Adik ipar pinjam 3-4 ahl0ng sebab nak pakai iphone. Saya terp4ksa gadai gelang dan bayar sebab ahl0ng ugvt nak bakar rumah

Saya tinggal dengan keluarga besar mertua. Kerja rumah, urusan anak, memasak, beli barang dapur, bayar segala bil – bil semua saya yang uruskan. Bila mak mertua dan adik – adik ipar tahu saya mula cari kerja, mereka mula gelabah..

#Foto sekadar hiasan. Salam min, tolong rahsiakan profile terima kasih. Salam semua, semoga semuanya berbahagia di samping keluarga tercinta. Pertama kali saya buat luahan di sini. Maaf kalau postnya terlalu panjang. Harap admin edit dan ringkaskan.

Saya berkahwin dengan anak sulung dan saya anak bongsu. Usia saya dengan suami beza 5 tahun tua dari suami. Awal perkahwinan bahagia je saya rasa tapi dah masuk 8 tahun usia perkahwinan saya dah mula mengorak langkah. Untuk dapatkan kehidupan yang lebih baik.

Dulu saya bekerja dengan gaji RM7k sebulan dengan company yang besar dan ternama. Saya berhenti kerja masa mengandung anak pertama kerana alahan teruk. Suami ketika itu bekerja dalam bidang construction, juga berhenti sebab nak fokus pada keluarganya.

Ayah mertua jatuh s4kit, adik – adik pula masih bersekolah dan belum bekerja. Ibu mertua pula langsung tak pandai dalam segala urusan kecuali menjadi suri rumah. Mujur ayah mertua ada pencen, rumah – rumah sewa dan tanah yang banyak w4ris dari emaknya.

Bila ayah mertua jatuh s4kit, adik no 2 suami buat hal. Terlanjur sehingga mengandungkan anak orang tapi ingin bertanggungjawab. Jadi berkahwin di usia yang sangat muda. Masalah pula, per4ngai bininya yang tak matang dan selalu cari g4duh dengan adik beradik ipar.

Sebagai biras pon saya selalu jadi m4ngsa fitnah dekat status fb whatsapp, cerita belakang dekat saud4ra mara suami, adik – adik ipar dan keluarganya. Beza usia saya dengan biras 12 tahun. Jadi apa yang dia buat selama ni saya abaikan sebab anggap dia masih budak. saya tak pernah ambil peduli.

Suami, ambil alih semua tugas ayah mertua. Dulu suami selalu kerja out station, jadi ibunya minta suami berhenti dan tolong uruskan semua hal rumah. Selama duduk bersama mertua, mertua senang sangat dengan saya. Saya pon rasa ok sangat dengan keluarga mertua kecuali biras dari ner4ka tu.

Lepas 3 tahun berkahwin suami pula jatuh s4kit, k4nser otak, dari tahun 2020 hingga kini. Walaupon boleh dik4takan hampir 70% sembuh, suami on off s4kit. Ada masa sihat, ada masa terlantar. dengan g3rd anx1ety nye.

Haishh siapa pernah hadap orang yang ade anx1ety ni mesti faham kan. Gastrik, ibs anx1ety s4wan (sebab brain tumor), masuk hospitaI em3rgency w4rded ulang alik hospitaI. Biasanya jadi 3-4 kali seminggu. Bila doktor w4rded saya lagi lega dari jaga suami kat rumah sebab tak larat nak ulang alik ke hospitaI dengan anak soramg, saya ke hulu hilir bawa suami tinggal anak dekat mertua dan ipar.

Ipar plak ramai perempuan. Anak jadi manja sebab neneknya terlalu manjakan, tak boleh saya marah anak nanti confirm neneknye back up. Bila dah 4 ke 6 tahun anak selalu buat per4ngai, keras kepala dan t4ntrum. Bila larang atau marah dia lari ke balik neneknya

Sekarang dah hampir 8 tahun berkahwin. Suami walaupon s4kit tetap galas tanggungjawab dalam hal keluarganya tapi kebanyakan segala urusan saya yang selesaikan. Saya penat sangat. Kerja rumah saya, urusan anak saya, masak saya, beli sarapan barang dapur pon saya, bayar segala bil – bil saya. Adik ipar buat hal, saya jugak nak hadap dan selesaikan.

Ayah mertua nak pergi check up, saya jugak drive hantarkan ke hospitaI, bayangkan nak angkat ayah mertua turun naik kereta sebab tak manpu berjalan. Alasan adik – adik ipar tak boleh bawa sebab susah nak cuti. Semua bekerja.

