Abg ipar masih bujang tapi mertua suruh saya layan abg ipar macam suami sendiri. Seluar kecik dia pun saya kena sidaikan

Masa awal kahwin lagi mak mertua dah bagi arahan suruh layan abang ipar sama rata dengan suami saya sendiri. Basuhkan baju, masak malah kena tolong hidangkan sekali untuk abang ipar. Satu hari tu, hanya tinggal saya dan abang ipar je dekat rumah. Saya kena sidai seluar kecik dia..

#Foto sekadar hiasan. Salam semua pembaca budiman. Izinkan saya meluah perasaan di sini. Nama saya Farah. Umur 32 tahun ini. Sudah mendirikan rumah tangga 5 tahun dan mempunyai 2 orang anak. Sejak berkahwin saya dan suami berpindah ke rumah kami sendiri.

Rumah yang dibeli setelah 5 bulan bernikah. Rumah kami tidak jauh dari rumah mertua iaitu ibu suami. Yang hanya 15 minit dari rumah. Suami ada 5 orang adik beradik. Semuanya lelaki. Suami anak yang kedua. 3 adik ipar saya pun sudah berkahwin.

Hanya tinggal abang ipar sulung sahaja masih bujang dan tinggal dengan ibu mertua. Di sini saya nak meluah setelah 5 tahun saya memendam rasa. Hendak dicerita kepada suami sendiri tetapi isu ini agak sensitif dan takut suami terasa hati.

Masalah saya bermula ketika kami mula – mula baru berkahwin, ibu mertua selalu menyuruh saya melayan abang ipar sama rata seperti suami sendiri. Maksudnya ialah, jika saya masakkan makanan untuk suami, mesti juga dimasakkan untuk abang ipar.

Jika saya hidangkan makanan untuk suami, mesti juga hidangkan untuk abang ipar. Ibu mertua juga berpesan jangan ada rasa janggal dan anggaplah abang ipar sama seperti abang sendiri. Saya sangat – sangat kekok dan malu sebab saya sendiri pun tak mempunyai abang kandung.

Saya fikir perkara ini hanya berlaku jika saya datang ke rumah mertua sahaja. Tetapi tidak! Walaupun saya dah berpindah ke rumah sendiri, ibu mertua selalu pesan melalui whatsapp untuk hantarkan makanan di rumah untuk abang ipar.

Sebab mertua selalu sibuk dengan aktiviti harian bersama kawan – kawan seusianya. Mertua sangat aktif berjalan dan mempunyai group mereka sendiri di taman perumahannya. Jadi bila mertua tak memasak, kami menantu – menantu pasti akan diberikan tugas untuk melayan makan minum abang ipar.

Ya, bukan saya seorang sahaja yang disuruh. 3 lagi menantu pun diberi tugas yang sama. Mereka pun pernah juga bertanyakan hal ini kepada saya. Tapi saya jawab, “ya memang ini yang ditugaskan kepada saya sejak 5 tahun lalu”.

Bukan setakat perlu jaga makan minum, malahan baju dalam mesin basuh pun minta dijemurkan. Bayangkan lah , saya kene jemur seluar kecil abang ipar. Sudahlah masa itu tiada orang di rumah. Hanya ada abang ipar. Itu pun nasib baik ada anak – anak.

Walaupun baru berusia 3 dan 4 tahun. Suami saya bekerja. Bagaimana pula nasib biras saya yang lain. Ada 2 orang lagi yang belum ada anak. Lagi lah mertua selalu menyuruh mereka masak, kemas rumah dan bermacam lagi pekerjaan di rumah mertua.

Untuk pengetahun semua, abang ipar saya cukup sifat. Bukan 0KU atau c4c4t mentaI. Tetapi dia tidak bekerja. Memang seperti biawak hidup. Makan pakai semua mertua sediakan. Semua daripada duit nafkah anak – anak kepada ibu mertua.

Pasti ramai yang tertanya – tanya kenapa suami – suami kami tidak bersuara kan? Ya suami memang sudah bersuara. Tetapi ibu mertua selalu merajuk dan kecil hati jika suami menegur abang ipar. Ibu mertua selalu mengingatkan kepada suami untuk jaga hati abang ipar.

Katanya kesian sudahlah tiada isteri, adik – adik sendiri pun tak nak tolong. Ibu mertua selalu cakap kepada suami supaya mengingatkan kepada isteri masing – masing bahawa layan abang ipar seperti abang kandung sendiri agar tidak kekok atau malu dengan abang ipar.

