Adik saya sem4kin suka menyendiri dengan isterinya dalam bilik. Kerja rumah tidak dibuat. Sampah tak di buang, pinggan dan kain dibiar mak saya buat semua. Sebelum kahwin suka pergi masjid, lepas kahwin lupa jalan ke masjid..
Hai assalamualaikum semua… Pertama kali, terima kasih pada admin kalau luahan ini disiarkan. Harapan saya luah kat sini sama macam orang lain yang pernah luah. Nak minta pandangan dari orang ramai sebab kita pun dah buntu. Minta maaf kalau agak berterabur tulisan saya.
Ceritanya macam ni, saya ada adik lelaki nama Sam. Kami ni 5 orang adik beradik dan saya anak no.3. Syukur atas rezeki Allah, semua adik beradik saya sangat mudah untuk dapat jodoh dan masing – masing tamatkan zaman bujang setelah habis degree dalam lingkungan umur 23 – 25 tahun dan begitu juga dengan adik kesayangan kami.
Adik kami ni kami sayang sangat sebab usia dia jarak jauh dari kami berempat yang lahir jarak 1 ke 2 tahun. Masa dia lahir, abang sulung dah tingkatan 3 dan kami sangat gembira sebab ada baby dalam family kami. Dari dia kecil sampai la besar, dia sangat baik dan taat.
Tak pernah meIawan cakap mak ayah dan abang kakak. Orangnya sangat sopan dan sangat sangat penyabar juga sangat ringan tuIang. Tambahan adik kami yang satu tu seorang al hafiz. Memang full package la orang cakap.
Tapi, semua tu hilang sekelip mata lepas dia kahwin. Kami semua rasa terpukuI sangat – sangat. Kami berempat masa kahwin, walaupun baru habis degree, kami semua dapat tawaran kerja tetap terus tetapi tidak pada adik kami.
Dia bukan tak dapat kerja tetapi pada pandangan saya, dia tak usaha lebih pun untuk cari kerja dan hanya berharap pada panggiIan SPA. Ok, balik pada cerita adik kami yang kami rindui. Lepas dia kahwin, isteri dia berhenti kerja di KL dan ikut dia balik kampung duduk dengan mak ayah kami.
Kami semua setuju sebab ada orang tengokkan mak ayah dan rumah di kampung tu baru dan besar kakak saya buatkan, jadi mudah untuk dia dan dia pun kata isteri dia setuju untuk duduk dengan mak ayah kami. Lepas sebulan dia kahwin, tiba – tiba dia suarakan untuk duduk sewa di luar.
Kami semua tak kesah sebab mungkin isteri dia tak selesa dan tak bebas. Cuma apa yang perlu dikesahkan adalah, adik saya tiada kerja tetap dan tak ada income yang stabil. Dia sekarang kerja sebagai tukang bekam dan ajar budak mengaji.
Maka setelah bincang – bincang, ayah saya setuju serahkan sebuah rumah yang ada orang lain sewa kepada dia dan ayah saya minta penyewa tu untuk keluar sebab nak bagi pada dia supaya tak perlu dia bayar sewa. Bila difikirkan, kesian pada penyewa tu.
Sabar ya, pasal kerja dan rumah ni ada kene mengena dengan perubahan dia. Ok.. sementara tunggu penyewa tu keluar, adik saya masih duduk dengan mak ayah saya. Apa yang berubah adalah, adik saya sem4kin suka menyendiri dengan isterinya dalam bilik.
Kerja rumah tidak dibuat. Sampah tak dibuang, pinggan dan kain dibiar mak saya buat semua. Masak apatah lagi. Keluar tunjuk muka untuk ke tandas dan makan. Selebihnya duduk di bilik. Kebetulan isterinya bunting pelamin.
Bila mak saya minta tolong pergi pasar pun tak mahu kerana nak temankan isterinya. Apa yang lebih maIang bagi kami, masjid pun sudah lama dia tak jejaki dengan alasan nak berjemaah bersama isterinya. Adik saya seorang kaki masjid, telah lupa jalan ke masjid.
Bila kami balik ramai – ramai, sebelum ni, dia sangat rajin melayan anak buah. Korang pun mesti tahu kan, adik bongsu, paksu, acu ni memang idaman anak – anak buah bila balik kampung. Tapi lepas dia kahwin, dukung anak buah pun tak mahu.
Ada satu kes ni, kakak saya baru bersalin dan anak dia yang usia 2 tahun buang air besar. Dia minta tolong basuhkan yang mana sebelum ni, adik kami memang akan tolong, tapi tiba – tiba hari tu dia kata tak nak dan terus berlalu pergi masuk bilik dan terperap sahaja dalam bilik.
Lepas 2 ke 3 bulan kahwin, adik kami dapat kerja contract. Tak sampai 2 minggu kerja, dia berhenti dengan alasan selalu dipergunakan oleh pekerja senior sedangkan bagi kami itu semua cara pekerja senior mahu ajar. Dia berhenti tanpa pengetahuan mak ayah kami.
R0bek hati mak ayah kami sebab biasanya kami adik beradik jika nak buat keputusan walaupun dah diputuskan, kami akan balik berbincang dan maklum mak ayah kami supaya ada keberkatan mak ayah dalam setiap langkah kami.
