Lepas kahwin isteri pujuk duduk dengan keluarga dia. Selalu dengar cerita menantu perempuan je kena tindas, ini menantu lelaki pula. Bila aku duduk dalam bilik, boleh diorang cakap aku biawak hidup. Aku dah tak tahan aku buat keputvsan sampai isteri menangis – nangis..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum, kepada semua pembaca. Diharapkan admin dapat approve luahan hati aku ni. Nama aku Alim, sudah berkahwin. Kalau kebanyakan cerita mertua menindas menantu perempuan, ni cerita aku mertua menindas menantu lelaki.
Ya, aku duduk dengan keluarga mentua. Bukan sebab aku tak mampu, sebab atas permintaan isteri aku dia nak duduk jaga mak dia yang tak berapa sihat. Aku pun ada mak juga kalau nak ikutkan, mak aku lagi la ibu tunggal.
Tapi atas sikap tolak ansur dan kasih sayang, aku turutkan juga selepas berbincang dengan kakak aku. Rumah aku dah sediakan, lengkap. Boleh saja kalau kami nak masuk pindah rumah aku. Kalau menantu perempuan tak selesa duduk dengan mertua, kami yang lelaki pun nak pr1vacy juga.
Mula – mula semua okay, dia cakap mak dia okay, adik beradik dia pun tak ada masalah. Adik beradik dia seorang lelaki, abang, 3 perempuan termasuk dia. Rumah biasa sahaja tapi bagi aku memang tak ada pr1vacy.
Aku ni kerja sendiri, ada laptop, Internet dah cukup. Gaji aku ni lebih dari mampu kalau nak ikut kan. Belanja rumah dia aku bagi, sedang kan adik beradik dia yang dah kerja pun tak buat macam tu. Aku tak hulur lah direct, nanti malu pula nak terima.
Aku bagi dekat isteri aku je. Masalah lepas beberapa bulan keluar lah per4ngai buruk masing – masing. Aku kan kerja sendiri, ada office kecil untuk aku fokus buat kerja. Ada hari aku malas pergi office, duduk saja lah dalam bilik.
Bila aku duduk dalam bilik masing – masing berbunyi cakap aku biawak hidup lah, lagi – lagi adik beradik dia yang mengganggur tu. Emak dia? Tak padan dengan s4kit pun nak bising juga. Lagi lagi aku tengah makan.
Aku makan duit aku okay. Aku dah la bagi duit makan, bayar bill nak suruh aku buat apa lagi. Memasak? Sidai baju? Adik dia yang duduk 24 jam depan TV main motor saja buat apa? Sedap – sedap perIi mengenai buang sampah, hemp4s – hemp4s pintu bila aku tengah makan.
Ayah dia yang tak kerja dari dulu asyik pergi kedai kopi saja melepak buat apa. Sekarang yelah terperap saja dalam rumah. Asyik perIi saja aku ni, perIi aku duduk rumah mertua, tak buat kerja rumah, makan duit anak dia.
Kadang – kadang nak saja aku sembur depan muka kira guna kalkulator duit dia pakai tu. Mulut ceIupar betul masing – masing. Aku memang dah hilang sabar, aku bagitau isteri aku yang aku nak pindah juga aku tak kisah.
Dia pun bukannya pernah nak bagitau aku yang hulur duit dekat rumah ni, takut mak dia malu katanya. Dia tak nak walaupun dia dah tahu aku tak selesa. Pening kepala aku ni. Sekarang waktu PKP lagi lah str3ssnya aku ni.
Nak jaga mak ayah, aku pun ada mak juga. Lagi lah syurga aku kat mak aku ye. Aku tinggal pujuk dia nangis – nangis masa aku cakap keputvsan aku. Kalau aku boleh toleransi dengan adik beradik aku, tak kan dia tak boleh.
Ingat lelaki saja ke nak berk0rban semua benda tinggalkan mak ayah? Ingat hati ni tak ada nak tergoIek tengok TV, masak sama – sama? Penting kan diri betul lah dalam hidup ni. Aku dah bagi masa dekat isteri aku.
