Semasa mengandungkan anak kedua, suami mengambil seorang pembantu rumah untuk membantu saya. Pada mulanya semua dalam keadaan baik tetapi sikap bibik mula berubah bila ibu mentua datang. Rupa – rupanya ibu mentua ‘cucvk’ bibik sehingga saya jadi tak tahan dan akhirnya bibik diberhentikan.
#Foto sekadar hiasan. Postpartum Depr3ssion Is Real
Assalamualaikum Admin, terima kasih kerana sudi menyiarkan confession saya.
Nama saya Nabilla (bukan nama sebenar). Saya telah berkahwin selama 4 tahun dan mempunyai seorang anak lelaki (baby) dan seorang perempuan 3 tahun. Saya seorang ibu bekerjaya dan sekarang masih bercuti tanpa gaji sehingga 3 tahun demi untuk menjaga anak – anak sendiri terutamanya si baby. Tambah pula baby adalah fully br3astfeeding.
Suami saya menyokong penuh keputvsan saya bercuti (ibarat berhenti kerja) kerana dia mampu dari segi kewangan dan mempunyai kerjaya yang baik dan stabil. Sejujurnya saya rindu sangat dengan kerjaya saya sendiri, sebelum ini saya bekerja sebagai seorang Pegawai Sains di sebuah syar1kat ph4rmaceuticaI di mana workIoad adalah sangat ringan, kerja sangat reIax, staff yang tidak ramai dan tempat kerja yang sangat dekat. Gaji pula boleh tahan. Tapi demi anak – anak dan suami, saya lepaskan kerjaya tersebut. Semoga Allah murahkan dan permudahkan rezeki dan urusan saya membesarkan anak – anak selepas ini.
Cerita depr3si saya bermula sejak saya mula mengandungkan anak kedua. Waktu itu saya masih bekerja, dan mengaIami aIahan mengandung yang amat teruk. Suami yang kasihan dengan saya cepat – cepat mengambil seorang pembantu rumah Indonesia untuk membantu meringankan beban saya menjaga anak seorang diri (suami bekerja jauh di negeri lain) dan menguruskan anak – anak.
Pembantu tersebut saya gelar Kak Aisyah. Kak Aisyah bagus, kerja tip top dan menjaga anak saya dengan baik.
Segalanya berubah setelah ibu mertua saya datang tinggal sekali dengan kami (saya, anak sulung dan bibik), suami hanya pulang setiap Sabtu dan Ahad.
Dipendekkan cerita, bibik kami jadi suka meIawan, selalu tidak puas hati dengan segalanya yang ada di rumah dan majikan, saya susp3k kerana di “cucvk” oleh ibu mertua. Ibu mertua cakap bibik makan banyak, suka bersembang dengan bibik sebelah, malas bekerja etc etc etc.
Akhirnya bibik bekerja hanya selama 5 bulan, kerana saya sudah tidak tahan dengan perangai dia. Waktu itu saya sudah mengandung 8 bulan dan keadaan saya boleh d1katakan sangat sarat mengandung. Saya menangis sedih saat menghantar bibik untuk pulang. Mengenangkan keadaan saya yang sendiri menguruskan semuanya kerana suami kerja jauh.
Saya fikir ibu mertua saya akan menemani saya sehingga saya bersalin tapi tidak. Ibu mertua terus mahu pulang dan tinggal di rumah anaknya yang lain kerana kami sudah tiada bibik! Ibu mertua pulang sehari selepas bibik pulang. Nampak tak permainan ibu mertua saya di sini?
Saya sedar saya sangat tertekan waktu tersebut tapi saya tidak menunjukkan simpt0m – simpt0m tertekan kepada sesiapa terutama kepada suami. Saya hadap semuanya sendiri dan suami ingat saya OK.
Kemudian saya pun selamat melahirkan anak kedua pada minggu ke 36 (week 36), kata Doktor saya bekerja terIampau kuat, terIampau banyak berjalan dan str3ss sehingga saya terp4ksa bersalin lebih awal dari due date.
Tapi tidak mengapa, saya sihat dan baby pun selamat Alhamdulillah.
