Sebulan saya duduk di hospitaI sampai pitam sebab takde duit nak makan, tak cukup rehat. Sebulan lepas tu adik sedar tapi katanya ayah yang jaganya. Bila sihat, kurang ajarnya dia layan saya. Takpelah selesai tugas sebagai kakak…
#Foto sekadar hiasan. Part 1 >> Ayah cikgu matem4tik tapi taknak ajar aku. Aku nak UPSR, aku tanya soalan matem4tik tapi ayah buat tak tahu terus keluar rumah. Saya sambung sebab saya tak jadi penjamin kereta adik. Tapi saya dibuang dari group whatsapp adik beradik dan dia tag saya di fb ceramah agama bila senang tak membantu adik beradik susah.
Dia kata saya tak boleh dia lebih dari saya tapi saya tahu mastermindnya adalah ayah. “Boo.. Cikgu S kahwin lain.. TT ada mak tiri..” Malunya saya.. Saya balik terus adukan pada ayah, saya diejek anak muridnya. Berita poligaminya tersebar luas mak ayah murid pun tau. Ayah kata, sabarlah.. biasalah budak – budak.
Bila parent cerai terlepaslah saya dari ejekan ini. Mak bawa pindah ke bandar, ayah transfer ke negeri bini muda. Mak asalnya seorang cikgu ganti.. Mak ayah kenal di sekolah mereka praktikal. Permulaan cerai mak ambil lesen kereta dulu.
Saving yang ada beli kereta lama Chatered putih. Mak usahakan kantin asrama tahfiz. Agak penat sebab saya pekerja tanpa gaji yang kena basuh segala periuk pinggan. Mak limitkan pekerja. Saya pergi kerja lepas sekolah habis kerja jam 11 malam sampai rumah kena pijak urut kaki mak smpai mak terlena barulah saya ada masa belek kerja sekolah cikgu bagi kalau tak esok kena rotan.
Saya buat tu sampai 3 pagi. Mata saya jadi dark eyecircle sebab kerap rutin tiap hari tidur lambat. Habis tender mak buka gerai nasi tomato di medan selera, gerai yang terakhir… kerja ketiga iaitu gerai minuman medan selera, subuh jadi driver pasar pagi untuk 1 peniaga lauk tengah hari.
Tak tahan kereta busuk mak bertukar jadi driver menghantar student diploma praktikal di hospitaI ulang subuh dan petang, kerja ke 3 jadi penjaga orang tua ibu kepada tuan rumah yang kami sewa, bila dipanggil. Sayalah pekerja gerai minuman mak.
Saya jarang ke sekolah. Mula ke sekolah masa dekat spm itu pun bila ada kelas fizik kimia matem4tik ja. Kalau fizik selepas rehat saya pergi kelas lepas rehat. Pagi di gerai mak, saya tak ambil upah sebab tak tahu gaji yang sepatut dapat.
Mak cakap ambil je berapa nak. Tak ambil takut mak tak cukup pusing modal. Adik – adik laki bahagia bersama ayah. Dapat bertukar telefon iphone, iPad, moto walaupun tiada lesen.. Saya tiada telefon maka bila balik rumah mak, mereka suka tayang aset.
Adik – adik tak hormat saya kata mereka, “perempuan dicipta lemah, Lelaki Allah cipta kuat”. Mak tak suka mereka datang dan kunci pintu rumah sebab mereka seperti spy akan cerita apa berlaku di sini sampaikan ke ayah.
Saya berjaya sambung belajar ke kolej tajaan KKM. Semasa sem akhir adik ke-2 saya kemaIangan sehingga sebulan k0ma. Sayalah yang menjaganya semasa minggu study week exam. Kalau gagal kena repeat sem repeatlah.
Mak tak nak jaga sebab tak nak jumpa ayah. Ayah tak jaga sebab dia jadi guru bertugas untuk jaga exam SPM dan hari itu jugak bini muda nak beranak. Sebulan saya berkampung di hospitaI sampai pitam sebab takde duit nak makan dan tak cukup rehat.
Takde siapa nak teman untuk gilir – gilir jaga. Adik kena 24 jam orang jaga sebab paru – paru adik kena tebuk, dia tak boleh bernafas sendiri. Terbuka tempat tebuk itu, jadi sentiasa kena pantau kahaknya dari terpercik keluar kena orang.
Kaki dan tangan adik diik4t. Adik sentiasa kena sedut kahak kalau tak lemas. Sebulan lepas tu dia sedar tapi katanya ayah yang jaganya. Bila sihat, kurang ajarnya dia layan saya. Takpelah selesai tugas sebagai kakak. Hanya Allah jadi saksi, saya yang jaga dia seorang diri tanpa bantuan sesiapa.
Muka saya mirip wajah ayah. Kuku saya seperti kuku ayah, t4hi lalat sama tempat dengan ayah, dan cara jalan juga sama. Maka saya dibenci mak. Sudahlah ayah tak suka saya, mak pun benci saya. MaIang sungguh kan? Kata mak, saya hodoh takkan ada lelaki yang nakkan saya.
Dia tak bercakap dengan saya. Selalu ditinggal sorang di rumah. Tugas saya kalau di rumah kena kemas rumah sahaja. Tak kena di matanya akan dileter dan dijeling. Tak pernah disentuh dibelai. Kawan – kawan saya takut untuk datang ke rumah sebab takut dengan mak saya.
Awalnya saya dapat uitm banking tapi mak tak bagi pergi sebab tak jamin kerja. Taw4ran belajar kkm ni baru mak terbuka hati nak lepas tapi kena lapor diri seorang diri dengan teksi drive nun dari negeri utara.. Hilanglah pekerja tanpa upah mak. Saya akan sambung lagi bab raya dan perkahwinan saya paling tragis. – Aripiprazole (Bukan nama sebenar)
Komen w4rganet :
Kha Sha : Faham perasaan awak.. saya pun anak perempuan yang tak di sukai bapa. Saya pula bapa tak nak beli baju sebab kakak kahwin melayu jadi kemarahannya dilepaskan kepada saya. Setiap kali perayaan pakaian saya memang takde.
Abang – abang dan adik lelaki je ada. Bila g4duh dengan mak.. bapa cakap anak laki anak dia anak prempuan anak awak maksud anak mak saya. Kami adik beradik perempuan tak sekolah cina. Yang lelaki sek cina.. yang perempuan pergi sekolah jalan kaki yang anak laki guna bas. Cuma nak cakap awak harus kuat ye.. duduklah jauh – jauh dari family macam tu. Hidup lebih tenang.
Salina Shamsudin : Sambung, okey? Luahkan semuanya. Semoga kamu sentiasa dalam rahmat dan lindungan kasih sayang Allah. Ingatlah bahawa yang beri bahagia itu Allah, bukan manusia. Bukan ibu, bukan ayah, bukan adik beradik, bukan suami, bukan anak – anak. Bagaimana Dia berikan bahagia ? Hanya Dia Yang Maha Mengetahui.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.