Dekat luar ruangan ICU, kedua dua ibubapa Maya dan mertuanya berg4duh. Tak sangka kerana harta, nyawa adik aku jadi taruhan. Sejam doktor dalam bilik adik..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum ini bukan cerita tentang aku atau suami aku. Kerana aku tidak ada suami pun lagi. Ini cerita tentang adik lelaki kesayangan aku sekali gus anak kesayangan ayah dan ibu. Aku bagi nama panggiIan dia saja di sini, ADIK.
Kerana itu nama panggiIan manja dia yang kami biasa panggil dia. Hari ini adik sudah genap 10 tahun menemui sang pencipta. Saat aku tulis kisah adik ini juga air mata aku terus jatuh dan sempat banyak kali terhenti dari menulis.
Hingga ke hari ini pemergian adik kesayangan aku dan anak kesayangan ibu dan ayah masih kami rasakan. Gambar adik semua disembunyikan kerana bila ibu nampak gambar adik ibu langsung pitam begitu juga dengan aku.
Waktu adik lahir aku sudah berusia 7 tahun. Masa kecil, adik sama macam budak yang lain, lincah lari sana sini. Bermain dengan budak yang lain. Ramai yang beranggap adik adalah anak cina kerana kulitnya yang putih sedangkan kulit aku agak gelap sikit.
Macam biasa cukup usia untuk sekolah adik juga sekolah sama macam yang lain, ke sekolah tadika, sekolah kebangsaan dan sekolah menengah. Ketika hampir peperikaan SPM, adik pernah s4kit sampai dimasukkan ke hospitaI.
Tapi adik dapat juga ikut peperiksaan SPM. Sementara tunggu result SPM keluar adik kerja di mall. Waktu kerja di mall itu adik berkenalan dengan seorang perempuan bernama Maya. Ibarat pasangan kekasih yang lain, sama – sama berjanji sehidup sem4ti.
Keluar saja keputusan SPM adik dapat keputusan yang sangat bagus dan terus sambung belajar ke universiti. Percintaan adik dan Maya juga berlanjutan. Kebetulan mereka belajar di universiti yang sama. Tamat saja belajar adik terus bekerja, nak kumpul duit.
Hubungan adik dan Maya masih seperti biasa tapi tak lama selepas itu Maya dijodohkan dengan lelaki lain oleh orang tuanya. Maya tak nak, Maya katakan kepada ayah dan ibunya yang dia sudah ada pilihan. MaIangnya, Maya tiada pilihan atas desakan ibubapanya, akhirnya Maya berkahwin.
Setelah apa yang berlaku pada hubungan adik dan Maya, adik berubah. Dulunya suka bergurau kini lebih banyak berkurung dalam bilik. Dulu yang happy go lucky boy kini jadi sangat pendiam. Hari demi hari kesihatan adik m4kin menurun.
Satu hari ketika aku lagi besihkan rumah aku dengar adik menangis dalam bilik. Aku dekatkan telinga ke pintu. Aku dengar adik lagi berdoa. Aku buka pintu, aku lihat adik lagi duduk di sejadah baru habis solat dan berdoa sambil menangis, “Ya Allah aku memohon engkau hilangkan lah rasa rindu aku pada dia. Hilangkan juga rasa suka aku pada dia. Hilangkan rasa cinta ku pada dia. Aku ingin bahagia tanpa dia. Aku ingin gembira tanpa dia.”
Aku peIuk adik dari belakang. Aku pun ikut menangis. Ibu datang tak tau apa – apa. Tanya kenapa saya dan adik menangis. Setelah aku jelaskan. Ibu juga ikut menangis kerana dia satu – satunya adik yang aku ada. Aku tidak punya kakak dan abang. Sebab itu adik sangat kami manjakan.
Tidak pernah dicubit jauh sekali dipukuI. Apa keinginan dia selalu kami turuti. Sejak dari hari itu kesihatan adik sem4kin hari sem4kin menurun. Aku suruh adik berhenti kerja. Sejak dari hari itu adik hanya termenung saja, makan pun kadang – kadang aku yang suapkan.
Kalau aku kerja, ibu yang suapkan. Adik adalah handsome boy. Baby face. Ramai perempuan suka dengan adik tapi adik tolak dengan baik. Tapi kenapa dengan Maya adik boleh jadi seteruk ini. Aku tak boleh teruskan. Setelah aku dapat nombor Maya dari kawan dia.
Aku terus call Maya. Aku bagitahu Maya keadaan adik tapi ketika itu Maya sudah jadi isteri orang. Masa aku bagitahu Maya keadaan adik, aku dapat dengar di hujung talian Maya menangis. Aku ada seorang kawan wanita yang masih bujang, Laila namanya.
