Aku sulung perempuan kena galas tugas mak. Bila mak bersalin lagi, aku kena jaga adik yang masih dalam hari, aku kena masak untuk keluarga 16 orang. Aku diam – diam minta duit dari nenek sebab takde beras. Nenek rasa aku menyusahkan..
#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum. Aku Atie, merupakan anak perempuan sulung dan anak kedua dari 14 orang adik beradik dan dari 14 anak perempuan hanya ada 2 orang sahaja. Abang aku meninggaI waktu umur aku 22 tahun.
Sejak kecil aku telah menjadi dewasa kerana banyak mengambil alih tugas mak menjaga adik – adik seperti masak, mencuci kain baju yang waktu itu rumah aku belum mempunyai air dan electrik. Aku juga pernah menjaga adik aku yang masih dalam hari kerana mak aku kena jaga adik aku lagi seorang berumur 4 tahun masuk hospitaI kerana s4kit.
Masa ni aku tingkatan 1. Bayangkan dengan nak sekolah lagi dan menguruskan rumah semasa ketiadaan mak. Bangun pagi masak dan sediakan sarapan dan bekal untuk abah dan adik – adik aku. Malam pula dengan jaga adik yang masih dalam hari dan adik – adik yang lain kerana adik – adik aku dilahirkan hanya selang setahun.
Lepas mereka semua ke sekolah dan abah kerja, aku bagaikan lipas kudung mengemas, mencuci baju menggunakan air kolam dan menyediakan makanan tengahari untuk abah dan adik – adik bila mereka balik nanti. Selepas semua siap aku akan siapkan keperluan lagi 3 orang adik aku yang masih kecil untuk aku hantar ke rumah nenek untuk menjaga mereka sepanjang aku ke sekolah di sesi petang.
Aku akan menaiki basikal untuk sampai ke pondok bas yang jauh kerana rumah kami di pendalaman. Aku dah biasa buat semua kerja seorang mak dari usia kecil dan dah biasa hidup susah. Sepanjang ketiadaan mak adakalanya aku terputus beras, lauk dan duit tambang sekolah sebab abah tak melihat atau bertanya keperluan yang sepatutnya sehingga diam – diam aku terp4ksa pinjam semuanya pada nenek.
Aku tahu ada masanya nenek marah kerana merasakan aku menyusahkan dia, tapi apa aku boleh buat. Dari kecil aku dapat rasa pilih kasih sikap emak pada aku. Walau aku anak perempuan yang banyak mengambil alih tugas dia sebagai seorang mak dari kecil, mak melebihkan keperluan anak lelaki dari aku.
Contohnya abang aku akan diberi duit belanja sekolah dan dibelikan baju sekolah baru, beg dan kasut yang mahal tapi aku hanya diberi cukup – cukup duit tambang sekolah. Walau baru masuk sesi persekolahan menengah aku hanya memakai baju lama aku yang aku pakai di sekolah rendah. Sampai ada seorang cikgu beri aku bantuan kain untuk buat baju sekolah sebab dia lihat baju aku sangat lusuh.
Tapi mak tak buat pun kain tu buat baju aku tapi dia buat baju kurung sekolah agama untuk adik lelaki aku. Bila cikgu tanya kenapa aku tak buat lagi baju tu aku tak tahu nak jawab apa masa tu. Hari berganti hari tamat persekolahan menengah aku masuk alam pekerjaan kerana aku tak dibenarkan sambung belajar.
Walau aku bekerja balik sampai rumah pukuI 7, aku kena masak lauk untuk makan malam keluaga aku. Mak tak akan tolong siang atau sediakan bahan yang untuk dimasak. Bayangkan aku kena sediakan lauk untuk 16 orang makan.
Aku kena siang ikan atau sotong yang banyak, dengan belum ada elektrik. Semua bahan masakan kalau nak masak asam pedas tu aku kena tumbvk, kalau nak masak lemak aku kena parut kelapa pakai parut tangan dan aku kena siapkan sebelum pukuI 8 malam kalau tak mak akan membebel dan bila abah dengar mak membebel abah akan t4mpar muka aku.
