Setelah 3 tahun aku berhenti biaya keluarga, aku mampu menyimpan hampir 200k

Gaji aku hampir 10k. Suami pula gaji separuh dari aku. Kalau dulu gaji aku 5-6k aku spend untuk family aku. Sekarang aku biarkan semua suami yang bayar setelah aku dapat tahu yang aku dicurangi. Setelah tiga tahun aku berhenti biaya keluarga aku, aku mampu menyimpan hampir 200k.

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Terdetik hati aku untuk menulis tajuk di atas berikutan satu kisah ‘PoIigami yang menyiksakan aku dan ibuku’ yang telah disiarkan baru – baru ni. Alhamdullillah aku tiada di tempat penulis mahupun ibu penulis.

Tetapi aku tahu rasa s4kitnya apabila suami dalam diam mempunyai scandaI dengan perempuan lain. Aku bersyukur dilahirkan dalam keluarga yang mementing agama. Alhamdullilah ayah aku menunjukkan contoh terbaik untuk kami.

MaIang sekali aku berkahwin dengan lelaki yang sebaliknya, sangat berbeza dengan ayah dan adik – adikku. Sampai sekarang aku selalu bertanya ‘kenapa ibu dan ayah tak halang perkahwinan aku dulu’.

Aku dapat rasa mereka kurang senang dengan suami aku apabila setiap kali suamiku datang ke rumah kerana mak dan ayahku cuba mengelak dari berjumpa suami aku. Tetapi itu lah, aku pun tak faham mengapa mereka tidak pernah halang aku berkawan dengan dia.

Aku tak mahu bercerita mengenai rumahtangga aku secara terperinci di sini. Berbalik pada tajuk, aku ringkaskan mengapa perempuan sukar untuk menerima kenyataan yang suami mereka ingin berkahwin lain atau mempunyai perempuan lain walaupun untuk mengisi masa lapang.

Antara sebab utama mengapa perempuan sukar untuk menerima perbuatan suami yang meduakan isterinya adalah faktor kewangan si suami yang menyedihkan. Kebanyakan wanita akan cuba mencari pendapatan sendiri untuk menolong suami agar hidup lebih selesa dan tidak mahu membebankan suami.

Dan secara realitinya para isteri sekiranya mampu memang ingin hidup lebih selesa. Kebanyakan isteri bersusah payah mencari rezeki yang mana sepatutnya para suami la yang perlu membanting tuIang dan memerah otak mencari rezeki.

Walaupun si isteri bekerja, mereka di rumah tetap melakukan kerja – kerja rumah seperti biasa. Memastikan rumah bersih, baju dibasuh, anak tersiap dan lain – lain. Dan atas faktor ini la mereka tidak mampu untuk menjadi rasionaI sekiranya suami curang.

Kerana pada isteri, mereka telah bersusah payah untuk menyenangkan suami dan anak – anak, tetapi dicurangi pula sebagai baIasan. Ya, ada segelintir para ustazah menasihatkan untuk kita bersabar, redha dan berserah pada Allah, dan berd0sa sekiranya meminta cerai atas alasan suami ingin atau sudah berkahwin lain.

Tetapi adakah berd0sa kita ingin mencari bahagia kita sendiri sekiranya kita tidak mampu untuk redha dengan perbuatan suami. Mengapa perlu membebankan fikiran dan em0si dengan meneruskan hidup bersama suami yang mensia – siakan kesetiaan isteri?

Dan sehingga kini aku masih tertanya – tanya, adakah ustazah – ustazah yang bekerja dan memberi ceramah ke merata – rata mampu untuk sabar dan redha sekiranya suami mereka mencurangi kesetian mereka?

Kebanyakan pasangan yang berkahwin mempunyai kehidupan yang bermula dari bawah di mana mereka bersama – sama (berkongsi), Membayar keperluan rumah seperti perbelanjaan dapur, bil utiliti, pengasuh anak, perbelanjaan sekolah anak, sewa rumah, kereta dan sebagainya.

Dan ramai juga yang bersama – sama mengumpul duit untuk membeli aset terutama rumah. Terdapat banyak kes juga di mana si isteri yang menanggung secara berlebihan perbelanjaan keluarga hingga tidak mampu untuk berbelanja untuk diri sendiri.

Sekiranya, semua perbelanjaan di atas ditanggung sepenuhnya oleh suami, isteri anda MUNGKIN mampu menjadi rasional sekiranya si suami ingin berkahwin lain. Dan akan bertambah – tambah rasionaI sekiranya si suami mampu memewahkan si isteri seperti membelikan rumah atas nama mereka,

Menyediakan pembantu rumah, menyediakan kereta dan membuat simpanan tetap untuk setiap bulan beserta kad kredit tanpa limit untuk perbelanjaan peribadi. Aku harap pembaca dapat memberi komen untuk point ini samada menyokong atau tidak point ini.