Lepas dapat vaksin keluar dari rumah ni, kalau dia tak nak keluar juga, aku balik jumpa dia sekali sekala saja atau dia datang rumah sana sendiri. Tanggung lah akibat kalau tak nak taat dekat suami. Jadi apa – apa jangan salahkan aku. Lelaki pun ada hati yang perlu dijaga. – Alim (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Afrah Radzi : Kalau aku jadi kau, aku pindah keluar duduk rumah sendiri yang dah lengkap semua perabot tu. Isteri nak stay dengan mak ayah dia silakan. Nafkah hulur macam biasa. Kadang – kadang kena buat cara macam ni baru isteri ni nak terdetik rasa bersalah.
Kau ada depan mata dia 24 jam, dia rasa s3cure. Dia rasa kau takkan pergi mana – mana. Dia rasa selamat. Once kau dah angkat kaki, dia tau lah macam mana. Nanti dia sendiri sedar la, patut tak patut perbuatan dia tu.
Atikah Jamaludin : Semua adik beradik nak menyumbat dalam satu rumah dah kenapa? Memang la takde pr1vacy. Memang ya, sayang kat mak. Tapi tu la, bukan tak boleh buat jadual. Setiap hujung minggu balik rumah mak tu jenguk dia.
Yang adik beradik lain duduk ramai – ramai dalam rumah tu tolong buat apa? Tolong tadah mulut time makan ke apa?
Ema Sofea : Sebenarnyalah erk. Puncanya mulut, mulut kalau tak reti jaga cakap ikut sedap je memang tak ada menantu lah yang betul – betul rapat. Kenapa kalau kita tengok ada keluarga tu bahagia dengan menantu dan boleh jadi geng, sedangkan keluarga kamu pecah beIah.. sebab MULUT.
Atiq Azhar : Bila keadaan macam ni jadi, anak tu memang kena main peranan. Sebagai anak, tak kira lelaki atau perempuan boleh tegur sikap mak ayah sendiri kalau nampak bukan – bukan. Orang tua memang macam tu ada je tak kena.
Tapi kita sebagai anak kena nasihat la. Janganlah keruhkan lagi keadaan. Kalau suami bagi duit makan apa semua, cakap dengan mak kita. Sebolehnya isteri jagalah air muka suami. Mana – mana pasangan kahwin memang tak selesa tinggal dengan orang lain.
Nak hadap sikap pasangan sendiri pun ambil masa. Inikan nak hadap per4ngai orang lain. Cakap baik – baik, tinggal asing lebih baik. Balik jenguk, ada masalah call. Tak bermaksud tak tinggal sekali derh4ka. Lagipun ayah mertua ada lagi tanggungjawab suami (ayah mertua) la jaga mak mertua.
Adik beradik ada pula tak kahwin tinggal sekali. Memang akan jadi masalah. Kita hidup bukan nak g4duh – g4duh. Tapi dah berjumpa setiap masa jadi banyak buruk dari baik, baiklah keluar bina hidup tempat lain.
Zulhilmi Jol Hassan : Geram baca, bertambah str3ss. Bertabah la bro. Berat mata memandang berat lagi bahu memikuI. Kalau saya jadi awak, lama dah saya keluar dari rumah tu. Duduk rumah sendiri. Isteri patutnya bagitahu yang awak ada bagi duit untuk belanja rumah semua.
Kasi jelas semuanya, tak perlu seIindung. Nak malu apanya, mulut ceIupar laju saja, takkan menantu bagi duit nak malu – malu meow pula. Isteri awak tu bagi dia sedar tanggungjawab dia macam mana, kalau dia berdegil juga, selepas dah berbincang, you know you’re not happy, so you should know what you should do.
Hidup di dunia ni sekejap saja, untuk apa kita sengsara kalau kita ada pilihan untuk rasa gembira. Moga dipermudahkan bro.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.