Mak dan abah didik kami dengan keras, walau itu bukan salah aku. Dari kecil abah akan b4ntai aku dengan tali pinggang dan kayu, mak akan kumpul baju kotor seminggu untuk aku cuci bila cuti kerja. Bayangkan berapa banyak aku kena cuci baju dengan masa tu adik – adik mak tak pakaikan pampers. Terp4ksa cuci seluar mereka dengan bercampur n4jis adik – adik.
Aku akan membawa baju dengan penuh 1 kereta sorong ke parit yang agak jauh dari rumah seorang diri. Aku akan memulakan cuci baju dari pukuI 7 pagi sampai siap dalam pukuI 2 petang. Aku akan cuci dan jemur di atas pokok – pokok. Jadi aku akan bawa balik baju – baju tu dengan siap dah kering.
Sepanjang basuh baju mak tak ada pun suruh adik – adik hantar makanan untuk aku. Mak pula masa tu tak pernah lagi didik adik – adik membantu aku buat kerja – kerja rumah. Mujur adik lelaki aku yang nombor 3 rajin membantu. Dia dengan aku pun cuma jarak setahun.
Sem4kin membesar ketara sifat pilih kasih mak m4kin terserlah. Mak suka fitnah aku, contoh mak hanya tak jumpa jarum jahit dan mak akan menyalahkan aku dan dia akan tersenyum puas bila abah akan b4ntai aku tapi mak akan ikut menangis bila anak lelaki dia dipukuI abah.
Mak dan abah juga kerap berg4duh yang kadang – kadang aku tak tahu apa puncanya dan per4ngai abah kalau marah anak – anak dia akan mem4ki guna kata kesat, binatang, b0doh, siaI dan banyak lagi yang aku tak sanggup nak taip.
Walau mak pandai membaca quran kami tak pernah diajar mengaji dan sembahyang. Kami hanya belajar di sekolah sahaja. Dan kami semua bukan anak – anak yang bijak. Mak dan abah pun tak pernah kami nampak sembahyang jadi kami memang langsung tak tahu sembahyang dan membaca quran.
Jadi hingga ke tua aku tak pandai membaca quran cuma banyak sekarang aku belajar sembahyang dan membaca ayat quran dari hp. Memasuki alam remaja aku bertemu jodoh ketika usia aku 21 tahun. Balik kerja dalam mangrib aku bertanya dengan mak, beIah lelaki tanya nak datang masjid nikah lepas magrib atau isyak tapi abah dengar abah b4bikan aku sebab bagi dia aku nak nikah di masjid tu menyusahkan dia sedangkan aku nak kahwin abah langsung tak keluar duit belanja pun.
Aku hanya perIukan dia untuk walikan aku dan gunakan rumah untuk majlis perkawinan aku. Semua perbelanjaan kahwin mengunakan duit hantaran yang diberi dan duit gaji aku sendiri. Katil, mak andam, baju nikah, makan berdamai, beli hantaran dan bunga telur semua hasil duit gaji kerja aku.
Nasib baik mak yang pergi tolong hantar borang ke ketua kampung dan imam. Walaupun usia aku masih muda masa tu aku tetap amik keputusan kahwin cepat kerana itu cara aku keluar rumah tanpa memaIukan keluaga sebab mak abah sangat mengongkong kehidupan anak.
Hari cuti walau dah siap kerja rumah nak tengok tv tak boleh, nak tidur siang hari pun tak boleh. Ade aje hal abah nak bebelkan sampai zaman remaja aku, aku mengalami migrain yang teruk tapi aku tak pernah berkongsi dengan mereka.
Aku ingat bila aku dah kahwin aku akan rasa bahagia sangat tapi rupanya pun tak seindah aku gambarkan. Selepas kahwin suami bawa aku duduk campur dengan keluaga dia dan sepanjang kahwin dan duduk campur suami aku tidak pernah bagi nafkah pada aku, aku beli lauk menggunakan duit aku sendiri dan simpan sikit duit gaji untuk dikumpul dalam akaun suami.