Antara alasan yang typical mengapa lelaki ingin berkahwin lain sedangkan si isteri banyak membantu mereka adalah kurang layanan / perhatian dari isteri, isteri tidak mesra, dan isteri tidak berpenampilan menarik.

Dan kebanyakan lelaki yang beralasan begini pula kebanyakan dari kalangan dari lelaki yang tidak mampu untuk memewahkan isteri mereka. Untuk pengetahuan suami, sekiranya anda mampu untuk memewahkan isteri anda seperti yang saya nyatakan di perenggan di atas, nescaya isteri kamu mampu memberi layanan terbaik dan berpenampilan seperti Nora Danish / Mira Filzah / dan seangkatan dengannya.

Mana mungkin perempuan yang tenaganya tidak segagah lelaki sudah penat bekerja dan memastikan makanan tersedia, anak dan rumah terjaga mampu untuk melayan dan bermesra setiap waktu.

Sedangkan handphone yang digunakan sepanjang waktu akan kehabisan bateri, inikan pula tenaga manusia. Jadi, tolonglah rasionaI sebelum ingin berkahwin lain. Daripada kamu ingin berkahwin lain, adalah lebih baik kamu belanja wang tersebut untuk menyediakan pembantu kepada isteri kamu.

Untuk para isteri yang telah banyak membantu suami tetapi telah dicurangi atau telah dimadukan, bertindaklah dengan bijak. Sedikit perkongsian dari pengalaman aku, aku telah berhenti membantu suami untuk biaya perbelanjaan keluarga, sekolah anak, belanja dapur, bil utili semua ditanggung sepenuhnya oleh suami.

Gaji aku hampir 10k. Suami pula gaji separuh dari aku. Kalau dulu gaji aku 5-6k aku spend untuk family aku, sekarang duit tersebut untuk simpanan aku sahaja. Dulu, insurance anak (RM600), yuran bulanan tadika anak – anak (RM1500), yuran tahunan tadika (RM4500), installment rumah (RM2500), semua atas tanggungan aku.

Suami hanya perlu membayar perbelanjaan dapur (RM1000), astro (RM100), bil letrik dan air (300), bil telefon (RM300) dan wifi (RM200). Kami mempunyai kereta secara berasingan, dia membayar keretanya dan aku membayar kereta aku sendiri.

Kini aku hanya perlu membayar installment rumah sahaja kerana rumah aku beli atas nama aku sejak dari bujang lagi. Lain – lain perbelanjaan atas bahu suami setelah aku dapat tahu yang aku dicurangi. Setelah tiga tahun aku berhenti biaya keluarga aku, aku mampu menyimpan hampir 200k.

Gaji suami pula sekarang memang cukup – cukup, tiada lebih dan kadang – kadang terkurang. Bila terkurang meminjam dari aku. Dan aku akan tuntut setiap kali gaji masuk. Risau sekiranya dicurangi? Entahlah, aku serahkan kepada Allah.

Tapi aku sudah buat perjanjian dengan suami dan biarlah perjanjian itu hanya kami yangg tahu. Alasan suami aku curang? Terpengaruh dengan rakan – rakan. Ya kebanyakan rakan – rakannya mempunyai scandaI dan aku pernah terserempak mereka dengan scandaI mereka di mall – mall.

Aku pernah bagi tahu suami bahawa aku ingin beritahu isteri mereka, kesian isteri mereka ditipu, beria suami bantah. Rupanya suami aku juga mempunyai scandaI dan dia mungkin risau kawan mereka juga memberitahu aku yang suami aku juga mempunyai scandaI.

Bod0hnya aku tidak mengesyaki apa – apa waktu itu. Tapi sekarang aku tak risau sama ada suami aku ada scandaI atau tidak, sekiranya benda samada berulang, dia tahu apa akibatnya. Tak kisah menjadi janda?

Perempuan sekarang bukan seperti lelaki, terutama yang mempunya kerjaya stabil. Kalau lelaki memerlukan perempuan untuk melengkapkan hidup mereka, tidak untuk perempuan. Perempuan tidak semestinya memerlukan lelaki untuk melengkapkan hidup mereka, bagi perempuan, kehadiran anak – anak sudah cukup membahagiakan.

Bagi aku, sabar perlu ada batasnya, berbuat baik perlu ada caranya dan aku selalu berdoa agar tidak lagi dibod0hi oleh suami sendiri. Aku lebih rela hidup tanpa suami daripada menjadi tunggangan si suami untuk kesenangannya. – Ratu (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Laila Zahra : Kalau laki anda kaya dan bagi semuanya kekayaan pada anda dan dia nak kahwin lain adakah anda bagi? Ia bukan sebab kemewahan, laki dah cantikkan belanja macam Nora danish ? Adakah orang dah cantik pun layak dipoIigamikan?

