Aku ambil keputusan, aku ‘putuskan’ tali persaud4raan dengan keluarga aku. Aku tak mahu tau sedikit pun tentang hidup m4ti mereka!

Minggu lepas aku betul-betul perlukan duit nak beli beras. Aku cuba minta batuan dengan ahli keluarga dan ibu bapa aku tapi mereka jawab ‘tiada budget’. Malamnya aku scroll di Instagram, aku jadi kesal dan marah lihat foto yang dimuat naik oleh keluargaku, hingga aku tekad untuk putuskan tali persaud4raan..

#Foto sekadar hiasan

Assalamualaikum readers. Sebagai pemilik Top Fan page ni, memang aku rasa terpanggil nak meluahkan rasa terbuku di hati..

Aku sudah berkahwin dan mempunyai ramai anak walaupun dah amalkan perancang keluarga. Akhirnya aku ambil keputusan untuk mengik4t peranakan aku ketika melahirkan anak bongsu secara pembedahan. Alasan aku kepada doktor,aku sudah punya ramai anak dan suami hanya kerja biasa sahaja.

Pendapatan bersih suami tidak sampai dua ribu sebulan. Dengan menyewa dan mempunyai anak ramai, aku sedaya upaya berjimat serba serbi. Alhamdulillah belum lagi anak anak aku kebuluran. Masih dapat merasa makanan walaupun tak semewah rakan rakan mereka.

Dan aku bersyukur kerana anak anak memahami masalah kewangan kami dan tidak memilih untuk merungut. Malah, jika mereka tahu kami keputvsan duit, mereka akan hulur duit tabung mereka walaupun ketika itu mereka cuma ada RM3. Aku tahu mereka ikhlas cuba untuk membantu.

Aku hanya surirumah. Aku melakukan pelbagai pekerjaan dari rumah. Aku tiada bakat dalam bidang masakan maka aku tak berani untuk buat perniagaan makanan kecil kecilan seperti yang disarankan masyarakat sekeliling. Aku tidak mahu orang menyump4h – nyump4h masakan aku seperti mana masyarakat menyump4h mereka yang jual makanan sekadar untuk untung.

Maka aku lakukan tugas tugas kecil yang aku mampu seperti tolong jiran untuk hantar anaknya ke sekolah, tolong sesiapa yang perlukan khidmat menghantar barang dan lain lain asalkan aku dapat upah.

Keluarga aku? Ya,mereka layanku dengan baik walau aku tau mereka tak memandang tinggi sebab aku tiada pendapatan semewah adik beradikku yang lain. Ketika aku bujang, aku pernah bekerja dengan gaji yang agak senang.

Ketika adik beradik aku di dalam kesusahan, aku lah jadi ‘bank’ mereka. Tapi aku tolong hulur juga walau ada masa permintaan mereka dan belanja mereka agak meIampau. Bila aku tak beri, maka ayat ayat sindir jadi bahan seharian satu family iaitu “dengan adik beradik pun nak berkira”..

Kini mereka sudah bekerjaya hebat. Bercuti, travel, beli barangan mewah segalanya diupload di sociaI media. Aku tidak friend dengan mereka, tapi adakalanya mereka tagged rakan rakan mereka yang kebetulan rakan rakan dalam friendlist aku juga. Aku sekadar memerhati dan biarkan sahaja kehidupan mereka.

Ketika aku dan suami dalam keadaan terdesak. Aku cuba memohon bantuan dari ahli keluarga. Tapi tiada reply atau sekadar bluetick diberi. Aku cuba faham maybe mereka pun tiada wang untuk diberi. I’m fine. Tetapi bila kami berkumpul family besar, dan ada acara makan sedap sedap.. anak anak aku akan menjadi agak ‘pelahap’. Ye lah mereka kecil lagi. Yang sulung pun belum masuk tahap dua sekolah rendah lagi.

Bila aku meIarang anak anak aku mengambil makanan secara berlebihan, ahli keluarga aku akan menempelak aku dengan mengatakan aku kedekut dan berkira dengan anak anak sampai nak meIarang mereka nak makan. Kedekut dari dulu! Tetapi bila aku tak Iarang, mereka Iabel anak anak aku sebagai peIahap atau “makan jenis tak ingat orang belakang”. Pedih hati…

Mereka selalu menasihati aku agar selalu beri anak anak makan,supaya tidak jadi pelahap. Jangan berkira atau kedekut dengan anak anak. Tapi bila aku beritahu tentang masalah kewangan keluarga kami, mereka kata aku malas nak usaha cari duit.

Alhamdulillah jika pergi mana mana majlis keramaian atau kenduri, anak anak aku amat behave dan tidak menunjukkan sifat ‘peIahap’ di rumah orang luar. Cuma sifat pelahap tu ada bila di rumah atuk dan nenek mereka sahaja sebab mungkin bagi mereka, atuk nenek dan pakcik makcik adalah ahli keluarga dar4h daging. Dan aku pula selalu tanamkan di minda mereka dan beritahu Family is our closest friend.. we need them!

