Aku anak lelaki tapi mak p4ksa buat kerja rumah. Salah sikit, kena b4ntai. Aku nekad keluar dari rumah tapi ni yg jadi

Aku anak lelaki tapi nak keluar lepak tak boleh, nak pergi sekolah naik motor, tak boleh. Mak tak bagi aku ambil lesen. Aku dapat masuk asrama pun, mak tak izinkan. Aku diam – diam nekad keluar dari rumah. Bila berjaya keluar jauh dari rumah, aku terk3jut tengok dunia luar..

#Foto sekadar hiasan. Nama diberi oleh ibubapa aku, Zairi. Seorang anak lelaki yang sulung dan abang kepada tiga adik perempuan. Ya, aku anak lelaki seorang dalam keluarga. Ayah seorang kakitangan kerajaan dan mak seorang surirumah.

Banyak masa mak lah yang uruskan anak – anak. Jadi kalau nak cakap bab kena r0tan, b4ntai, dan cub1t tu jadi biasalah. Semua anak – anak ibu kena. Anak laki ke anak perempuan ke sama je bagi mak. Anak laki lagi lah teruk sebab anak laki nakalnya buas.

Anak laki lebih cenderung ikut kawan – kawan. Kalau kawan ajak lepak kat kedai mamak ke, nak lepak bolehlah, tapi kalau lama – lama nahas la jawabnya. Kalau aku beIah awal, orang kata aku ‘Anak Mak’. Bukan apa balik lewat malam rumah nanti takut kena b4ntai.

Sebab takut maklah aku tak rapat dengan kawan – kawan lelaki sekolah. Diorang takpelah mak diorang sibuk kerja. Bolehlah diorang bebas nak buat apa je. Jadi aku banyak habiskan masa dekat rumah duduk dengan mak. Aku mengharapkan kebebasan tapi mak buat aku macam – macam.

Dia p4ksa aku sapu lantailah dan mengemoplah. Pastu tolong dia masak kat dapur. Potong sayurlah. Siang ikanlah. Cuci ayamlah. Tak betul buat kena b4ntai. Dih3mpuknya kepala aku dengan kuali. Sampai benj0l. (Yang benj0l tu kuali, bukan aku.) Pastu aku menangis.

Aku menangis bukan pasal mak suruh aku buat kerja dapur. Aku menangis sebab bawang merah kecil baunya pedih sangat. Lepas tu benda yang aku benci sekali. Tvmbuk sambal belacan. Sebab aku lelaki aku ada kudrat menvmbuk.

Aku tvmbuk dahlah sambil marah – marah. Pastu percikan cili padi kena pula muka. Rasa pijar ya amat. Hujung minggu mak balik dari pasar, aku kena bangun pagi – pagi. Kalau bangun lambat kena bebel. Cuci dan bersihkan dapur.

Sekolah pun satu hal, kasut sekolah murid warna putih. Jenuh aku sental kasut kotor degil dalam bilik air. Adik – adik aku pun aku sental gak (kasut dioranglah). Adik kedua aku sental baju – baju putih. Pastu aku kena pulak sental bilik air.

Aku tak puas hati. Aku sental semua kotoran degil sampai pecah jubin bilik air (Barulah bersih kulat tak datang balik). Balik je mak nampak, dia b4ntainya aku. Asal ada je yang tak kena, laki ke perempuan ke, mak aku bebel jua.

Kalau aku sidai kain dikomennya, “Kalau nak kenal betul macamana orang, tengok macamana cara dia sidai kain,” kata mak. Ampaian rumah flat, family aku duduk kat beranda rumah. Ada lima baris dawai. Mak aku ajar baris awal yang di luar sekali kena matahari, mesti kain – kain yang besar dahulu.

Baris yang terakhir jauh dari matahari dekat dengan rumah sidailah kain – kain yang kecil macam stokin, sapu tangan, seluar dalam dan baju dalam. Tak nak bagi orang luar nampak katanya. Kain mesti dikibas dan diterbalikkan dari bahagian dalam ke luar supaya kain elok dan warna tak luntur.

