Ada anak luar nikah, keluarga aku dah cop aku penghuni ner4ka. Tak sangka suami dan keluarga mertua sanggup terima aku dan anak

Suami kena buang kerja, merata kami pinjam duit. Aku takut nak balik kampung aku sebab keluarga pandang aku, anak aku h1na. Mak tak bagi aku balik kampung, sampai anak aku besar. Dia malu..

#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum admin. Aku sekadar hendak membuat luahan perasaan sahaja. Tapi tidak meminta simpati pun. Cuma hendak bertanya, salahkah aku menjaga d4rah daging aku? Dahulu aku akui, aku ada membuat kesilapan sehingga aku termengandung anak di luar pernikahan. Tetapi Allah itu sebaik – baik perancang.

Sungguhpun aku ini telah berbuat d0sa, tetapi Dia masih hadirkan aku jodoh yang sentiasa cuba bersabar dan menerima aku apa adanya. Suami sanggup terima aku dan anak aku yang bukan d4rah dagingnya, malah anak yang tak sah taraf.

Ibu bapa mertua juga tahu dan terima dengan tangan terbuka. Aku bersyukur.. Yang membuat aku terkilan, apabila adik beradik aku terus – menerus mengulang menyebut kesilapan yang aku cuba t3bus itu, kadang – kadang terasa hati.

Pernah berg4duh sehingga mereka berkata anak aku t0ksik. Aku sangat sedih apabila aku disahkan hamil selepas tiga bulan perkahwinan, reaksi pertama ibu aku apabila aku memberitahu dia cuma berkata, “Oh, cepat pula ya lekat?”

Macam tidak suka sahaja aku mengandung lagi, padahal aku sudah berkahwin dan sudah mempunyai suami. Sudah bersalin, sekali itu sahajaIah datang melawat tengok cucu sambil ada membawa daun – daun untuk mandi ketika berpantang.

Ya, aku tahu ibu aku masih perhatian kepada aku, tetapi aku sedih, kerana selepas pada hari itu, dia terus pergi melawat kakak sulung aku dan anak dia. Sedangkan rumah aku di tengah – tengah perjalanan itu sahaja. Aku horm4ti permintaan ibu aku yang tidak membenarkan aku balik kampung sehingga anak sulung aku sudah besar. Malu agaknya..

Banyak perkara aku makan hati, tetapi tetap aku diamkan. Suami pula diuji, kontrak kerja ditamatkan. Buntu hendak mencari kerja di mana. Mengharapkan tabungan sedia ada berjimat cermat untuk kelangsungan hidup.

Zakat? Tidak perlulah diceritakan, bagaikan menunggu kucing bertanduk sahaja. Padahal permohonan sudah dibuat sejak tahun lepas. Dan ikutkan suami memang layak mendapat kerana dikira sebagai miskin bandar. Kalau bukan desakan hidup, kami tiada hendak memohon zakat, sebab kami bukannya suka mengambil hak orang lain.

Tetapi disebabkan anak – anak. Dari sehari ke sehari suami dan aku usahakan untuk mendapatkan wang untuk terus memastikan kecukupan untuk anak – anak supaya lampin pakai buang dan susu mereka tidak putus stok.

Yang membuat kami betul – betul terduduk, apabila suami mendapat kerja penghantar barang, tetapi sebab dia demam panas, bos dia memberhentikan dia dan tidak dibayar gaji. Merata kami men4gih hutang dengan orang.

Sehingga tebal muka tidak tahu hendak meminta dengan siapa. Ibu bapa aku, bukan tidak hendak meminta duit dengan mereka, tetapi kalau sudah cucu pun tidak hendak ambil tahu, apatah lagi anak menantu mereka ini.

Tidak tahu lah kot masih s4kit hati kes aku. Sebab itu aku malas berurusan dengan mereka. Biarlah susah aku suami isteri sahaja hadap. Nasib baik adik beradik suami prihatin dengan anak – anak buah mereka, jadi adalah sedikit rezeki mereka. Tetapi sampai bilakah hendak mengharapkan ihsan mereka.

Tetapi alhamdulillah, dalam ujian, Allah hadirkan sedikit harapan. Suami aku dipanggil temuduga dua tempat kerja. Syarik4t yang mencari dia kerja kerana profil di JobStreet sepadan dengan skop kerja yang diinginkan syarik4t tersebut.

Mohon semua doakanlah supaya rezeki kami ada ya dan suami diterima kerja di salah satu tempat yang memanggil temuduga tadi. Sejujurnya, pasal kewangan pun membuat kami penat bertik4m lidah. Kadang – kadang terfikir juga, kenapalah ketika kami hendak memulakan hidup yang baru seperti orang lain, berbagai ujian melanda.

Tetapi apabila fikir balik, mengucap panjang dibuatnya, kerana kami masih ada rumah untuk berteduh, sedangkan ada insan hanya tidur di bawah jambatan dan di tepi – tepi jalan sahaja dengan anak – anak kecil yang kelaparan tidak cukup susu. Kami ini cuma diuji sedikit sahaja.