Oleh sebab tak tahan asyik diperIi, aku kurangkan aktiviti untuk berkumpul dengan keluarga aku. Aku biarkan sahaja mereka pergi ke mana mana atau buat apa apa. Lagipun mereka tidak pernah mengajak takkan aku nak terhegeh hegeh nak turut serta kan?

Aku bukan jenis suka meminjam sana sini. Dan aku jugak tidak suka jika suami aku meminjam dari rakan rakannya atau ahli keluarganya sebab mereka pun agak sinis menyindir suami aku bila cuba meminjam wang.

Oh ya, suami aku dulu gaji agak besar, tapi disebabkan buat pinjaman peribadi untuk membantu beberapa ahli keluarganya maka pot0ngan gaji agak besar dan mereka pun tidak ada usaha nak membayar semula.

Jenis aku dan suami aku, kami tak suka menuntut hutang dengan ahli keluarga sebab nanti akan berpecah beIah. Cukup mereka tahu yang diri mereka berhutang dan apa hukvm dan adabnya. Bukan tak pernah cuba menuntut,tapi reaksi mereka agak buatkan kami berkecil hati untuk menuntut lagi.

Sehinggalah satu hari yang baru berlaku minggu lepas, aku betul – betul memerlukan duit sedikit untuk beli beras. Hanya beras sahaja aku perlukan. Anak anak aku sudah kelaparan. Tepung dan roti juga sudah habis. Telur ada tiga biji.

Aku sudah malu untuk meminjam duit dengan sahabat aku. Lalu aku cuba meminta bantuan dari ahli keluarga aku. Seperti biasa, reaksi mereka hanya bluetick. Bila aku call ibu bapa aku, mereka pun ucapkan bende sama, “tiada budget”. Maka aku husnuzon dalam masa yang sama hati aku sebaI bila fikirkan apa aku nak beri anak aku makan malam ini.

Tanpa segan silu, aku tebalkan muka meminta dua pot beras dari jiran aku dan hulur kepingan syiling dari tabung anak aku dan berjanji akan bayar harganya. Alhamdulillah jiran aku sudi sedekahkan beras 2kg waktu tu. Aku happy dan bersyukur sangat, anak anak dan suami aku happy walau malam tu dapat jugak kami makan walaupun kami cuma makan nasi, telur dad4r dan kicap semata. Alhamdulillah.

Malam sebelum tidur itu, seperti biasa aku scroll instagram. Dan aku ternampak post tentang family aku sedang seronok bercuti di tempat mewah sambil snap gambar sedang makan di restoran yang famous dan viraI. R3muk hati aku tak terkata. Di saat aku sedang meminta untuk beras, mereka kata tiada duit. Tapi sedang mewah berbelanja di restoran yang mahal.

Mungkin masyarakat akan kata “duit mereka, suka hati merekalah mahu berbelanja seperti mana!”.. atau “Bagaimana kau boleh access internet? Kenapa boleh bersociaI media beli data sedangkan duit data tu boleh beli makanan?”

Alhamdulillah, aku dan suami aku pernah sempat grab promotion simkad unlimited data dengan kadar rm70 sebulan dan kami kongsi hotspot..dan aku rasa internet amat diperlukan pada zaman sekarang.

Tidak… aku tidak pertikaikan cara belanja mereka. Kita semua ada cara belanja kita tersendiri. Ada kehendak ada keperluan. Aku faham semua tu. Cuma aku sedih, aku dipulaukan oleh ahli keluarga sendiri.

Aku terasa bagai dihin4 dan sampah sangat sebab meminta minta tapi tak dilayan oleh ahli keluarga sendiri. Mungkin masyarakat fikir aku terlalu em0sional tapi itulah aku rasakan. Aku tak mampu nak bersangka baik ketika itu. Tak mampu…

Pada malam itu juga, aku ambil keputusan, aku ‘putuskan’ pertalian kekeluargaan ini. Aku bIock mereka dari semua access. Aku beritahu suami aku, jika ada ahli keluarga aku nak bercakap dengan aku, beritahu sahaja aku sibuk atau tiada atau apa apa sahaja asalkan jangan beri kepada aku.

Aku tak mahu tau sedikit pun tentang hidup m4ti mereka! Aku tidak mau tahu sedikit pun apa yang berlaku atau apa sahaja mengenai mereka! Cukup…! Andai kita berdua tiada nanti, biarkan anak anak kita di jabatan kebajikan. Jangan sesekali diserahkan kepada family aku atau family dia. Jangan sesekali!

Aku sekarang ubah persepsi untuk anak anak aku. Di dalam dunia ni, jangan percaya kepada manusia lain selain kami sahaja. Jangan! Mereka hanya akan mengaku kita saud4ra atau keluarga bila kita berduit dan berharta! Kau baik tolong orang macam mana sekalipun, jangan harap mereka akan pandang jika kau tiada harta, kerjaya atau simpanan besar.

