Bila lalu depan kedai jual durian, mulalah masing – masing teringinlah, anak sukalah tapi tak mampu. Sebenarnya mampu je cuma suka pau orang. Dorang selalu makan nasi arab, beli kek Secret Recipe, Baskin Robbin. Depan suami aku, tiba – tiba jadi tak mampu..
#Foto sekadar hiasan. Hi readers. Aku Eton. Aku hanya nak meluahkan rasa hati agar aku rasa kurang sesak. Seperti tajuk, akulah ipar yang m4kin diam itu. Aku asalnya seorang yang agak peramah. Senang masuk dengan sesiapa sahaja.
Begitu juga bila selepas aku baru berkahwin, senang berborak dengan keluarga mentua. Cuma m4kin lama, aku menjadi sem4kin pendiam dengan mereka. Orang nampak aku m4kin kurang mesra, tapi ada puncanya. Aku bekerja. Ekonomi aku agak stabil. Suami juga sama.
Masa baru kahwin, setiap kali balik kampung (boleh dik4akan kena balik setiap bulan atas banyak sebab. Kenduri saud4ralah. Tak sihatlah. Gatheringlah. Basically semua benda mak mertua dan ipar aku harap kami semua kena balik).
Ok fine. Balik je la. Everytime balik, mesti bawa buah tangan. Kadang – kadang belikan barang dapur atau belanja makan. Semua tu okay sampailah aku rasa macam diambil kesempatan. Bila berkumpul, diorang rajin plan makan kat luar. Tapi tukang bayarnya kami.
Kami selalu kena faham orang lain gaji tak sebanyak kami. Ada beradik yang isterinya surirumahlah. Ada yang laki bini kerja tak banyak gajilah. Ada yang anak ramailah. Eh. Tak faham aku. Kalau dah begitu, masak je la kat rumah. Jangan demand nak makan kat luar. Dah la korang pula tu yang pilih dan order macam – macam.
Mak mertua sokong anak – anak dia je la. Katanya belanja makan adik beradik sendiri nanti murah rezeki. Persoalannya adik beradik lain taknak murah rezeki ke? Haha. Office aku dekat dengan mall. Dulu masa Bath body works buat sale, aku rajinlah beli. Wangi.
Aku bagi lah kat mak mertua aku satu hand wash. Dia suka sebab wangi. So bila ada promo lagi, aku belilah lagi belanja dia. Sekali ipar aku pon suka, minta aku belikan. Masa baru kahwin tu aku tak tahu per4ngai diorang lagi, so aku belikanlah dan bagitau harga.
Sampai sudah tak bayar. Maybe dia assume aku belanja. Next – next tu memang aku tak belikan dah. Tak pasal – pasal kena sponsor. Bila mak mertua aku cakap hand wash dia dah habis, aku pon cakap hand wash BBW habis.
Masa tahun kedua kahwin, aku pernah tegur kasut yang mak mertua pakai koyak sikit masa nak bawa dia pergi shopping. Aku tegur sebab ingat dia tak perasan, so bolehlah dia tukar pakai kasut lain. Tiba – tiba ipar aku sound – Eton belikanlah mak mertua kasut baru, kesian kasut koyak.
Aku sengih je la masa tu. Tapi dalam hati aku tertanya, kenapa bukan ipar aku (anak dia sendiri yang belikan? Kenapa nak minta aku?) Sama juga masa ada sekali tu, aku belikan mak mertua tupperw4re yang sesuai masuk freezer tu.
Aku beli set. Lepas tu aku tengok macam m4kin kurang, aku tanya lah mak mertua aku, dah rosak ke? Dia cakap ipar aku berkenan dan minta sikit nak pakai kat rumah dia. Aku beli set tu ada 6. Tinggal 4 je, lepastu mak mertua cakap nanti tolong beli lagi, tak cukup nak letak barang dalam freezer.
Aku blank kejap. Kalau kau perlu banyak tupperw4re tu, janganlah bagi anak kau. Dia mampu je beli sendiri. Kenapa minta dari aku? So aku pon m4kin kurang bertanya apa – apa yang aku nampak. Dulu aku rajin share tempat makan menarik atau tempat jalan – jalan dekat – dekat rumah mak mertua dalam group famili. Share kalau diaorang pernah pergi, boleh la bagi review.
Tapi sebenarnya lepas aku share tu, berpusu – pusu mesej masuk tanya bila aku nak belanja. Terkedu aku. Aku jawablah, saja share kalau pernah makan. Dia cakap, jomlah pergi ramai – ramai. Openlah table masa birthday ke, masa bonus ke.
Aku tak boleh brain gurauan macam ni. Sebab gurauan mesti unsur meminta. Pastu tuntut. Haha. Last – last aku diam je, mudah. Tak share apa – apa benda best berdekatan rumah mereka, tak pergi. Aman sikit hidup aku. Oh lupa, kalau wish birthday kan, dulu aku suka la wish birthday dengan gambar kek gerak – gerak tu.
Ala gambar gif tu. Kadang – kadang gambar kotak hadiah surpr1se keluar happy birthday. Tapi lepas pos tu, mesti ada yang cakap, bagiIah kek betul – betul. Nak belanja kek ke? Ni teaser sebab nak bagi hadiah ke? Nak hadiah betul. Dan sewaktu dengannya. Gurauan apakah ini?
Lepas kejadian – kejadian ni, aku dah pandai. Aku wish happy birthday sepatah je. Aku pastikan takde gambar kek atau kotak hadiah. Penat nak s4kit hati orang suka meminta ni. Aku perasan keluarga diorang ni suka acah – acah susah depan suami aku.