Bayangkan, ketika kami semua berkumpul di rumah mertua, ibu mertua siap pesan, jika nanti dia sudah tiada, bawalah abang ipar jika beraya di kampung dengan keluarga. Ketika saya di rumah pun, ibu mertua selalu suruh masak lebih dan bungkuskan untuk abang ipar di rumah.

Untuk makan perut sendiri pun tak mampu buat. Pernah juga saya beri alasan tidak sempat atau tidak sihat untuk hantar makanan, nanti tugas itu akan diserahkan kepada menantu yang lain pula. Jangan lah ada yang cakap kami ini berkira atau busuk hati sebabnya dia itu abang ipar.

Kita masih tahu batas antara ipar. Tetapi ibu mertua tidak pernah faham. Baginya kesian kepada abang ipar dan selalu risau keadaannya jika berseorangan di rumah. Suami dan adik beradiknya pernah juga dapatkan pekerjaan untuk abang ipar tetapi hanya sekejap – sekejap sahaja kerja dan lepas itu buat hal dan berhenti.

Bukan sekali tetapi banyak kali sehingga mereka pun malu nak carikan kerja lagi untuk abang ipar. Abang ipar dah terbiasa duduk rumah tanpa ada komitmen. Dan ibu mertua pun tidak pernah p4ksa abang ipar untuk bekerja.

Pernah juga adik ipar saya iaitu adik suami berg4duh dengan abang ipar sulung. Katanya supaya jangan suka – suka menyuruh isterinya seperti orang gaji. Bayangkan, biras saya disuruh kumpulkan baju – baju kotor dan tolong cucikan sebab tiada lagi baju bersih hendak dipakai.

Dan ketika itu adik ipar pun ada sekali di rumah. Pada masa itulah berg4duhnya adik beradik tu. Dan disebabkan perkara tu, adik ipar setengah tahun tidak jejak kaki di rumah mertua. Termasuklah isterinya. Dek kerana perkara itu, mertua sangat dingin dengan biras saya.

Katanya, biras saya tu suka mengadu dan pecah beIahkan adik beradik. Benda ini sudah berlarutan dan saya dah menghadap perkara ini sejak 5 tahun dulu. Saya mungkin sudah lali. Tetapi kasihan dengan biras – biras yang lain.

Ada yang terp4ksa buat juga masak, kemas rumah dan sebagainya di rumah mertua hanya untuk jaga hati mertua. Bukan tiada yang tolong carikan isteri, tetapi abang ipar itu tidak bekerja. Takkan lah kami nak ani4ya anak orang hanya semata minta abang ipar dilayan.

Dan sampai ke hari ini ibu mertua masih meminta kami semua buat kerja di rumah mertua walaupun kami masing – masing tinggal di rumah sendiri. Sekian luahan. Terima kasih sudi membaca. – Farah (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Raudzah Arippin : Puan, suami dan adik – adik ipar, biras semua kena buat meeting tergempar. Tak boleh dibiar. Kalau perlu, minta adik beradik emak mentua (mak / pak sed4ra) tu nasihat jugak. Eh, geram pulak kita baca.

Junaida Abdul Jalal : Tt careful lah kalau kena pergi rumah tu dan ada berdua je dengan abg ipar. Kot ada jiran yang dengki direportnya pada pegawai pencegah maksi4t, tak ke naya je dapat malu free2? Carilah mana – mana ustaz or ustazah yang boleh bagi nasihat pada mak mertua tu. Adoi.. saya pun mak mertua jugak tak pernah terfikir nak buat benda – benda pelik macam ni.. Urut d4da aku!

سيتي نور مرضية : Dengan ipar kena ada batas. Yang paling penting, suami hanya boleh SURUH KITA BERKHIDMAT UNTUK DIA JE. Untuk orang lain tak boleh. Suami tak boleh suruh kita seorang isteri ni berkhidmat untuk orang lain. Apatah lagi mertua duk suruh kita jaga kebajikan anak dia yang lain pulak. Suami kena tegas. Kalau suami tak tegas, mulut kita ni kena tegas.

Suhaila Syahida : Keras tak jadi Iawan dengan keras. Ada tak biras – biras yang menjadi kesayangan mertua? Minta dia slow talk dengan mertua. Anak yang ditanggung dan dijaga rapi sebenarnya bukan anak kesayangan dan banyak kelebihan pun tapi sebab seorang mak ni dia tahu kalau dia tak jaga yang tu, takde sape nak jaga dan peduli dah.

Jadi, walaupun abang ipar awak tu dah rosak dan tak berguna, maka janganlah biarkan mak mertua rosakkan rumah tangga anak – anak yang lain. Cuba slow talk dengan dia untuk tak kuIikan korang. Tapi tu la. Orang tua ni nak nasihat kena yang dia sayang dulu.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.