Aku berangan la ada kakak ipar cantik, tapi rupa – rupanya biasa je. Muka pucat semacam tudung pun senget

Aku tak suka dengan pilihan isteri abang aku. Muka dia biasa – biasa je tak cantik, tak sesuai dengan abang aku yang handsome. Aku harap sangat abang aku dengan seorang model muslimah, insta famous yang dah lama suka dekat abang. Satu hari aku nampak nenek lumur kepala kak ipar dengan naj1s, terk3jut aku tengok tindakan kakak ipar…

#Foto sekadar hiasan. Kakak Ipar Bukan Pilihan

Abang aku ustaz. Muka boleh tahan hensem, dia sangat active masa study kat Mesir dlu, kira orang kuat la. so aku pernah dengar la ada 2 – 3 orang perempuan yang syok kat dia. Lepas habis belajar abang aku cakap nak kahwin, suruh ummi pergi rumah bakal kakak ipar aku.

Aku pun semangat la, mesti bakal kakak ipar aku cantik, mesti jenis lemah lembut, jenis ayu habis. Ye la abang aku ustaz, bakal doctor tak lama lagi. aku berangan la ada kakak ipar cantik. Yang boleh layan giIa – giIa aku. Last-last tengok, alah biasa ja. Tak kurus tak gemuk. Senyum ja manis. Muka pucat semacam.

Tapi aku okay ja sebab dia baik, senang bawak bersembang walaupun macam orang tua – tua cara dia. Jenis tak heran lansung tudung dia senget ke betul ke, janji dia buat kerja dia. Cuma aku harap berharap abang aku terima seorang sis ni. Dia memang syok dekat abang aku, cantik pun cantik. Orang femes dekat insta gitu. Kira macam model muslimah la.

Lagipun aku tengok cara hidup dia dengan abang aku sangat berbeza. Abang aku jenis tertib giIa, kakak ipar aku ni jenis bedal tak kira apa, kalau jumpa orang tua, mulut dia boleh bercakap tak berhenti.

4 bulan lepas tu diorang kahwin. Kakak ipar aku ni jenis biasa ja orang dia. Pakai baju labuh dengan jeans, tudung shawl, satu jenis tu ja dia liIit. Tak reti nak mekap langsung. Aku tak pernah tengok dia tempek bedak. Masa kenduri kahwin memang beza giIa muka dia.

Seri pengantin kot, cantik sangat, tapi sekali tu ja la. tu pun sebab kena p4ksa dengan kakak dia. Kakak dia jurumekap, terp4ksa la ikut kehendak kakak dia. Dia malu sangat nak ambil gambar. Nak pegang abang aku pun dia terketar – ketar.

Kalau dia rancak bersembang dengan makcik – makcik, abang aku usik sikit ja terus diam. Aku tengok bahagia ja diorang lepas kahwin. Adik beradik aku semua suka dekat kakak ipar aku, tapi aku kadang – kadang macam tersebut pasal model muslimah tu depan dia, dia macam terasa jugak la. Ye la, kalau sekali pandang macam tak padan. Abang aku hensem dia biasa ja.

Tahun lepas mak aku s4kit. Nenek aku pulak ny4nyuk, kakak ipar aku yang kerja sebagai lecturer tu berhenti sebab nak jaga mak dengan nenek aku. Bila abang aku balik, abang aku tolong. Aku lansung tak tolong, kami dua beradik ja.

Aku ni kononnya sibuk sangat belajar. Kadang – kadang je aku tolong mandikan mak. Satu hari aku balik, nenek tengah lumur kepala kakak ipar dengan naj1s, kakak ipar aku tengah mandikan mak aku. Dah la mak aku jenis besar, dia mandikan sorang – sorang. Aku nampak muka dia merah, sorang-sorang kot angkat.

Lepas dia masuk bilik tengok tok, dia langsung tak marah. Dia mandikan tok pulak. Dia tak nampak aku dah balik. Masa ni aku dah rasa sebak. Hebat kakak ipar aku ni. Banyak kerja dia sehari suntuk. Bukan senang jaga orang s4kit.

Malam tu aku nampak abang aku tolong urutkan kaki kakak ipar aku masa dia tengah tidur sambil tengok TV kat bawah. Abang aku menangis weh. Dia usap pipi kakak ipar aku. Aku nak turun bawah time tu, aku buat – buat tak nampak, aku naik balik atas.

Aku pulak dok sedih sorang – sorang kat atas. Kenapa selama ni aku tak nampak? Aku tak patut soalkan pun kenapa abang aku pilih dia.

Kakak ipar aku cantik, tapi abang aku je nampak. Dia tak tayang dia sIim kat ig, dia tak giIa mekap nak tunjuk dia cantik. Most importantly, dia sayang abang aku seadanya. Sanggup susah bersama even dia dah ada semua.

Langsung tak mengeluh depan abang aku padahal aku nampak weh, susahnya dia nak hadap semua ni. Selalu aku nampak dia tertidur sambil bagi makan mak dengan nenek aku. Time makan pun dia kena makan berdiri kadang-kadang, tak ada masa untuk diri sendiri. Aku pernah tanya dia kenapa susah sorang – sorang, ambik la orang gaji. Dia cakap mak aku syurga abang aku, dia kena la jaga syurga abang aku.

Sebab dia, aku akan balik jugak setiap minggu nak tolong dia jaga mak n nenek aku. Sebab dia aku sedar. Patut la mak aku sayang sangat menantu dia ni, memang lain daripada yang lain. Point aku, tak payah judge orang based on appearance je.

Nampak ja kakak ipar aku ni r0ck, but she really yang terbaik untuk abang aku. Yang cantik rupa mudah nak cari, yang cantik hati susah nak jumpa. – Adik ann0ying

Komen Warganet :

Paras rupa bukanlah segala – galanya dalam dunia ini dan tidak menjamin kebahagiaan. Kecantikan luaran akan pudar hanya yang tinggal kebaikan yang ada dalam diri yang boleh mendidik diri dan juga orang sekeliling. Sebab itu jangan sesekali menilai luaran seseorang atau menghukvm sebelum tahu apa sebenarnya yang berlaku.

Apa kata anda?