Contoh, lalu depan orang jual durian, mula lah masing – masing teringinlah. Anak sukalah. Tapi nak beli tak mampu. Tapi sebenarnya mampu je cuma suka pau orang. Suami aku jenis tak sampai hati, nak – nak kalau katanya budak – budak yang suka.
Diorang claim tak kaya, tapi orang tak kaya mampu ke selalu makan kat luar, tapau nasi beryanilah, nasi arablah. Malas masak. Beli kek BR,SR. Baju busuk – busuk uniqlo. Baju raya berpasang – pasang. Ada siap yang branded.
Tapi bila depan suami aku dan – dan duit habis bayar yuran sekolahlah, kereta rosaklah. Takde duit nak beli pampers anak lah. Masa berduit memang tak menyimpan ke? Masa berduit, boleh upah orang deco macam khemah untuk sambut birthday dekat taman ya. Kan membazir kalau kau tak berduit. Alih – alih bila em3rgency, duit takde.
Banyak je lagi, tapi malas dah nak ingat. Aku rasa suami aku sedar aku m4kin diam bila jumpa keluarga dia, dia ada tegur, tapi susah aku nak cakap bab ni. Nanti kami yang berg4duh. Suami ni biasalah, mesti menangkan keluarga dia, mak dia, bapa dia, abang dia, kakak dia, adik dia.
Dari aku s4kit hati share perasaan aku, baik aku diam je jaga hati sendiri. Suami aku cepat kesiankan keluarga dia. Mudah termakan bila keluarga dia acah – acah susah itu ini, miskin serba serbi. Bila aku sound pasal ada pula duit berjimba, suami cakap itu sekali sekala, belanja keluarga kecil mereka.
Aku ok je korang nak berjimba ke, nak save up ke, duit korang, suka hati koranglah. Yang s4kitkan hati adalah korang sibuk meminta dari suami dan aku. Macam kami ni lubuk duit. Ya aku bersyukur kami stabil, tapi adalah benda yang kami berjimat.
Adalah benda yang kami save up. Kami ada anak yang perlu dibesarkan, komitmen pon banyak. Besar income, besar komitmen. Aku luah sini sebab tak boleh luah kat suami, nanti jadi g4duh sebab keluarga dia sentiasa betul. Sentiasa kesian. Begitulah.
Korang ada cara tak nak bagi suami sedar dan jangan terlalu jadi lilin dekat orang yang tak bersyukur dan hanya tahu meminta? Kadang – kadang ada je suami aku menolak atau beri sikit dari yang diminta, tapi esok – esok minta lain pula. Haha. Pelik tapi benar yong.
By the way kami bukan jenis berat tulang ya. Bila balik kampung, ada je kerja kami buat. Bukan jenis diva. In fact yang selalu minta payung yang acah diva, tak boleh buat itu, tak boleh buat ini. Tak larat angkat itu, tak larat angkat ini. Semua tak boleh.
Kalau nak nasihat suruh suami buat hibah tu, tolong share sekali cara nak bagitau suami, aku perIukan ayat yang sesuai. Haha. Kadang – kadang aku kesian kat suami sebab kadang – kadang mungkin obvious aku m4kin kurang mesra dengan keluarga dia.
Aku dah jarang mesej dalam group. Aku jarang telefon keluarga dia. Aku m4kin kurang bercakap bila jumpa keluarga dia. Tapi aku sebenarnya tengah jaga diri aku, mental aku, duit aku dah duit suami aku. Nak cakap direct, nanti dia rasa aku berkira.
Tapi aku rasa kena berkira juga kadang – kadang. Tak banyak, sikit mesti kena payung itu ini. Sebelum korang rasa kena pau sebab tak bagi duit bulanan, suami bagi ya duit bulanan kat ibubapanya. Sebenarnya famili dia bukan susah sangat cuma tak pandai manage duit.
Bila dapat duit, temanya harus spend kat keluarga masing – masing laju – laju. Tak perlu menabung. Esok ada rezeki lain. Tapi mereka lupa langit tak selalunya cerah? Serius aku serabut jenis meminta ni. Bila telefon, mesti ada je kena transfer duit atau belikan apa – apa. Jarang tak ada.
Oh sebelum korang ingat aku m4kin diam sebab kes meminta ni je, sebenarnya ada lagi per4ngai certain dari mereka yang aku tak suka, tapi since no one is perfect. Aku luah ni je. Nak bagi release sikit serabut. Haha. Eton chow. – Eton (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Sherry Na : Aku ada kakak, adik dan abang yang rezekinya lebih besar daripada adik beradik yang lain. Memang mereka lah selalu kena pow dalam adik beradik. Ajaibnya diorang masih suka je belanja family yang lain dan rezeki bertambah murah pulak tu. Maybe sebab ramai yang mendoakan.
Rezeki aku tak semurah mereka. Tapi tidaklah sampai tak pernah menyumbang apa – apa. Just in my capabilities ajelah. Mujur suami pun ok je. Masa aku dapat duit terpijak, aku sewa rumah banglo 3 hari 2 malam raikan semua adik beradik buat bbq bagai sebagai tanda terima kasih atas segalanya. Happy sangat bila sekali sekala dapat belanja orang – orang tersayang. Tu jela nak cerita.
Shita Omar : Saja nak share. Kita ni ibu – ibu kena hormat jaga pemberian hadiah dari anak – anak. Walau sekecil apa sekali pun nilainya. Dia bagi kerana ingatan kasih sayangnya pada kita.Oleh itu jangan sesekali barang – barang tu kita share dengan orag lain. Terutama anak – anak lain.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.