Aku dah biasa jadi kuIi dalam keluarga, kali pertama balik kampung suami, aku terk3jut tengok bapak mertua dekat dapur

Aku ingat lagi waktu umi aku mengandung dan bersalin adik – adik aku. Ayah aku tak membantu langsung. Tukar pampers taknak, mandikan taknak, bedungkan taknak. Semua umi aku yang kena buat padahal dia baru bersalin.

#Foto sekadar hiasan. Aku ada satu confession sebelum tu aku minta maaf kalau tulisan ni sedikit panjang. Aku tak suka ahli keluarga aku, yang berjantina lelaki. Baik ayah abang dan adik aku yang semuanya lelaki, mahupun saud4ra mara lelaki yang lain aku tak suka.

Aku membesar dalam satu dysfunctional family. Yang buat tugas aku iaitu perempuan dan umi aku juga perempuan. Tahu s4kitnya balik sekolah engkau kena buat semua kerja rumah, kau berdua dengan umi kau buat kerja rumah.

Dari pergi kedai, memasak, kutip baju yang berterabur serata rumah, basuh, jemur, angkat, lipat. Itu semua tugas kami berdua. Paling meny4kitkan hati, adik abang dan ayah aku tak pernah ada rasa nak angkat pinggan lepas makan dan letak dekat sinki basuh tidak sama sekali.

Setiap kali makan semua basuh tangan itu pun air basuh tangan yang aku ambil lap tangan pinggan dibiar atas meja. Nasi berterabur dengan cawan. Setiap kali umi aku atau aku yang tegur suruh angkat cawan dan pinggan ayah aku berdengus dan suruh aku dengan umi yang angkat.

Kalau tak ada ayah aku baru aku suruh itu pun diorang punya malas nak angkat. Lepastu aku bebel diorang ngadu dekat ayah aku. Aku pula yang dim4ki cakap kenapa jadi perempuan tapi malas. Kalau ikut tekak aku dah lama aku r0dok tekak setiap sorang lelaki dalam rumah.

Kalau balik kampung itu jangan cerita aku, umi dan perempuan yang dekat sana adalah h4mba abdi lelaki yang ada dekat sana. Semua goyang kaki, dah buat air, dah masakkan, suruh pergi kedai beli barang malas. Kalau diletakkan dalam percentage perempuan punya tugas 95% dan lelaki 5% sahaja.

Waktu aku sambung belajar aku ada rasa risau dan kesian dekat umi aku. Aku selalu rasa mesti umi aku buat semua kerja sorang anak dengan suami tak membantu. Tak sampai satu semester aku belajar umi meninggaI dunia.

Waktu ni aku jarang balik tapi nak tak nak waktu cuti sem balik lah. Bila kau balik tu kau tengok rumah Ya Tuhan. Huru hara rumah tu, baju berlonggok, sampah sekeliling. Aku membebel sambil kemas ayah aku jerit cakap dia dah bagi duit segala macam tanggung dan aku memang patut buat semua tu.

Macam nak giIa aku kemas sinki dia punya berkarat, dekat tong sampah tak ada sorang pun nak berus bersihkan sampai berkerak busuk. Aku sampai rumah tu pukuI 9 pagi dah nak masuk maghrib baru siap kemas itu aku kena masak sekali. Nak kena hidangkan sekali.

Malam tu aku rasa macam nak pecah kepala aku baru berapa bulan tinggal rumah. Bila balik semula ke rumah sewa baru aku rasa tenang ya Allah. Housemates aku sampai risau dia tengok aku str3ss semacam aku cuma cakap tak sihat. Padahal balik tu aku jadi kuIi 24 jam selama cuti tu.

Pejam celik aku akhirnya berkahwin. Ayah aku dengan adik beradik aku dengan saud4ra mara lain pada awalnya tak suka suami aku. Sebab utama dia orang johor dan kami pula kelantan. Tapi aku memang cari suami jauh dari rumah aku kalau boleh biar beratus KM.

Tapi sebelum tu aku takut juga aku setiap hari kalau solat doa tolong sekurangnya suami yang membantu aku. Alhamdulillah doa aku dikabul-kan. Kau tahu bulan pertama kami tinggal berdua. Bab pinggan dengan cawan dia yang basuh dan yang paling aku sayang dan cinta sekali lepas basuh pinggan, basuh cawan dia berus sinki tu kasi bersih.

