Adik ipar aku ni dekat luar tutup aur4t tudung labuh, bila dekat rumah aku pakai seluar paras peha

Aku sekarang nak minta pendapat. Adik ipar aku perempuan, bila dekat luar memang bertudung labuh bertutup semua, tapi bila dekat rumah aku pakai baju ketat, seluar sampai ke peha. Aku pernah tegur sekali tapi dia merajuk sampai mak mertua aku bising sebab buat anak dia kecil hati. Macam mana aku nak tegur ni, aku ni lelaki ada nafsu….

#Foto sekadar hiasan. Salam min, tolong hide profile ye. Aku ni tak ada masalah keluarga suami isteri pun, alhamdulilah bahagia je bersama isteri dan anak comel aku. Aku cuma nak tanya pendapat makcik – makcik dan pakcik – pakcik bawang dalam facebook ni. Macam mana eh nak nasihat dan tegur ipar yang jenis cepat kecik hati ni?

Aku ada sorang adik ipar perempuan yang masih menuntut di IPTA, yang jadi masalah kalau tiap kali cuti tak kira cuti pendek atau panjang dia kerap balik rumah aku sebab rumah dia nun jauh di utara, mertua aku pulak jenis orang yang tak berduit sangat. Jadi dia tak bagi anak dia balik kerap melainkan kalau ada cuti perayaan  macam tu baru balik kampung.

Ok berbalik dengan masalah asal adik ipar aku ni, dia bagus solat 5 waktu tak tinggal, jaga pakaian labuh tutup aur4t sempurna, tudung labuh bidang 60, pendek kata siapa – siapa yang tengok dia, memang sejuk mata memandang la dengan muka iras – iras arab macam kakak dia jugak. Tapi yang aku runsing bila kat rumah aku, dia relax je free hair dengan pakai tshirt lengan pendek, seluar pun kalau pakai track suit dia suka Iipat sampai nampak paha.

Aku ni memang tak tau sangat bab hukvm hak4m ni tapi aur4t dengan ipar setahu aku memang kita kena jaga sebab ipar bukan mahr4m kan? Bukan aku tak nak tegur tapi dulu pernah tegur sekali tapi lepas tu dia merajuk sampai tak balik langsung satu sem.

Cuit panjang pun tak nak balik, mertua aku bising jugak la kat aku pasal aku buat anak dia kecik hati. Lepas dari kejadian tu memang aku tr4uma nak tegur ipar aku ni, aku biar je dia macam tu cuma aku suruh isteri aku pulak tegur dia, isteri aku pun tak berani pasal dia tau perangai kecik hati adik dia macam mana. Tapi dia pernah tegur sekali suruh ipar aku pakai macam mana dia pakai kat luar rumah, dia jawab panas pakai macam tu 24 jam dalam rumah, kalau tak suka dia tak balik dah rumah. Kemudian memang terus isteri aku senyap.

Kadang – kadang pulak ipar aku ni tidur tak pernah tutup pintu bilik, dia biar je pintu tu ternganga luas. Masalahnya aku ni lelaki biasa yang bernafsu kat perempuan, dia tidur kadang dengan tak senon0h, seluar dia lipat sampai ke atas. Bayangkan kalau lepas mandi pun selalu seIamba je dia lalu depan aku berkemb4n dengan tuala singkat dia. Kalau tak ingat anak bini, memang boleh hanyut aku ni.

Jadi makcik pakcik bawang sekalian, tolong bagi cadangan sikit macam mana aku nak halau cara halus ipar aku ni. Risau jugak aku tiap kali dia balik rumah aku, aku kena ngadap dia dengan keadaan mengg0da macam tu. Ingat nak suruh dia balik rumah mak pak dia je walaupun jauh dengan mahal tapi aku tak tahu cara nak tegur supaya dia tak kecik hati. Terima kasih min tolong siarkan dan hide fb bini aku ni.

