Adik beradik suruh beli kereta besar guna nama saya konon nak mudah balik kampung, tapi sekarang mereka sorok kereta

Selepas kahwin saya cakap kat family yang saya nak kereta tu sebab takut nanti family saya tak mampu nak bayar tiap bulan. Mak ayah saya ok je tapi adik beradik saya plak yang berkeras jugak mahu kereta itu, dorang cakap “ko boleh beli yang lain tak payah nak ambil kereta family. Ko sentuh je kereta ni, ko tengok aku mer0yan macam orang giIa nanti”.

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum, hai admin dan warga FB. Saya nak luahkan kisah saya ni, bukanlah niat saya nak menga1bkan sesiapa tapi anggap untuk dijadikan pengajaran untuk semua. Maaf jika kisah ni agak panjang sikit ye.

1. Kisah dia bermula dari saya sebelum berkahwin lagi. Saya duduk bersama keluarga sendiri, di mana sebelum itu keluarga saya nak sangat beli kereta besar (untuk memudahkan balik kampung katanya) oleh kerana adik beradik saya tak lepas untuk letak nama, kereta tu guna nama saya je tanpa penjamin (alhamdulillah lepas).

2. Selepas berapa bulan saya beli kereta, saya pun berkahwin (jod0h dah sampai), saya cakap kat keluarga yang saya nak kereta tu sebab takut nanti keluarga saya tak mampu nak bayar tiap bulan, yela 9 tahun kan, macam – macam boleh jadi nanti. Mak ayah saya ok je tapi adik beradik saya plak yang berkeras jugak mahu kereta itu, dorang cakap “ko boleh beli yang lain tak payah nak ambil kereta keluarga. Ko sentuh je kereta ni, ko tengok aku mer0yan macam orang giIa nanti”. Jadi saya pun mengalah jela sebab fikirkan keluarga je.

3. Jadi bila saya dah kahwin, saya duduk dengan isteri, merantau di KL kerana dapat kerja di sini. Sebelum saya merantau, saya cakap kat adik beradik saya, kereta tu saya dah ligankan setahun, kalau boleh jangan ada sangkut payment, nanti saya nak beli rumah ke ape ke susah nanti. Tapi kata – kata saya hanya masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

4. Selang setahun saya dah ligan keta tu, saya dapat panggiIan dari bank, bank cakap kereta saya ada tunggakkan, betapa sedih saya masa tu. Rupanya selama ni keluarga saya bohong saya. Patut la kereta tu macam – macam yang dah diubah, rim tukar la, itu tukar la. Rupanya tiap bulan untuk bayar kereta, mereka buat benda lain.

5. Sampailah dah ke 6 tahun saya kahwin, macam – macam alasan keluarga saya nak bayar kereta tu, padahal adik beradik saya bekerja tapi, mereka tak ada tolak ansur nak bayar sama – sama, mereka asyik pertikaikan saya duduk KL gaji beribu – ribu.

6. Saya selalu cakap, duduk di sini jangan ingat kami senang, macam kami berduit sangat. Macam – macam mahu dibayar, dengan sewa rumah, bil api, bil air, pengasuh. Nasiblah isteri saya banyak membantu. Itupun, keluarga saya cakap isteri saya punca kereta sangkut. Allahuakbar. Kakak saya pernah sound isteri saya, dia cakap sebab saya kahwin dengan org KL kereta sangkut manjang je.

7. Keluarga saya dari dulu tak pandai berjimat, masa nak kahwin pun saya risau dengan keluarga saya tu. Adik beradik saya semua suka cakap besar tapi tin kosong je. Setiap tahun saya berg4duh dengan isteri, sebab str3ss dengan keluarga sendiri.  Saya pernah terniat nak menceraikan isteri saya tapi saya mengucap panjang – panjang sebab selama ni, alhamdulillah semua cukup selama hidup dengan isteri saya, dialah tulang belakang saya.