Cuma harap sangat, Allah dapat membuat kami bangkit semula dan tidak goyah dengan hubungan perkahwinan ini, sebab kami masih ingin bersama membesarkan anak – anak. Dan kalaulah aku berpisah, tidak tahulah ke mana arah tujuan yang harus dilalui.

Balik ke kampung halaman aku itu adalah suatu yang sangat must4hil. Kerana aku sudah tidak terfikir hendak menghadap lagi muka orang tua aku. Cukuplah banyak sudah kesulitan aku timpakan kepada mereka. Dengan hendak menghadapi lagi adik beradik mulut macam puaaka. Takut hujung – hujung aku yang bvnvh diri sebab mulut t0ksik itu.

Tidak faham kenapa adik beradik aku tidak dapat menjadi seperti ipar – ipar aku, sanggup menerima kekurangan aku yang sudah terlanjur siap ada anak luar nikah lagi tetapi itulah yang disayang dari bayi sehinggalah sudah besar ini.

Itupun suatu masalah juga yang aku kena fikirkan apabila sudah besar nanti. Bagaimana hendak menjelaskan kepada dia tentang status dia dan tidak membuat dia kurang keyakinan diri untuk menghadapi masa depan.

Dengan pakcik makcik sebeIah ibu dia ini, dengan datuk nenek dia ini ambil tahu sambil lewa sahaja pasal mereka sedangkan perkara sudah makan tahun sudah. Maaf sebab luahan hati ini panjang sangat, mohon doakan yang terbaik untuk keluarga kecil kami, dan berikan kata – kata semangat dari semua.

Aku tidak perIukan kecaman anda, sebab aku sudah puas menerima kecaman itu. Sehingga hampir mer0yan selepas melahirkan, mujurlah suami ada di sisi waktu itu, kalau tidak, aku pun tidak tahu apa terjadi pada aku ataupun anak. Dan aku pun buntu, sebenarnya apa manusia di luar inginkan?

Kalau orang seperti aku fikir gugurkan kandungan dik4takan aku k3jam, kalau teruskan kandungan dan menjaga anak sampai besar, inilah terjadi, keluarga buang. Kalau beri anak kepada orang, dik4ta pula, haa lepas ini buatlah lagi, kemudian jual pula anak itu, buat bisnes jual anak pula.

Sedangkan mereka tidak tahu, hendak melepaskan zuriat yang dikandung itu walaupun tanpa bapa, itu suatu yang berat, lagi – lagi apabila sudah si anak sudah merasa setitis susu dari ibunya. Atau orang seperti kami ini memang sudah dicop penghuni ner4ka layaknya?

Sumpah, aku betul – betul tidak faham. Kalau sibuk tengok masa silam, bila kita mampu hendak bina masa depan? Sedangkan ada manusia yang tidak mengenali diri ini, sanggup menerima sekotor – kotor manusia seperti aku, dan pakej keluarga dia tahu dan tidak pernah ungkit soal itu sehingga budak itu sudah pandai berjalan dan membawa diri sudah pun.

Tetapi masih ada manusia prejvdis walaupun dengan d4rah daging sendiri. Penat apabila setiap masa terp4ksa menghadapi perasaan orang sahaja sehingga terp4ksa tolak perasaan sendiri sehingga suami menegur, aku ini sudah tidak seperti mula – mula berkahwin dahulu, penuh dengan senyuman. Sekarang senang sahaja menitiskan air mata. Entahlah. Mungkin sudah tertulis kifarah d0sa silam aku. Dan aku tidak layak mendapatkan sebuah kebahagiaan kot.

Komen W4rganet :

Mira Edora : Pertama sekali hargailah suami kamu itu. Walaupun dia sedang diuji sekarang. Dia sedang di bawah. Janganlah berg4duh sehingga menderh4ka. Dia pasti sedang berusaha itu. Saya yakin suami itu orang baik hasil daripada didikan yang baik.

Buktinya adik beradik dia pun boleh menerima anak kamu hasil sebelum berkahwin. Jadi jaga sahaja hubungan dengan suami itu. Faham tengah susah hendak mencari duit tetapi janganlah berg4duh lagi. Orang lelaki ini pasti ada solusi. Yakinlah kepada mereka sang suami.

Shahrizaton Sharifuddin : Salah ayat terakhir itu, adik. Allah mencintai h4mba-Nya yang bertaubat. Mungkin sebab awak kesal dengan kesilapan lama maka Allah hadirkan suami yang baik. Pesan kakak, jaga suami, jaga anak, jaga keluarga sendiri dahulu sebelum memikirkan orang lain.

Naikkan ekonomi keluarga, selain doa, kalau ada peluang bantu suami, bantulah. Fitrah manusia memang suka memandang rendah kepada orang susah. Kita tidak boleh mengawal mulut orang, tetapi kita boleh mengawal telinga dan hati kita. Cekalkan hati, usaha lagi dengan pusat zakat itu. Awak berhak kalau awak layak. Jangan rasa awak mengambil hak orang lain. Teruskan hidup dengan tabah.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.