Abg ipar ajak suami buat bisnes juta-juta. Siap minta suami aku yang buat loan. Makan kedai pun suruh suami aku bayarkan

Suami aku kerja kerajaan, adik beradik suami suka pinjam duit. Pinjam beribu – ribu, kalau suami tak bagi mereka mengadu dekat mak mertua. Isteri dia kemain beli barang mahal – mahal update FB, siap perli orang kerja makan gaji tapi suami dia meminjam..

#Foto sekadar hiasan. Kenalkan diri aku Nini, 35 tahun. Anak dua orang, 7 dan 3 tahun. Suami aku penjawat awam, hampir 9 tahun berkhidmat. Aku pula berhenti kerja sejak lahir anak kedua dan buat bisnes aiskrim Malaysia kecil – kecilan saja dari rumah.

Rezeki masa mengandung anak kedua, suami dapat beli rumah apartment tingkat 1. Walaupun macam flat, tapi suami aku dah buat tinjauan apa semua sebelum beli. Ada guard, kawasan tak ramai w4rga asing sebab ramai pemilik duduk.

Kereta kami guna Myvi second hand. Suami beli masa awal kahwin. Suami aku ni memang teliti jadi Alhamdulillah kereta tak banyak ragam. Hutang kereta dah habis, tinggal hutang rumah je. Gaya hidup kami simple je, aku pun pakai bawal RM4 shopee je hehe.

Masalah yang buat suami (termasuk aku) serabut ialah bila abang ipar suami dan sepupu (kira adik beradik susuan sebab mak mertua aku susukan masa baby) selalu suka pinjam duit kat suami aku. Aku namakan abang ipar BangMan dan sepupu Jang.

BangMan ni dari awal kahwin dengan kakak ipar aku, sampai la anak 7 orang, memang tak kerja tetap. Ikut suka dia nak masuk bila, nak datang ke, bila kena buang kerja dia cakap la dia tak boleh kerja dengan orang. Kakak ipar aku penjawat awam pangkat tinggi juga ye, tapi gaji habis untuk sara anak 7 orang yang kat U, SMK dan SK.

Segala bil dan kereta dia tanggung, sekali dengan hutang yang BangMan buat. Pinjam kawan ni, pinjam kawan tu. Kakak ipar pulak jenis diam, tak reti meIawan. Mak mertua aku pulak takut nak tegur menantu, dia biarkan je anak perempuan dia tanggung semua.

BangMan bila dapat tau adik ipar kerja gomen, hari – hari wasap dan call mintak pinjam duit. Suami aku ni jenis baik, mula – mula hulur la sikit RM50. Lama – lama BangMan m4kin berani mintak pinjam ribu – ribu. Masa raya mula lah dia ajak suami aku minum kedai la, konon nak ajak suami aku masuk pelaburan itu ini. Ajak jadi partner kawan dia nak bukak bisnes la. Lepastu suruh suami aku buat loan.

Masa ni aku masuk campur dah, nasihat suami aku. Aku cakap dah jangan bagi, cukup. Dia sembang juta – juta kat kedai tapi last – last suami aku bayarkan. Hidup kami tak mewah tapi cukup, nak makan luar takde masalah, impromptu holiday sekali sekala takde masalah. Aku tak nak nanti suami aku jadi kambing hitam.

Ok lah pasal Jang pulak. Jang ni mak mertua aku jaga dari baby sebab mak Jang ni, adik kepada mak mertua. Jang ni muda setahun je dari suami aku, mak susukan sampai umur 3tahun. Berbanding BangMan, mak mertua aku ni ada la jugak pujuk suami aku buatkan loan untuk Jang.

Jang ni dah kahwin, anak 4. Dia buat bisnes kedai makan. Jang mintak suami aku buat loan, sebab Jang nak bukak restoran kat bandar. Kira cawangan kedua lah. Yang buat aku risau ialah, gaya hidup Jang tak nak kalah. Pakai kereta import mahal, holiday setiap bulan. Dapat untung, enjoy.

Si isteri pulak kaki shopping. Semua nak tayang kat IG dan FB. Kwsp pekerja tak carum sampai haritu kena denda sebab ex pekerja report. Bila kebajikan pekerja tak jaga, pekerja lari. Bisnes pun kucar kacir. Bila tak cukup duit nak bayar kereta, nak pinjam duit suami aku.

Bulanan kereta Jang tu lagi mahal dari bayar rumah kami. Suami aku suruh downgrade tukar kereta, Jang tak nak. Bila tak dapat duit, dia mengadu kat mak mertua aku pulak aduhai. Aku baca WhatsApp Jang kat suami aku. “Lupa ke waktu kecik membesar sama, pergi sekolah sama. Takkan bila aku susah kau tak boleh tolong”.

Masalahnya hutang Jang yang sebelum ni pun dia tak pernah bayar, kira – kira dekat 8k dah dia hutang suami aku. Pinjam sikit – sikit tapi bayarnya tak. Lepastu nak suruh buatkan loan, janji nak bayar bulan – bulan. Raya baru ni Jang cakap kat suami aku (aku ada ye masa tu kat ruang tamu) “Anak baru 2, kecik lagi, bukan besar belanja.” Ewah, habis tu kami pulak ke nak tanggung family dia.

Yang buat aku beng4ng bila isteri Jang ni suka update status merendahkan orang makan gaji. Ada sekali dia share pasal orang gomen suka buat loan, aku saja like status tu. Terus kena block.. haha. Eh suami dia yang tak kerja gomen pun banyak hutang ye, cuma takde kena kejar bank je.

Sekarang ni aku jadi penasihat tak bertauliah belakang tabir suami aku. Jangan buat hutang untuk orang. Aku dah baca banyak sangat kes pemberi hutang pulak yang jadi pengemis duit sendiri. Aku harap suami aku tetap pendirian sebab aku risau, dia buat loan diam – diam untuk Jang. Ok lah tu je, semoga keluarga kecil kami dilindungi. Terima kasih sudi baca. – Nini Harum Manis (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Mohd Safuan : Ni mesti suami jenis lembut ni. Hidup ni ada kala kena keras dan tegas. Kalau aku sound tepek depan muka je. Tak kisah la putus hubungan sekalipun peduli apa aku. Kalau dah sekali kita cakap tak boleh tapi dia still tak paham basuh je sekali depan muka konfem tak minta dah lepas ni.

Hutang lama pun tak berbayar ada hati nk buat hutang baru. Bab loan pulak satu hal. Jangan la sesekali bagi orang lain guna nama kita untuk buat loan tak kisah la loan apa pun. Kalau rasa nak timba pengalaman jadi pengemis try la bagi apa salahnya. Pengalamankan mematangkan hidup kita.

Norain Noordin : Harap sangat suami dengar cakap TT. Pasal hutang Jang tu bagitahu je mak mentua dia dah pinjam 8k tak bayar. Ada hati pakai mak mentua tolong pinjamkan dia duit. Lepas tu cukup menyampah pakai tiket atas waktu kecil dulu macam ni macam tu… tak tahu pulak bila dah besar menyusahkan orang. Semoga keluarga TT sentiasa dilindungi.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.