Ada ijazah tapi hanya kerja pasar, gali kubur. Aku rasa nak tampal sijil dekat dahi bila orang ingat aku tak belajar tinggi

Aku sengaja hantar awal adik sekolah sebab malu. Ya lah malu kalau cikgu adik aku tengok ada abang orang kerja cap ayam ni. Aku nak jaga lah aib adik aku. Maklum lah kita kerja kuli bergaji hari kan. Aku cakap dekat adik aku..

#Foto sekadar hiasan. Benda giIa aku pernah alami semalam. Aku bertahajud dalam pukuI 3 pagi. Maaf bukan show off aku ahli ibadat, aku buat tahajud ni sejak dari dulu lagi, jadi terbiasa seminggu sekali aku buat. Sebab ia menjadi kebiasaan lah.

Sebab waktu tu waktu yang paling ok untuk healing. Selepas bagi salam, aku berwirid aku tak tahu apa yang aku sedang sedih. Tapi air mata mengalir laju. Aku terlelap. Tahu – tahu sahaja dengar azan subuh dalam keadaan terduduk di atas sejadah.

Mungkin aku penat kot sampai tertidur. Terus bergegas pergi cari kunci motor untuk pergi masjid. Macam biasa rutin harian. Sebelum pergi kerja di pasar aku akan buat sarapan untuk keluarga, biasa menu pagi nasi goreng mee goreng.

Kalau masa ada lama sikit atau rajin tak rushing aku akan buat lah kuih koci. Biasanya hari cuti lah tak rushing nak hantar adik sekolah lah. Aku sengaja hantar awal adik sekolah sebab malu. Ya lah malu kalau cikgu adik aku tengok ada abang orang kerja cap ayam ni.

Aku nak jaga lah aib adik aku. Maklum lah kita kerja kuli bergaji hari kan. Macam biasa aku selalu pesan adik aku kalau hantar sekolah, berkawan lah dengan baik – baik, berseronok lah di sekolah, jangan lupa makan time rehat.

Kalau siapa usik bagitahu along biar along Iempang orang tu. Lepas hantar adik aku akan terus pergi pasar pagi untuk angkut ikan yang sampai dari laut. Cuma aku rasa panas lah telinga aku. Ada orang tua ni dia ni supplier ais batu lah tegur aku.

Dia kata lah tak menyesal ke belajar tinggi – tinggi, akhirnya kerja ini aku buat. Dia mula lah cerita anak dia sorang jadi cikgu, sorang pensyarah sorang bomba sorang kerja pejabat daerah. Aku hanya mampu diam tapi dalam hati aku menjerit.

Ya menjerit aku dah usaha tapi gagal, ujian online tak payah cerita lah selalu gagal. Permohonan kerja swasta lagi lah selalu gagal. Kalau UKCG aku minta selalu gagal. Tapi 15 mei hari tu aku ada jawab exam UKCG harap dapat lah.

Tapi itu lah manusia, bila kita gagal isi dia kata kita putuus asa. Macam lah permohonan jawatan tu buka setiap hari. Paling sekejap pun setahun sekali itu pun kalau ada untuk permohonan. Untuk menjaga hati aku yang s4kit aku lari tempat itu dan menyibukkan diri angkat ikan.

Malam tadi selepas isyak macam biasa aku duduk di bucu masjid orang lain sedang jamah makanan sebab ada tahliI malam tu. Aku cuba lah baca al kahfi sorang – sorang sebab aku hafal surah tu. Tiba – tiba pukuI 10.30 siak kejut aku. Rupanya aku tertidur dalam duduk.

Sama juga lah hari ini selesai tahajud aku terlelap sedar – sedar dah termeniarap atas sejadah. Aku rasa aku ni macam jasad hidup tapi roh dah m4ti. Tak pun jiwa aku dah m4ti. Entah lah. Aku cuba sibuk kan diri untuk hilangkan sedih yang aku tanggung sedih mempunyai masa depan mampu baIas jasa, mampu belanja adik – adik. Tapi aku masih gagal.

Ada sekali waktu tengah hari ada kem4tian aku dapat panggiIan dari imam suruh gali liang Iahad. Masa tengah pergi dekat kubur. Aku rasa dia ni saud4ra si m4ti kot. Mula – mula ok bersalam tanya apa yang perlu kena tolong.

Aku kata lah tak payah sebab senang je. Aku ni biasa buat sorang. Aku jadi hilang mood bila ditanya kerja apa? Dah kahwin belum. Demi jaga hati dia aku cakap lah kerja biasa belum kahwin. Paling terasa bila dia bagitahu tak apa lah kerja macam tu kalau kita ada sijil tak ada lah kerja macam tu.

Aku rasa nak baling je cangkul. Kalau boleh aku nak je tampal ijazah aku atas kepala. Memang lah aku kerja macam tu tapi tak bermakna aku ni tiada pendidikan. Aku hanya diam lepaskan amarah aku tu gali lian. Entah lah..

Aku rasa macam malas nak hadap semua ni sebab aku rasa tak selesa. Aku rasa macam loser sangat. Di sini lah aku meluah dan bercerita. Entah lah… apa apa pun anak jantan tak boleh menangis. – Amy (Bukan nama sebenar)

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.