Masa ni aku memang b0doh dalam bab nafkah sebagai seorang isteri. Sebaik mana pun keluaga mertua kalau duduk campur tapi kau tak pandai beli lauk dan masak tetap kena mengata ye. Setiap bulan suami cuma bagi duit ke mak dia sahaja.
Bila kami ada anak, mak mertua tak bagi aku hantar anak dekat pengasuh dan dia taw4rkan diri menjaga anak aku. Aku menggunakan duit gaji aku sendiri membayar upah jaga anak kepada mertua aku. Keperluan anak, lauk dan bulanan motor semua aku gunakan duit aku sendiri, suami menggunakan gaji dia untuk bayar komitmen dia macam kereta, asb loan dan bagi mak dia duit.
Untuk aku dan anak memang tak ada dan suami akan bagi aku rm50 untuk beli susu dan pampers size kecil sementara tunggu aku gaji sebab suami gaji awal. Bila ada hari cuti kami akan berjalan dan suami juga ada kalanya bawa sekali mak dan adik dia tapi sepanjang berjalan aku yang kena keluarkan duit makan dia orang dan suami hanya sediakan duit minyak kereta.
Suami rajin kerja lebih masa sampai malam. Bila anak aku hampir 2 tahun lebih kami berpindah mencari rumah sewa sebab ada abang dia bersama anak isteri dia nak duduk campur dengan mak dia. Ikutkan suami, dia tak nak pindah tapi aku p4ksa sampai aku yang usaha ajak dia cari rumah sewa dan aku yang membayar deposit rumah sewa tu.
Bila dah pindah rumah aku terp4ksa berhenti sebab aku kena jaga anak sendiri dan bagusnya rumah sewa aku berdekatan tempat kerja suami. Walau aku dah berhenti kerja aku tetap amik upah menjahit di rumah sambil menjaga anak kawan.
Jadi dari hasil duit duit tu aku dapatlah membeli lauk dan keperluan rumah yang lain. Ada masanya aku juga berkongsi sedikit bagi ke emak aku sendiri duit. Aku memang orang yang tak pernah berkira dan suka berkongsi rezeki dengan adik beradik dan sesiapa sahaja.
Tapi perkahwinan kami tak kekal lama, suami yang selalu sibuk berkerja dan banyak menghabiskan masa bersama kawan – kawan dia, buat hati aku sem4kin kosong dan ada kawan yang memberitahu aku, suami berkawan rapat dengan seorang.
Rupanya lebih seorang patutlah bila berjalan dengan aku suami tak suka jalan beriring, dia akan suruh aku jalan depan dia atau belakang dia. Rupanya ada hati perempuan lain yang dia nak jaga. Aku nekad bercerai dengan suami dengan syarat aku tak burukkan dia dan dia jangan burukkan aku bukan – bukan sebab keluaga suami dan mak aku ingat suami aku ni baik sangat.
Hanya aku yang tahu zahir dan batin dia macamana. Aku ambil keputusan mengikut kawan aku berhijrah dari negeri aku. Oleh kerana aku tak tahu akan kehidupan aku macamana aku setuju meninggaIkan anak aku pada suami kerana mak dia tak benarkan aku bawa anak aku yang masa tu baru berusia 2 tahun lebih.
Selepas bercerai aku tetap tak putus berulang alik untuk berjumpa dengan anak aku dan akhirnya aku berkahwin dengan seorang lelaki w4rga asing yang sangat aku kenali. Perkahwinan aku tidak mendapat restu mak abah aku tapi aku tetap yakin dengan keputusan aku.
Jadi aku memohon wali hakim dan Alhamdullilah sepanjang proses permohonan perkawinan aku semuanya dipermudahkan dan aku dapat berkahwin secara sah di Malaysia mengikut undang – undang yang Malaysia tetapkan.
