Aku benci, malu nak kenal mak aku dekat suami. Per4ngai mak Nauzubillah. Ada sekali tangan aku naik ke muka mak

Mak aku suka mengata anak orang lain dan dia anggap dirinya dia terpaling bagus. Dialah terpaling alim. Hakik4tnya dia sendiri pernah mengherdik suami dan ibunya dulu. Paling tak tahan, mak aku..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Aku gelarkan diri aku sebagai Candy (bukan nama sebenar). Aku tak tahu nak mula dari mana. Jiwa dan fikiran aku berserabut. Perkahwinan aku masih baru, inshaAllah dah nak masuk 2 tahun dan bakal menimang cahaya mata sulung.

Baik, aku dahuIukan kisah suami aku sebagai pembuka luahan. Suami aku ni ialah kekasih aku sewaktu aku di sem akhir diploma di sebuah universiti utara tanah air. Sewaktu berkawan dahulu, aku nampak dia ni seorang yang sangat bagus dan bertanggungjawab, aku rasa sangat bahagia bila ada seorang lelaki macam dia sudi berkawan dengan aku.

Sedangkan aku ni seorang anak yang jenis derh4ka juga la dengan orang tua aku terutamanya mak aku. Mak aku ni seorang yang panas baran, eg0 tinggi, sombong, kaki em0si dan suka cari g4duh dengan orang samada dengan adik beradik dia mahupun orang luar.

Sebab tu aku tak suka dengan mak sendiri dan pernah banyak kali aku menengking dan berg4duh dengan dia. Aku cukup malu nak bagitahu kekasih aku yang aku ni sebenarnya seorang anak yang jahat dan teruk. Aku tak gamak nak bagi dia masuk dalam keluarga aku yang caca marba walaupun latarbelakang keluarga aku ni sangat bagus.

Nak ditakdirkan cerita, alhamdulillah kekasih aku ni berjaya pandai ambil hati mak aku seterusnya merestui hubungan kami. Kekasih aku ni orangnya aktif bersosiaI di dalam persatuan memang tak dinafikan dia pandai berkomunikasi dan pancing hati orang – orang tua macam mak aku ni.

Berbalik kepada perihal kekasih aku yang sudah menjadi suami yang sah ni, dulu aku pernah tanya pasal bekas teman wanita dia dan punca hubungan mereka berakhir. Rupanya mereka ni tak sekufu dari segi pemahaman agama (background family ex gf dia ni liberal dan anut ajaran sesat).

Aku pernah tanya dia dulu pernah tak sewaktu berkawan dengan orang lain ada buat lebih – lebih selain pegang tangan tapi dia tak nak cerita, cuma dia ada kata dah insaf lepas berkawan dengan aku. Tapi bila dah sampai masa kami disatukan, baru dia jujur dengan aku (tapi tak 100%) yang mereka pernah ringan – ringan bila keluar dating.

Waktu ni aku masih bersangka baik dengan dia dan anggap dia dah bertaubat. Bahtera rumahtangga kami sangat bahagia sehinggalah aku mengandung, aku dapat ‘terbau’ macam dia ni seolah – olah ada sembunyikan sesuatu yang buat aku syak wasangka sebab aku ada termimpi benda buruk pasal dia. Naluri aku sendiri menyatakan dia curang.

Aku jadi tak tenteram sampailah aku curi buka fon dia, betapa kecewanya aku, aib dia terpampang dengan jelas yang dia ada simpan gambar – gambar perempuan secara random yang dia ss dari socmed dan selalu update tiap hari untuk dijadikan modal.

Tak cukup dengan yang tu, dia juga simpan conversation lama dengan bekas teman wanitanya yang masing – masing masih mengenangkan memori buat maksi4t dulu. Luluh hati aku bila kenang aib suami 100% berada dalam genggaman aku.

Ternyata selama ni aku ditipu hidup – hidup, aku berg4duh dengan dia sebab aku rasa ni tak adil bagi aku. Aku ada hak untuk tahu semua ni sebelum aku berkahwin dengan dia. Dan yang paling parah sekarang ni, dia mula dah berimaginasi perempuan lain ketika bersama dengan aku dan sanggup buka fon cari gambar perempuan lain yang naikkan nafsu dia ketika sedang bersama dengan aku.

Aku tak sangka rupanya suami aku ni memang dah rosak jiwanya. Memang dia khi4nat dengan aku. Aku pernah google hukvm pasal membayangkan ajnabi lain ketika bersama dengan pasangan, memang secara tak langsung dia akan berd0sa. Sumpah aku tak rela dan tak terima suami aku ni seorang penz1na.