Perghh… sidai kain pun ada seni, bagi mak aku. Kalau makan malam pula, aku g4duh dengan adik cuci pinggan. Last – last kami setuju main gilir – gilir. Siapa masak dikecualikan membasuh pinggan. Tak nak mak meng4muk.

“Mak tak nak ada satu sudu pun dalam sinki lepas makan,” kata mak. Sinki dapur ada dua. Satu sinki tempat cuci, satu lagi tempat menerap lepas cuci. Sebelum cuci pastikan tempat menerap di mana pinggan yang telah cuci dikeringkan (airdry) masuk balik dalam rak kabinet.

Kalau tak tempat menerap tu bertimbun pinggan mangkuk dan periuk macam gunung yang menanti keruntuhan. Kalau ada pinggan mangkuk sumbing siaplah. Mak aku sayang barang – barang dapur. Kalau cuci pinggan mangkuk dan periuk lepas guna tapi masih tinggal kesan kotor sama juga siaplah sebab kerja tak betul.

Masakan mak pun ada jadualnya tersendiri. “Mak nak anak – anak mak boleh makan semua benda,” kata mak. Kalau mak aku masak, lauk yang selalu dia masak selama 6 hari seminggu ialah ikan semata – mata. Satu hari seminggu je dia bagi makan ayam dan daging.

Ikan mengandungi khasiat meningkatkan minda. “Tengok saja orang Kelantan. Diorang pandai sebab makan ikan. Tengok saja orang Jepun, diorang maju sebab kuat makan ikan. Ikan kan ada omega tiga bagus untuk otak,” kata mak.

Jiran aku orang Kelantan. Anak – anak diorang selalu result exam gempak. Pastu, mak sediakan setiap hari kalau takde sayur tak sah. Senang nak buang air besar katanya. Pastu mesti ada makanan pedas. Jadi aku dah biasa dari kecik cara pemakanan mak aturkan kepada kami.

Susah nak kata ada makanan yang aku tak suka kalau orang tanya. Kesimpulannya mak aku overpr0tective dengan anak, walaupun aku anak lelaki? Kalau anak perempuan pahamlah, anak lelaki pun kena belajar urus hal – hal rumah. Aku tak sukalah.

Aku berazam belajar pandai – pandai pastu aku nak keluar dari rumah jauh – jauh. Aku tak puas hati sebab mak, aku kurang rapat dengan kawan – kawan di sekolah. Kawan – kawan sekolah label aku ‘Anak Mak’. Apa diorang sembang dan bincangkan macam bola dan game, aku tak dapat ikut, sebab aku takde pendedahan macam diorang.

MU lah, Liverpool lah, Beckham lah, Rooney lah.. tu je aku dengar diorang sembang. Lagi teruk aku kaki bangku. Aku cemburu sebab aku takde childhood as a boy like them. Bila PMR aku dapat 7A, patut layak pergi asrama.

Tapi mak tak bagi, dia tak mahu aku pergi jauh muda – muda. Pergi sekolah menengah harian je. Tapi sekolah jauh. Nak motor dan ada lesen pun mak tak bagi. Mak ayah tak cukup duit. Naik bas je la. Aku tak puas hati lagi.

Azam kuat nak jauh dari mak, aku belajar pandai – pandai sampai layak pergi program belajar luar negara. Pergi US pula tu. Sponsored by MARA. Satu group pelajar degree pergi. Kali ni wajib pergi. Berat hati mak melepaskan aku pergi.

Aku pula excited nak pergi Hollywood dan Disneyland. Namun sampai bila aku harus duduk bawah ketiak mak dan orang gelar aku ‘Anak Mak’? So bertolaklah aku ke Amerika mencari Mickey Mouse. Impian zaman kanak – kanak.

Sampai negara orang je rasa culture sh0ck. Apa aku nak buat ni? Aku dapat rumah sewa dalam kampus dengan kawan melayu sorang yang fly sama masa tu. Yang duk sekali sorang laki putih dan sorang asian. Laki putih nama Justin.

Yang asian tak ingat nama dia. Diorang pakai kasut dalam rumah wei. Aku dengan kawan kaki ayam dalam rumah haha. Pelik tapi benar. Senior yang guide kitorang masa tu. Buka akaun bank tempatan, guna kend3raan awam dan beli makanan kat supermarket.