Juga selalunya pandangan mak ayah kami lebih bernas dari apa keputusan yang kami nak buat. Kata orang, dah makan garam dulu kan.. Lagipun adik kami tak ada income, kene cuba dulu kerja 2 – 3 bulan, baru putuskan nak berhenti atau tak.
Dan biasala mula kerja akan rasa susah sebab tak biasa dan tak pandai banyak benda lagi. Ni tak, 2 minggu terus berhenti notis 24 hour. Disebabkan susah dia nak dapat kerja, mak kami tolong dia untuk mulakan perniagaan.
Kelas tuition dan kelas mengaji memandangkan dia ada degree dan tahfiz. Mak kami sewakan kedai untuknya, carikan pelajar, tapi akhirnya dia hanya sia – siakan usaha tu dengan terlalu garang sehingga ramai takut belajar mengaji dengan dia.
Siap ada ibu bapa pelajar datang marah mak saya sebab mak saya yang promote kelasnya. Adik kami yang lemah lembut telah berubah. Dia tak pernah garang dan tak pandai marah. Ada satu lagi cerita yang paling saya tak boleh lupa dan tak boleh brain.
Abang sulung saya outstation dan tiba – tiba anak dia dua orang kene chickenpox jadi kene kuarantin. Isteri abang long terp4ksa kerja kerana ada projek besar sedang dia uruskan. Lalu abang long minta tolong adik saya hantar mak saya ke rumahnya untuk temankan anak – anaknya usia darjah 5 dan 6.
Tetapi tahu apa jawapan adik kami.. Dia kata dia penat dan dia suruh mak kami naik bas. Tergamaknya suruh mak kami naik bas. Bila kakak saya dengar mak saya nak naik bas, rumahnya yang jarak 4 jam dari kampung, terus dia balik dan ambil mak untuk hantar ke rumah abang.
Pelik sangat, macam dirasuk, dari anak setaat – taat anak, menjadi begini. Kami rindu adik kami. Setelah rumah diberi, kerja dibantu.. Tiba – tiba tiada angin tiada ribut, dia cakap pada mak ayah kami, dia nak pindah KL untuk cari kerja tetap dan duduk bersama mak mertuanya. Maka termenung sekali lagi mak ayah kami. Apa silapnya tak tahu.
Pertamanya, apa yang kami runsing, di rumah mak mertuanya ada ramai, adik beradik isterinya semua masih duduk bersama. Keduanya, dia bukan dapat tawaran kerja lagi, baru nak mencari. Dalam masa dia nak mencari tu, mahu ke mertuanya menanggung makan minum dia macam mana mak ayah saya tanggung dia dan isterinya.
Mak ayah tak nak dia malu dan maruahnya terjejas. Kami adik beradik dah malas beri nasihat. Tapi bila kami balik kampung, mesti kami perlu hadap mak kami yang tak henti – henti suruh kami bincang dan nasihat adik kami.
Kami dah penat tanya dan beri pandangan, sudahnya dia hanya buat ikut kepala dia. Sekarang, kesihatan ayah m4kin merosot kerana terlalu risaukan dia. Dia pun macam orang asing dengan kami, dalam group family dah tak berbunyi, dah jarang sangat ziarah mak ayah walaupun rumah yang ayah beri tu tak sampai 15 min dari rumah mak ayah kami.
Bagi pandangan saya, saya kata pada adik beradik saya, biarkan dia buat keputusan dia. Biarkan dia duduk KL dan merasa kos sara hidup di sini. Biarkan dia rasa nak hantar anak ke pengasuh dan tadika pun bukan macam harga di kampung.
Tapi mak ayah desak saya dan adik beradik untuk nasihat dia supaya tak pindah kl. Saya buntu sangat – sangat. Dalam saya nak biarkan dia rasa peritnya susah, tapi jauh di sudut hati, doa hari – hari tak lekang supaya dia lebih matang buat keputusan hidupnya dan bukan main ikut dan je.
Apa yang perlu kami buat untuk nasihat dia dan bagi readers semua, memang patut ke dia merasa susah supaya dia sedar diri? – Hanie (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Nurul Hazwani : Mak ayah terlalu mengatur dan masuk campur. Adik dah kawin.. biarlah dia menentukan jalan hidup dia. Tak perlu nak tolong kalau dia tak minta tolong. Biarkan dia rasa erti kehidupan sebenarnya tanpa bantuan ibubapa atau bimbingan ibubapa.
Suzaifah Abd Wahab : Adik tu dah berubah jadi suami.. biarkan dia jalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dan bakal ayah. Adik bongsu memang akan disuruh – suruh itu dan ini. Mungkin adik tu dah “penat”. Biarkan dia uruskan diri dia sendiri dan keluarga kecil dia tanpa “nanti itu dan ini”.
Bagi dia peluang untuk buktikan pada mak dan ayah serta abang dan kakak yang dia juga boleh berjaya. Cuma minta tolong pujuk mak dan ayah jangan berhenti doakan dia. Kadang – kadang kita lupa yang bongsu rupanya sudah membesar dan perIukan support dari orang sekeliling bukan lagi budak kecil yang setiap keputusannya dipertikaikan.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.