Anak tiri aku semua per4ngai menjengkelkan. Aku penat ajar, penat memasak untuk dorang tapi masing – masing puji mak kandung sendiri. Ada satu hari aku bukak HP suami aku, aku baca anak tiri aku mengadu aku d3ra dia…
#Foto sekadar hiasan. Hi semua, nama aku Mimi. Aku berusia 29 tahun dan sudah pun mendirikan rumah tangga selama 4 tahun. Aku berkahwin dengan seorang duda berusia 35 tahun dan mempunyai 3 orang anak tiri.
Anak pertama aku, kami panggil abang (15 tahun), anak kedua Siska (12 tahun) dan ketiga baby (8 tahun). Mereka bertiga anak yang baik sangat. Tapi semenjak aku berkahwin dengan daddy dorang, ada satu per4ngai yang semua sama spesis, sangat menyampah ann0ying bagi aku.
Si abang tu suka tanya aku, bila mummy dorang nak jumpa diorang, dia rindu. Kalau ada hari report card ke atau ada pertandingan apa apa dekat sekolah, dia akan directly bagitahu daddy diorang, abang nak ajak mummy.
Pernah masuk pertandingan catur, aku ye yang bersusah payah ajar step, ajar trick. Ehhh tiba final call mamy dia suruh datang tengok competition dia. Aku tak tahu yang ibubapa boleh datang. Tiba – tiba dia boleh update dalam ig kemenangan dia tak bermakna tanpa mummy dan daddy di sisi.
Padahal aku ada je mengular dekat rumah ni. Aku sedih. Aku kecewa. Apa aku rasa? Rasa benci. Siska pulak tak habis – habis, mummy selalu masak itu, mummy selalu masak ini, Siska suka warna ni sebab mummy suka, weyhh!!! S
ampai tahap kalau dia nak nasi goreng, aku kena buat sebijik macam mummy dia masak, nak ada sosej ada ayam. Paling teruk yang buat aku geram, aku sekarang dah mula ajar dia kemas bilik sendiri, dah besarkan. Dia boleh cakap, mummy tak pernah marah kalau dia tak kemas katil. Weyyh!!!
Dia tahu tak aku ni, mak dia ni didik dia jadi perempuan yang tahu buat kerja rumah. Kadang – kadang dia whatsapp daddy dia cakap mak dia ni d3ra dia. Aku baca whatsapp laki aku masa dia tidur. Dalam fon Siska dia delete. Bijak kan budak tu?
Last sekali si baby. Si baby selalu menangis nak mummy dia. Selalu jatuh ke, atau kena marah ke akan jerit kuat – kuat nak mummy! Aku tak tau lah sebab aku takde anak lagi ke atau apa. Aku memang disiplin la nak ajar anak – anak. Sebab aku dari kecik pon dididik macam tu.
Kena jaga solat. Kena tidur awal sebab nak sekolah. Kena buat kerja sekolah. Kena makan sama – sama bukan main fon. Kena ada masa main dan masa lain yang berfaedah. Kenapa ye semua tu salah? Kenapa aku di cop jahat?
Aku nak didik budak – budak ni jadi orang berguna je besar nanti. Aku pernah suarakan hasrat nak kerja dengan suami aku. Dia cakap, sanggup bayar berapa pun asalkan aku duduk rumah dan urus anak – anak dan rumah tangga.
Dia taknak aku penat kena balance kan semua. Dia seorang suami yang baik. Bila aku cerita ni kan, mesti ada pembaca yang cakap mesti mumy diorang baik. Untuk pengetahuan korang, mumy diorang ni kena tangkap basah dan pernah kant0i skandal dengan suami orang. Sampai sekarang ye.
Dalam 4 tahun ni dia dah 3 kali kahwin cerai kahwin cerai. Dia tiada masa langsung untuk anak – anak dia. Adalah 2 kali dalam 4 tahun ni dia datang jenguk anak dia. Call anak dia? Sebulan tu sekali je. Kalau anak – anak dia call pon angkat tapi tak sampai 5 minit weyh.
Suami aku pernah marah aku sebab anak – anak dia mengadu aku ni tak sama macam mummy dia. Aku sound balik, aku cakap, anak – anak dia, anak – anak aku juga, diorang kena ikut cara aku dan aku takkan marah tanpa sebab.
Aku bukan tak ikut langsung kehendak diorang. Nak pergi sana sini aku bawak. Nak makan dorayaki macam doraemon aku buat. Suka kek coklat moist. Hari – hari dalam peti tak pernah habis dan tak pernah takda. Nampak sikit je, aku baked lagi.
Nampak nak habis je aku baked lagi. Diorang nak main ice skating, nak main district kat pj. Nak semua yang bermanfaat. Memang aku tak pernah tak bagi dengan alasan tak bawak. Kenapa masa happy tak pernah sebut dekat daddy diorang.
Kenapa time aku bawak mandi sunway tak pernah update dalam ig? Kenapa aku rasa insecure eh? Awal tahun hari tu aku baru keguguran sebab str3ss. Miscarriage 4 bulan masa tu. Sedih sangat – sangat. Allah je tahu tu anak pertama aku dengan husband.
Tapi harini aku ikhlas redha. Mungkin aku kena layan diorang dengan penuh lagi kasih sayang. Dan kerana itulah aku nak jaga mentaI aku, aku sound je diorang kalau ungkit mommy diorang depan – depan aku. Lagi – lagi tengah makan. Aku sound dia dengan daddy dia sekali.
Antara ayat – ayat aku ‘eh, ingat mak tiang ye kat sini? Mummy kamu tak ada kat sini, kejap lagi telefon lah dia, lepas rindu puas – puas′ & ‘yelah, mak kau yang jahat, mak kau ni per4mpas kebahagiaan korang’, ‘ ya saya ni bibik je dalam rumah ni’.
Laki aku? Laki aku akan suruh anak – anak dia makan tanpa cakap apa – apa. Sebab laki aku tahu macam mana aku berk0rban untuk diorang selama ni. Aku ni kategori s4kit mentaI dah. Doakan lah aku bertambah sabar dan ikhlas.
Aku harap mumy diorang baca laa confession ni. Anak kau dah rindu kau separuh m4ti dah. Kali terakhir kau jenguk pun bulan 7 2022 tahun lepas. Anak – anak tak habis duk teringat puji kau tapi kau langsung tak peduli dekat anak – anak. Sekian… – Mimi (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Norsyidah Khairul Anuar : Semoga Allah ganjarkan pahala atas segala peng0rbanan tt dan diberikan kesabaran untuk mendidik anak – anak tiri. Jangan risau, dah besar nanti anak – anak akan sedar siapa yang banyak berk0rban. Tt hanya perlu bersabar dan banyakkan berdoa kepada Allah untuk diberikan kekuatan mendidik mereka.
Liya Alya : Layan biasa sudahlah.. tak payah layan lebih – lebih. Kalau nak bawa pi mana – mana inform suami siap – siap. Anak orang dengan anak sendiri tak sama iye.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.