Episod kedua bermula apabila kami mengupah seorang conf1nement lady melalui FB. Ya, saya temui conf1nement lady (CL) tersebut melalui FB. Kesilapan terbesar saya adalah kami mengupah CL tanpa melakukan “background check” terlebih dahulu. Dan kesilapan paling paling paling teramat besar adalah membayar full kepada CL tersebut kerana mudah percaya kepada orang.
Kami upah CL untuk menjaga saya dalam pant4ng selama 14 hari dan dipendekkan cerita CL tersebut merupakan seorang penjen4yah yang baru sahaja keluar masuk jaiI dan seorang penipu kerana konon melakukan bisnes menjaga orang berpant4ng tetapi selepas dapat duit, dia akan lari.
Masa tu Allah sahaja yang tahu betapa tertekannya saya, dan saya tahu saya sudah mengaIami depr3si tertinggi dalam hidup saya sebab saya rasa benci untuk hidup, saya mula mempersoalkan kenapa saya tidak m4ti sahaja semasa melahirkan, kenapa mak saya melahirkan saya, kenapa saya berkahwin dan melahirkan anak, dan banyak lagi penyesalan yang bermain di dalam minda. Semuanya bersifat penyesalan.
Anak saya yang kedua sudah masuk 7 bulan dan saya masih str3ss dan selalu berimaginasi untuk men0reh tangan, saya berimaginasi yang saya memandu kenderaan dan kereta terjatuh ke dalam Iombong dan m4ti lemas, saya pernah meIintas jalan yang sibuk dan menutup mata dengan harapan ada kenderaan yang akan meIanggar saya, malangnya tiada.
Postp4rtum depr3ssion terjadi dan boleh berlaku. Dan ianya berlaku terhadap saya. It is real. Di sini ingin saya nasihatkan kepada semua para suami, para ibu bapa mertua, para ibu dan bapa. Tolonglah kami, wanita yang mengandung dan baru melahirkan.
Tolonglah datang jenguk kami, sekiranya jauh, tanya lah khabar, berilah kami semangat dan dorongan, sesungguhnya kami baru melahirkan seorang anak dan bergadai nyawa semasa melahirkan anak anak kamu, cucu cucu kamu.
Duhai suami, Doakan la isteri kamu wahai suami, berilah sokongan moral, tidak susah pun untuk menggembirakan isteri, berilah bunga, coklat, masakkan untuk isteri, tolong uruskan anak dan rumah sekali sekala. Tidakkah itu isteri kamu yang kamu janji sehidup sem4ti dan yang telah kamu nikahi.
Duhai ibu ayah dan ibu ayah mertua, jenguklah anak anak mu, menantu menantumu yang baru melahirkan, bukan kami yang bawa cucu – cucu kamu menjenguk kamu setelah berbulan bulan lamanya.
Tidakkah cucu itu cucu kamu, dar4h daging kamu? – Puan Nabilla –
Apa itu Postp4rtum Depr3ssion?
Proses kehamilan dan kelahiran adalah salah satu fasa perubahan dalam kehidupan seorang wanita yang mana ia boleh mendatangkan ketidakseimbangan dalam diri wanita tersebut. Ia boleh dianggap sebagai satu proses kemat4ngan diri, walaupun sesetengah wanita, mungkin menghadapi masalah.
Ia berlaku ke atas 25 – 85% wanita yang baru bersalin. Tanda – tanda peny4kit ini timbul beberapa hari selepas bersalin dan ia memuncak pada hari kelima. Namun begitu, gangguan em0si ringan ini biasanya pulih dalam masa dua minggu.
Namun walau bagaimanapun melalui penulisan yang dibuat oleh wanita ini, dia telah pun mengaIami postp0rtum yang lebih serius iaitu psik0sis postp4rtum. Iaitu di mana sampai ke tahap berfikir untuk membunvh diri dan melakukan pembunvhan.
Antara lain tanda yang boleh dilihat adalah gangguan tidur dan perubahan selera makan, mudah resah, perasaan dan kelakuan yang pelik. GejaIa psik0sis. Contoh seperti mendengar suara walaupun pada zahirnya tiada orang di sekeliling (halusinasi) atau kepercayaan yang tidak rasi0nal (delusi).
Oleh itu, sokongan em0si, r0hani, fizikal dan sosiaI amatlah penting bagi ibu – ibu selepas bersalin sebagai satu aspek pencegahan peny4kit mentaI selepas berkahwin.