Aku mula perhati je ingat sehari dua tapi sebulan kahwin setiap hari dia buat. Tahu asingkan sampah. Kalau bab masak kami selalunya decide kalau suami aku nak masak aku yang prepkan kalau aku nak masak suami aku yang prepkan.

Jadi hidup baru sebulan tu aku dah rasa macam syurga dunia. Membesar dekat rumah baju adik ayah abang aku semua berterabur. Suami aku elok dah masuk terus dalam mesin basuh mana yang tak boleh mesin basuh dia dah asingkan.

Aku tak pernah ye sepanjang berkahwin dan sampai sekarang dah masuk 5 tahun kami kahwin cakap, “sayang tolong jemur baju, tolong angkat, lipat semua,” tidak. Aku balik kerja tengok baju dah kena angkat dah lipat dah susun rapi seluar dekat bahagian dia, baju dekat bahagian dia, tudung aku dekat bahagian dia dan stokin dah asingkan.

Kau tahu dia punya senang hidup, tenang nak beribadat. Kau balik penat rumah sentiasa bersih dan tahan sampai sebulan sebab suami kau jenis bila bersepah sikit dia kemas. Bukan macam rumah lama kau setiap hari kena kemas sebab setiap hari bersepah.

Aku sejujurnya waktu kenal dengan suami aku bila dapat tahu dia ni anak tunggal aku takut. Aku dalam hati mesti jenis manja dia ni. Dapat pula tahu yang mak dia ni pengetua sekolah menengah, ayah pula bekas tent3ra. Tapi bila first time aku datang rumah dia.

Aku dengan mak mentua aku rilex duduk makan keropok dekat ruang tamu suami aku dan ayah mentua aku dekat dapur masak dan buat air. Aku nak tolong mak mentua aku cakap biar diorang siap masak nanti kita tolong hidangkan pinggan dan air.

Aku terk3jut, sepanjang aku hidup tak pernah sekali aku nampak ayah aku adik atau abang aku masuk dapur dan masak walaupun meggi sekalipun tak pernah. Bagi aku yang paling ketara dan nampak bertapa funtionalnya family keluarga beIah suami aku waktu hari raya. Baik hari raya aidilfitri atau haji.

Kalau aku dulu dengan umi aku dan saud4ra mara perempuan lain dekat rumah atuk nenek aku. Ya Allah jangan cakap semua kita yang buat nak bernafas pun huru hara sebab terlampau banyak. Orang lelaki setakat duduk ruang tamu ambil bantal baring dan tidur bangun dah siap tinggal makan lepastu dah siap makan diorang nak air kopi atau teh tengok tv dan menyantai. Tapi keluarga suami aku lain.

Pertama kali aku sambut raya dekat kampung suami dekat Batu Pahat. Nampak tenangnya hidup bila 50/50 tugas tu dah dibahagikan. Kalau lelaki mana yang goyang telor nanti atuk suami aku dia bising suruh tolong. Waktu makan pula semua makan sekali.

Tak ada nya lelaki makan dulu perempuan makan kemudian jadi dah siap makan semua tinggal kemas dan rilex. Tak terasa penat dia, bahagian masak kami yang perempuan ni cuma masak sahaja. Suami aku, pakcik dia, ayah dia dan sepupu lelaki lain potong bawang dan blenderkan. Ayam cuci dan gorengkan, daging tu semua diorang settlekan.

Dah siap tu aku, mak mertua makcik dia yang lain dan sepupu perempuan masak semua, masak nasi sekali. Bab air tak payah risau diorang yang lelaki memang dah selesaikan. Jadi tak ada kami tengah sibuk masak ada orang cakap suruh buatkan air.

Tugas dia tu balance dan tak ada kelam kabut. Dekat dapur tu aku tolong masak semua kami dekat sana rilex je bercakap berbual apa semua tak ada masalah. Aku pertama kali tu bila rasa suasana macam tu bila malam tu nak tidur senang kepala.

Kalau tidak sebelum ni 3-4 pagi baru tidur. Tapi keluarga suami aku tidak. Paling lambat pukuI 10 malam dah selesai semua persiapan raya tinggal besok bangun makan dan solat hari raya. Aku siap cakap dengan suami aku “sayang next year kita balik sini lagi,” bila suami aku tanya taknak balik kampung aku ke serta merta aku reject cakap tak nak.

Aku ingat lagi kali pertama bawa suami aku balik kampung aku. Setiap kali tu dia nak masuk dapur tolong buat mana yang patut tapi atuk aku bising cakap itu kerja orang perempuan kita orang lelaki duduk kat depan. Setiap tu dia macam tak tenang asyik nak masuk dapur.