Komen Warganet :

Muhammad Izham : Aku respect gak bro ni sebab mampu tahan nafsu. Aku rasa kalau manusia lain. Entah laaa, lingkup aku rasa.. Adik ipar kau berkenan nak test kau tu.. Kau mungkin ada rupa kot.. Kalau kau rasa ye, comfem laa.. Tapi tu adik ipar bro. Isteri kau je yang wajib tegur, kecik hati atau tak. Itu bukan pilihan, sebelum terIajak bro dan jadi yang bukan – bukan nanti.

Mayang Sari : Sebagai ketua keluarga, ko ade hak nak cakap dan demi kebahagiaan rumah tangga ko gak. Cakap je depan bini dan ipar tu. Kena bertegas, kalau masih nak duduk rumah tu, tolong jaga diri dan hormat abang dan kak ipar. Jangan berpakaian tapi teIanjang. Jaga maru4h. Selit gak nasihat bab aur4t. Kenapa kat luar tutup elok kat rumah macam ape dah. Ipar dok berpakaian camtu sebab tak betul – betul kena sound lagi.

Dan cakap terus je, kalau nak kecik hati terpulang. Tapi kalau keluarga mertua bising kenapa anaknya merajuk yada yada yada, tugas bini la untuk cakap perangai adik dia macam mana. Yang penting jangan layan nafsu sya1tonnn tu. Fikir anak bini. Ingat Allah dan malaik4t yang sentiasa mencatit.

Aizal Izarul Selamanya : Kau cakap je dekat adik ipar kau depan bini kau, “abang ni bukan jenis kaIis api ner4ka dik nak tengok aur4t kau memanjang, nak dok sini kena jaga adat kena jaga aur4t.” Kalau dia sentap tak nak balik rumah kau lepas ni tu bukan tanggungjawab awak pun. Kalau mak pak dia marah dan ngadu kat kau, kau cakap apa yang kau tak puas hati dan suruh dia nasihat anak perempuan dia tu elok – elok.

Najihah Adnan : Adik ipar kau tu munafik, tu je nak cakap. Kalau kat luar tahu tutup aur4t tapi dengan ipar pun tiba – tiba jadi tak ingat pasal aur4t tu namanya sengaja. Takpun kalau susah sangat, masa adik ipar kau ada kat rumah kau, kau pergi jelah tido hotel. Takpun tumpang rumah kawan yang bujang. Tu je cara dia kalau tegur dan nasihat pun dah tak jalan sangat.

Khatijah Cheram : Bila nampak adik ipar ko lalu dengan tuala pendek ala – ala nak g0da kau. Kau nyayilah lagu ni sekuat hati, kuat – kuat tau, lagu dia macam ni, “Bila lzraiI datang memanggil, jas4d terbujur dipembaringan. Seluruh tubuh, akan menggigiI sekujur badan yang kedinginan. Tak ada lagi gunanya harta, kawan karib sanak saud4ra.” Dahhh ko sambung lah sendiri sampai habis.. Setiap kali ko nyanyi lagu tu bila ko nampak dia ters3ksi depan ko.. Moga – moga datanglah keinsafan pada dia dan ko juga kena kuat iman..

Sharifah Radziah Binti Ahamat : Tegur je lah. Sound direct orang kata. Biarlah dia nak kecik hati pun. Itu rumah ko kan. Ko berhak nak bagi atau tak bagi sesiapa masuk rumah tu. Tak pun ko sound direct kat wife ko cakap nak ke kalau apa – apa jadi nanti ? Tengok dia sentap ke tak. Kadang – kadang dalam bab macam ni memang kena abaikan perasaan kecik hati ke apa. Sebelum perkara buruk terjadi baik cegah dulu. D0sa ialah d0sa. Tak de function dia pakai tutup aur4t kat luar tapi kat dumah depan abang ipar tak tahu nak jaga aur4t. Kan d0sa jugak dapatnya.

Apa kata anda?