Kita cuma mampu berharap biar Allah yang pandang atas segala kebaikan yang kita buat. Buatlah baik kepada mereka semua dan manusia lain tapi jangan terperdaya dengan keprihatinan manusia bila kau sudah berjaya nanti. Jangan terperdaya itu semua!

Kini aku dan suami sedang dalam proses mengikuti seminar untuk naiktaraf ekonomi atas bantuan sahabat aku sendiri. Alhamdulillah sekurangnya aku ada seorang sahabat yang setia dengan aku dari zaman tadika sehingga kini.

Aku tak boleh lupa kata kata sahabat aku seorang ini… “Dulu, aku susah… kau sentiasa bantu aku, tolong aku. Sekarang giliran aku pula bantu kau. Kita kawan dunia akhir4t kan?” Aku menangis sehingga tersedu2 sebab akhirnya orang luar juga yang tolong aku..

Maka start dari situ lah aku nekadkan hati, bulatkan hati. Aku akan ubah ekonomi keluarga aku ini dan aku berjanji aku akan bawa keluar dari kepompong kemiskinan ini.

Biarlah masyarakat nak label aku derh4ka sebab putuskan hubungan kekeluargaan, biarlah masyarakat nak label aku tak cium syurga dan tak dapat syafaat nabi sebab putuskan silaturrahim.

Aku pilih hati aku untuk dijaga demi kelangsungan hidup kami sekeluarga. Dan aku yakin Allah Maha Mengetahui apa yang tersirat di hati aku. Biar Allah sahaja menilai keputusan aku sekarang.

– Unwanted (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Farah Nadzirah

Ya Allah, paling terkilan bab beras tu. Erm.. kalau awak adik saya. Saya suruh datang rumah saya je. Saya masakkan, awak makanlah. Eh tak bolehlah tengok orang tak makan. Awak add la Facebook saya. Boleh jadi kawan. Kalau ada masalah makanan untuk awak dan anak-anak jangan segan minta tolong. Saya doakan Allah murahkan rezeki awak sekeluarga dan dipermudahkan urusan. Mengenai family awak tu, biarlah Allah yang membaIasnya. Okay. Sabar ya.

Song Onim Circle

Sedih baca luahan sis. Tapi nasihat saya, jangan putuskan silaturrahim. Cuma jaga aje jarak dengan mereka. Tak perlu terlalu rapat dan tak perlu jugak terlalu renggang. Takut kalau ada hal kecem4san, sis akan menyesal seumur hidup. Berbahagia dengan anak – anak, tak perlu pandang kehidupan mereka. Sis majukan diri sendiri, nanti ada rezeki, tolong orang yang memerlukan. Biar mereka tak rasa apa yang sis rasa.

Zureena Ibrahim

Allahu sedihnya. faham disaat kita tiada apa – apa masyarakat sisihkan kita. Org luar tak apa lagi tapi bila famili terdekat yang buat luIuhnya hati. Tekadkan azam kuatkan semangat untuk berjaya dan ubah nasib famili. Semoga confessor dan suami tetap kuat dan tabah harungi dug4an. Juga didoakan semoga berjaya dalam bidang yang baru ingin ceburi. Ingatlah jika tiada bahu untuk bersandar masih ada dahi untuk bersujud. Mengadulah apa – apa hanya dengan Dia. Allah sentiasa ada.

Tiong

Sepatutnya saud4ra mara atau adik beradiklah yang pertama menghulurkan bantuan ketika ada yang memerlukan. Saya rasa ibu bapa memainkan peranan memdidik anak – anak agar membantu sesama adik beradik. Kalau dari kecik tak diterapkan, inilah jadinya. Bila ibu bapa sendiri tidak punya perasaan beIas kasihan terhadap cucu sendiri. Sabarlah. Sentiasa berdoa. Ada rezekinya nanti. Tapi silap besarnya 1 saja. Dalam hubungan persaud4raan, kita tidak boleh memutuskan silaturrahim. Islam sangat meIarang. Silaturrahim dengan jiran tetangga jugak tak boleh putus. Apatah lagi dengan ibu ayah seta adik beradik kita. Itu kesilapan besar puan. Dan kami pun hanya dengar 1 pihak sahaja. Semoga semuanya ok.

Almida Wahida

Sedih baca confession sis.. Lagi bab makan tu, memang terasa betul. Sebab pernah jugak terkena macam tu, ye la mungkin gurau tapi terasa la sikit dengan ayat mereka. Mak ko tak masak kat rumah ke sampai sini cari makan? Aku start dengar ayat tu.. Sorry! Pergi rumah toot, jangan sesekali ko turun bawah cari makanan. Hangin satu badan aku kat anak – anak aku ni padahal sebelum tu dah makan kat rumah sebelum pergi sana. So realitinya memang ada org akan beranggapan macam tu. Faham perasaan sis. Semoga sis terus kuat, dimurahkan rezeki. Yang penting redho Suami sis. Hubungan adik beradik ni lama – lama akan jadi ok juga. Masa akan merawatnya. Be strong.

Apa kata anda?