Adik angkat aku selalu mengadu sedih jadi isteri kedua. Sehinggalah, dia mengaku kekasih suami, hubungan macam suami isteri

Adik angkat aku, beria nak jumpa aku. Dia kata dia kenal aku luar dan dalam. Bila jumpa je dia, aku terk3jut. Dia madu aku ke? Aku masuk kereta dan dia salam, civm tangan, peIuk aku, dan tanya aku sudah bersedia atau belum??

#Foto sekadar hiasan. Ceritanya macam ini… Aku sudah berkahwin hampir 11 tahun, ada 4 anak. Bekerja dan belajar secara luar kampus, memang sibuk. Minggu lepas, malam, hujan. Tambah lagi dengan hari terakhir persekolahan.

Aku habis kelas pukuI 9:30 malam, aku pergi beli susu anak, keluar dari seksyen 3 dalam pukuI 9:45 malam. Aku tak tahu ada event apa ntah, jadi aku terus sahaja ikut jalan biasa. Sampai dekat area stadium Shah Alam, trafik sesak teruk sangat. Hampir 2 jam aku tersekat di kawasan itu sahaja.

Aku sampai di rumah pada pukuI 12:30 malam. Aku memang risau sangat sebab suami sudah balik awal dan belum makan. Aku sampai di rumah, suami marah dan tanya aku sebenarnya pergi ke mana. Padahal aku sudah bagi mesej kepadanya bagitahu yang aku tersekat dalam kesesakan. Bila aku terangkan dia diam, buat tak tahu, muka masam.

Esoknya, tingkap kereta aku tersangkut. Hujan lebat sangat. Aku memandu dalam hujan, memang basah kuyup, lepas itu pula ada kelas. Aku telefon suami mengadu yang aku perlu bayar di bengkel tetapi aku takde wang tunai.

Dia marah aku balik. Dia suruh aku cari jalan sendiri. Sedih, memang sedih sangat. Akhirnya aku berjaya selesaikan masalah itu sendiri. Jangan kata nak telefon tanya khabar, sampai malam aku balik ke rumah, langsung dia tidak tanya macam mana keadaan aku, okey atau tidak.

Aku ini siapa sebenarnya pada dia? Aku berjalan jauh, dekat 45 minit juga perjalanan, dia langsung tidak risau. Agaknya kalau aku kemaIangan tengah jalan, dia tidak peduli kot. Balik tu, aku terus masak dan hidangkan makanan untuk dia.

Dia cuma panggil aku sebab tercekik nasi dan sesak nafas. Lepas itu buat tidak tahu balik. Aku jadi teringat, dulu dia pernah cerita dia rapat dengan kerani tempat kerja dia. Perempuan itu sudah bertunang tetapi bila kereta rosak atau kemaIangan, mesti telefon dia dulu.

Bila kereta aku rosak, telefon dia, aku pula yang dimarahi. Macam mana? Kenapa aku cerita masalah kat atas ni, ini adalah bibit – bibit per4ngai suami aku yang m4kin berubah. Beberapa bulan lepas, tiba – tiba adik angkat aku telefon nak jumpa.

Dia sebenarnya memang pernah telefon aku dan aku anggap dia macam adik. Walaupun kami jarang berjumpa, tetapi dia selalu telefon cerita masalah dia dengan suami dia. Status dia sebagai isteri kedua. Aku selalu juga nasihatkan dia walaupun aku rasa ingin tahu siapa sebenarnya dia..

Aku masih ingat lagi, dia tiba – tiba telefon setelah berbulan – bulan senyap selepas cerita dia rasa bersalah pada isteri pertama suami dia. Dia beria – ia suruh aku jumpa dia. Bila dia kata dia kenal aku luar dalam, aku memang terper4njat sangat, jadi aku keluar juga walaupun di luar waktu pejabat.

Dipendekkan cerita, bila aku nampak kereta dia dan topi CIDB, aku tergerak hati… Ya Allah! Dia madu aku ke? Aku masuk kereta dan dia salam, civm tangan, peIuk aku, dan tanya aku sudah bersedia atau belum. Aku kata aku sudah bersedia walaupun kenyataannya memang akan meny4kitkan.