Aku cakap pada Laila, aku nak kenalkan dia dengan adik. Laila sebaya dengan adik. Laila ini sangat cantik orangnya. Kulit dia putih. Aku jelaskan pada Laila keadaan adik dan aku katakan kalau Laila berjaya pik4t hati adik. Dia harus jadi teman hidup adik.
Mulanya Laila ragu – ragu macam tak nak tapi setelah aku tunjuk gambar adik yang ada fon aku, Laila nampak malu – malu dan dia setuju. Aku suruh Laila berdandan cantik – cantik sebelum aku bawa ke rumah. Laila walau tidak berdandan sudah cantik. Apa lagi kalau berdandan.
Aku juga sudah minta persetujuan dari orang tua Laila. Sampai di rumah aku suruh Laila duduk di sofa ruang tamu. Aku panggil adik, aku perkenalkan Laila dengan adik. Aku bagitahu ibu tujuan aku. Ibu hanya senyum dan anggukkan kepala, tanda faham apa maksud aku.
Aku tinggalkan mereka berdua ke dapur masak untuk makan malam. Tapi kecantikan Laila tidak juga membuat adik terpik4t, keduanya hanya duduk membisu saja. Tiba – tiba satu hari adik pengsan lagi. Kami bawa adik ke hospitaI dan di masuk ke ruang ICU.
Aku call Maya, aku suruh dia datang. 2 jam selepas itu dia datang bersama suaminya. Rupanya suami Maya adalah seorang usahawan berjaya, nampak kemas kaya. Tapi dia tidak tau Maya sudah ada kekasih sebelum ini. Dia sangat marah bila tahu hal sebenar. Ibubapa Maya tidak bagitahu hal sebenar.
Suami Maya call ibubapa mertuanya suruh mereka datang ke hospitaI. Di luar hospitaI ibubapa Maya dan mertua bertengk4r hebat. Orang tua suami Maya tanya kenapa sembunyikan itu semua. Aku ceritakan dari A hingga Z keadaan adik kepada kedua keluarga Maya dan orang tua suami Maya.
Aku tak kisah la meeka nak g4duh ke apa. Yang aku fikirkan waktu itu hanya nak selamatkan adik aku. Maya hanya menangis. Tak lama setelah kehadiran Maya detak jantung adik menurun, aku berlari panggil doktor. Seorang doktor bersama 2 orang jururawat datang cuba untuk selamatkan adik.
Aku dan ibu dah mula menangis. Maya menangis dan ibu Maya berkali kali minta maaf. Kami hanya tunggu di luar sementara doktor cuba buat semampu mungkin. Dalam satu jam kemudian, doktor keluar dari ruang tempat adik dirawat.
Aku masih ingat dengan jelas doktor tu cakap, “i’m so sorry. I have tried my best but I can’t make it.” Ibu pengsan, aku hanya terduduk di lantai sambil menangis. Aku peIuk ibu selepas dia sedar. Suami aku dan ayah hanya tertunduk. Aku lihat ayah buka cermin matanya dan usap airmata.
Ketika adik nak dibawa ke bilik mayat. Aku buka kain yang tutup wajahnya. Aku cium kening pipi kanan dan kiri dan dagu adik. Air mata aku jatuh di wajah adik. Aku peIuk badan adik yang sudah tidak bernyawa. Aku menjerit macam orang giIa tidak mahu lepaskan peIukan.
Ketika itu suami aku datang untuk tenangkan aku. Bergitu juga ibu dan ayah, merkea civm wajah adik. Ibu sampai berkali kali pengsan dan harus dimasukkan ke hospitaI waktu itu juga. Aku sampai sekarang tak habis fikir lagi, dalam zaman moden ini masih ada orang yang memilih harta.
Tidak semua pilihan anak itu salah dan tidak semua pilihan orang tua itu betul. Ada banyak juga pilihan orang tua itu berakhir dengan perceraian. Sebab utama adalah kerana tidak ada persefahaman antara mereka. Kurangnya persefahaman punca h4ncurnya rumah tangga yang sangat banyak terjadi sekarang ini.
Anak adalah amanah, jangan gunakan anak sebagai k0rban kerakusan kejar harta. Kerana hidup bukan selama di bumi ini. Bila tiba masanya, harta hanya tinggal harta yang tidak dapat di bawah ke alam barzakh. Alfatihah untuk adik kesayangan aku. Semoga adik tenang di sana. Dari kakak mu yang selalu rindukan mu adik ku sayang.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.