“Aku cemburu melihat wanita hamiI, anugerah Allah yang tidak akan dapat aku nikmati sehingga akhir nyawaku.”- Erma Fatima

Pelakon dan pengarah hebat Erma Fatima bukanlah nama asing dalam bidang industri seni Malaysia.

Walaupun namanya gah dipersada tetapi masih ada kenangan hitam yang terpalit. Beliau yang sebelum ini pernah berkahwin dengan seorang pengarah terkenal Bade Hj. Azmi. Namun perkahwinan mereka putus pada 2017.

Sepanjang perkahwinan, beliau tidak dikurniakan zuriat walau bagaimanapun, Erma Fatima mempunyai 5 orang anak angkat. Rata-rata peminat memuji sikap beliau yang sama-sam berkongsi kasih.

Baru-baru ini, rakan beliau yang juga bekas lsteri kepada pelakon Eizlan Yusof, Vie Shantie Khan telah membuat majlis untuk meraikan bayi yang bakal dilahirkan. Tetapi caption yang ditulis oleh Erma Fatima amat menyentuh hati semua orang.

 

Aku jadi cemburu setiap kali melihat wanita hamiI. Satu2nya anugerah Allah buat seorang wanita yang tidak akan dapat aku nikmati hinggalah akhir nyawaku. Betapa beruntungnya kau @vieshantiekhan  menjadi seorang wanita sejati.. mendapat suami yg mencintai kau..memiliki zuriat yg menjadi simbol pada kebahagiaan kalian. DAN mendapat anak2 yg selamanya akan menghargai kau sebagai ibu yang melahirkan mereka. Congrats adik ku…

Sedih mendengar rintihan Erma Fatima, para peminat tidak lepas memberi kata-kata semangat untuk beliau.

Walaupun tidak mampu mempunyai zuriat sendiri, tetapi beliau bertuah kerana mampu menjaga dan memberi kasih sayang kepada anak-anak angkatnya.


Artikel ini disediakan oleh Media Cite Heboh. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Media Cite Heboh tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..