Aku buat rumah terbuka, ada mintak duit raya untuk anak-anak dekat rumah. Yang masih dalam perut pun kena bagi duit raya

Aku tengok anak – anak dia tak datang pun rumah aku tapi dia tak habis ingatkan aku anak dia ada 5 orang dekat rumah. Yang dalam perut pun nak duit raya. Nampak macam bergurau tapi kalau dah sebut ulang – ulang tu..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca luahan saya ini. Aku Kubis Bunga (bukan nama sebenar) sudah berkeluarga dan ada 3 orang anak, 10, 8 dan 2 tahun. Syawal pun dah sampai ke penghujungnya tapi masih ada yang buat open house dan masih ada yang kunjung mengunjung rumah saud4ra dan rakan kan.

Aku nak cerita sikit la apa yang berlaku dekat aku bila Tiba Hari Raya.. Di sini aku nak luah beberapa sikap ibubapa yang suka meminta – minta. PLEASE, STOP! jangan meminta – minta. Dari tuan rumah ikhlas jadi tak ikhlas kerana sikap meminta – minta tu. Tolonglah ibubapa moden. Tunjuklah contoh yang baik pada generasi akan datang.

Kisah 1. Alkisah, aku sudah menjemput adik beradik, saud4ra dan rakan ke rumah terbuka. Sudah tentu dari makanan ke minuman ke makanan sampingan aku sudah bajet nak buat dan sediakan apa. Aku tak minta tetamu bawa dan tak minta pendapat tetamu tentang hidangan makanan.

Aku dah ada list, aku tahu tahap mampu untuk aku sedia kan. Tetapi, ada juga tetamu meminta – minta untuk sedia kan hidangan itu, hidangan ini atas alasan. “Anak aku makan ni ja, ko buat la sikit ya tuk anak aku, ko masak sedap, jangan lupa tau, masak ni tau”.

Heyy… Dah orang jemput datang makan, datang je, jangan banyak songeh. Anak kau nak makan, ko masak la sendiri. Dan aku, hanya mampu marahkan dalam hati. Hahaha.

Kisah 2. “Anak aku 5 “. Sally (bukan nama sebenar) berkata. Yang aku nampak seketul ja dipimpin, lagi 4 dari turun kereta tiada pun. Bila ditanya, “Tak ikut susah nak kontrol la, aku nak makan tenang – tenang, yang sorang ni sebab takde yang nak jaga ja”. Sambung Sally lagi.

“Anak aku 4 tau, kalau nak kira sekali yang dalam perut ni ada 6”. Gurau Kiah diulang berkali – kali, anak nya 6 orang. Kalau dah ulang lawak sama, sebenarnya memang nak 6 angpau la kan. Aku bertanya mana 4 anak nya tu. Nak angpau kena la salam.

“Tak payah nak salam – salam. Bagi aku jer angpau budak – budak tu, eh 6 la . Dalam perut ni nak jugak”. Difitnahnya anak yang dalam perut tu. Dari aku ikhlas nak bagi 4 anak tadi terus macam tak ikhlas bila tengok sikap ibubapa yang meminta – minta macam ni.

Aku lebih suka anak – anak itu sendiri datang bersalam dan mengucap selamat hari raya. Baru seronok. Bukan nak hadap ibu bapa yang tagih angpau anak ni. “Angpau ni untuk budak – budak, ada yang datang salam ngan aku, dapat la. Yang takde, takde la yer”. Dari nak happy – happy raya ehh.. tersound pulak orang yang suka meminta – minta ni. Hahahaha.

Kisah 3. Tentang makanan juga. Nama pun open hause, memang hidangan banyak, tapi tetamu ni kena tau. Aku buat memang ikut kepala tetamu yang aku ajak, dan ada lebih pun biasa aku akan bungkus di akhir – akhir jamuan.

Ini tak, kau datang awal aku tak kisah, tapi kau dah pergi ke dapur, tanya ada plastik tak. Ada bekas pakai buang tu tak. Kau nak bungkus lauk ni sikit, lauk tu sikit. Ada anak kau tak ikut sekali, kau nak bungkuskan untuk dia.

Wehhh… Ini open house baru start, kau dah nak bungkus makanan. Kalau minta sejenis takpe. Insyaallah, aku ikhlaskan. Ini, udah la minta semua jenis hidangan dan angpau raya anak tak datang tu pun kau nak tapau. Entah la, nak ikhlas tapi bila pikir macam s4kit hati. Jawapan nya, tak ikhlas la kan.

Kisah 4. Last la… Malam raya, dah wasap minta kita buatkan rendang lebih. Alasan. Tak sempat beli ayam, tak sempat cari serai tapi lemang dah beli. “Masak rendang lebih sikit, pagi esok aku datang amik ya. Aku ni ada beli lemang 3 batang tapi rendang lupa beli santan. Lupa beli kerisik”

Ya Allah, pernah kena ya. Dengan siapa biarlah rahsia. Aku dah cakap, tak buat rendang, aku buat kuah kacang ja. Untuk nasi impit. Dimintanya bungkuskan nasi impit dan kuah kacang, pagi esok dia datang ambil. Letih kan.. letih dengan sikap manusia yang suka meminta – minta ni, kadang – kadang mereka macam tak faham mungkin, atau buat – buat tak faham.

Ini la 4 kisah, meminta – minta yang sering berlaku dalam hidup aku setiap kali raya. Kepada ibubapa moden. Stop! Hentilah sikap meminta – minta ni. Aku sendiri, tak pernah minta makanan, angpau raya. Ada orang bagi, aku ambil tapi untuk minta angpau untuk anak memang bukan aku.

Aku ajar anak untuk lebih bertanggungjawab dengan pemberian orang, kalau hilang angpau tu, bukan rezeki kau la wahai anak. Tak nak hilang, bagi ayahnya atau bagi aku lepas orang hulur angpau. Oklah gais.. Aku akhirkanlah luahan aku ni. Kepada ibubapa moden, STOP! ubahlah kelakuan kita, tunjukkan contoh yang baik pada anak – anak kita. Assalamualaikum.. – Kubis Bunga (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet:

Vie Ching : Yess akhirnyaa ada yang bersuara. Aku benci betul yang buat anak diorang macam pengemis. Masalah budak – budak ni tak mintak mak dia lebih – lebih. Bab minta angpow mentioned jumlah anak tu selalu jumpa

Eleena : Penatnya jadi kawan kau ye dik. Tak payah berkawan la. Jangan buat open house. Tutup je rumah. Jangan bagi duit raya pun. Benda asyik mengeluh dalam hati terus auto tak ikhlas. Cuba cakap depan – depan, berani ke tak.

Sendiri nak jadi people pleaser, sendiri s4kit hati. Kalau tak puas hati, tegur depan – depan terus. Semoga aku dijauhkan dari berkawan dengan orang macam ni.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.