Adik halang ayah kahwin lagi. Aku perasan ayah berubah. Aku diam diam baca HP ayah, menggigil. Takkanlah ayah seteruk ini!

Mak aku dah 6 tahun meninggaI dan ayah pernah cakap nak kahwin lagi. Adik aku tentang habis – habisan. Sejak dari tu, ayah banyak diam. Aku pelik. Masa ayah sedang nyenyak tidur, aku buka handphone ayah. Mengucap panjang aku, Takkanlah ayah seteruk ini..

#Foto sekadar hiasan. Ringkas saja pasal aku. Aku Kaknor, 37 tahun, merupakan anak sulung yang sudah kem4tian mak. Mak meninggaI 6 tahun sudah. Sekarang ayah aku berumur 60 tahun dah dua tahun pencen. Bawah aku ada lagi 2 orang adik.

Aku dah lama kahwin, semua anak – anak aku dah besar. 2 adik aku satu lelaki dah kahwin dan yang bongsu perempuan belum kahwin lagi. Ayah tidak kahwin sampai sekarang kerana nak jaga hati adik bongsu aku yang tidak membenarkan ayah kahwin lagi.

Adik bongsu aku umur lebih kurang 33 tahun. Kami yang lain tak kisah kalau ayah nak kahwin lagi sebab masing – masing sibuk dengan keluarga dan kerja. Tapi tu la, adik aku menyinga bila ayah sembang pasal nak kahwin.

Sekarang, ayah aku sudah tidak bersuara lagi untuk berkahwin kerana si bongsu sentiasa menentang kehendaknya. Aku macam tertanya – tanya jugak lah, kenapa ayah dah tidak macam dulu. Dulu pantang bila kami berkumpul, ada – ada saja yang ayah bualkan.

Bercerita pasal nak kahwin. Tapi tak pernah menjadi kerana sentiasa dihalang oleh si bongsu. Pada satu hari, aku terp4ksa ambil cuti kec3masan kerana nak jaga ayah yang tidak sihat kerana ayah terjatuh dalam bilik air. Kami adik beradik bergilir – gilir mengambil cuti untuk menjaga ayah, menjaga makan, pakai dan ubat – ubatan ayah.

Memang penat tapi kami tiada pilihan sebab tak ada orang yang akan jaga ayah. Ayah tinggal berdua dengan adik bongsu, adik bongsu kerja tapi bila balik ke rumah selalu menghabiskan masa dalam bilik. Nak dijadikan cerita, semasa ayah sedang nyenyak tidur, aku buka handphone ayah.

Sebelum ni usahkan nak buka handphone ayah, sentuh pun aku tak pernah. Bila aku buka whatsup ayah… mengucap panjang aku wehhh. Ehhh betulkah ini ayah aku? Satu persatu aku baca perbualan ayah dengan ramai wanita.

Untuk pengetahuan semua, ayah aku ni orang masjid. Kalau satu hari ayah aku tidak ke masjid, orang akan tertanya – tanya ke manakah ayah aku. Ya Allah. Ujian apakah yang Allah nak tunjuk kepada aku ini. Allah. Allah. Allah. Memang aku diluar jangka. Takkanlah ayah aku seteruk ini.

Ayah aku jemaah tetap masjid kot. Ayah aku.. ayah aku… Aku tak tahu nak taip apa ni. Sungguh aku terk3jut waktu itu. Pasti ayah ada join sesuatu aplikasi tapi aku tak pasti aplikasi apa. Sebab terlampau ramai perempuan yang ayah aku berbaIas – baIas message.

Ayah aku setiap hari ulang alik dari rumah ke masjid berdekatan, tak mungkin ayah berjumpa dengan ramai perempuan. Tetapi sangat ramai stock perempuan ayah yang ayah message.. Aku scroll satu satu perbualan ayah dengan teman – teman wanitanya.

Ya Allah benarkah ini perbualan ayah aku. Aku rasa malu nak terus baca. Ayah aku yang terlebih menggatal. Sangat – sangat gatal bagi aku. Ada perempuan yang melayan. Ada yang marah – marah cakap ayah aku tak padan dengan tua tapi ulat bulu.

Aku sebagai anak perempuan ayah rasa macam tak sanggup nak pandang wajah ayah aku. Perempuan – perempuan yang berhubung dengan ayah ada bermacam – macam peringkat umur. Ada yang lebih muda dari aku. Ada yang sebaya aku. Ada yang makcik – makcik. Semua ayah aku layan.