Alhamdullilah perkawinan kami sekarang telah hampir 16 tahun. Anak aku pula, sewaktu dia darjah 5 akhirnya dia dibenarkan terus duduk bersama aku dan sekarang anak aku sedang belajar di universiti. Aku juga baru menimang cahaya mata bersama suami.
Walau suami aku w4rga asing dia seorang suami yang tahu apa itu tanggungjawab dan dia menjaga anak aku bagaikan anak sendiri dan dialah yang menafkahi anak aku sehingga hari ini sebab bekas suami tidak memberi nafkah untuk anak aku.
Bekas suami juga sudah berkahwin dan juga ada anak juga sekarang. Adik beradik suami pernah fitnah aku di media sosiaI cakap aku ibu yang tak bertanggungjawab tapi aku tak jawab pun fitnah mereka sebab Allah lebih tahu siapa yang tak bertanggungjawab dan apa isteri baru abang dia buat pada anak aku.
Walaupun bekas suami berkahwin baru dia tak bawa pun anak aku tinggal bersama dia. Anak aku, mak dia yang jaga. Sepanjang mak dia jaga anak aku macam – macam mak dia burukkan aku dan hasut anak aku tapi anak aku bijak, dia tahu mana kaca mana permata.
Aku sebagai ibu aku tidak pernah mengajar anak aku membenci atau bersikap kurang ajar dengan mereka. Aku yang sering mengingatkan anak aku menghubungi mereka tetapi anak ada masanya dia akan cakap dia ada ayah ke sebab sepanjang anak aku bersama aku sekali pun ayah dia tak pernah nak ambil dia atau jumpa dia kecuali aku yang bawa jumpa.
Bekas suami hanya beri duit bila dapat berjumpa dengan anak, itu dalam rm150 ke bawah walau lama tak berjumpa. Sampai anak aku dapat masuk universiti, sekali pun ayah dia tak pernah datang berkunjung. Aku orangnya jenis malas nak berdebat dengan bekas suami dan keluaga mereka sebab aku fikir anak aku perempuan, nanti nak kahwin pun kena cari ayah dia kan, lagipun adik beradik bekas suami semuanya bijak dan pandai agama berbanding aku ni.
Alhamdullilah hidup aku sem4kin berjaya walau aku sekolah tak tinggi pun. Aku dan suami berjaya buka beberapa kedai dan memjadikan aku sebagai pemilik, pengarah dan juga pemegang saham paling tinggi. Suami suka memewahkan aku sebab jatuh bangun kami hanya aku sahaja yang ada bersama dengan dia.
Ini membuka mata keluaga aku dan akhirnya menerima suami aku. Per4ngai aku sesusah macamana pun aku tidak pernah bercerita dan meminta pertolongan dari keluaga aku sendiri walau aku ramai adik beradik. Bila senang aku berkongsi rezeki bersama mereka, walau adik aku sendiri memb4bikan aku sewaktu aku ambil keputusan berkahwin dengan suami aku sekarang.
Aku tak hairan pun, itulah didikan dari mak abah aku, mem4ki, tak diajar hormat kakak dan abangnya yang pernah menjaga mereka sewaktu mereka kecil. Kifarahnya adik yang memb4bikan aku sebab pilih berkahwin dengan w4rga asing, dia sendiri berkahwin dengan anak w4rga asing.
Keluarga aku tergolong dalam keluaga t0ksik, mak hanya ajar anak – anak lelaki dia bertuhankan dia dan hanya ajar anak kena ingat jasa dia. Tapi mak tak pernah ajar anaknya supaya kenang jasa kakak dan abangnya. Aku dah cuba buat yang terbaik untuk mak aku, apa aku tak bagi pada mak aku, dari emas, pakaian, duit belanja beribu, ubatan dan apa sahaja aku bagi untuk mak aku.
Aku juga berkongsi banyak rezeki untuk adik – aku aku. Malah aku tanya betul – betul pada seorang adik aku yang hidupnya tak sesenang adik beradik yang lain untuk aku bukakan satu kedai runcit untuk dia dan isteri. Setelah aku siap sekali dengan modal melebihi 100k dan hampir 100 persen siap kedai tu adik aku angkat tangan tak nak jaga kedai itu.