Adik bongsu baru habis spm selalu bangun lambat. Dah petang baru nampak muka tu pon sebab lapar. Kalau tak dia tido tak bangun – bangun. Semua kain baju adik – adik ipar, mak mertua uruskan. Dulu semua saya buat, saya basuhkan dan sidai, angkat dan lipat.

Lepas saya hilang sabar saya langsung tak peduli. Mak mertua ada mesin basuh, saya pon ada mesin basuh sendiri. Adik – adik ipar cume letak bakul penuh pakaian kotor dekat mesin saya dan tinggal. Sabun pon harap saya sponser. Akhirnya saya biar je. Malas dah saya.

Bila saya tak tolong cuci, dia letak dekat mesin basuh mertua. Dan selama bertahun saya lepas tangan mak mertua saya sanggup cuci dan sidaikan. Saya memang tak ambil port dah. Memang harta semua nama suami tapi saya selesaikan urusan rumah – rumah sewa dan tanah.

Saya yang pergi ulang alik ke pejabat tanah, kutip bayaran tumah sewa, berg4duh dengan penyewa, berg4duh dengan keluarga ayah mertua sebab urusan faraid. yang buruk nampak dekat saya lah. Nenek suami banyak duit dalam akaun bank, ade dekat rm1 juta.

Bila nenek meninggaI adik ipar perempuan no.3 yang uruskan dengan mak mertua. 3 tahun selesai duit 1 juta tu. Masa ni suami s4kit, jadi tak ambil tahu sangat. Bila duit habis adik ipar lepas tangan. Urusan faraid pon tak teruskan. Langsung tak mohon pon.

Mak mertua sebab nak rebut tanah ladang sawit minta saya tolong uruskan. Bila saya uruskan macam – macam saya kene kecam. Sebab saya ni kan orang luar, tapi sibuk sibuk dengan harta dorang. Sayalah yang paling jahat.

Sekarang saya pon lepas tangan dah malas nak urus, kes dah tertunggak 4 tahun. Lantak lah situ. Masa saya kena m4ki, kena tengking tiada sorang pon back up saya kecuali suami. Mak mertua pon banyak diam sebab tak nak nampak jahat.

Sayalah kena pulau, yang perabeh duit nmpak baik plak. Ok saya lepas tangan. Kini bila dah 8 tahun berkahwin, saya nekad cari kerja jauh dari sini, luar dari Selangor. Saya baru pergi beberapa interview. Bila ibu mertua tau dia jadi tak senang duduk, adik – adik ipar dah mula menggelabah.

Suami awalnya taknak ikut, biar pjj pon takpe katanya tapi bila saya pergi interview dan dia ikut, dia cakap dia ok kalau nak pindah. Adik ipar no 4 lelaki nak kahwin hujung tahun ni. Duit tak cukup gaji kecik. Bila sebeIah perempuan minta duit hantaran nak bayar kenduri kend4ra dia minta dengan maknya sampai takde duit.

Suami plak kena fikir mana nak cari duit. Rumah sewa dah r0boh sebab tanah nak buat pecah sempadan. Urusan pecah sempadan pon saya yang buat. Adik ipar no.6 pernah pinjam ahlong sebab nak pakai i phone. Sudahnya ambil 3 ke 4 ahl0ng.

Saya gadai gelang untuk tolong bayar sebab ahl0ng ugvt nak bakar rumah. Sampai sekarang gelang tu tak boleh ambil dekat pajak. Adik no.2 yang berkahwin sebab terlanjur dah kerja di Singapore. Katanya gaji besar tapi tiap kali hujung bulan meminjam dengan maknya.

Kadang – kadang RM1k, kadang – kadang RM500 kadang – kadang RM1.5k. Tiap – tiap bulan ye. Anak 4 tak cukup duit. Biras ner4ka tu tak bekerja tapi tau melalak je dekat status. Bila suaminya tak bagi duit macam – macam dia up.

Adik ipar dah 2 kali talak. Asal balik rumah mertua berg4duh depan adik – adik ipar. Lantak la situ saya tak campur. Sekarang saya nekad sangat nak keluar dari sini, saya dah tak nak str3ss. Saya nak kerja tetap dan bela anak saya baik – baik.

Kalau suami nak ikut dia kena keluar dari rumah mak dia sendiri sebab dia kerap s4kit selama duduk sini. Str3ss dan anx1ety kerana selalu memikir masalah keluarga dia. Saya yang jadi berdikrari sebab suami selalu sebok dengan urusan keluarganya. Doakan saya dapat kerja jauh dan pindah dari sini. Aminnn…

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.