Banyak kali aku berdoa sampai nangis kenapa aku ditakdirkan untuk berpasangan orang yang sebegini. Aku menjaga maruah aku dengan baik dan dia sendiri pun tak pernah usik aku sepanjang kami berkawan dulu. Nak keluar dating dulu memang aku bawa sorang member aku sebagai peneman. Tapi dia tak jujur dengan aku.

Mungkin ni la kifarah untuk aku yang selama ni aku derh4ka dengan mak aku. Bak pepatah omputeh, what goes around comes around kan. Dari kecil hingga nak jadi isteri orang, aku masih herdik dan h1na orang yang melahirkan aku sendiri.

Masih segar dalam ingatan aku, aku pernah berg4duh dengan mak aku dan mak aku cuba menampar aku tapi berjaya aku tepis dan tangan aku naik ke muka mak balik. Aku pun selalu anggap punca kifarah yang aku serta adik beradik aku dapat ni semuanya datang dari mulut mak aku sendiri.

Mak aku suka mengata anak orang lain dan dia anggap dirinya dia terpaling bagus dalam semua benda terutamanya agama. Dialah terpaling alim tapi hakik4tnya dia sendiri pernah mengherdik suami dan ibunya dulu. Dia masih tak sedar diri yang anak lelaki kesayangannya yang jadi biawak hidup tu ada cubaan nak menyentuh dan rosakkan aku sebelum aku kahwin.

Tu kifarah untuk dia sebab mengongkong abang aku sehingga tak bagi abang aku tu keluar dari kampung untuk mencari kerja. Lepastu ada hati nak kahwinkan anak lelaki dia tu dengan penjawat awam. Korang mesti rasa nak tergelakkan pasal impian mak aku ni.

Anak menantu dia yang sedia ada ni pun macam hampeh pastu sekarang ni dia sibuk ‘cari m4ngsa’ untuk ani4ya anak orang lain pulak. Mungkin inilah bahagian ujian untuk kami. Orang kata nasi dah jadi bubur. Nak menyesal pun takda gunanya.

Setakat ni aku hanya mampu doakan diri aku sendiri, suami dan mak aku kembali ke landasan yang betul. Aku akan cuba untuk cari masa untuk berbincang dengan suami aku pasal bahana akibat tidak menundukkan pandangan dan aku harap dia mampu bertahan bermentuakan mak aku yang per4ngai nauzubillah ni.

Untuk diri aku, aku sentiasa doakan agar tidak menyimpan d3ndam dan sentiasa ingat Allah Maha Pengampun dan Maha Mengetahui. Dan terakhir untuk mak aku, aku harap dengan adanya cucu yang bakal dilahirkan nanti dia akan berubah menjadi lebih baik dan menjadi satu tanda kemaafan dan keampunan aku untuk dirinya.

Bagi aku selagi kita diberi peluang untuk bernafas ni, selagi tu kita perlu rebut untuk bertaubat, masih ada masa untuk kita mengubah diri sendiri. Korang doakanlah kami untuk menjadi lebih baik dan doakan aku selamat bersalin. Semoga doa tersebut berbalik kepada kalian. Terima kasih sebab sudi membaca luahan panjang yang berserabut aku ni. – Candy (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Noradila Ismail : Dah bagus awak sedar d0sa derh4ka kat mak. Tapi dalam masa yang sama awak masih nak salahkan mak atas apa yang berlaku. Masih mengata mak sendiri dan macam tak boleh terima ini semua ujian untuk semua orang lagi – lagi diri sendiri.

Kadang – kadang dalam kita menjaga, kita masih dapat yang kurang baik. Anggaplah ada hikmah. Mungkin untuk bersihkan hati kita. Maybe? Agak susah nak move on jika masih ada rasa nak salahkan orang lain. Suami tu dah tentu berd0sa. Awak janganlah buat d0sa untuk diri dengan terus menerus salahkan emak sendiri.

Nuriah Abdrazak : Noooo.. u tak akan boleh mengubah manusia lain. U yang kena berubah. U yang kena usaha untuk berubah untuk diri u sendiri bukan untuk ur mother.. not siblings and paling tak perlu ‘UR HUSBAND’.

U tak perlu tunggu dan merasa yang ur husband akan berubah. Orang lelaki selagi dia masih sihat, dia tak jaga rezeki dia tak jaga pemakanan dia tak akan boleh berubah serta-merta. It takes time. I doakan.. u jaga diri u dahulu dan bakal anak yang dilahirkan.

Doakan u kuat mampu harungi dunia perkahwinan yang masih mentah nii pegang anak u baik – baik. Buat benda yang Allah suruh tinggalkan yang Allah larang ‘Tolong jaga kubvr kita cantik – cantik’. Last but not least..don’t blame urself. Sis doakan u juga..

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.