Dia mengaku dia lah kekasih gelap suami aku, malah lebih dari itu. Untuk buat aku percaya, dia telefon suami aku dan letak di loudspeaker. H4ncur sangat hati aku masa itu. Betapa lambatnya nada suara suami aku masa itu, dan manja sangat panggiIan mereka. Tetapi aku tidak mampu menangis. Mungkin terlalu terper4njat.

Dia bawa aku ke rumah yang disewa untuk dia dan suami aku berjumpa. Dia tunjuk gambar – gambar mereka berdua, malah buku akaun yang sebelum ni suami aku tanya ke mana hilangnya, rupanya ada pada dia. Lebih menyedihkan, syarik4t yang kami berdua tubuhkan, yang namanya aku bersusah payah cari untuk didaftarkan semula, bertukar nama kepada pemilik lain. Sedih sangat. Hampa sangat.

Dia hantar aku ke stesen LRT pada pukuI 7:30 petang. Aku tak tahu mana nak pergi. Aku pergi ke rumah mertua sebab tiada tempat untuk mengadu. Memang sampai stesen LRT itu selepas dia balik, aku menangis sepuas – puasnya. Macam drama swasta.

Masa bercerita, dia mengaku sayang sangat dengan suami aku. Dia mengaku ikut suami aku sebab suami aku tak pernah burukkan aku, malah selalu suruh ikut contoh jadi isteri macam aku. Walaupun apa pujian yang dia kata, hati aku sudah h4ncur, pilu. Aku sempat curi dua keping gambar mereka. Dia memohon nak berkongsi dengan aku. Apa perasaan kau kalau berada di tempat aku?

Aku kata pada dia, kasih sayang suami aku tak banyak untuk kami. Kalau berkongsi, apa yang aku dapat? Sedangkan aku puas berusaha untuk ambil hati dia. Bayangkan aku sudah ditipu hampir 3 tahun. Maknanya, waktu anak bongsu aku berumur 7 bulan..

Dia juga mengaku pernah telefon aku untuk yakinkan aku bahawa suami aku tiada perempuan lain, sedangkan masa itu mereka tengah bercinta. Paling sadis, temu janji pertama mereka adalah pada tarikh ulang tahun perkahwinan kami yang ke-10, yang aku ucapkan kepada suami tetapi tidak dapat baIasan.

Gambar yang aku ambil itu adalah gambar sambutan hari lahir suami yang m4ti – m4ti dia tidak mahu aku dan anak – anak sambut. Alasannya, dia sudah tua, tidak perlu sambut hari lahir. Aku tunjuk kepada mentua. Aku tak balik rumah. Aku tak tahu nak pergi mana.

Suami telefon tetapi aku tidak angkat. Dia telefon berpuluh – puluh kali sampai bateri telefon aku habis. Aku pergi ke rumah adik ipar (adik suami). Aku memang kecewa sangat. Akhirnya aku balik juga sebab aku nak penjelasan. Waktu aku sampai, suami tidak ada, pergi cari aku.

Kami tidak berg3duh. Memang aku tidak kuat untuk luahkan perasaan aku. Kami keluar semula, dia mengaku. Tetapi dia kata perempuan itu yang salah. Pada aku tidak, sebab aku kenal suami aku. Aku tanya apa salah aku. Dia rasa terabai sebab anak – anak lebih rapat dengan aku.

Kalau dulu, waktu aku dapat tahu, memang aku menangis sangat – sangat pada dia. Tetapi kali ini, dia merayu aku diamkan sahaja perkara ini, jangan sampai keluarga aku tahu. Dia mengaku aku sudah buat yang terbaik untuk dia tetapi dia tersilap langkah dan tidak boleh berpatah balik. Sedih sangat.

Padahal waktu dia kata dia silap kali pertama dulu, aku ingat dia sedar tetapi dia kata walaupun masa itu aku perbaiki diri, dia sudah jatuh sayang pada kekasih dia. Padahal masa itu mereka baru 2 bulan berkawan. Kalau dibandingkan dengan 3 tahun, macam mana, kan?

Ceritanya panjang, cuma aku memang ikut juga rentak mereka. Kalau mereka nak keluar dating, aku yang hantar. Malah, aku dah izinkan mereka berkahwin. Tapi perempuan itu ada syarat pula, nak tempoh dua tahun dan nak bercinta macam orang lain, tak mahu sorok – sorok. Sedangkan aku ada keluarga.