Namun aku tegur, nasihat dan ajar cara nak jaga kedai kerana dia sesuka hati nak buka tutup kedai tu ikut kepala dia. Dia pun sama, pernah m4ki aku b4bi tapi sepanjang aku tegur dia, sikit pun aku tak pernah mengh1na apa lagi mem4ki dia.
Dengan mudah dia tinggal kedai itu tanpa rasa bersalah sedikit pun, lagi dia buat macam – macam fitnah dan memburukkan nama aku. Walau aku dah cerita dan bagi mak baca semua wasap yang aku bagi pada adik untuk menunjukkan aku tak ada sikit pun mem4ki dan mengh1na tetapi kecewa, mak tetap berpihak pada dia.
Mak sendiri menghasut adik beradik yang lain supaya jangan membantu aku dan mana adik beradik yang berpihak dengan aku mak tak benarkan datang lagi ke rumah mak dan mak sendiri melarang anak – anak dia yang lain datang berkunjung walau di hari raya ke rumah anak tersebut.
Mak sendiri tak boleh jadi pendamai hubungan anak – anak malah mak sendiri memutuskan silahturahim di antara anak – anak. Mak lah kepala mengh1na aku dan suami. Ini bukan pertama kali mak buat aku begini. Sebelum ni tiap kali aku terasa kecil hati aku tetap mengalah tetap balik ke kampung tapi kali ni aku benar – benar kecewa sangat.
Sehinggakan ada di antara adik – adik yang masa kecil, bila berg4duh dengan abang – abang yang di atas, aku lah jadi penyelamat tapi kini dia pun turut sama mengh1na aku. Ada juga adik lain yang tegur mak secara baik apa yang terjadi tapi akhirnya dia pun dipulaukan dan mak siap fitnah adik menengking dia.
Mereka bukan sahaja menjatuhkan aku tapi siap mak jadi ketua menghasut sana sini untuk membenci, mengh1na aku bersama suami sampai semua kebaikan yang aku beri langsung mak tak ingat dan hargai. Aku membuat keputusan menutup terus kedai yang baru aku siapkan dan membawa semula barang – barang itu ke negeri yang aku duduk sekarang
Semenjak itu aku tidak balik ke kampung dan tidak menghubungi mereka lagi. Suami aku sampai nangis kerana kecewa bila adik aku sendiri buat kakaknya yang dia tahu aku sendiri pernah menjaga dan mencuci n4jis adik – adik.
Selepas itu aku menadah tangan dan menyerahkan segalanya kepada Allah. Sehingga kini walau mereka buat aku kerugian tapi hingga sekarang kehidupan aku masih Alhamdullilah berbanding kehidupan mereka. Aku bersyukur masih punya adik yang ada mata hati dan yang tahu dan apa sebenarnya yang berlaku.
Sehingga sekarang mak dan adik beradik yang lain tak pernah rasa bersalah dan mempertahan diri seolah – olah mereka yang ters4kiti. Aku yang keluar modal rugi beratus ribu tapi mereka buat macam aku yang rugikan duit mereka.
Mereka langsung tidak pernah meminta maaf dengan apa yang mereka buat. Walau aku tidak lagi berhubung dengan mereka, mak sesuka hati selalu berkongsi ayat konon anak yang dekat tak pernah berd0sa dengan dia tapi anak yang jauh berd0sa dengan dia sedangkan anak – anak lelaki dia itulah yang menghabiskan semua duit simpanan dia tanpa pengetahuan abah.
Mereka tak bayar pun duit mak sampai mak str3ss dan kena str0k. Aku lihat adik – adik bila bercakap dengan mak semua dengan nada suara yang kurang ajar bagi aku. Sedangkan aku walau bermacam mak buat pada aku tak pernah aku tinggikan suara dengan dia.
