Adik ipar aku ni tak ada adab, datang rumah bukak peti sejuk tak mintak izin aku pun

Adik ipar aku ni datang duduk rumah aku dari Kedah. Aku dah basuh sejadah dalam bilik tetamu dan sengaja tak letak dalam bilik tu. Bila dia nak solat, dia main ambik je sejadah dalam bakul tu tanpa minta izin dari aku. Adab mana adab…

#Foto sekadar hiasan, Assalamualaikum admin, tolong hidekan profil aku ye min. Aku nak kongsi kisah adik ipar aku ni. Kelmarin adik ipar aku datang dari Kedah ke Kuala Lumpur, rumah aku dengan suami. Lepastu kan, masa malam dia nak solat, jadi sejadah yang dalam bilik tetamu aku basuh dan dah kering. Aku dah angkat dari ampaian, jadi aku letak dalam bakul kain kat ruang tamu. Sejadah tu dok atas sekali dalam bakul tu. Saya sengaja je, masa sebelum adik ipar aku sampai sini, aku tak sediakan letak terus dalam bilik tetamu untuk dia tidur tu. Bila dia nak solat, dia mungkin nampak sejadah tu dalam bakul kat ruang tamu depan, dia datang, pakai ambik samb4r macam tu je sejadahnya bawak masuk bilik.

Tak adanya nak minta izin ke dari aku , atau buat – buat tanya ke kan. Macam orang slalu kata, bila jadi tetamu dekat rumah orang ni, kena ada adab. Yang tu satu hal, satu lagi kan, dia bukak peti sejuk aku suka hati dia je. Dah tu siap bawa makanan dari kampung, dia tak ada nak mintak izin nak letak barang makanan dalam peti sejuk. Ini terus je bukak peti, letak makanan dia tu. Tak ada rasa malu ke datang rumah orang buat perangai macam tu? Tak ada adab langsung. Aku bila balik kampung rumah mertua, ada juga bukak peti sejuk dia, tapi itu pun bila mertua suruh ambikkan apa – apa dari dalam peti.. Aku tak bukak kalau mak mertua tak suruh.

Kalau macam tak ada sejadah dalam bilik, aku akan buat – buat tanya dengan mak mertua aku, ada tak sejadah nak solat. Walaupun sebenarnya aku nampak je sejadah dekat ruang tamu tu terg4ntung kat tingkap. Walaupun keluarga sendirikan, bila dah datang rumah orang tu, tetap kena ada adab, tetap dianggap sebagai tetamu. Dah tu kan, dia ni buat tak tahu je dengan aku ni dekat rumah, Tak ada nak ajak aku bersembang atau bukak topik dulu. Ini tak dia asyik main hp dia je manjang, lepas tu dok ulang cas hp pakai plug rumah orang suka hati, pun tak ada nak mintak izin dulu.. Aku panas betul dengan perangai budak macam ni.

Mak mertua pula mulut pu4ka, habis satu kampung dia canang cerita kata aku ni menantu tak baik lah, jenis apa lah, huduh lah, semua yang buruk ada kat akulah. Yang baik semua ada kat anak dia, tapi macam ni dik4takan budak baik? Kalau adab kat rumah orang sebagai tetamu pun tak ada. Tak hormat dekat tuan rumah langsung. Aku tak cerita hal ni kat suami aku, padahal suami aku dah nampak apa yang adik dia buat selama duduk sini, buat hal suka – suka hati dia je. Suami aku ni plak jenis yang diam, tak cakap banyak, camtu lah. Aku je dok pend4m simpan benda ni dalam hati..

Hal petang semalam pulak, aku buatkan makan petang, aku goreng nugget je sebab aku s4kit kepala tak larat. Ubi keledek ada, mula tu aku ingat nak goreng tapi tak larat punya pasal nak kupas potong buat tepung lagi, jadi aku goreng nugget je senang bawak keluar dari peti goreng.. Petang tu suami aku tak balik kerja lagi. Jadi aku makan berdua dengan dia, dia makan banyak. Tapi bila tiba waktu malam, dia kata kat suami aku, dia lapar lagi. Dia nak keledek tu, nak goreng katanya. Mula tu aku nak buat kan, suami aku tak bagi, suami aku kata kat adik dia “ko lapar, ko buatlah sndiri”.

Lepastu adik dia macam sindir aku, dia kata “makanan ni patutnya makan petang tadi”. Aku senyap je tak kata apa. Suami dan dia tak tau yang aku s4kit kepala petang tu.. Boleh pulak ko sindir aku ye perempuan muka tak tau malu.. Suami saya tak tahu yang pasal makan petang tadi saya dengan adik dia sebab saya tak bagitau suami..

Saya geram betul dengan adik dia sorang ni, tak ada budi bahasa dan tak tau hormat tuan rumah. Dah tau datang rumah org sebagai tetamu tu, buat la cara macam tetamu. Makan je la apa yang tuan rumah hidang, ni mintak macam – macam, pastu sindir – sindir tuan rumah pulak. Macam apa je perangai, kurang ajar betul. Aku pendam je semua ni walaupun s4kit. Nak tanya, betul ka budak zaman sekarang ni ramai yang kurang ajar, tak ada adab? Orangnya perempuan, walaupun dah umur puluhan tahun, belajar tinggi – tinggi sampai degree, tapi adab tak ada. Hampehh betul.