Tapi aku cakap dengan dia tak apa suruh dia rilex biar aku buat. Tapi dia taknak juga, masuk juga walaupun tak tolong masak dia tolong basuh pinggan dan cawan. Kalau ayah aku dan pakcik aku yang lain nak air dia tolong buatkan.

Aku kesian, apa tak kesian orang suruh suami kau buatkan air. Aku cakap dengan dia, jangan biarkan aku yang buat tapi nak juga buat. Sepanjang beberapa hari balik kampung tu dia tak tenang kalau setakat duduk sahaja. Nanti sekejap dia masuk dapur tanya aku nak tolong tak.

Aku rasa malu sebenarnya. Sebab itu aku seboleh cakap dengan dia taknak balik kampung aku, alasan utama sebab jauh dan jem. Padahal aku bukan apa tak ada rasa macam nostalgia langsung dekat kampung tu. Aku rasa benci dan s4kit hati setiap kali fikir.

Bila aku dah kahwin, hidup dengan suami, ada anak. Baru aku rasa macam ini rupanya functional family. Waktu aku mengandung dan bersalin. Semua benda suami aku buat. Aku ingat lagi waktu umi aku mengandung dan bersalin adik – adik aku. Ayah aku tak membantu langsung.

Tukar pampers taknak, mandikan taknak, bedungkan taknak. Semua umi aku yang kena buat padahal dia baru bersalin. Aku bila tengok semua suami aku yang buatkan semua urusan aku sampai menangis. Sebab aku teringat arw4h umi aku.

Kau bayangkan baru lepas bersalin penat dia macam mana tapi umi aku terp4ksa buat semua sebab ayah aku tak tolong dia langsung. Aku tahu ramai wanita di luar sana yang alami hidup macam aku. Waktu yang paling tenang bila, waktu sambung belajar itu yang paling tenang.

Aku bersyukur dapat suami dan keluarga dia yang setiap sorang tu functional bukan cuma satu side kena buat, side yang lain cuma baring makan dan tidur. Memanglah akan ada yang cakap lelaki penat cari rezeki. Suami aku pun penat, dia pun kerja. Dia kerja keluar awal dari aku. Tapi dia boleh buat semua benda tu.

Mungkin pada lelaki di luar sana letak baju dalam bakul kotor atau mesin basuh itu bare minimum. Tapi hakik4tnya dari segi bahagian tu dapat kurang kan penat lelah dan letih. Pada wanita aku doakan dapat keluar dari situasi macam aku dapat ketenangan minda baru nak beribadah senang dan bernafas pun senang tak ada rasa macam nak sangkut sebab penat fikir dan buat segala macam benda. Aku doakan.. – Hana (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Mahfudz Mohamad Nor : Alhamdulillah buat TT, semoga bahagia selalu. Happy baca confession ni. Bagi saya bila bab kerja rumah ni takde istilah kerja lelaki atau perempuan. Itu semua skill kelangsungan hidup. Semua wajib belajar dan kuasai selagi boleh.

Keluarga saya baik beIah mana pun takde pernah jumpa jenis laki tak reti angkat atau basuh pinggan ni. Mana – mana lelaki yang tak reti basuh pinggan ni, sesungguhnya korang memaIukan mak korang sendiri.

Fatin Tajudin : Al-Fatihah untuk umi awak. Sungguh dapat suami / family lelaki yang tak membantu malah menyusahkan tu penat. Zaman sekarang kalau tak nak anak lelaki ‘bibik’ kan ibu dan isteri memang kena bertegas dari awal. Ajar tugas rumah bukan kerja perempuan saja, tapi tugas bersama. Madrasah pertama anak adalah rumah. Ibu ayah sebagai contoh teladan.

Salina Gunawi : Keluarga saya yang lelaki kalau setakat cuci cawan dan pinggan mereka sendiri tu mereka buat. Mereka tidak menyepah dan pandai guna mesin basuh baju. Tapi tidak sampai kedapur menolong. Saya terk3jut masa pagi selepas bertandang ke rumah suami sebab bapa mertua saya menolong mengupas ikan bilis untuk dibuat sambal.

Pekerjaan yang ayah saya tidak akan buat. Rupanya semua adik beradik suami yang lelaki memang diajar supaya membantu berbeza dengan keluarga saya. Alhamdulillah…

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.