Awal – awal tinggal kat kampus makan megi malaysia memanjang. Takut mana makanan halal h4ram la kat sini. M4ti la macam ni. Aku nak real fresh cooked and nutritious homemade food. Bukannya wax mee dan perencah MSG perasa kari semata – mata.

Pengasas instant mee pun m4ti sebab produk dia sendiri. Aku ajak kawan rumah aku, Asrul, kita pergi shopping barang mentah. Sampai supermarket, aku beli blender, rice cooker, kuali, spatula, periuk, bawang merah, bawang putih, ikan bilis, cili kering, makanan seafood dan beras seguni.

Balik rumah aku ajak member aku kupas dan p0tong bawang sebab tu je kepakaran dia. Aku masak nasi goreng. Blend cili kering pastu tumis dengan bawang sekali. Habis berasap rumah sewa tu. Justin keluar rumah tak tahan bau tumis cili sampai bersin – bersin dia.

Like, “Wat da fish, are you cooking?”. I said “God Bless you, man,”. Aku c4mpak dan h3ntam saja semua benda dalam kuali, dengan izin Allah, jadi nasi goreng seafood, maka jadilah ia. Aku sedari aku punyai bakat memasak mew4risi dari mak, bakat yang mengalir dalam d4rah aku, muahaha.

Memandangkan makanan halal sukar didapati pada mulanya. Aku masak ikan dan telur. Dari nasi lemak sampai level kari ikan. Aku bawak rempah kari dari malaysia. Ikan bukan biasa – biasa. Ikan salmon aku buat kari. Haha.

Tiap – tiap minggu aku dengan kawan aku makan ikan salmon. Masak lemak, masak kari, masak sambal, bakar, goreng, dan sebagainya salmon tu dibuat. Tapi bila aku masak sayur, takde sape nak sentuh. Aku sorang je makan sayur. Takde sayur tak sah.

Bagi member aku, sayur memud4ratkan kesihatan. Haha, Kepala dia. Sambal belacan kalau takde tak sah juga. Aku tak tvmbuk tapi aku blend je. Buat stok sebulan, simpan dalam peti ais. Bila makan nasi, member aku pun sibuk tapau stok sambal belacan aku.

Level seterusnya, aku dengan member aku pakat beli kereta second hand tengok iklan kat internet. Dapat la beli kereta Nissan lama warna merah 90-an. Kereta Jepun memang jimat minyak. Kereta tu guna pergi jauh sikit beli ayam dan daging halal.

Aku drive lepas belajar dari kawan. Tapi takde lesen memandu, haha. Balik rumah masak kari ayam. Advance level, masak nasi ayam haha. Perghh… lama tak makan makanan malaysia. Dapat pula sos cili dan kicap lagi padu.

Kawan – kawan universiti bertandang ke rumah aku sebab bau nasi ayam aku kat universiti. Lelaki ke perempuan ke, datang bawa bekal nak tadah nak rasa, buang rasa rindunya makanan malaysia. Sampai sorang perempuan gurau kat aku,

“Zairi, sedaplah awak masak, dah boleh kahwin ni,”. Walauweh.. malu lah akuuuu.. Kepakaran masakan aku amat dikenali persatuan pelajar Malaysia di universiti. Setibanya hari raya aidilfitri, presiden minta aku hidangkan rendang ayam.

Tapi aku tak pandai masak rendang ayam. Aku call mak aku minta resipi. “Selamat hari raya mak, rindu mak.” ”Mak pun rindu, tapi mak faham kena pergi kelas waktu hari raya.” Mak sempat hantar baju melayu merah pos ke alamat rumah sewa.

Siap kad ucapan raya lagi. Bila buka kad ucapan raya, ada lagu selamat hari raya dimainkan. Mak, ayah dan adik – adik menurunkan pena ucapan ikhlas selamat hari raya kepada aku. Sebak rasanya. Family aku sedondon merah kat Malaysia.

Aku pun pakai baju merah tapi depan Skype je hehe. Sedihnya raya tanpa keluarga di sisi. Ohh.. berbalik rendang ayam aku. Satu persatuan Malaysia para pelajar menangis makan rendang ayam aku di pagi raya tu. Menangis sebab rindu kampung halaman kot diorang tu, aku pikir.