Apa kata keluarga aku kalau terserempak dengan mereka berdua, sedangkan semua tahu yang kami tak pernah berg4duh atau ada masalah? Suami pula merayu – rayu nak kahwin dengan dia. Alasannya nak bertanggungjawab sebab berd0sa pada aku dan dia. Suami tak mahu perempuan itu sesat jalan balik.

Aku umpama patung bernyawa. Bila suami kata dia rindu pada perempuan itu dan perempuan itu rindu pada suami… akhirnya mungkin aku dah hilang sabar, dah penat, aku tarik balik keizinan aku. Aku hamburkan semua, sampai suami kata dia macam tak kenal aku.

Aku yang tak pernah berkasar tiba – tiba jadi macam itu. Suami masih nak ambil hati perempuan itu sampai dia kata aku tak tulus, tak ikhlas… cakap berdolak – dalik. Aku jadi kurus sangat. Aku berdoa, solat hajat, baca Yassin. Suami mengaku dia tak akan tinggalkan aku dan dia tak akan kahwin tanpa izin aku.

Satu malam, aku berjaya cari kata laluan keypad telefon dia. Aku baca mesej – mesej suami aku pada kekasih dia… yang dia rasa sedih sebab kekasih dia sanggup berk0rban untuk aku dan berdoa selalu agar jodoh mereka panjang.

Dia siap mengaku menangis terharu dengan peng0rbanan kekasih dia. Aku lari lagi, kali ini aku cuma menyusur highway. Aku bagitahu kekasih suami aku yang aku tak sanggup hidup macam ini. Kami berbincang lagi… di luar.

Suami janji tinggalkan kekasih dia. Aku bagitahu, empat kali aku bersalin, suami tak pernah ucap terima kasih, kenapa kekasih dia nak berk0rban untuk aku, dia boleh menangis? Cuma masalahnya sekarang… walaupun suami dah tak contact dia lagi tapi kekasih dia selalu mesej dan telefon aku. Kalau aku tak jawab mesej dia, dia akan telefon.

Walaupun aku kata jangan telefon, nanti aku s4kit… aku terbayang apa yang dia cerita… tapi dia degil juga. Dia kata dia sayang aku dan anggap suami aku dah m4ti… boleh percaya ke? Aku pernah kata kalau betul – betul tak boleh lupa suami aku, ambillah dia… tapi aku akan undur diri… tak mahu pula.

Bila aku bert3ngkar dengan suami… suami selalu kata aku isteri tak baik sebab curiga pada suami sendiri. Perempuan itu pernah kata baru – baru ini kalau aku putus asa dan tinggalkan suami aku, dia akan ambil balik. Aku kata pada dia… jangan patahkan semangat aku… kalau dia selalu kacau aku, emosi aku jadi tak stabil.

Ttak must4hil suami aku bosan dan cari dia balik. Kalau dia ikhlas dan tulus macam suami aku selalu kata, pasti dia tak kacau aku kan? Hubungan aku dengan suami masih baik tapi kami dah tak mesra lagi, macam ada jurang antara kami walaupun aku cuba dekatkan.

Nak gelak pun rasa dah tak kena, akhirnya aku selalu diam. Kalau rasa nak cerita apa – apa pasal anak – anak aku cerita, kalau tak, aku diam. Aku jaga makan pakai dia sebaiknya sebab dia kata aku cuma isteri dia yang jaga makan pakai dia, tapi dia lebih perIukan kekasih dia.

Dia tak boleh tinggalkan aku sebab tak ada perempuan lain yang boleh berk0rban dan sayang dia macam aku buat. Pada aku, semua itu macam angin lalu saja… Aku cuma minta agar Allah tetapkan hati aku dan tambahkan kasih sayang aku pada suami.

Aku minta diberi kekuatan untuk hadapi semua ini. Memang aku masih sayang, aku pertahankan perkahwinan ini dan ubat sendiri Iuka ini, sebab aku tahu dia sebenarnya lelaki yang baik. Aku anggap ini ujian untuk kami, lagipun suami memang tak mahu lepaskan aku dan dia janji sanggup tinggalkan kekasih dia itu. Tawakal saja sekarang, nak percaya sangat tak berani.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.