Mak merasa dia sudah cukup sempurna mendidik anak – anak, sedangkan aku sebagai anak tahulah apa yang mak didik. Mak didik anak lelaki dia hanya bertuhankan dia, hanya boleh kenang dan baIas jasa dia seorang emak, tapi aku sebagai kakak mak ajar adik – adik hanya layak dih1na dan dim4ki sesuka hati
Mak sesuka hati cop anak yang tak sokong dia mengh1na aku sebagai anak derh4ka dan siapa yang masih baik dengan aku akan dik4takan tali barut. Ada banyak lagi lah yang mak dah buat tapi malaslah nak cerita. Kali ni aku benar – benar kecewa sehingga aku ambil keputusan mendiamkan diri dan terus menjauh kerana kecewa kali ini sehingga tiada perasaan nak ambil tahu kehidupan mereka.
Sehingga kini mak dan mereka hidup susah tapi tetap tak pernah bermuhasabah diri. Derh4ka ke dengan apa yang aku buat ni? Tapi sampai sekarang bila mereka berkumpul, mereka hanya sibuk mengumpat aku sedangkan aku sudah tak pernah ganggu hidup mereka.
Aku block mereka semua di media sosiaI sebab tak mahu mereka tahu kehidupan aku dan aku pun dah tak ambil tahu kehidupan mereka tapi ada sahaja cctv yang akan jadi penyampai. Sifat mak dari dulu bila aku susah mak akan padankan muka aku tapi bila nampak aku senang mereka cakap aku lupa diri.
Sedangkan sebelum ni susah aku tak pernah susahkan mereka. Malah bila senang, aku berkongsi dengan mereka. Per4ngai pilih kasih mak dapat dirasai oleh menantu dan cucu yang ada. Anak yang paling menyusahkan mak, dia dan cucu tu lah yang paling dia sayang berbanding anak yang bagi dia senang sebelum ni.
Aku ingat dengan berdiam diri mak akan bermuhasabah tapi aku tengok mak sem4kin menjadi tak elok per4ngai dia. Tetap cari ayat – ayat untuk menunjukkan mana anak yang baik dan aku ni anak derh4ka. Bila ada anak lain yang letak ayat teguran baik secara halus, dia cakap anak tu mengh1na dia.
Ada masa aku cuba memaafkan perbuatan mereka tapi bila lihat per4ngai mak dan mereka, hati aku menjadi sangat marah sehingga aku mohon Allah terus beri kesabaran untuk aku betul – betul tidak derh4ka pada mak. Mak dah cop siapa anak derh4ka, seolah – olah kunci syurga dan ner4ka tu mak yang pegang.
Sedangkan mengaji dan sembahyang pun mak abah tak pernah pun ajar kami. Tak diajar menghorm4ti dan kenang jasa kakak dan abang sedangkan satu persatu anak lelaki dia menyusahkan dia dengan bermacam – macam per4ngai.
Ada anak lelaki dia jadi per0gol, mencuri duit dan emas dia, menipu dia, menghabiskan simpanan dia sampai mak aku pula mencuri duit simpanan abah untuk bagi ke anak kesayangan berpuluh ribu. Tetap mak cakap anak lelaki tu tak ada d0sa dengan dia.
Mak tetap tutup mulut dari pengetahuan abah tapi mak reka bermacam cerita supaya abah marah dan buang aku. Aku hanya mohon Allah tetapkan kesabaran aku dari meIetup dan membuka semua cerita sebenar tentang apa mak dan adik – adik dah buat pada aku, kepada abah.
Sebab aku tahu kalau abah tahu mak mesti m4ti dikerjakan dengan abah. Mendiamkan dan menjauhkan diri dari mereka adakah aku derh4ka? Menjauh untuk kebaikan mental aku, menahan kesabaran aku dari meluah kemarahan yang aku pendam.
Bagi aku, segala kerugian yang mereka buat akan aku tuntut di akhir4t sana sebab itu lah rezeki anak – anak aku yang mereka khi4nati. Pada Allah aku serahkan semuanya untuk menilai semuanya kerana hanya Allah maha mengetahui semuanya apa yang berlaku dan apa yang ada di dalam hati aku. – atie (bukan nama sebenar)
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.