Sebenarnya, diorang menangis sebab rendang ayam aku masak padu akibat pedas sangat sebab guna jalapeno kering campur cili padi. Haha. Cabut lari. Petangnya aku pergi kelas. Walaupun berjauhan dari Mak, hasil didikan mak masih lekat dengan aku.

Walaupun di negara orang aku mampu berdikari. Memasak, mengemas, mencuci dan teratur hasil didikan mak sudah sebati dengan diri. Akhirnya aku nampak kenapa mak aku didik aku hal – hal rumah. Berbeza dengan kawan laki serumah aku tak mampu menguruskan diri.

Tidur sampai tengahari. Bangun makan megi je. Bilik tak terurus dengan spender di mana – mana. Tidur pun sukahati di man a- mana saja. Aku pikir susahlah bini dia kalau kahwin nanti. Aku tak mahu jadi macam dia. Hari demi hari berlalu.

Dari br0ken english speaking sampai perfect english pensyarah aku puji. Rajinkan sembang. 4 tahun aku jadi student negara orang putih. Akhirnya, aku hampir ke hari graduasi. Mak sanggup nak hadir ke hari graduasi aku di US.

Dia k0rbankan sikit simpanan tabung hajinya. Ayah tak dapat hadir sebab ayah sibuk bekerja. Aku jemput dia kat bahagian arrival airport. Berdebar menunggu menanti kedatangan mak di ruang menunggu. Akhirnya nampak kelibat orang tua 50-an bertudung labuh putih di sebalik ramainya orang tiba.

Aku panggil, “Mak,mak!”. Ya Allah rindunya aku pada Mak setelah bertahun – tahun tidak ketemu. Aku lari terus peIuk Mak. Menangis aku tidak tertahan sebak aku memikirkan jauhnya mak datang semata – mata menyokong hari graduasi aku.

Syurga telah datang ke Amerika. “Terima kasih mak. Kini aku mengerti hasil didikan mak aku berguna sebagai kemahiran aku berdikari di perantauan,” bisik aku sambil menatap foto berbingkai graduasi bersama mak di ofis aku kerja kini.

Aku bawa Mak aku dengan driving kereta sewa Chevrolet Malibu. Travel meluaskan pemandangan dan menambah pengalaman di sana. Los Angeles, Hollywood, Disneyland, San Diego, Las Vegas, dan San Francisco aku redah semuanya.

Semua tempat aku selfie dengan mak. Aku belikan Mak barang Corelle, Pyrex, Coach, HardRock, MK dan Victoria Secret sebagai hadiah. Pakai baki duit elaun simpanan MARA. Mak pun gembira. Mak terharu. Tidak ternilai currency dollars yang dibelanjakan bila tengok Mak tersenyum.

Hutang boleh (wajib) dibayar, Mak hanyalah satu dalam sekali sepanjang hidup. Mak aku kata dia tak mahu aku jadi macam ayah, ayah anak lelaki hasil didikan manja. Tak mampu berdikari. Buat teh minum sendiri pun tak tahu.

Basuh satu sudu makan pun tak reti. Harap arw4h nenek saja buat segalanya untuk dia. Sekarang harap mak pula. Ayah gagal memimpin keluarga. Sebab tu dia tak nak aku jadi macam tu. Aku terpelihara mak selama ni, dari melepak tak kenal siang malam, dari bahana ket4gihan r0kok dan d4dah, dari kerempitan mat – mat motor dan kedurjanaan gejala sosiaI yang bebas. Anak mak la katakan.

Terima kasih Mak, dari aku yang dilabel masyarakat sebagai ‘Anak Mak’. Semoga Allah ampunkan segala dosa mak dan beri Mak kebahagiaan selalu. Sampai Syurga, In shaa Allah. Sekian daripada – ‘Anak Mak’ di Perantauan.

P/S: tiada siapa yang ced3ra ketika cerita ini diceritakan melainkan Justin, mat saleh yang bersin akibat bauan tumis cili kisar. GOD BLESS YOU, JUSTIN. – Zairi Ramsay

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?