Perbualan ayah aku sangat meloyakan. Tidak sesuai untuk orang setua ayah. Rupa – rupanya aku yang dah hidup selama 37 tahun, aku sendiri tidak betul – betul kenal dengan ayah aku. Aku malu nak bagitahu sesiapa lebih – lebih lagi suami aku dan adik bongsu aku.

Aku hanya bagitahu adik lelaki aku kerana adik aku yang ini jenis bersifat terbuka dan memahami. Kami berdua berbincang. Kami putuskan ayah mesti kahwin bila ayah sudah sihat nanti untuk mengelakkan keadaan ayah berlarutan hidup di alam fantasi dengan perempuan – perempuan yang dia berhubung.

Berbalik kepada adik bongsu aku yang menjadi punca kenapa ayah aku tak kahwin sampai sekarang. Aku rasa jodoh adik pun menjadi sempit kerana sentiasa menghalang ayah kahwin. Kalau pembaca semua kata kerana jodoh belum sampai lagi, itu memang betul jodoh belum ada. Tapi kita kena berdoa.

Sebagai anak, sanggup ke tengok ayah hidup macam ni. Mana lebih baik jika ayah kahwin, ada isteri dari dibiar hanyut bercakap yang bukan – bukan dengan perempuan – perempuan di dalam talian. Yang paling aku tidak boleh terima apabila ayah aku minta nak tengok ttk. Malu aku. Aku malu…

Sungguh aku malu. Kenapa ayah aku. Kenapa yang berper4ngai macam ni adalah ayah aku. Kenapa? Aku tidak menyokong anak yang menghalang orang tuanya berkahwin. Tak kira la anak itu ngam atau tidak dengan bakal mak tiri, bagi aku asal ayah aku suka, asal ayah aku sanggup terima bakal isteri dia,

Dan di sebeIah pihak bakal isteri ayah pula sanggup terima ayah bukan kerana p4ksa, aku tetap sokong ayah aku kahwin. Kerana yang nak hidup bersama, tidur sekatil dengan ayah adalah isterinya. Bukan kami adik beradik.

Selama ini kami tidak pernah menyelami hati dan perasaan ayah. Aku ni tak tau apa lagi yang ingin ditulis tapi dalam kepala aku ni berkecamuk. Antara ayah yang aku baru tau sifat ‘liar’ dia di talian dan adik yang langsung tak nak terima mak baru, aku sangat – sangat buntu.

Jalan terbaik untuk masalah ayah, ayah mesti ada isteri. Iye… ayah mesti kahwin! Semoga ada perempuan yang sudi terima ayah. Kalau isteri ayah tidak ingin tinggal di rumah ayah pun, aku sangat faham. Selagi adik aku belum kahwin dan masih tinggal bersama ayah, selagi itulah isteri ayah tidak akan aman damai hidupnya sekiranya tinggal di rumah itu. Hanya aku yang kenal adik aku. – Kaknor malu

Komen W4rganet :

Jaa Ishak : Mana nak sama anak dengan isteri. Janganlah dihalang kalau orang tu masih ada “keperluan.” Tak kiralah pak imam ke, hajah ke, orang masjid ke, perasaan tu tetap wujud. Dari buat yang h4ram, eloklah halalkan. Keperluan orang tak sama.

Akrima Abu Bakar : Ye. Setuju sangat kalau orang – orang tua nak kahwin bila pasangan mereka dah tiada lagi. Walau sebaik mana pon anak – anak jaga, tak sama dengan isteri / suami yang jaga. Takkan nak manja mengada – ngada dengan anak – anak.

Nak meluah rasa pon, banyak perkara tak sesuai nak berbincang dengan anak – anak. Jangan jadi anak – anak yang selfish. Konon tak bagi mak ayah kahwin sebab takut pasangan baru tak mampu jaga dengan baik. Padahal kita ni nak layan mak ayah berbual pon payah.

Melainkan bakal pasangan tu dah jelas – jelas nampak sisi buruknye, mungkin la boleh halang. Anak – anak boleh tolong cari jodoh yang baik jika mak ayah nak kahwin. Walaupun mak ayah dah tua, tapi mereka masih adalah seorang manusia dan keperluan biologi dan emosi mereka ada perkara yang anak – anak takkan mampu penuhi dan santuni.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.