8. Dan pada tahun ini, kereta saya di kampung kena tarik, itupun da sangkut lebih 3 bulan, dan keluarga saya sorokkan kereta tu kat mana ntah, sampai saya dipanggil di mahkamah kerana tidak bayar kereta dan cuba bawak lari kereta tu dan nama saya dah kena blacklist. Keluarga saya cakap, baru blacklist belum muflis lagi. Alahai kerana keluarga sendiri, hidup saya mer4na.

Jadi pengajarannya, janganlah kita bagi penama atau jamin adik beradik atau keluarga kita sendiri. Orang tak rasa apa yang saya rasa sekarang. Maaf saya jenis tak pandai karang, harap faham jelah luahan saya ini.

Komen Warganet :

Malu Malu Rima : Benar sebenar – benarnya bro, bila bab berhutang ni kita kena fikir panjang. Masa nak berhutang memang mulut manis di bibir, tapi sampai masa untuk bayar beribu – ribu alasan yang ada. Itulah hakik4t yang nyata. Aku kalau jadi ko bro memang aku dah hent4k kepala adik beradik aku tu tak tak ape lah, benda dah berlaku, baik buruk family dia tetap family cuma untuk yang akan datang, beringatlah asalkan jangan sampai pisang berbuah dua kali. Semoga dipermudahkan bro.

Abu Rock : Dah, terlalu lembut sangat macam tu la hasil dia, dari awal lagi dah nampak yang adik beradik ko akan jadi adik beradik tak guna dan tak boleh diharap bila dia tak bagi ko sentuh kereta tu. Umum mengetahui kalau bab harta, pusaka, duit ni memang boleh bawak berg4duh sampai berbunvh pun ada dalam keluarga dan adik – beradik. Jadi kena bijak dan atur langkah dari awal.

Noraini Hj Mohd Yusof : Semoga adik dipermudahkan urusan. Pada saya jika kereta tu dah ditarik balik, bayar yang tertunggak untuk clearkan nama. Tak perlu keluarkan balik kereta tu, takut berulang kembali dah tiba masa fikir masa depan anak – anak. Ada duit hulur pada org tua dah cukup, adik beradik lain biar diorang usaha. Tanggungjawab adik sekarang dah besar, anak dan isteri yang lebih utama.. Masa depan diorang lagi penting.

XThafiz Bakar : Saya suka cara bro ni menulis, ada perenggannya, ada noktahnya. Dari penulisan bro, saya dapat agak yang bro bukan biasa – biasa. Makna kata bro seorang yang bijak dan baik. Cuma ketegasan bro dalam menangani isu ini perlu diperkemaskan. Patutnya dari awal masa nak beli kereta lagi dah bertegas dan nekad sebab hanya bro je yang kenal family sendiri.

Morni Ashikin : Pelik bila berkahwin masing – masing ada tanggungjawab. Kenapa nak fikirkan adik beradik lagi sedangkan tanggungjawab seorang suamikan sangat berat. Kena tanggung anak dan isteri, adik beradik carilah duit sendiri. Tak belajar agama ke??? Nafkah anak isteri didahulukan. Ambil kesempatan pulak adik beradik awak ni. Eh menteri kewangan pun boleh bankrap dapat family macam ni!!! Tolonglah jangan kacau hidup orang dan menyusahkan adik beradik yang lain. Hidup meminta – minta, ingat masing – masing ada tanggungjawab.

Mia Zul : Walau family sendiri tapi kalau dah jenis tak ada tanggungjawab memang gitulah. BerIagak tapi apa pun tak ada. Maaf cakap terus terang tapi bukan dalam family awak je yang ada jenis macam ni. Ramai lagi ye, bila wife bising, suami yang jadi orang tengah ni akan serabut. Walhal dalam hal ni tak ada pasal wife awak yang jadi m4ngsa. Jadi, beringatlah kemudian hari, kita ada hidup kita sendiri, rumahtangga kita sendiri dan tanggungjawab kita sendiri. Utamakan hak kita sendiri baru utamakan keluarga. Macam keadaan awak, berlaku sebelum bernikah, Ibarat nasi dah jadi bubur. semoga dipermudahkan segalanya buat awak nanti. Lepas ni apa – apa tak perlu dah fikir diorang sebab diorang lah hidup awak tersepit macam ni.

Apa kata anda?