Ini jugak bukan ukuran sis. Maaf la ukuran redha ni bila isteri dekat dengan Allah. Suami mampu didik isteri faham agama.

Adawiyah Shaarani : Guru besar saya mengamalkan poIigami. Dua – dua isteri dia pun guru. Dalam situasi Guru Besar saya ni saya rasa ada pengecualian, semua individu dalam tu senang. Dia pun ada kerja lain selain dari jadi cikgu.

Kedua family pun nampak baik dan tak berg4duh. Isteri kedua umur 48 tahun, belum direzekikan anak. Masa nikah yang kedua tu, isteri kedua tu umur dah 42 – 43 tahun, belum pernah berkahwin. Jadi, di sini saya bagi lulus poIigami. Suami dihorm4ti oleh isteri pertama.

Menafkahi keluarga dengan baik. Dia pun dapat mendidik isteri menerima poIigami. Bagi saya, suami kalau nak kahwin lebih, dia kena buatkan isteri pertama tu memghorm4ti keputvsan dia dengan cara menafkahi dan melayani dia dengan baik dan sebagainya.

Sampai isteri pertama tanya diri sendiri, ‘kenapa aku nak halang dia berkahwin lain, layanan cukup dan dia dah sediakan semua. Kalau nak tunggu suami sediakan unlimited credit card dan pembantu tu 0ver la pulak. Pelik dengan suami yang tak mampu buat isteri pertama hormat dia. Tapi nak tambah another keluarga.

Marinah Osman : Beginilah! Untuk isteri yang bekerja atau tidak bekerja, buanglah jauh – jauh niat bekerja kerana nak tolong suami. Tak ada istilah tolong dalam rumahtangga. Semuanya adalah tanggungjawab dan amanah. Suami tak beri nafkah zahir batin kepada isteri, berd0sa.

Masalahnya, isteri nak tolong, nak bantu untuk cukupkan yang suami tak mampu sediakan, suami tetiba dah rasa, “isteri aku tak kisah”. Selama – lamanya suami akan anggap isteri tak kisah. Betul, hidup berumahtangga adalah perkongsian, berkongsi bilik tidur, berkongsi bilik mandi, berkongsi katil dan lain – lain tetapi, nafkah untuk rumahtangga adalah tanggungjawab suami. Sahih.

Norsilawati Jaminam : Pengaruh rakan sebaya, tempat kerja memang salah satu punca curang. Tambah lagi kalau iman senipis kulit bawang, kena cab4r sikit dengan kawan mula la nak tunjuk hebat konon tak takut bini. Itu bukan tak takut bini tapi tak takut pada janji Allah.

Allah dah pesan dalam Al-Quran, berkahwinlah kamu 2, 3 atau 4 dan berlaku adillah kepada setiap isteri – isterimu dan sekiranya tidak mampu berlaku adil, makan kahwinilah seorang sahaja dari perempuan di kalangan kamu (lebih kurang gitulah ayatnya).

Bab perempuan tak sanggup dicurangi tu pun betul, yelah perempuan biasanya nak hidup selesa. Nak – nak kalau ada anak, makanya dia sanggup je topup mana yang mampu. Beli rumah lagi selesa, kereta lagi selesa, makanan yang sedap – sedap, baju yang cantik – cantik, bercuti sana sini.

Biasanya si isteri yang mencukupkan bab keselesaaan tu, suami sekadar menyediakan yg basic ikut kemampuannya. Jadi bila mana suami yang dibantu tu curang. Memang la isteri tu terus rasa nak menyer4ng, seolah apa yang dibuat tak dihargai baIasannya dia dicurangi.

Bab adil dalam poIigami bukan sekadar adil dalam bab material semata tapi perhatian dan kasih sayang. Adil bukan diukur dari nilai mata wang yang sama diberi setiap bulan tapi adil diukur bila mana isteri – isterinya redha atas apa yang diterima dari suaminya.

Aisyah Nur : “Antara sebab utama mengapa perempuan sukar untuk menerima perbuatan suami yang menduakan isterinya adalah faktor kewangan si suami yang menyedihkan.” Ini pendapat tt. Pendapat saya semuanya sebab SAYANG.

Tak sanggup berkongsi kasih. Suami mampu sekali pun, kebanyakan wanita bila tahu suami ada perempuan lain tetap dia tak boleh terima. Buruk macam mana pun perangai suami tu, bila tahu suami dia ada perempuan lain, tetap dia tak boleh terima. Semuanya sebab sayang dan cinta pada suami. Tak semua. Tapi kebanyakannya begitulah.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.