Jadi pesanan untuk korang semua yang bujang belum kahwin, cek betul – betul pasangan korang tu. Tak kira perempuan atau lelaki. Jangan kerana dia belajar tinggi sampai dip, degree, master atau phd skalipun, kalau tak ada adab, kurang ajar dengan org pun tak guna. Bukan kata kat semua, tapi majoritinya macam tu Beringat sebelum kena, hati – hatilah ye.. Betul kata orang, tak ada siapa yang betul – betul kenal seseorang, termasuklah mak yang kandungkan dia selama 9 bulan ataupun ayah yang membesarkannya. Kecuali pasangannya yang kahwin dan hidup dengannya dari nikah hingga ke akhir hayat..

Komen Warganet :

Siti Nordiana Mohd Bakri : Sis, awak dah terbuka a1b sendiri ni sis. Kami pembaca ni rasa awak yang ada masalah sebenarnya. Hidup ni macam la sis, buat baik dengan semua orang tanpa minta baIasan, buat baik kerana Allah, inshallah yang datang baik – baik belaka pada awak. Buang sifat buruk sangka tu sebab nanti awak yang s4kit hati sendiri. Yang awak kata tu keluarga awak sendiri taw.

Setakat buka peti ais, ambik sendiri sejadah tu alahai sepatutnya tak jadi hal pun. Saya dah dapat bayangkan awak di rumah mertua macam mana dari cerita sis, ‘saya buka peti ais kalau mak mertua suruh ambikkan apa – apa’. Sebab tu mertua awak canang macam – macam. Muhasabah diri balik sis. Kita semua tak sempurna tapi kita boleh jadi lebih baik.

Nur Afizza : Aku lebih suke je orang tumpang solat ke kat rumah aku ni.. Suka sangat aku kalau orang gunakan sejadah rumah aku ni. Pasal pahala bersama – sama dapat. Ikhlaskan hati tu kak, bersihkn hati. Solat tunggang tonggeng kalau hati busuk macam ni, dah macam tak solat je. Bukan nak menuduh, atau nak tunjuk diri baik, kadang – kadang manusia ni bila dia jaga d0sa dengan Allah, d0sa sesama manusia ni dia tolak ke tepi.

Sedangkan d0sa sesama manusia ni la yang susah terampun… Anggap diri dah cukup baik dan sempurna, sampai lupa diri berbuat tak baik dengan mnsia. Hanya fikir diri sendiri je yang betul.. Adik ipar kan, dah memang tanggungjawab suami awak kena menjaga adik dia. Dulu adik ipar saya tinggal siap isteri dan anaknya sekali… Relax je.. 3 tahun tau tinggal bersama dengan kami.. Bukan nak kata saya bagus, tapi sama – sama perbaiki diri. Perbaiki hati. Janganlah nak buat musvh dengan keluarga mertua ipar duai, waluapun mereka tak sukakan kita.

اينتن فرحانا احمد كامل : Dari cara tt ngadu ni. Dah boleh gambarkan sebenarnya siapa diri tt dan nampak sebenarnya yang bermasalah tu siapa. Konon nak mengadu kat sini nak dapat simpati dari makcik pakcik bawang. Nah akhirnye sendiri yang kene basuh dengan pembaca. Kita ni jadi orang janganlah terIampau skema sangat dik. Adik suami tu ibarat adik kita, anggaplah semua satu keluarga. Janganlah berkira sangat. Kalau perangai kak ipai macam ni, dia nak nyembang dengan ko pon takot, takot jadi isu.

Nanti bila dia ajak sembang ko kata dia tak hormat ko sebagai tuan rumah. Nak nyembang tak mintak izin dulu la katakan. Ko kan skema pergi tandas, guna sejadah, makan, bukak peti ais semua nak kena minta izin. Mestilah nak mnyembang pon kena cakap “kak, saya mintak izin nak menyembang dengan akak boleh tak?” Lepas ni kuar plak post baru tak puas hati sebab nak mintak nasihat dan sokongan tapi kena basuh plak. Sendiri yang minta kena kecam, redha je la.

Noor Zalina Habidi : Hmm.. sebab apa ye adik ipar awak tu buat cenggitu? Sebab dia rasa dia bukan tetamu. Dia ahli rumah tu juga. Kalau saya balik kampung, rumah nenek saya atau rumah mak mertua saya, slumber je saya bukak peti sejuk,  masak, bukak almari ambik baju dan lain – lain, sebab saya rasa tu rumah saya. Lain la kalau saya pi rumah kawan saya atau pi rumah orang yang saya tak kenal. Bila awak anggap adik ipar awak tu hanya sebagai tetamu biasa, memang la awak terasa tapi kalau awak anggap dia sebagai adik awak, awak akan rasa apa yang dia buat tu biasa je. Harap sama – sama dapat terima dan baiki diri.

Hanna Anne : Tahniah lah ko dididik dengan penuh sopan tak macam laki ko dan adik dia tersalah didik kan. Lagipun dia dah anggap macam duduk dengan family dia. Dia tak rasa dia tu sebagai tetamu di rumah abang dia sendiri. Nanti dia asyik tanya je ko macam – macam ko plak rimas. Benda sikit – sikit pun nak tanya, kira serba tak kena jugaklah. Macam saja je ko ni cari salah orang. Dah tau nak solat, dia ambik sendiri pun salah.

Zaidi : Setuju betul dengan awak, memang kena check betul sebelum kawin. Takut – takut dapat yang jenis hati busuk macam ko ni. Habis pun4h ranah hubungan ipar duai. Ambil sejadah, buka peti pun jadi hal. Bersihkan hati awak tu.

Apa kata anda?