diri. Tolong saya, bantu saya, saya buntu, saya tak tahu nak buat apa. Terima kasih, Assalamualaikum.

Komen Warganet :

Aien Hananiey : Kesian awak puan. Puan hidup ni kita ada batasnya dalam setiap kesabaran, bukanlah saya galakkan puan bercerai. Tapi cuba puan fikirkan sampai bila puan nak anak – anak puan lihat kekasaran yang ayah diorang lakukan. Puan yakin ke anak – anak bahagia dapat ayah panas baran macam tu. Tak tertekan hidup mereka lihat ibu mereka dipukuI. Puan fikirlah masak – masak, takkan puan nak tekanan yang puan rasa ini turut terkesan pada anak – anak. Apapun semoga puan temui jalan yang terbaik. Suami yang baik boleh jadi imam untuk isteri dan anak – anak. Solat jemaah tu penting dalam keluarga bahagia.

Iman Hazir : Kesiankan anak – anak sila mohon fasakh. Lepas tu boleh buat tuntutan nafkah tertunggak, nafkah anak, harta sepencarian. Percayalah awal – awal memang susah sebab faktor kewangan. Tapi bila semua dah selesai kau akan ok. Yang penting sabar dan berani mengorak langkah ja. Sampai bila nak hadap jantan tak berguna tu.

Leedda Andesba : Kalau bercerai bukan awak yang keluar rumah tapi suami awak, selama dalam iddah suami wajib bayar sewa rumah untuk awak dan bagi nafkah iddah dan nafkah mutaah berserta nafkah anak – anak. Dalam tempoh tu awak boleh usaha cari kerja atau jual nasi lemak ke untuk punca pendapatan awak. Percayalah awak mampu berdikari kerana dari umur 12 tahun awak dah melatih diri untuk kuat. Sebenarnya Allah tak bagi semua dug4an tu sia – sia melainkan untuk melatih hati dan jiwa awak menjadi lebih kuat dan berani.. Percaya pada diri sendiri awak mampu berdikari. Suami kaki pukuI bukan tempat barpaut yang elok, sebaiknya awak move on daripada nanti awak makin tersiksa dan mend3rita.

Intan Shafinaz : Minta bantuan talian Nur.. mereka akan bantu anda. Satu sahaja pesanan saya, suami yang pukuI isteri, jika anak – anak lihat, dia akan ikut perangai ayah dia. Jauhkan diri puan dari suami. Puan seIamatkanlah diri puan dan anak – anak puan. Ada kebahagiaan menanti, percayalah cakap saya..

Suhai Wan : Puan saya bersimpati juga dengan nasib puan. Saya rasa masalah puan memang besar. Sebab kalau puan diceraikan puan tak ada sesiapa. Keluarga tak terima, kawan – kawan pun tak ada, duit pun tak ada, kerja pun tak ada. Hanya saya boleh nasihatkan puan iaitu puan bersabar sahaja buat sementara waktu dalam masa itu puan cuba kumpul duit cari kawan – kawan yang baik dan boleh dipercayai tak kira lelaki ke atau perempuan dan kalau boleh puan cari kerja bagi alasan dengan suami nak bantu dia. Jika puan sudah ada semua ini baru puan boleh ambil tindakan supaya suami ceraikan puan sekarang kalau puan diceraikan banyak masalah bagi puan. Sebab puan tak ada apa apa untuk puan tinggal dengan anak – anak.

Apa kata anda?