Adik dah kahwin tapi duduk dengan mak ayah. Anak suruh mak aku jaga, makan minum, mandi tidurkan semua mak. Mak selalu mengadu kena marah dengan adik. Satu hari, depan aku, adik tengking mak. Entah mana dapat kekuatan, aku bangun….
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum, selamat petang. Aku banyak kali baca pengalaman dan luahan kat page ni. Hari ni macam terdetik pula untuk aku meluahkan segala apa yang dipendam. Terima kasih admin sudi post luahan aku.
Kebiasaannya setiap keluarga ada pasang surutnya. Harini baik, esok berg4duh. Tak kurang juga macam aku. Tapi ini bukan kisah aku. Tapi kisah adik aku yang problem. Aku ada 6 orang adik beradik. 3 lelaki 3 perempuan, dan yang perempuan semua dah kahwin termasuk aku.
Aku bagi nama adik aku yang masalah ni sebagai A & B. A si keras kepala dan degil, B si mengalah tak bertempat. Tapi nak cerita mengenai A saja. Kami adik beradik perempuan ada anak sorang. Kisahnya bermula lepas si A berkahwin dan mempunyai anak.
Aku tak tahu laaa… mak aku masa kandungkan dia tertelan batu apa, keras kepala giIa. Kalau kata satu tu satu laa, semua nak ikut kata dia. Kalau tak dia buat per4ngai tak bertegur dan tarik muka. Dengan mak ayah pun dia berani meIawan dan marah apatah lagi kami adik beradik kandung dia.
Untuk pengetahuan, A lepas kahwin duduk dengan mak. Aku duduk rumah sewa yang berdekatan dengan rumah mak. Rezeki aku juga dapat kerja dan suami yang dekat. Bonus laa pada aku boleh tengokkan mak dan mertua sebab dekat.
Aku berkerja, anak hantar kat mak. Sebabnya ayah aku tak bagi aku hantar ke pengasuh, sejak kes pengasuh m4kin naik. Dia orang paling risau kalau cucu cucunya terkena nasib yang sama. A pun bekerja, anak dia of course la mak yang jaga.
Aku tak kisah kalau mak yang jaga anak dia, tapi bagi si A, aku ni cemburu dengan dia. Aku pun tak tahu cemburu hal apa. Aku diam dan memerhatikan saja. Sampai satu hari mak aku mengadu A tengking mak sebab dia tak jumpa baju kerja dia, tak puas tengking mak dia herdik pulak ayah sebab lambat hantar dia kerja.
Oh ya. Dia ada lesen kereta tapi tak nak drive sendiri. Nak berhantar. Aku yang dengar pun beng4ng. Kalau aku jadi ayah aku suruh dia pergi kerja jalan kaki. Suka – suka nak marah orang. M4kin dah anak satu m4kin melampau per4ngai dia.
Aku tegur dia elok – elok, seminggu dia tarik muka dengan aku. Tak bagi anak dia berkawan dengan anak aku. Adik aku si B plak, kalau balik rumah mak, memang kena jadi suruhan dia. Nak makan apa, B masakkan. B yang mandikan anak dia, tidurkan, bagi makan.
A buat apa? Goyang kaki macam tokey besar. Nasib dia tak suruh B mandikan suami dia sekali! Hahaha… Nak jadikan cerita, aku balik rehat. Singgah rumah mak ayah, nak jumpa anak aku. Dengar ayah aku tengah membebel, rupanya dia tengah tak puas hati dengan A pasal tengking dalam kereta sebab lambat jemput.
Aku macam rasa nak bagi jaa si A ni. Kurang ajar sangat. Mak pun dia marah depan aku sebab lambat tidurkan anak dia. Wahhh menyirap d4rah aku. Entah macam mana aku dapat kekuatan untuk bangun dan bagi ‘hadiah’ dekat pipi dia.
Aku sekali nafas bagitahu apa yang dia buat dekat mak ayah tu salah, biadap. Dia herdik aku kata aku jangan menyibuk. Ehh macam rasa aku ni lain mak lain ayah pulak ekk.. geram rasa dia. Hampir sebulan dia jauhkan diri dari aku.
Mula dari situ dia dah jarang borak dengan aku. Anak aku? Ada masa aku terpandang, dia tunjal – tunjal kepala anak aku. Anak aku tak bersalah. Dia yang terlalu biadap. Kalau mood dia baik, dia elok bawak anak aku berjalan, tapi sampai tak ingat balik. Tak prepare bekalan susu dan pampers anak aku. Kesian anak aku bila B bagitahu.
Sekarang aku tengah mencari pengasuh baru untuk jaga anak aku. Bukan aku tak sudi asuh dengan mak ayah tapi per4ngai A buat aku rasa menyampah. Depan suami aku je dia sayangkan anak buahnya. Depan suami dia, dah ditegur pun masih sama.
Belum lagi suami dia sendiri pun kena herdik, kena marah depan family aku dan family dia. Kalau aku di tempat suaminya, aku cabut. Mesti salah sorang akan berkata mungkin A ada yang rasa tak puas hati dengan mak ayah ataupun kami. Mungkin mak ayah lebihkan kami dari dia. Tidak ya.
A anak kesayangan mak abah tau. Apa saja kehendak A yang tak pernah dapat, semua dapat berbanding kami adik beradik lain. Haihh… Kalau aku cerita dari A sampai Z m4kin lagi s4kit hati aku ni nak mengingat satu persatu peristiwa. Aku cuma tak tahu nak buat macam mana lagi dengan adik aku si A. Korang bantula aku. – Put (bukan nama sebenar)
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.